Jumaat, 26 Jun 2009

meredah hutan, ladang, belukar, kampung..em... buat sesuatu yang orang lain tak suka buat... :-)


saya menoleh ke kiri.. kelihatan pokok bakau.. di sebalik pokok bakau ada ombak laut yang menghempas batu-batu di tepi pantai.. kemudian toleh ke kanan.. sungai, air tawar.. melihat kedepan pula, cuma laluan yang tak nampak hujungnya ke mana.. toleh kebelakang pun sama.. nak reverse ke nak teruskan perjalanan..??? mendongak ke atas nampak pulak encik helang terbang rendah.. huk..huk??

"Qis.. kau sure ke depan ni ada jalan keluar?" tanya maklong pada maksu..
maksu mula ragu-ragu.. kenderaan Unser kami yang sudah dipinang orang ni berlagak seolah Prado..
mak rilek je drive sambil buat lawak membuatkan kami ketawa..
*Unser ni dah dipinang orang lain.. esok mak akan dapat proton saga dan akan let go unser ni pada tauke proton saga..


"hari tu pak teh buat jokes dengan chinese yang beli kereta ni.. pakteh kata, kereta ni kemek kiri, kanan.. atas.. bawah pun kemek.. nampaknya sekarang ni memang la chinese tu terkejut.. mesti dia hairan manalah makcik ni bawa kereta ni.. hehe" kata mak..

pakteh tu abah..

kami ketawa..


kelihatan seekor lembu ditambat di bahagian kiri.. ish3.. tak ada tempat teduh untuk lembu tu.. hari dah la panas.. kesiannya! eee.. geram nya saya.. Ya Allah, bagila lembu tu teduh... kesian dia... :-(

maksu kata kat sni memang style orang kampung tambat lembu macam tu.. kalau lembu tu nak minum, minum je kat sungai tu.. kalau nak makan, makan je rumput yang ada.. selagi tali di leher dia boleh taruk selagi tu dia boleh meragut rumput..
semeter kemudian, ada lagi sekor lembu.. mereka jarak-jarak kan lembu-lembu tu... :'-( hm.. terasa macam kesian nya kat lembu tu.. macam tak cukup hak asasi lembu.....

handphone dah habis bateri.. kalau tak tentu saya dah ambil gambar sepuas2nya.. tempat2 kat sini cantik.. dan sangatlah mendamaikan... subhanallah.... :'-)

semalam kami masuk ladang kelapa sawit sebab mak nak bayar zakat pada sorang janda tu.. Unser yang berjasa ni berjalan di atas ban yang sempit.. kalau buka pintu, sure saya memang terus jatuh dalam air... :o saya akan rindukan toyota unser yang gagah ni... :'-) this is my mother's bestfren.. dah 7 tahun mereka bersama...


APA KAMI BEREMPAT BUAT NI?
tolong orang.. mencari bisnes.. membayar zakat.. apa lagi.. ziarah.. sedekah.. mengembirakan diri.. tengok baby kembar 3.. macam2 sekali jalan... :)

