Rabu, 30 September 2009

..:: takkan berpaling dari Mu ::..


tit..tit.. bunyi sms masuk..

okasi : surau selayang mall
aktiviti : baru lepas solat asar
mood : wajah ceria mcm biasa.. cenyum2.. :)
(bottom of my heart : down..down.. almost burst... )

sms dari kak fatin :
Ya Allah,

gadis ini telah memilih
mengutamakan Mu dari kedua ibu bapa yang dicintainya,

gadis ini telah memilih
Rasulullah sebagai idola berbanding artis pujaannya dahulu,

gadis ini telah menabur cinta
pada mad'unya berbanding lelaki yang disukainya,

gadis ini telah memilih islam sebagai cara hidupnya,

gadis ini telah memilih untuk
menegakkan islam berbanding hobinya yang lalu,

gadis ini telah memilih untuk berdakwah
di kala susah dan senang,

gadis ini memilih ke syurga
dan amat takut kemurkaan Mu,

maka..

pilihlah dia untuk menghuni mahligai di syurgaMu,
redhai dan cintai dirinya,

kerna ku tahu cintanya gadis ini padaMu ya Allah.
aamin... (",)


slepas membaca sms ni:
burst into tears .. dah lama pendam, nak meletup dada ni.. lepas tu lega sgt2.. hehe

p/s :
alhamdulillah... lillah bahagia2 je ni.. :D
i believ i'm doing the right things.. insya'Allah..
dont worry bout me.. ;)

nak sangat sahabat2 yg lain pun bahagia sama...
i'm doing all i can to be a better fren...

now i'm dedicating this sms to u all... hope u like it as much as i did.. ;)

Sabtu, 26 September 2009

beriman kepada takdir Allah sebagai sumber kekuatan diri..




Kepercayaan Tauhid yang ditanamkan oleh Rasulullah saw membentuk akhlak penganutnya.. akhlak yang tabah dan teguh kerana tiada tempat untuk bergantung, tidak ada tempat untuk menyerah, tidak ada tempat untuk berlindung melainkan hanyalah kepada Allah satu-satunya...

Akhlak yang teguh ini dikukuhkan lagi dengan satu kepercayaan iaitu TAKDIR...

Segala sesuatu di alam ini , semenjak dari awal kejadian langit dan bumi, sehinggalah kepada penciptaan sehalus-halus makhluk, semuanya berlaku menurut perjalanan takdir yang ditetapkan Allah...

setiap sesuatu yang Allah ciptakan mempunya jangka waktu tertentu..

hidup ini pun menurut jangka waktu tertentu.. sampai masanya ajal menjemput..

kita tidak perlu takut, bimbang dan ragu-ragu dalam menghadapi hidup ini.

kerana betapa sukar pun hidup ini, ianya tidak lah lebih dari apa yang
telah Allah tentukan..

dan tidak juga kurang dari yang Allah telah tentukan..


Apabila iman telah teguh, maka kepercayaan kepada TAKDIR akan menumbuhkan keyakinan dalam diri yang cukup kuat dan mampu mendorong manusia untuk terus bertahan dalam melalui kegetiran dan kepahitan dugaan hidup..

kepercayaan kepada takdir bukanlah bererti kita akan menyerah kalah..

sebaliknya kepercayaan kepada takdir membuatkan kita yakin nasib kita hanya Allah yang tahu dan nasib ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja menurut kehendakNya.. kita di dorong keinginan untuk berusaha gigih dan keberanian untuk terjun ke tempat yang orang kebanyakkan takut untuk masuk.

Kita tidak takut untuk menegakkan kebenaran kerana kita tahu mereka yang memusuhi kita tidak mampu mengapa-apakan kita tanpa keizinan dariNya.. tiada yang kita takuti kecuali Allah.. kita menjadi orang yang merdeka.. orang yang berani.. dan paling mengembirakan kerana kita tidak perlu menafikan fitrah insan yang mencintai kebenaran..

