Khamis, 7 Julai 2011

Bagaimana Membuat Modul Program LGM?

Buat adik-adikku sayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati…
Anggaplah tulisan Kak Lillah ini umpama akak sedang bercakap di depan mata adik-adik ya…

1) Apakah itu modul?

Modul boleh didefinisikan sebagai satu pakej pengajaran untuk membolehkan seseorang atau sekumpulan manusia itu menguasai sesuatu pelajaran sebelum bergerak ke langkah seterusnya.
Contohnya, modul LGM membolehkan sekumpulan pelajar USM menguasai cara bergerak kerja dalam masyarakat. Sepanjang LGM, semua penggerak dan peserta akan mematuhi modul itu supaya objektif (tujuan) modul tercapai. Sekiranya selepas program tamat, peserta sudah boleh menguasai gerak kerja maka modul dianggap berjaya. Sekiranya selepas program tamat, peserta masih belum boleh menguasai gerak kerja, maka modul dianggap gagal.

Modul yang berjaya atau gagal perlulah dianalisis semula semasa post-mortem (bedah siasat) selepas program tamat. Semasa sesi post mortem, kita hendaklah mencari apakah kelebihan program, kelemahan program dan cadangan baru. Hasil post mortem ini dapat membantu kita membuat modul yang lebih baik di masa akan datang.

Jangan sedih seandainya modul gagal kerana kita manusia biasa, tidak sempurna.. Kita belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki modul kita di masa akan datang.

Ini contoh modul Program Motivasi Sayangi Remaja. Cuba klik link dan tengok-tengok.

2) Apa yang ada dalam modul?

Kaedah menulis modul perlulah straight to the point supaya memudahkan orang membacanya. Modul juga perlu mudah dibaca dan difahami.
Untuk nampak kemas, kita menggunakan jadual semasa mengisi modul.

a) Modul perlu ada ‘Masa’, ‘Slot’, ‘Objektif’, ‘Kaedah’, ‘Bahan’dan ‘PIC’.
Kalau modul LGM melibatkan tempat dan hari yang berbeza, jadi perlu tambah column untuk 'Hari dan tarikh', 'Tempat'

PIC adalah singkatan Person In Charge iaitu Orang Yang Bertugas.

b) Objektif slot (column 3) hendaklah jelas serta mampu dicapai. Jangan letak objektif yang samar-samar atau mengelirukan. Kita perlu tahu siapa PIC. Adakah PIC mampu menyampaikan objektif tersebut? Sekiranya adik-adik menjemput penceramah, bagi tahu kepada penceramah objektif yang telah adik-adik pilih di dalam modul.

c) Semasa merancang kaedah, pastikan kaedah itu tidak mengelirukan. Sebaiknya adakan rahearsel ringkas supaya dapat membayangkan suasana sebenar. Ayat-ayat dalam menulis kaedah perlulah jelas dan terang supaya orang yang lansung tidak tahu menahu pun tahu apa yang perlu dilakukan. Bayangkan jika ada fasilitator yang tidak dapat hadir briefing (penerangan modul), jadi kita perlulah pastikan fasilitator itu tetap dapat memahami modul dengan membacanya sendiri.

d) Perlu diingat, kaedah ini tidaklah wajib dipatuhi 100%. Apa yang penting ialah objektif slot itu tercapai. Kaedah menjalankan slot yang terpapar di dalam modul cumalah satu cadangan untuk mencapai objektif. Sekiranya PIC merasakan pada hari kejadian ada kaedah lain yang lebih sesuai untuk mencapai objektif, silalah melakukannya!

e) Pastikan ‘Masa’ adalah logik. Team modul perlulah melawat tapak program dan melihat sendiri keadaan tempat untuk membuat anggaran masa.

Contoh : Masa untuk pelajar-pelajar makan di dalam dulang yang telah disediakan adalah lebih singkat berbanding beratur untuk mengambil makanan secara buffet.

Sebaiknya, panjangkan sedikit masa daripada masa sebenar bagi mengelakkan pertindihan jadual. Sekiranya terdapat masalah pertindihan masa, susun semula modul supaya slot-slot yang tidak penting dibuang manakala slot-slot yang penting dikekalkan. Jadi kita perlu tahu apa slot yang menjadi ‘CORE’ dan mana slot yang menjadi penyeri sahaja.

3. Modul LGM

LGM adalah singkatan Latihan Gerak Masyarakat. Objektif program ini untuk menggerakkan masyarakat yang sedar supaya bergelumang dalam masyarakat. Tempoh program ini satu minggu. Satu keistimewaan LGM ialah kita akan membawa peserta-peserta untuk bergelumang dalam pelbagai isu yang melingkari masyarakat.
Contoh : Masalah dadah, masalah kemiskinan, masalah zina, masalah nelayan, masalah penjaja, masalah tanah dan lain-lain…
LGM juga sangat istimewa kerana kita akan menerangkan teori kepada para peserta dan kemudiannya melakukan  practical (amali) di lapangan. Tujuannya ialah supaya peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diterimanya.

4. Langkah-langkah membuat modul LGM.

Langkah 1
Senaraikan isu-isu yang ingin disentuh. Brainstorming Objektif setiap slot.
Slot CORE (tak boleh dicicirkan) :
Slot Core
Objektif
a) Apa itu PPM?