misi 3 hari 2 malam.. misi yang penat tapi sangat memuaskan hati, rasa bahagia... alhamdulillah..
pengajaran yang boleh dikumpul ialah :
  • azam yang tinggi .. mak berazam nak majukan bisnes supaya boleh keluarkan zakat 1 juta.. huh?!! amin.... moga azam mak tercapai .. erk, yang nak kene pening cari jalan majukan bisnes ni mak kata tugas saya dengan seorang lagi partner saya.. Ya Allah, bimbinglah kami.... saya menyeru kepada saudara2 lain di luar sana, jom la kita besarkan zakat kita.. besar ganjaran Allah kpd mereka yang menunaikan nafkah mereka... membayar zakat mereka... zakat ni adalah hak orang lain dalam harta kita...
  • bersyukur.. bila jumpa orang yang susah.. contoh janda ditinggalkan suami, orang yang anaknya sakit, orang yang miskin, nasib isteri kpd suami yang tak bertanggungjawab, .. etc.. terasa diri ni perlu banyak2 bersyukur... terasa diri ni sangat-sangatlah banyak tanggungjawab pada masyarakat ni...
  • komited.. saya serius sangat-sangat suka melihat usahawan yang komited dengan perniagaan mereka.. masa nak deal dengan supplier ni, kalau kene yang komited tu.. memang best.. kalau yang tak komited ni, alahai.. sedih rasanya.. komited dalam sesuatu tugasan sangat penting.. ini adalah satu attitude.. melakukan sepenuh hati dalam tugasn yang diberikan dengan bersungguh2..
  • nak kaya senang, tapi nak kaya dengan cara yang halal tu tidak senang... dulu abah pernah ada kedai runcit.. masa tu saya sekolah menengah.. macam-macam teknik la, taktik la, strategi la yang supplier2, peniaga2 lain dan staf kami sendiri ajar kami untuk melariskan bisnes.. malangnya cara-cara tu semua hanya akan menyebabkan kami masuk neraka yang pedih sebab cara tu tak halal... memang zalim.. perghhhh.. so mak abah tak berminat..
    dan mak tutup kedai tu masa adik bongsu saya nak UPSR (ibu yang komited polish anak-anak.. huhu)
  • INfakkanlah dirimu sebagai mahar di akhirat.. ofcourse kita semua ada kehendak.. tambah jiwa muda yang normal ni.. hehe.. kalau boleh nak... em, jangan ditanya.. infakkanlah masa muda ni untuk berbakti pada mak abah, pada agama.. pada negara.. saya sayang Malaysia.. dua hari lepas saya hantar adik untuk educamp Petronas di UTP.. masa dengar taklimat tu, hati ni membuak-buak semangat nak menaikkan nama Malaysia ni.. bagaimana? sama-sama kita fikirkan...


Ya Allah Yang Maha Penyayang...

Aku minta kepadaMu,
agar aku dapat melaksanakan kesederhanaan
dalam keadaan kaya atau fakir,

aku mohon kepadaMu agar diberi nikmat
yang tidak habis dan

aku minta kepadaMu,
agar diberi penyejuk mata yang tak putus.

Aku mohon kepadaMu agar aku dapat redha
setelah qadhaMu (turun pada kehidupanku).

Aku mohon kepadaMu kehidupan
yang menyenangkan setelah aku meninggal dunia.

Aku mohon kepadaMu
kenikmatan memandang wajahMu (di Surga),
rindu bertemu denganMu
tanpa penderitaan yang membahayakan
dan fitnah yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan
dan jadikanlah ia bagi kami
sebagai penunjuk jalan (lurus)
yang memperoleh bimbingan dariMu.

Amin ya Rabb...

Ahad, 21 Jun 2009

ayah saya buat maksiat.. sedangkan saya teringin nak jadi orang baik...



salam lillah..
tiap2 hari saya alami igauan ngeri.
tentang orang yang saya kenal.. dia buat maksiat..
depan mata saya.. dia taknak solat.. dia taknak dengar nasihat orang..
dia keras kepala.. tetapi dia tetap ayah saya.. saya cuma mampu doa je.. dah bagi nasihat pun mereka tak nak berubah.. saya tak pandai nak bagi nasihat.. dia pun lebih tua dari saya...
dah ramai dah orang yang dia hormat bagi nasihat tapi dia tetap tak nak berubah.. tak berbekas lansung nasihat tu.. saya selalu masak untuk orang tu.. masa masak tu saya berdoa la untuk orang tu dengan harapan dia dapat hidayah... saya terasa nak sangat jadi orang baik..


my comments

w'salam...
hm...
awak usaha stakat yg awk mampu..
doa jgn putus.. teruskan..
ok..
nasihat pun teruskan juga..
jgn jemu bg nasihat..
beribu kali pun takpe...
stiap nasihat akan dapat pahala..
ibadah tu luas
ada 1 hadis tu..
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah),
maka baginya ganjaran pahala
sama seperti pahala orang yang
mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan
barangsiapa yang
mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa
sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi
sedikitpun”. (Riwayat Muslim)
x kisah la dia tua ka..
muda ka...
kalau kita ajak dia buat kbaikan,
kita dapat pahala..
tak kisah la sama ada dia ikut atau tak..
kalau kita bagi je nasihat, kita dpt pahala...


sebab tu Nabi2 walopun umat dia tak mau dengar dakwah mereka, mereka tak putus asa..

sbb Allah nak tgk usaha..
pahala berdasarkn usaha..
bukannya hasil...

sbb hasil tu Allah sahaja yang berkuasa menentukan..
takpa...
hati dia Allah yg pegang

kenal michael jackson?
ha...
dia kan ada byk isu, byk kes, byk kontroversi
mcm2 kan...
tapi sekarang dia bagaimana???

cmana keadaan dia sekarang?