Kita tidak takut untuk menginfakkan harta kita kerana kita tahu kita tidak akan menjadi fakir miskin tanpa keizinan dariNya... jadi kita akan bahagia dalam menginfakkan harta benda kita untuk Allah... mampu untuk bersedekah di waktu susah dan senang tanpa rasa menyesal..

Kita tidak takut hidup susah dalam berjuang kerana kita tahu kita tidak akan hidup susah tanpa izinnya... kita akan bahagia & puas dalam hidup yang berjuang mempertahankan keyakinan yang kita pegang.



siapa kata luka itu semestinya menyakitkan?

siapa kata sakit itu akan mematikan?

siapa kata tua itu menyebabkan lemah?


"Katakanlah : sekali-kali tidaklah ada yang akan menimpa
kami, kecuali apa yang telah dituliskan Allah untuk kami, dan kepada Allah lah
bertawakal orang-orang yang bertawakal."

(At-Taubah : 51)



cubalah fikirkan betapa besar pengaruh kepercayaan kepada takdir yang terungkap dalam ayat ini...

Saat Islam mula tersebar ke kota Makkah, pengikutnya sedikit.. Dari 4 orang, naik kepada 10 orang... 100 orang... dalam masa 13 tahun..

sedangkan pada masa itu kekuasaan di bawah Aristokrat yang turun temurun menggenggam kekayaan.. seluruh kekuasaan di tangan mereka. Adat istiadat jahiliyah, tradisi, susun lapis masyarakat, sosioekonomi dan politik semuanya mempunyai satu corak iaitu jahiliyah.

Ajaran Islam tumbuh di tengah-tengah masyarakat itu sendiri, suku Quraisy , penguasa Makkah.. tetapi tumbuhnya Islam menentag masyarakat itu.. Alangkah hebatnya...Subhanallah..

Orang terkaya, ternama, berkedudukan baik semuanya memusuhinya.. sedangkan pengikut Islam cuma orang-orang yang lemah dan tertindas.. hidup mereka masih bergantung kepada kabilah dan tuan masing-masing. mereka dizalimi dengan teruk.. penentangan yang diterima begitu keras namun mereka tetap terus berpegang teguh dengan keimanan..

betapa pun hebatnya ujian hidup ini, ia tidak akan membahayakan kita selagi mana Allah tidak menulisnya akan membahayakan kita.. jadi, mengapa kita takut? mengapa kita bimbang? mengapa kita ragu?

Apa yang kita takutkan di dunia ini kalau kita hidup dengan Allah?

Ketakutan, kebimbangan dan ragu-ragu hanya timbul apabila kita tidak mengerti hakikat hidup dan mati. orang yang penakut adalah mereka yang menyangka hidup ini terletak pada jasad yang wujud di hadapan mata kasarnya.. boleh disentuh dan memerlukan makanan untuk bertenaga.. kalau itulah definisi sebuah kehidupan, pada sekujur badan, dan mati adalah perkara yang paling ditakutkan...

adakah mati itu boleh dielakkan?


ada orang mati ketika tidur, ada orang mati ketika melakukan maksiat, ada orang mati ketika bergaduh, ada orang mati kerana terjatuh, ada orang mati ketika bekerja... menyorok bawah rumah atau di dalam almari pun tetap akan mati akhirnya

tetapi orang yang berjuang di jalan Allah, mengorbankan hidupnya demi mempertahankan keyakinanya kepada Allah yang Esa, maka matinya menjadi syahid..

kematian kerana mempertahankan akidah ini tidaklah habis begitu sahaja.. badan ini berasal dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.. tetapi perjuangan yang di bawanya tidak akan mati dengan kematian pejuang itu..


'Tegaklah mempertahankan pendirian mu

di dalam hidup ini dalam keadaan berjuang.

kerana hidup itu adalah akidah dan perjuangan.'

-syair Ahmad Syauqi-



p/s : hidup ini sangat terbatas... dan mati mudah benar datangnya...