1. Menjelaskan tujuan PPM diwujudkan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam PPM.

b) Apa itu LGM?
1. Menjelaskan tujuan LGM diadakan.
2. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam LGM.

c) Niat

Menetapkan tujuan peserta supaya berprogram semata-mata kerana Allah.
d) Slot Hamba dan Khalifah

1.Menjelaskan tujuan sebuah kehidupan.
2. Memotivasikan peserta supaya berkeyakinan tinggi dan berani dalam menegakkan kebenaran.
3. Mendorong peserta untuk melibatkan diri secara aktif dalam membantu masyarakat.

LDK Soft Skill :
Slot
Objektif
a) News Monitoring
1. Menjelaskan tujuan melaksanakan News Monitoring.
2. Menjelaskan kaedah melaksanakan News Monitoring.
3. Mengupas maksud ‘Isu’ dan ‘Masalah’.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.

b) Pemetaan Komuniti
1. Menjelaskan kaedah membuat peta sosial,ekonomi dan infrastuktur kawasan yang dikaji.
2. Menjelaskan kaedah menganalisa pemetaan komuniti.
3. Mengenal pasti masalah-masalah dan isu di kawasan kajian.
4. Mengenal pasti langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh peserta.



Langkah 2
Buat draf modul. Isikan tajuk-tajuk slot , tarikh dan objektif ke dalam modul.

Langkah 3
Hubungi NGO yang berkaitan dan maklumkan bahawa adik-adik dari PPMUSM dan akan mengadakan LGM pada --- September 2011. Sehubungan dengan itu, adik berharap dapat bekerjasama dengan pihak mereka.  Objektif slot ialah ---bla bla---- . Tanya pihak mereka ada cadangan? Sebab selalunya mereka lebih pakar dalam bidang mereka. Jika kita ada cadangan, boleh juga beri tahu mereka dan minta pandangan mereka.
NGO yang boleh dihubungi :
Bidang
NGO
Oranng yang boleh dihubungi
No tel
Pendidikan
-
A. Izzat/K.Kinah

Pengguna
CAP
A.Wan

Sosial
UNGGAS
Ustz Kamaruddin Kassim

Palestin
API
Hadi

Patani
AMANI
Saiful

Nelayan, Bakau, Sungai
SAM
K. Fatin/A. Shamsul/ K.Waheedah

Akidah
API
A. Izzat / A.Nuruddin

Dakwah Non muslim
IPSI
Ustz Kamaruddin Abdullah IPS

Dakwah minority- orang Asli
CAP
A. Shah


Langkah 4:
Lengkapkan modul.

Langkah 5:
Persembahkan modul kepada Team Manis iaitu bahagian dakwah dan tarbiyah.

Langkah 6 :
Baiki apa-apa kelemahan.

Langkah 7 :
Siap!!!! 

-----------------------------Tamat--------------------------------------------------------
p/s: faham ke? kalau tak faham boleh tanya..
p/s/s : ada salah tak? kalau ada sila tegur…
p/s/s/s : harap membantu…Semoga Allah memberkati usaha ini..

2 ulasan:

  1. malu plak nak mengomen...dah lame xbuat modul selain modul program di SAM..huhu...yg pntg modul ini sbg guide untk mudahkan PIC..n jika pemegang modul xder..org lain yg take over bleh faham dan gunakan modul tersebut.

    BalasPadam
  2. MODUL ni mcm peta jalan. Tanpa peta boleh sesat. Tapi tanpa peta, destinasi mungkin boleh sampai tetapi kita tidak on time!

    Nak sampai pukl 9.00 dgn peta, tetapi tanpa peta sampai pukul 12.00 pm.

    jadi kerugian masa belaku di situ :)

    Begitu jugalah dengan modul. Apa yang paling penting untuk suatu MODUL adalah MASA. Bukan objektifnya tercapai atau tak - tetapi program itu berjalan on time dan mengikutu modul yg di rancang.

    why??

    hm.. ini adalah kerana manusia once dia rasa silap, dia pasti nak betulkan kesilapan. tetapi kerja tanpa perancangan tidak smooth atau mudah gagal/ risiko gagal tinggi (ad hoc)

    Jadi.. program itu teruskan. walaupun masa hampir habis. okay, bila habis terus sambung ke slot lain. Ikut masa dalam modul.

    Sbnarnya inilah punca utama mengapa ssbuah program gagal krn krg pentingkan Masa- dan ia bersangkutan dgn tidak ikut modul yg di rancang awal.

    Ad hoc kalau boleh kurangkan. Jika terpksa - ambil masa 10 minit atau 15 minit awal utk merancang. Usah terus ambil mic dan terus on program. Pratusan untuk gagal sgt mudah. ( kalau kurg pengalamn tidak di galakkan begini)

    Objektif tdak di capai - sedih! =(

    Usah sedih.. yg penting kita dah buat sehabis baik pada masa yg di tetapkan. Tugas dapat atau tak oebjektif itu pada ALLAH. Kita hanay berusaha. Tak dapat hari ini, dalam slot akan dtg kita pulun sehabis baik.. okay! ^_^

    okay.. itu shja yg nak ingatkan pada adik2..
    pengalaman buat modul x la lama tetapi spnjg buat tu.. ini slalu di ingatkan oleh sifu2 saya.. hehe :) InsyaALLAH di turun kan dari generasi ke generasi...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....