Alhamdulillah.....
dia dah dapat hidayah peluk islam
dah tak buat maksiat
dah betaubat..

smua dosa2 dia yg dulu2 dah hilang.. lenyap.. terampun
dia dah suci mcm baby baru lahir

so....
kat sni kita nampak walau seteruk mana pun org tu
tapi kalau Allah nak dia jadi baik
dia bole jadi baik
cuma....
mungkin masanya belum sampai....
jadi.. jgn putus asa....


awak memang anak yang baik...
amin...
lillah pun akn doakan utk awak ye...
awak jangan give up tau...

ingat tak kisah nabi Ibrahim?
ayah dia jahat, pembuat berhala...dan nak anak dia dibakar hidup2
tp...
siapa anak dia?
anak dia Rasul Allah
anak dia sgt2 mulia

nabi Ibrahim dpt gelaran ' khalilullah ' maksudnya kesayangan Allah
khalilullah ni gelaran Allah pd Nabi Ibrahim

so..
kalau kita tgk kat sni
x smstinya ayah jahat anak akn jahat...
x smstinya macam tu..
dari kisah benar tu Allah nak tunjukkan pada kita
supaya walausiapapun mak ayah kita....
itu tak menghalang kita utk jadi baik...
lillah harap awak dapat jadi one in a million
biarlah dunia luar tak tau tentang diri awak..
pngorbanan awak, hati awak..
Allah tau suma tu....

kita bukan sekadar terasa nak jadi baik...
bukan rasa2...
kita tak masuk syurga sebab kita berkawan dengan orang baik
tapi...
kita masuk syurga sbb kita org baik
insya'Allah...

trimakasih kerana berkongsi dgn lillah...
wallahua'lam...


“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah),
maka baginya ganjaran pahala
sama seperti pahala orang yang

mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan
barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa

sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi
sedikitpun”. (Riwayat Muslim)

Sabtu, 20 Jun 2009

biarlah rahsia......


my brother & my mom... dua insan yg banyak motivate lillah dalam jatuh bangun hidup ni...


Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Hanya Allah Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

gambar di pasar di Jakarta.. kota yang menyapa iman di dada...


Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tak Mampu Aku Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi



penting... tak penting... urgent... tak urgent...

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

notes dari bilik kurin..


lillah berhutang sgt2 byk pada mak, abah.. pd sahabat2.. pd Allah.. tak terhitung hutang yg ditanggung.... :'-(


jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan sebenar2 bersyukur ya Allah...

walaupun mak abah tak pernah meminta yg lebih dari apa yg lillah mampu buat.. namun sbg seorg anak tetap berharap dapat membantu meringankan beban mak abah....

setidak2nya pun dapat membuktikan pada mak abah betapa anak kalian ini amat menghargai kalian...

hadiah utk mak.. utk abah... moga setiap amal jariah dan amal soleh yg anak2 mak abah buat ni dapat mengalirkan pahala buat mak abah hingga ke syurga nanti.. amin...

Ahad, 14 Jun 2009

sekeping hati di sebalik purdah...



Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata abah dan emak

“Kalau kakak ni betul-betul permata, dalam lumpur pun bercahaya.. kalau tahi ayam , atas meja pun busuk”

Itulah kata-kata pembakar semangat yang sinis dan pedas dari kedua insan paling hampir dengan saya..

-Izinkan saya bercerita sedikit tentang emak saya, wanita solehah pelengkap hidup abah.

Emak kini masuk 44 tahun, dari kacamata luaran fesyen emak tetap sama dari dulu hingga sekarang-purdah dan jubahnya.


Ke mana dia pergi tidak kira tempat mahupun majlis yang gah , dia tetap dengan fesyennya. Reaksi orang? Ramai yang terkejut dan tidak kurang yang mengeji tetapi sebaik bertegur sapa dengan emak, tiba-tiba menjadi mesra dan selalunya akan terus bersembang seperti sudah lama kenal. Itulah emak saya, orangnya ramah dan sangat suka menolong orang. Kadang-kadang hinggakan adik-beradik saya memujuk supaya emak saya berhenti menolong apabila melihat dirinya sendiri susah. Tapi emak hatinya hanya senang bila melihat orang lain senang. Jadi biarpun dia susah, dia tidak kisah. Masalahnya kadang-kadang orang yang ditolong tu bukan saudara mara kami, bukan jiran tetangga kami tetapi anak terbiar yang bapanya penagih, abangnya pembunuh dan dirinya sudah tercemar.


