Ahad, 9 Mac 2008

pedihnya hidup.. bahagianya jiwa


Ada orang yang berkata, bahawa kita tidak akan bahagia andai batin kita merasa sakit dan pedih.. bagi mereka selagi masih seseorang menanggung kepedihan itu, selagi itulah seseorang itu tidak akan mengecapi nikmatnya bahagia.

Mengapa pendapat begitu salah?

Betapa rugi mereka yang berfikir sedemikian kerana fitrah insan yang hidup di dunia ini pastinya dihujani dengan pelbagai ujian. Semakin hebat seseorang itu semakin hebat pula ujian yang Allah hadiahkan padanya.

Menurut Pak Hamka (Prof Dr) , persangkaan itu salah kerana org yg bodoh, dungu, goblok (sangat bodoh) , singkat fikiran dan yang gila dalam kegilaan, kedunguan dan kegoblokannya itu tetap berbahagia dalam keadaan mereka.

Pada suatu hari seorang filosof berjalan di suatu jalan yang ramai dengan orang. Ketika dia sedang berfikir-fikir tentang keadaan hidup manusia, secara tidak sengaja dia tertumbuk kepala seorang tukang sapu jalan.

”Hai orang yang menganggur! Apa kerja tuan di dunia ini sehingga tuan jalan termangu-mangu? Sehingga saya tertumbuk ke hidung tuan, tuan sikit pun tak sedar? ” tanya si tukang sapu.

”Saya seorang filosof, saya termangu memikirkan kehidupan Bani Insan (umat manusia).”

”kasihan.. kasihan.. hanya itukah pekerjaan tuan?”

Si filosof pula kasihan melihat nasib tukang sapu, dan tukang sapu lebih kasihan melihat si filosof. Sebab biasanya orang yang mengangkat mayat tertawa bila bertemu dengan mereka yang mengarak pengantin. Mereka ketawa melihat betapa lucunya manusia meraikan seseorang yang pasti akan mati akhirnya. Orang yang mengarak pengantin menangis bila bertemu dengan orang yang mengangkat mayat kerana takut akan meninggalkan kekasih, anak-anak dan harta yang sedia ada di dunia.

Orang gila pula berasa senang di dalam kegilaannya. Orang bodoh kerap mencela orang pintar, kerana merasa mereka pintar. Orang pintar pula berhempas pulas menggunakan segala tulang empat kerat untuk menyuarakan isi hati, katanya membela bangsa ,tanah air dan lain-lain. Mereka bekerja seolah hidup tidak akan mati. Mereka merancang untuk kehidupan beberapa keturunan. Orang-orang bodoh mentertawakan mereka sedangkan hidup mereka mengharapkan orang-orang pintar. Padahal semuanya bersusah payah menghabiskan sisa hidup.

Adakah lebih baik membiarkan diri kita seperti ini shj?

Sudah cukup dengan ada makanan, tempat tinggal dan pasangan?

Kemudian kita tak akan rasa sakit dan susah lagi?

Beruntungkah orang-orang yang berfikiran sedemikian memadai dengan memenuhi kehendak fitrah makan, tempat tinggal dan pasangan semata-mata?

Adakah orang-orang yang berakal berfikiran seperti mereka?

adakah benar kegilaan itu suatu keuntungan?

Tidak ada manusia yang mahu..(jawapan akal).. Alhamdulillah..

Semua org x mahu menjadi bodoh, sebab org bodoh kelihatan senang dalam kebodohannya, orang berakal x mahu jadi gila, sebab orang gila kelihatan merdeka dalam kegilaannya, nyatalah bahawa keberuntungan sejati itu didapati dengan kepedihan yang tidak terperi. Hinggakan beberapa filosof Islam bersoal jwab, bilakah seseorang itu merasai kebahagiaan dalam hidupnya? Sesudah pekerjaan membuahkan hasil atau ketika sedang melakukan pekerjaan?

Sahabat2 ku yang dikasihi..

Orang yang beroleh bahagia ialah orang yang bahagianya itu tak luntur lantaran kepedihan dan kesengsaraan yang silih berganti dalam hidupnya, meskipun terlalu berat kita melihat dugaan yang menimpanya.. sebabnya ialah dia mempunyai perkakas yang paling teguh dan kukuh, iaitu sabar dan tidak hilang akal. Bahkan kadang-kadang setiap kali dia selesai menangkis dugaannya dengan perkakasnya, dia semakin bahagia. Tak ubahnya dengan orang yang menghisap candu, yang tahu bahawa candu itu merosakkan badannya, tetapi candu itu dihisapnya juga, sebab yang diharapkannya ialah kenikmatan selepas menghisap candu.. dia pengsan lantaran merasai nikmatnya candu itu, kian lama kekuatannya hilang dan tulangnya lesu, namun dia kembali juga menghisap..