Khamis, 24 September 2009

..:: memaknai jihad & memburu syahid ::..


Dari Sahl bin Hunaif r.a. Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang memohon kepada Allah dengan sesungguhnya agar ia mati syahid,
maka akan disampaikan Allah-lah ia ke tempat
kedudukan orang-orang yang mati syahid itu
walaupun ia mati ditempat tidurnya."

(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan An-Nasa'i)


Apabila orang takut menyebut kata 'jihad' sedangkan kalau jihad itu tak ada lagi, agama menjadi lesu dan pemeluk agama itu menjadi pasrah kepada nasib, lalu memakai falsafah kehancuran iaitu 'sebaik-baik untung ialah teraniaya'..

perkataan jihad itu diambil dari 'juhd' ertinya bersungguh-sungguh, bekerja keras tidak kenal menyerah, mengeluarkan segala kekuatan dan tenaga untuk mencapai maksud yang mulia..

adapun 'perang' cuma sebahagian kecil saja dari jihad bila dirasakan jalan lain telah tertutup. sebab memang segala peperangan mesti dikerjakan bersungguh-sungguh, strategi yang matang dan mantap, taktik yang sempurna.. teknik moden yang mengambil kira faktor cuaca & medan..

kalau sekiranya jihad itu tidak dihentikan sampai nyawa berpisah dari badannya dengan menempuh berbagai rintangan.. pelbagai dugaan.. kadang-kadang diuji dengan kemiskinan, kadang-kadang diuji dengan kekurangan rezeki, kadang-kadang diuji dengan kurang penghargaan dari masyarakat, namun dia tetap tidak mahu berhenti, maka dia akan mencapai mati syahid walaupun dia mati di atas tempat tidurnya... insya'Allah...

Abu Bakar As-Siddiq seorang sahabat Nabi saw yang Nabi sendiri telah mengatakan bahawa jika iman Abu Bakar diletakkan di sebelah piring timbangan, lalu di piring timbangan yang lain diletakkan iman seluruh kaum muslimin, masih beratlah iman Abu Bakar...

Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata :

Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah meninggalkan suatu kaum akan jihad, melainkan akan disamaratakan Allah azab siksaan pada kaum itu."
(dirawikan oleh At-Thabrani)

Dalam jihad ini,termasuklah mempertahankan apa yang ada sekarang disebut Hak ASASI MANUSIA..

Hak Asasi Manusia itu wajib kita pertahankannya jika benar-benar beragama. Mempertahankan agamapun adalah mempertahankan Hak Asasi Manusia. Sebab menganut agama yang kita yakini adalah Hak Asasi Manusia. Bukan sahaja mempertahankan hak kita beragama sahaja dikira mempertahankan hak Asasi Manusia, malah mempertahankan rumahtangga dan harta benda kita, itupun dikira mempertahankan Hak Asasi Manusia.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. tersebut bahawasanya Rasulullah saw pada suatu hari didatangi oleh seorang lelaki , lalu lelaki itu bertanya kepada Nabi saw :

"Ya Rasulullah bagaimana pendapatmu jika datang seorang lelaki bermaksud hendak mengambil hartaku?"
Nabi menjawab : "Jangan berikan hartamu!"
Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana kalau dia hendak mengambil dengan kekerasan?"
Nabi menjawab : "Pertahankan!"
Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana kalau dibunuhnya aku?"
Nabi menjawab : "Engkau mati syahid."
Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana kalau aku yang membunuh dia?"
Nabi menjawab : "Dia masuk neraka."
(Dirawikan oleh Muslim dan Nasa'i)

Demikianlah Hak Asasi Manusia pada harta benda sendiri menurut ajaran Islam..

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Sa'id bin Zaid r.a. : "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan harta bendanya,

maka matinya adalah mati syahid.

barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya,

maka matinya mati syahid.

dan barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan keluarganya,

maka matinyapun mati syahid.
" (Dirawikan oleh Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i & Ibnu Majah. Berkata At-Tirmidzi bahawa hadis ini hasan & sahih)


oleh sebab itulah, bila orang agama lain dari Islam datang memujuk anak-anak kita memeluk agama mereka.. atau mengambil dan membela anak-anak kita yang lahir dalam islam kemudian memurtadkan mereka, wajiblah kita mempertahankan akidah anak-anak kita ini...