Tiap-tiap hari pada pukul 4 pagi emak akan bangun untuk tahajud. Dia pasti akan menangis. Masa saya kecil dahulu saya sangat hairan. Saya sangka dia bersedih jadi saya turut menangis tanpa pengetahuannya. Kerana terlampau bimbang, saya melarangnya menangis. Emak menjawab

‘kakak, biarkan emak menangis dan mengadu di depan Allah kerana emak tak ada tempat lain untuk menangis dan mengadu. Biarkanlah, emak bahagia macam ni.’.

saya lansung tidak faham apa maksudnya.. saya harap hari ini saya sudah faham apa maksud emak.


Emak tabah.. wanita paling tabah pernah saya temui. Emak pula kata nenek saya wanita paling tabah dia pernah temui. Ketika saya di sekolah menengah dahulu Allah pernah menguji emak hinggakan semua yang tahu terduduk menangis. Atuk, nenek, saudara mara termasuk kawan-kawan sekolah saya pun menangis. Saya tentulah tiap-tiap hari menangis hingga pergi jumpa kaunselor sekolah. Kaunselor tu pun menangis.. Ujiannya besar jadi saya tak perlu ceritakan apa ujiannya tetapi cukup membayangkan betapa beratnya ujian itu.

Saya bertanya pada emak adakah dia menyesal? Dia menjawab ‘Allah itu cemburu.. Setelah Dia mencintai hambanya. Apabila hambanya berpaling Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan yang dicintaiNya semula. Bersyukurlah..'


Setelah mendengar ayat itu saya tiba-tiba menjadi sangat gembira di sekolah hinggakan kawan-kawan saya turut menangis sebelum ini marahkan saya.


Emak pelajar cemerlang di sekolah dari segi akademik mahupun kepimpinan. Emak mendapat tawaran belajar di Amerika tetapi PakNgah melarang. Pak Ngah bimbang keselamatan emak.

Emak anak yatim semenjak 12tahun. pak Ngahlah abang dan dialah juga ayah untuk emak. Akhirnya emak masuk ke asasi UM. Selepas berfikir panjang emak membuat keputusan untuk tidak bekerja sebaliknya menumpukan sepenuh masa pada keluarga. Kini apabila terserempak dengan kawan-kawan lama yang sudah menjadi doktor, pensyarah dan pelbagai kerjaya hebat.. emak membuatkan mereka terkejut. Bukan mereka sahaja, orang-orang kampung dari dulu lagi berkata-kata tentang betapa sia-sianya belajar susah-susah tapi akhirnya terperap di rumah.

Saya bertanya pada emak mengapa dia tidak memilih untuk bekerja? Emak menjawab ‘Kalau di luar emak ialah seorang pemimpin, tetapi di dalam rumah ini emak melahirkan 5 org pemimpin.’


Ramai bertanya tentang kisah ‘purdah’ emak. Semenjak dari darjah 2 saya telah mengahafal jawapan kepada soalan yang akan ditanya oleh kawan-kawan sekolah ‘Kenapa mak kamu pakai macam tu?’ Jawapan saya : Mak nak elak fitnah. Secara jujurnya saya pun tak faham waktu tu. Tapi kawan-kawan saya berpuas hati dgn jawapan tu walaupun saya tahu mereka pun tak faham. Saya hanya faham setelah saya sendiri faham mengapa saya wajib bertudung. Itupun ketika di sekolah menengah setelah dipersoal tentang akidah saya. saya bersyukur kerana Allah menghantar manusia-manusia istimewa yang membuatkan saya mengkaji dan meneliti tujuan hidup, erti bahagia dan nilai insan sepanjang zaman persekolahan saya. Meskipun kehadiran mereka menyebabkan saya sakit zahir dan batin namun kemudian segalanya terubat dan meleraikan segala simpulan persoalan yang cukup bermakna.