Sahabatku yg dikasihi..

Jika tak senang kalian mendengar misalan yg saya berikan ttg penghisap candu, mari kita misalkan kepada seorang perempuan yang melahirkan anak.. betapa sakit tanggungan yang dipikulnya selama 9 bulan lebih mengandung hingga bertarung nyawa melahirkan anaknya, betapa dia takut akan hamil kali kedua dan ketiga.. tetapi sebaik mendengar teriakan anak yang baru lahir, hilanglah segala kesakitan yang ditanggungnya selama berbulan-bulan lamanya..

Mengapa kesakitan, berbulan-bulan dihapuskan oleh tangis anak yang baru lahir? Mengapa perempuan yang mandul, berubat ke sana ke mari , mencari dukun dan doktor pakar, meminta ubat dan pelbagai ramuan, berbelanja beribu-ribu ringgit supaya memperoleh anak sendiri? Tidakkah perempuan mandulmitu tahu bagaimana kesakitan saudaranya yang mengandung dan melahirkan anak? Dia tahu.. Dia melihat seorang ibu itu mengerang kesakitan melahirkan anak. Dia dengar rintihan si ibu ketika si anak hendak keluar. Perempuan mandul tidak ingat itu, sebabnya dia terlalu ingin mendengarkan tagisan bayi seketika lahir ke dunia. Dia ingin sangat mengecapi betapa bahagianya menyusukan, memangku dan mengendong bayi sendiri...

Sahabatku yang dikasihi..

Subhanallah.. dengan sedikit kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati makhluknya, si ibu seolah terlupa segala penderitaannya selama 9 bulan dalam tempoh sesaat, sebaik mendengar teriakan bayinya.. Sedangkan betapa banyak tak terhitung, tak bertepi kasih sayang Allah kepada kita..

Dengan sedikit kasih sayang itu jualah si ibu sanggup bekorban jiwa raga membesarkan anak-anaknya.. memberi kemaafan kepada anak-anaknya meskipun berulang kali si anak membuat kesalahan.. Dalam hati kecil si ibu tetap terselit pengharapan agar si anak membalas segala jasa dah pengorbanannya.. Agar tidak sia-sia segala kasih sayang yang dia tumpahkan selama ini. Dalam diam dia menagih kasih dan simpati.. Sedangkan Allah Yang Maha Pengasih dan maha Penyayang tidak pernah sekalipun mengharapkan apa-apa dari hambanya.. Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan rahmatnya tanpa perlu hambanya menagih, tanpa perlu hambanya meminta-minta.. Dia tidak pernah lupa.. Dia sentiasa ingat pada makhluknya..setiap satu.

Sahabatku yang dikasihi..

Kerana itulah mengingati Allah adalah kebahagiaan yang paling membahagiakan.. Rasanya nikmat, melebihi nikmat candu.. si pecinta akan mabuk..! Mabuk dalam bercinta. Ke mana sahaja dia memandang, hanya kebesaran Allah yang Dia nampak.. Ke mana shj dia melangkah, hatinya membawa Allah bersama2.. Ketika dia diam, dia sibuk berbicara dengan Allah di dalam hatinya.. ketika dia bercakap dengan makluk, ingatannya tetap terpaut pada Allah.. pada saat itu, betapa besar sekalipun badai yang menimpanya akan terasa seperti ombak kecil yang bermain di kaki pantai.. tidak mustahil juga Cuma umpama percikan air ke hujung jari.. Dia berbahagia dalam derita..

Demikianlah orang yang beruntung dengan kebahagiaan yang abadi, yakni dalam ketaatan kepada Allah.

Seorang budiman berkata:

”Kalau Allah tak menjadikan kesengsaraan, di manakah orang akan akan kenal nikmatnya bahagia? ”

Memang kalau tidak ada kesakitan, orang tidak akan ada yang hendak mengejar kesenangan.

Tidaklah terlalu berlebih-lebihan, jika dikatakan bahawa kesakitan dan kepedihan adalah tangga menuju kebahagiaan.

Kesakitan perlu utk org yang hendak maju ke hadapan. ’Kina’ yg pahit perlu bagi pesakit malaria. Doktor sengaja mencampurkannya di dlam ubat-ubatan agar dia sembuh. Begitulah Allah menghadiahkan kepedihan kepada hamba-hambaya bukan untuk menzalimi tetapi menyayangi..

”Telanlah ubat ini hai hambaKu.. supaya engkau lekas sembuh..”

Pahit, ya Tuhanku..

”Tahanlah pahit supaya engkau lekas sembuh..”

