Jumaat, 21 Mac 2008

sahabat2 yg disayangi... mengertilah..






















Ya Allah, pilihlah kami untuk Engkau cintai, jadikanlah kami seperti yang Engkau cintai, peliharalah kami seperti mereka yang Engkau cintai, letakkanlah kami di tempat yang Engkau cintai, satukanlah kami dengan mereka yang Engkau cintai, tolonglah kami seperti mereka yang Engkau cintai, hanya kepada Engkaulah kami mendambakan cinta kami.. Amin ya rabbalalamin…

Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.(4:114)

Dalam ayat ini Allah telah berjanji balasan yang besar bagi mereka yang mendakwah kebenaran. Betapakah lagi besarnya balasan hormat yang dikatakan ‘besar’ oleh Allah swt .

Rasululullah saw bersabda :

v Ucapan seseorang itu mungkin menjadi satu dosa baginya kecuali perkataan-perkataan yang diucapkan selaku memberi perintah untuk membuat kebajikan dan menegah dari membuat kemaksiatan.

v ‘Maukah saya khabarkan satu kebajikan yang lebih bagus dari solat,puasa dan sedekah? ‘ Para sahabat menyahut: Tuan mestilah khabarkan kepada kami kebajikan itu, ya Rasulullah! Nabi menjawab: Damaikanlah antara sesama manusia kerana hasad dan dengki itu memusahkan amalan baik seseorang seperti sebilah pisau cukur membelah rambut.

Tersangatlah banyak lagi ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang menganjurkan perpaduan serta kasih sayang dan cinta mencintai. Apa yang nak ditegaskan disini ialah mendamaikan sengketa umat manusia adalah juga salah satu cara berdakwah ke jalan Allah dan menegah dari maksiat. Menganjurkan keamanan dan kasih mesra di kalangan masyarakat adalah kebaikan yang besar…

Wahai sahabatku.. dunia ini tempat persinggahan yang Allah ciptakan untuk kita sebagai cubaan dan dugaan untuk menguji keimanan.. Pujuklah iman mu meluahkan rasa hatinya untuk teguh mencapai redha Allah.. Hanya hati yang tulus kerana yang Esa disertai keikhlasan dapat mengharungi onak duri ini.. Jadikanlah taqwa pakaianmu sepanjang di dunia ini..

Ya Allah..bantulah kami utk mengingatiMu dan mensyukuriMu dan sebaik-baik ibadah padaMu. Kurniakan kami takwa dan tazkiah/penyuci. Engkaulah sebaik tazkiah dan Pelindung dan Pemilik diri kami.

Kalian racun, kalian jugalah penawar.. kerana Allah kita bertemu. Sayangilah aku hanya kerana Allah, semoga aku menyayangimu selama-lamanya. Bencilah aku hanya kerana Allah, semoga aku tidak akan membencimu selama-lamanya. Empatilah terhadap imanku, semoga aku menjadi sahabat baik mu selama-lamanya. Ingatkan aku perintah Tuhan mu, semoga aku merindui mu bila kau tiada. Doakan aku, semoga kau peroleh lebih dari itu. Ukhwahfillah... Kita bertemu kerana yang Esa.. Kita bersama walau berbeza.. Suatu hari akan tiba, kita berpisah.. itu semestinya.. Biarlah saat itu datang sendiri tanpa dipinta, kerana Dia lebih mengetahui.. setiap yang terjadi punya hikmah.. Hikmahnya tersimpan pada si Dia..

Ketahuilah, bahawasanya hidup kita mencari sahabat lebih kita utamakan drpd mencari cinta.. Kalau hanya semata krn cinta, daerahnya terlalu sempit, tetapi persahabatan mempunyai daerah lapangan yang amat luas, di dalam mengharungi lautan hidup yg tiada tentu di mana tepinya ini.. Oleh sebab itu beroleh kemenangan kerana bertambah seorang sahabat, lebihlah harganya daripada kemenangan mendapat balasan cinta.. Hati kecil ini bersyukur kpd Nya kerana dapat bersama kalian..