Kembali kepada isu purdah emak saya, emak membuat keputusan untuk memakai purdah setelah berfikir panjang. Dia akhirnya meluruskan niat dan bertekad memakai purdah kerana Allah. Kesannya setelah itu tiada lelaki ajnabi pernah melihat wajah emak secara face to face termasuk abah sendiri sehingga sah dinikahkan. Bukan tidak mahu tengok wajah ketika bertunang tetapi tidak diizinkanNya.(abah adalah kawan baik pak ngah semasa study di England dlu.. pakngah selalu bercerita tentang peribadi abah kpd mak.. dan bercerita ttg pribadi mak pada abah.. dan mereka melihat wajah melalui gambar.. tak dapat nak jumpa face to face sebab jadual abah sangat padat.. ) Akhirnya mak dan abah redha. Bagi saya bila kita berniat keranaNya, dia akan memelihara kita. Bukankah Dia sebaik-baik Pemelihara?


Ada saudara mara sebelah emak yang marah dan memerli emak.

“Oh nak redha jelah ke? Kalau cacat pun redha jugalah ye?”

Emak jawab

“Kalau dah itu jodohnya, kalau dah sah itu suaminya kenalah taat. Tak kiralah capik ke, bisu ke atau apa sekalipun...”.


Emak cukup jelas dengan prinsipnya. Dia yakin dan berpegang teguh dengan janji Allah.. Alhamdulillah, perkahwinan ni berkat.. belanjanya sedikit dan kebanyakkan pihak yang terlibat semuanya mendapat faedah. (hantaran emak cuma RM 1000, nikah di masjid.. kata emak terpulang kepada pihak lelaki hantarnnya.. permudahkan agar berkat..) Katering yang ditempah ni pun ada kisahnya.. restorennya terbakar jadi mereka guna perkhidmatannya untuk meringankan beban empunya restoren.. makan dalam dulang.. majlis walimah di buat secara sederhana dalam suasana yang terjaga syariatnya.. dan masa kenduri di side abah, ada ramai orang-orang alim yg datang..(ada program di markas kebetulan pada hari yang sama)



Allah Maha Kaya.. Rezeki Dia melimpah ruah. Keluarga kami hidup senang dari hari ke hari. Tetapi seolah-olah kesenangan itu cuma dinikmati oleh kami adik beradik. Emak pula tetap sama seperti dulu. Saya tidak ingat bila dia membeli baju mahal seperti yang sepatutnya dia mampu kerana baju-baju saya selalunya mencecah ratusan ringgit. Emak pula kata, emak tak perlu semua ni, nanti bila mak mati emak tak mahu bawa apa-apapun. Semua ni abah punya dan selebihnya hak anak-anak. Pernah juga emak kata yang dia tak mahu kerja supaya dia tak akan tinggalkan apa-apa di dunia ni selain anak-anak dan amal jariah dia. Dia juga kata abah pula akan hanya tinggalkan hak-hak anak-anak sahaja. Jadi bila mereka mati, kami jangan mengharapkan harta mereka. Andai kami nak hidup senang berusahalah sendiri.


Solehahnya emak saya kerana dia berusaha sungguh2 meletakkan abah di tempat yang tinggi. Saya tidak pernah melihat mereka bergaduh seperti yang biasa dalam TV. Walaupun banyak kali nampak kelompongan di sesebelah pihak, namun masing-masing akan mainkan peranan untuk saling menutupnya bagi menyelamatkan keadaan. Kadang-kadang saya yang banyak bertanya, mempertikaikan tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri mereka.. terutama bila semakin matang ni.. dan jawapan yg saya dpt dr emak:

Emak beritahu abah, andai ana tak layak jadi isteri dan ibu yang solehah, lepaskan ana supaya ana dapat jadi hamba yang solehah.

Ugh.. saya menggigil dengar kata-kata tu.. Tolonglah Tuhan, saya tak sanggup melihat mereka berpisah kerana yang saya nampak abah sebenarnya yang akan kehilangan nanti. mak kata abah tak pernah mengasari mak, mustahil mak akan mengasari abah..


Sabda Nabi saw: ada 4 perkara termasuk kebahagiaan iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan.


Saya SMS hadis di atas kpd abah tidak lama dahulu dan memberitahu dia bahawa rasanya dia miliki kesemuanya. Saya beritahu dia bahawa saya tumpang bahagia. Abah kata ucapan itu mesti disertai rasa syukur kerana manusia tak akan pernah puas.