Orang yang tidak yakin berusaha utk mengelakkan diri dari memakan ubat sehingga dia menerima penyakit yang lebih parah. Orang yang patuh dan taat, ditelannya juga walaupun pahit, kerana dia mengharap untuk sembuh.

Sahabatku.. segala sengsara, kepedihan dan kesakitan, dihadiahkan Allah kepada hambaNya menurut ukuran kemampuan hambaNya. Ujian tidak dilebih-lebihkan dan tidak pula dikurang-kurangkan.. kecelakaan si hamba adalah sebab dirinya sendiri, yang degil tidak mengikut nasihat doktornya..

Sakit dan pedih itu mesti ada.. bumi tak subur tanamannya jika tidak diluku dahulu dengan bajak yg tajam, intan digilap baru timbul sinarnya.. emas dibakar baru boleh menjadi gelang. Buatmu insan yang saya kasihi dan sayangi, sakit dan pedih itulah yang akan menimbulkan cetusan fikiran, semangat yang baru.. sebab air mata sahaja tidak mampu meringankan bebanan.

Kepedihan adalah bayang-bayang manusia, tak dapat bercerai dgn manusia selama-lamanya. Tidaklah berfaedah org yg hendak menghilangkn kesakitan dan kepedihan sbb hilang dahulu manusia tu baru hilang pula pedihnya.

Jaafar Syaqiq cucu Rasulullah saw berkata:

”Barangsiapa mencari barang yang tidak dijadikan Allah di dunia ini, dan barang itu hanya di syurga sahaja, adalah menghabiskan umur dgn sia2.”

Apakah brg itu?

Tanya org kpd beliau. Ialah kesenangan.....

Nabi bersabda juga:

”tiap2 hari berganti, maka kesakitan hari yg datang kemudian lebih hebat dari kesakitan yg datang pada hari yang dahulu.”

Seandainya sakit dapat dihindarkan dari hidup, hidup yg x mengandungi pedih adalah, seakan-akan sambal yg tak bergaram. Itulah sebabnya, bangsa yg hina dan dipermainkan berusaha mencapai kemerdekaan. Kelak, kemerdekaan yang diperjuangkan oleh datuk nenek nya itu disia-siakan, sebab dia tidak merasai betapa sakitnya mencapai kemerdekaan itu.

Sahabat2ku yg disayangi..

Marilah kita perhatikan kehidupan anai2 yg mengerubungi lampu. Anai2 itu mendekati cahaya lampu seolah2 berkata:

”Izinkanlah aku mendekatimu hai lampu, aku ingin cahayamu yang terang benderang itu.”

Jawab lampu: ”Sia2, semata2 sia2 permintaanmu. Sebb keinginanmu itu membahayakan dirimu.”

Tanya anai2: “Bahaya apa gerangan tuan lampu?”

Jawab lampu: ”di dalam perjalanan engkau akn bertemu dgn burung layang2, engkau dijadikan mangsanya.”

Anai2 menjawab: ”itu bukan bahaya,tuan lampu. Itu adalah kemuliaan.. mati dalam menempuh cita-cita.”

Jawab lampu lagi: “sia2.. semata2 sia2 perbatanmu itu.”

Anai2 pula bertanya : “mengapa tuan katakan sia2 org yg mencintai bahaya, tuan?”

Terang si lampu : ”tidakkah engkau lihat, bangsamu telah jatuh tersungkur, mati tertimbun-timbun di bawah naunganku, lantaran mencari cahayaku?”

Anai2 menyambung : ”itu bukan sia2 tuan. Itu kemuliaan. Kami dtg dari tempt yg jauh2, mencari cahaya krn kami tak tahan gelap. Kami dtg kpdmu, berkeliling mencari cahaya. Biarlah bangkai tertimbun, tuan..bertimbun dan mati di bwh naunganmu. Kami cari cahayamu, setelah maksud kami berhasil, biarlah kematian datang, asal kami diredhakan akn dtg. ”

Maka bertimbunlah bangkai anai2 di bwh cahaya lampu, sedang yg dtg masih byk, dan yg akn dtg, masih dlm perjalanan.

(syair dari seorang Sufi, memisalkan keinginan seorang mukmin mencari Nur Tuhannya )

Ya Allah.. yang telah memberi aku pakaian cinta, yang selamanya tidak luntur dan usang.. Yang menjaga aku di dalam perjalanan dan diam, berilah aku Nur Mu..Dengan mengingatiMu, aku beroleh nikmat bahagia. Orang yang berjalan di luar garis Mu, sesat dan terpencil. Aku meyakini keluasan ilmuMu. Engkau tahu apa yg tersimpan di hati hambaMu.. Sempurnakanlah urusanku seperti yang Kau cintai..Terimalah segala urusanku untukMu spt yg Kau cintai.... Amin ya Rabb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....