Seorang telah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya :

“Bilakah akan berlakunya hari Kiamat? Wahai pesuruh Allah!”

Nabi :

“Apakah persediaan-persediaan yang dikau telah lakukan untuk Hari tersebut?”

Orang itu:

“Wahai Kekasih Allah! Daku tidak berupaya memperolehi amalan yang banyak dari solat, puasa dan sedekah untuk menolongku tetapi daku mengasihi Allah dan RasulNya didalam hatiku.”

Nabi:

“Di hari Pengadilan nanti dikau pasti berada bersama orang yang kamu kasihi.”

Ya Allah.. bersihkan hati kami, lapangkan hati kami, pelihara hati kami, ikhlaskan hati kami, tawadhukkan hati kami, keluarkan dunia dari hati kami, keluarkan makhluk dari hati kami, penuhkan hati kami dengan cinta Engkau dan RasulMu.. Jauhkan syaitan,nafsu dan maksiat dari hati kami.. Sesungguhnya kami tidak berdaya melakukan sebarang kebaikan tanpa kasih sayangMu.. Engkaulah pemilik hati-hati ini.. Peganglah ia sekuatnya.. Janganlah lepaskan ia walau seketika.. Peliharalah ia sehingga kami menghadap Engkau di syurga kelak..

3 ulasan:

  1. sayang2 sangat2 kat semua!! sungguh lillah..nilah kali pertama orang sayang kat smua orang...ya ALLAH, MBM mmg byk mengajar orang erti hidup, kemanisan bersahabat, kemanisan dalam kesdihan tika bersama2, alhmadulilah33x..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum

    kita kne jadi seperti lebah, sbb apabila lebah mencari manisan, dia akn pergi ke stiap bunga samaada bunga itu wangi atau busuk, tp dia tetap akn mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya manisan dpt dikumpul dalam sarang dan jadilah MADU, yg menjadi syifak(ubat). begitu juga kita, kita harus mencari kebaikan setiap saudara (seislam) kita spy kebaikan akan terkumpul dalam diri kita...

    dan jgn kita jd seperti lalat, krn lalat akn pergi mencari ke tempat kotor dan mengumpul kuman dan kekotoran sehingga kekotoran itu melekat pd dirinya SENDIRI. begitu juga kita, kita dilarang sama sekali melihat keburukan yg ada pd saudara (seislam) kita spy keburukan itu tdk terkumpul pd diri kita.

    -al-marhum hadrat ji maulana inamul hassan-

    ulama bg tau: bila kita lihat keburukan yg ada pd org lain, maka terhentilah usaha untuk islah (baiki) diri sendiri..nauzubillah.

    Nabi bg tau jgn kita lihat keburukan org spy hati kita suci dan bersih dari sifat hasad..

    BalasPadam
  3. waalaikummussalam~

    jazakillah...

    Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)

    di hadith lain baginda bersabda: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)

    ringkasnya, terdapat banyak riwayat yang mempunyai maksud yang sama dengan hadith di atas.. oleh itu sahabat-sahabat yang dikasihi, kita sebagai pendakwah sangat perlu menyembunyikan keaiban seseorang dan yang lebih penting daripada itu menjaga maruahnya.. Nabi saw pernah bersabda : " Sesiapa yang tidak menolong saudara Islamnya ketika maruahnya dijatuhkan dan dihina, maka Allah swt tidak akan menghiraukannya ketika dia memerlukan pertolongan." (Abu Daud) ** dipetik dari kitab Khairil-Mawa'iz

    Dalam hadith lain baginda bersabda : "Riba yang paling buruk ialah mencemar maruah seorang Islam " (Abu Daud)** dipetik dari kitab Talkhisil-Akhbar

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....