Ya Allah.. Aku sayang ibuku.. Aku sayang abahku.. Engkaulah sebaik2 penyayang.. Engkau sayangilah mereka.. Engkau pilihlah mereka untuk Engkau cintai.. Berilah kemanisan hidup di dunia akhirat kepada mereka. Tempatkanlah kami bersama-sama orang-orang soleh di Hari Hisab. Satukanlah kami di syurga Engkau di darjat yang tertinggi di sisi Engkau.. Hanya kepada Engkau tempat kami menadah tangan memohon belas kasihan dan harapan.. Perkenankanlah Ya Rahim…

p/s : ini adalah artikel lama yg lillah post semula untuk seorang sahabat... moga bermanfaat utk dikongsikan... amin..

** artikel ini telah di edit sedikit kerana ada beberapa kekeliruan.. lillah mohon maaf di atas kedaifan dlm perkongsian ini.. saya masih belajar.. :)

Sabtu, 13 Jun 2009

kehadiran mu menyentuh kalbu.. menyalakan obor pengharapan...


good friend is hard to find, hard to lose, and impossible to forget...


"lillah dah tunaikan dah hutang lillah.."
kata cik na sambil tersenyum ceria.. lillah ketawa mendengar kata-kata cik na.. sebenarnya dalam hati sayu sangat..

hutang apakah?
hutang membalas kembali ziarah ke rumah cik na di Terengganu dan berkenalan dengan family cik na.. :p
cik na datang ke rumah lillah masa kami di tahun pertama USM.. kini cik na dah habis belajar.. insya'Allah grad bulan 8 ni.. 3 tahun berhutang...

"oohh.. dah lama kenal na.. kenapa baru sekarang datang sini?? kenapa tak datang awal-awal?!"
tegur nenek cik na.. tak sempat lillah menjawab, na menyampuk :
"Ha.. jawab...!"

ye.. memang dah lama kami kenal.. dah 4 tahun dah.. ke macam-macam negeri dah lillah pergi.. ke luar negara pun dah.. tapi rumah kawan baik sendiri tak sampai-sampai.. baik sangat,tu la pasal..

kali pertama kami bertemu di matrik KMNS.. masa tu lillah selalu membantu kawan2 dalam subjek kimia.. so ada seorang hamba Allah ni selalu minta lillah ajarkan dia.. satu hari tu hamba Allah ni bawa cik na bersama.. cik na dia segan dengan lillah.. dia diam je.. lillah pun tak tau dia faham ke tak apa yang lillah ajarkan.. orang kata diam tanda setuju kan.. hehe.. harap dia faham la..

jauh di sudut hati memang teringin nak kenal dengan cik na.. tapi dia ni orangnya pemalu.. macam daun semalu.. senyum je.. suara pun tak kedengaran.. personaliti kami jauh berbeza.. lillah ni jenis ceria2 dan bising2.. jenis berani dan tak malu2 (mengaku).. hehe





cik na, cha (adik cik na) & lillah


Allah memang sebaik2 perancang..
masa first day pendaftaran di USM.. terserempak dengan cik na..
rupa2nya kami satu course.. satu kelas.. satu floor.. semuanya sama.. orientasi pun bersama2..
masa tu lillah tak pernah menjangka inilah insan yang akan menemani lillah pada setiap masa sepanjang berada di USM..

spjg 3 thun..
kami tak pernah berpisah kecuali bila lillah keluar untuk ke program persatuan..
dalam kelas kami akan duduk bersama.. dalam bas pun sama.. berjalan pergi balik kuliah sama2.. dan masa buat projek2 dan assignmmen pun selalu dalam kumpulan yang sama..
waktu yang tak sama tu boleh dibilang je.. sikit sangat..

Alhamdulillah..
cik na ni seorang yang sangat teliti, kemas dan teratur.. lillah pulak berterabur.. lillah asyik disibukkan dengan persatuan hinggakan selalunya nota kuliah tak lengkap, tarikh-tarikh penting kadang2 terlupa.. mujurlah cik na akan selalu ingatkan.. sampai bila nak pergi kuliah atau exam tu pun cik na akan pastikan lillah tak tertinggal barang2.. even make sure lillah tak terlambat ke kelas.. (selalunya lillah akan lambat.. hehe)

satu hari tu seorang lecturer kami memeriksa signature cik na.. dia komen yang dari signature tu cik na ni is a good friend.. honest one.. lillah pulak dia kata unpredictable person..
lillah sempat bisik pada na
"maknanya lillah la yang beruntung, sebab lillah dapat kawan tu.."
cik na tersenyum.. asyik2 senyum je..

