Ubatilah hatimu & hatiku temanku…
dukacita, ialah penyakit yang timbul lantaran terlampau kuatnya terikat dgn dunia.. keterikatan itu pasti ada selama kita masih bernafas..seumur hidup kita. Keterikatan sebagai seorang anak, sahabat, kekasih, suami, isteri, pekerja, majikan dan lain-lain. Keterikatan ini lahir dari kasih sayang yang dicurahkan sama ada secara sedar atau tidak. Yang pastinya, selepas kasih dicurah, akan wujud satu tautan atau ikatan.. ikatan inilah yang akan menyebabkan kehilangan insan yang kita sayang menjadi sangat sakit untuk kita.. kehilangan ini tidak semestinya bila ajal yang memisahkan, cukuplah sekadar tercetus konflik antara teman-teman rapat sudah boleh membuatkan kita mula tidak keruan.
Persoalannya mengapa kita berdukacita?!! Kerana kita mempunyai satu anggapan bahawa apa yang kita cintai itu tidak boleh dipisahkan selama-lamanya dari badan. Padahal kalau manusia telah tenteram hatinya, sihat badannya, dan cukup pula apa yang dimakan di pagi dan petangnya, itulah orang yang sekaya-kayanya dan sesenang-senangnya. Kalau sudah begitupun masih berdukacita juga, tandanya orang itu kurang akal dan kurang berbudi.. tidak tahu bersyukur..
Timbul penyakit dukacita lantaran menyedari keberuntungan yang telah lalu, atau takut menghadapi bahaya yang akan datang , atau kerana memikirkan bahawa yang ada sekarang ini masih belum mencukupi dan serba kekurangan..
- dukacita memikirkan yg telah lalu
kalau manusia berdukacita memikirkan keuntungan, kekayaan dan kemuliaan yg telah hilang, kedukaan itu tidak berfaedah sama sekali.. sebab segala kejadian yg telah hilang walaupun bagaimana diratapi tetap tidak akan kembali.. sedangkan masa dua minit yang lalu, walaupun dikejar dengan mesin terbang, yang sekencang-kencangnya atau yang melebihi kelajuan bunyi, tidaklah dapat dikejar. Apa gunanya meratapi yang telah pergi, dia tak akan pulang, dan lantaran itu juga boleh menyebabkan dirimu sakit dan binasa.. kedukaan yang begini timbul lantaran tiadanya keyakinan bahawa segala isi alam ini asalnya tidak ada, kemudian itu ada dan akhirnya akan lenyap.. kemuliaan, ketinggian, nikmat bercinta, keluarga tercinta, harta benda, semuanya akan datang kepada kita dan akan pergi dari kita. Kalau kita yang tidak pergi lebih dahulu, tentu mereka. kerana setiap yang pergi ada yang dahulu dan ada yang kemudian..
mengubat dukacita ini tidak lain hanyalah dengan menjaga apa yang masih ada pada kita. Kerana semuanya semuanya ini, baik yg telah pergi dan hilang atau yg sedang ada, apalagi yang akan dtg, semuanya itu nikmat.. jangan sampai lantaran meratapi nikmat yang hilang, kita lupa akan nikmat yang ada.. nanti setelah yang sekarang ada hilang, bertambah menyesal kita nanti..
pepatah : Kalau ada jgn mengharap, kalau hilang jgnlah gusar
di waktu nikmat membanjiri, hendaklah banyak2 bersyukur.. gunakan nikmat itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Insaf bahawa barang ini hanya pinjaman. Jika nikmat yg dicintai itu masih muda dan baru, gunakanlah ia sebaik mungkin kerana nikmat itu pasti akan tua bila sampai masanya nanti.. dan bila nikmat itu sampai masanya untuk pergi kita tidak akan menyesal sebaliknya berpuas hati kerana semasa mudanya kita telah mempergunakan nikmat itu sebaik-baiknya..
kalau nikmat yang membanjiri itu harta benda, kekayaan dan kemuliaan, peliharalah dan gunakanlah dengan baik.. jangan dilupakan bahawa dia akan pergi. Jangan hanya diingat ”semasa saya kaya dulu..”. sebaliknya ingatlah yang sebelum itu, ”semasa saya lahir dahulu saya tiada seurat benang pun di badan..”
ketika maharaja iskandar Zulkairnain hendak menghembuskan nafas terakhirnya, .. setelah baginda menakluki negara-negara besar seperti Persia dan India.. baginda merasakan sudah sampai masanya untuk baginda kembali ke akhirat menemui Penciptanya, maka maharaja itu telah mengumpulkan maharaja muda bersama orang-orang besarnya.. bagida berkata :
”Setelah beta mangkat, letakkan mayatku dalam peti, bawa ke negeri Persia dan Mesir dan segenap jajahan yg telah aku taklukkan. Dari dalam peti hendaklah hulurkan kedua belah tanganku yang kosong, supaya orang tahu bahawa Raja Iskandar yang maha berkuasa, walau bagaimana berkuasa sekalipun, dia kembali ke akhiratn dengan tangan kosong juga. Jika ibu dan ahli rumahku hendak meratapi mayatku, janganlah dilarang mereka meratap, cuma suruh sahaja mereka mencari dua org yg akn menjadi temannya, iaitu org yg tidak akn mati selama-lamanya, dan org yg tidak pernah mati. Kalau yang berdua itu telah ada, bolehlah meratapi kematianku..”
** sambungan tentang dukacita memikirkan yg sekarang dan akn datang akn diposkan kemudian.. (”,) jazakillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)