Tetapi kita lihat ramai yang membiarkan sahaja anak-anak ini dimurtadkan dengan berbagai cara.. paling ketara melalui budaya bertuhankan hedonisme..

atau masjidnya hendak digantikan dengan rumah ibadah agama yang mensyirikkan Allah..
demi kerukunan beragama.. demi toleransi..

maka kerukunan beragama dan toleransinya itu bukanlah kerukunan beragama dan bukanlah toleransi melainkan DAYUS! PENGECUT dan KEHINAAN...

Kata-kata DAYUS ini biasanya digunakan untuk seorang lelaki yang apabila dia pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang ditiduri oleh lelaki lain, lalu dia hanya bersabar. lelaki seperti ini dipandang hina dan pengecut. dan mengatakan seorang lelaki dayus adalah penghinaan paling besar bagi seorang lelaki yang beragama Islam..

Kata 'Jihad' ini wajib kita kembangkan.. ketakutan menyebut jihad menyebabkan seorang muslim kehilangan jati diri..


p/S : jauhilah larangan Allah kerana dosa akan menyebabkan hati menjadi sakit.. dan bila dosa itu diulang-ulang, hati yang sakit tadi akan mati.. ampunan Allah sentiasa terbuka hinggalah nyawa di kerongkong...

Jumaat, 18 September 2009

ku mohon pengertian & pengorbanan....

wahai sahabatku....

pernahkah kalian memikirkan nasib anak2 yg dilahirkan islam, tetapi terbuang..

kemudian mereka dipelihara oleh rumah kebajikan agama bukan islam... bagaimana akidah mereka?

anak2 Aids yg hidup utk beberapa ketika...
mreka kmudiannya meninggal dunia dalam keadaan tanpa sempat mengenal Allah...

apa jawapan anda di hadapan Allah nanti???

-sad- :'-(



wahai sahabatku....

pernahkah kalian memikirkan nasib orang melayu yang semakin hari semakin terbuang di tanah sendiri?
nak jadi apa lepas ni? pengemis? kuli?


lihatlah sahaja betapa rosak dan hancurnya generasi pelapis yang sedang ditinggalkan..

orang-orang melayu islam sedang meninggalkan generasi yang bukan sahaja tidak mampu menjaga agama Islam, malah menjaga diri sendiri pun tak lepas...


rasa terkilan yang amat sangat melihat golongan dewasa bergaduh sebab politik... mereka macam orang gila yang buta... sedihnya............

sedangkan anak-anak bangsa yang beragama islam hancur...



wahai sahabatku....

STATISTIK UNIT KERJA SOSIAL HOSPITAL SEBERANG JAYA :

—Purata 6 KES anak luar nikah diterima SETIAP HARI

—Purata 100 KES anak luar nikah diterima SEBULAN

—95% adalah kes anak melayu……



p/s : mengertilah sahabatku... bukan sengaja aku menyibukkan diri.. tetapi umat ini lebih berhak terhadapku.. ketahuilah, aku merindukan kalian.. untuk turun bersama-sama ku.. kalian diperlukan dalam perjuangan ini...


Khamis, 17 September 2009

amalan yang digalakkan & kesilapan di hari raya ...


Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"


Rabu, 16 September 2009

thanks for the card

lillah ada terima sekeping kad raya yang di pos ke rumah lillah.. warna purple, cute..

maaf tak dapat balas kad tu sebab tak tahu siapa pengirimnya.

lillah tak menghafal signature manusia lain.

apapun terima kasih.. selamat hari raya & maaf zahir batin... :)

di penghujung Ramadhan...