masa nak buat final project, lecturer cabut undi... kami risau kami dapat partner yang tak sefahaman.. dan.. hehe.. Allah dah takdirkan masa cabut undi nama kami dapat sama penyelia.. dan dapat sama grup.. so masa tu ramai yang jeles, ish3..

dgn adik beradik cik na yg ceria2..!!


puas cik na bersabar dengan kerenah lillah..
lillah selalu dalam keadaan tertekan dengan tekanan study + persatuan + family..
dan selalu memendam perasaan ..
tapi dengan cik na, lillah rasa selamat untuk bercerita..
dia seorang pendengar yang baik.. insya'Allah penyimpan rahsia yang paling baik..
di luar orang melihat lillah happy go lucky, aktif dan ceria..
tapi lillah pun manusia biasa, hidup ni tak sunyi dari masalah.. lepas dapat share dengan cik na rasa lega..

cik na tak aktif dalam persatuan sementara lillah macam dah melekat tak boleh cabut dari persatuan.. makin lama lillah makin busy hingga selalu tak dapat sama2 dengan cik na.. bila cik na ajak teman keluar pun selalu tak dapat nak temankan.. kesian cik na..

bila lillah balik program, selalunya lillah akan demam-demam.. masa tu orang yang banyak menjaga makan minum lillah ialah cik na dan cik dayah (teman sebilik)..

walaupun lillah selalu tak ada untuk cik na, tetapi cik na sentiasa ada untuk lillah.. Alhamdulillah..


with Ya yg keletah berbicara..


gaduh-gaduh sikit tu biasalah..
alangkan lidah lagi tergigit inikan pulak sahabat yang siang malam bersama-sama dengan kita..
lillah pernah terasa hati dengan cik na..
tapi lillah takut cik na kecil hati kalau tau lillah merajuk, so lillah pun balik ke selangor sehari semalam lepastu balik p.pinang semula malam berikutnya.. lillah tak tau samada cik na sedar ke tak? harap2 tak la..

lillah tau lillah pun banyak buat salah dengan cik na.. tu yang asik minta maaf je, asik tanya ada tak lillah berhutang.. asik belanja makan hehe.. sebab terasa banyak sangat kekurangan dan kekangan untuk lillah berikan yang terbaik pada seorang sahabat yang cukup baik ni..

sepanjang berada di rumah cik na lillah rasa sayu sangat2.. rupanya masih banyak tentang hidup cik na yang lillah tak tau.. tapi lillah yakin cik na dah tahu segala-galanya tentang hidup lillah..
rasa sedikit bersalah dan ralat.. kawan jenis apakah lillah ni?? teruk nya rasa..

tapi mungkin disebabkan lillah ni jenis yang tak suka mengorek rahsia orang lain menyebabkan cik na senang mendekati lillah.. apa yang cik na nak bagitau lillah dengar.. yang cik na nak rahsiakan lillah akan buat-buat tak tau dan tak ambil tahu..

malam last di Terengganu tu lillah rasa sayu.. cik na dah tidur.. lillah pulak tak bole nak tidur.. so lillah pun update artikel ni di blog english lillah..
http://lillah-extrovert.blogspot.com/2009/06/friendship-i-love-my-friends-d.html

rasa macam kalau tutup mata.. akan cepat sangat siang.. lega rasanya masa bangun tahajud tu, cik na masih ada di sebelah.. macam hari2 lain.. sedih sebab ini kali terakhir dapat bersama2 dgn cik na.. lepas ni kita akan masing2 punya hala tuju hidup yang berbeza...

keluarga cik na pun semuanya baik-baik.. ceria2.. lillah rindukan suara gelak hakim.. suara Ya.. usikan cha.. nyanyian kak no.. senyuman uju dan shahira yang malu-malu dengan lillah.. :)
marilah datang rumah kak lillah, nanti mak kak lillah nak bawa adik2 pergi zoo..

sebak masa emak cik na peluk lillah masa hari last tu.. banyak yang lillah belajar dari makcik tentang hidup ni..

masa nak balik tu sebak.. tak bole nak cakap banyak sedangkan banyak sangat nak cakap.. so masa dalam bas tu sms cik na..
dalam bas masa balik ke KL tu air mata turun slowly.. macam2 perasaan ada.. takut, sedih, sayang, rindu semua pun ada..

Ya Allah, aku sayang sahabatku ini.. aku sayang keluarga sahabatku ini.. kasihilah mereka, sayangilah mereka, peliharalah mereka, berkatilah hidup mereka, damaikanlah hati mereka, berilah hidayah dan bimbinganMu pada mereka.. kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan mereka.. bahagiakanlah mereka di dunia dan akhirat.. amin...










Perkahwinan Untuk Penceraian !!







Mengikut statistik dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), peratus penceraian meningkat sebanyak 14% iaitu dari 11% pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 25% pada tahun 2007. Inilah yang dinamakan perkahwinan untuk penceraian. Dimanakah letaknya matlamat utama dalam perkahwinan??




Daripada statatistik dari JAKIM menunjukkan daripada 13 465 penceraian yang berlaku pada tahun 2007 hanya 13 peratus sahaja yang rujuk kembali. Peratus rujuk ini semakin lama semakin berkurangan setiap tahun manakala peratus penceraian semakin bertambah. Dimanakah ertinya sebuah perkahwinan??




Matlamat utama perkahwinan adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tidak dapat dinafikan dalam perkahwinan pastinya ada perselisihan faham, kesalahan yang dilakukan tetapi semuanya perlulah dihadapi dengan tenang dan bukannya dengan cerai sebagai jalan penyelesaian.



Fenomena penceraian di Malaysia seolah-olah suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Ini suatu fenomena yang menakutkan sekiranya tidak ada penjelasan dan pemahaman tentang tujuan utama sesebuah perkahwinan itu.



"Perkara halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak. Tidak ada benda yang dihalalkan Allah lebih dibenci daripada talak."


(HR. Abu Daud)



"Mana-mana perempuan yang meminta talak daripada suami tanpa sebab, maka diharamkan ia daripada mencium kewangian (merasai nikmat) syurga."


(HR. Tirmizi)



"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(Surah Al-Baqarah: 195)



Matlamat unggul sesebuah perkahwinan tidak dapat dicapai dengan mudah dalam masa singkat. Seorang suami perlulah mempunyai peribadi yang mulia dengan sifat-sifat mahmudah bagi membolehkan melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung dan pemimpin kepada isteri.




Firman Allah SWT:-

"Kaum lelaki menjadi pelindung kaum wanita dengan apa yang Allah kurniakan kelebihan ke atas setengah daripada mereka lebih daripada yang lain."

(Surah An-Nisa':34)



Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, langkah yang perlu dilaksanakan berdasarkan rujukan daripada Al-Quran adalah seperti berikut.




Firman Allah SWT:

"Jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah 'orang tengah' (untuk mendamaikan mereka iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua 'orang tengah' itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan mendamaikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik."

(Surah An-Nisa:35)



Empat kaedah mengatasi keretakan rumah tangga seperti yang disyorkan menurut Al-Quran, Sunah dan Ijmak ialah:-

1. Muhasabah dan daya usaha sendiri.


2. Majlis Tahkim (Majlis pemuafakatan keluarga).


3. Khidmat Unit Perunding Keluarga (Kaunseling).


4. Mahkamah Syariah.




Doaku kepadaMu:

"Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami rahmatMu kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi. Ya Allah, kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah aku memohonkan padaMu jiwa yang tenang dan tenteram, yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup puas dengan pemberianMu.

Amin Ya Rabbal Alamin



artikel dari http://luqmannul.blogspot.com/2009/06/perkahwinan-untuk-penceraian.html



Rabu, 10 Jun 2009

Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah :)


lillah tersenyum sebaik menerima offline msg di ym.. ianya adalah link dari rakan blogger yang telah menulis sebuah artikel dalam berita harian.. sebuah artikel yang sangat sweet & membuatkan yang membaca akan tersenyum.. senyumlah... :) gambar si comel dua orang tu adik2 cik na... (ya & akim):p


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.


Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.


Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang
paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW,
Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang
lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW,
Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan
oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali)
mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan
Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi
rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak,
bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja
mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya
pasti akan sentiasa puas.”
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa
Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta
izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari
jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam
kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan
senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika
orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah,
ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.
Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima
kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah,
bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.


Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya. Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.


Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu,
Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya
yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati
ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka
mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan
hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya
aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.


Oleh Yussamir Yusof




p/s : jazakallah yusammir.. :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....