Ramadhan hampir ke penghujungnya...
namun perjuangan melawan nafsu masih berterusan..
dan sepatutnya hasil madrasah Ramadhan ini, lahirlah individu baru yang lebih baik iman dan amalnya..

cemburu melihat nenek (uwo) yang sudah 70an tetapi masih mampu menghidupkan malam-malam dengan qiam berbelas rakaat.. solat tasbih yang berterusan di malam yang gelap.. cemburunya.... ~_~

alhamdulillah, ramadhan kali ni cuba-cuba untuk mendisiplinkan diri dengan solat tasbih.. tapi mampu buat selang sehari je.. masih lemah diri ni..

nampak sangat sebenarnya yang kekuatan untuk beribadah tu bukan datangnya dari kekuatan fizikal semata, tetapi dari kekuatan rohani juga.. insya'Allah...

takpe... walaupun ramadhan dah nak ke penghujung.. selagi ada umur, selagi tu ada masa untuk menambah kualiti ibadah.. muhasabah2...

alhamdulillah...
Ramadhan kali ni siang harinya walaupun agak exhausted tapi dapat melakukan urusan harian macam biasa..

ada sesetengah orang yang waktu bulan puasa ni, mereka berhenti mengerjakan dosa dan maksiat..
tapi ada sesetengah orang lagi, bulan puasa ni pun tetap buat maksiat macam biasa...

sebab tu lah kita selaku mereka yang ada rasa tanggung jawab tak boleh nak rilek2 walaupun rasa agak tak larat, kita kene teruskan dakwah macam biasa..

kalau kita yakin dan faham dengan tanggungjawab kita, dengan apa yang kita buat.. kita akan buat walaupun takde orang suruh...

Ya Allah...
ku harapkan kepadaMu keampunan.. keredhaan.. kasih sayang.. kehidupan terpelihara...
bahagia kekal abadi...

demi cintaMu, ku korbankan jiwaku.. ku korbankan cinta ku.. jangan biarkan diriku tekorban dengan dunia.. hanya Engkau dalam hatiku...

aku untuk MU...

p/s : slamat ari raya kepada semua pembaca2... maaf zahir batin untuk setiap patah perkataan.. balik beraya baik2... jangan lupa bayar zakat... jangan lupa banyakkan besedekah.. jangan lupa manfaatkan ramadhan yang baki ni sebaik2nya.~ huhu

Selasa, 15 September 2009

sayap perjuangan bersulamkan syurga Allah....


"its not only them yang memerlukan sayap kiri..." kata mak.
"u also need it.. "sambung mak lagi.

perhh... mak sedang cakap pasal kahwin.

"kalau kakak nak istiqamah, dengan cara yang kakak pilih ni.. dia perlulah orang yang sama dalam jalan ni.."sambung mak lagi.

"kalau kakak terima yang tak sama method dengan kakak, nanti mungkin kakak akan alami kejutan budaya.. dan berada dalam dua dunia yang berbeza cenderung membuatkan seseorang tu membanding-bandingkan di antara dua dunia tu.." sambung mak.


so saya dipaksa berfikir.. fikirlah.. bila lagi nak fikir.. minta masa untuk fikir....


apa keutamaan hidup ini?
berada dalam perjuangan mendidik insan...

kalau tak??
rasa macam hidup sia-sia.. tak de beza dengan mayat hidup...

terbalaskah pengorbanan ini?
adakah semahal ini harga sebuah perjuangan?

teringat kata-kata seorang sahabat... maharnya mahal, semahal syurga Allah..
tapi janji Allah itu pasti..


p/s : semuanya perlu dijaga dari step 1.. supaya tak mengundang fitnah sama ada terhadap diri sendiri mahupun pada dakwah... semoga setiap langkah yang diambil memberi manfaat kepada seluruh umat ini dan terpelihara dari perkara lagha dan mengundang dosa... amin... (ni pesan pada teman -teman dakwah yang lain skali...)

Isnin, 14 September 2009

pinjaman Allah buatku...


kalau ada manusia yang saya boleh cium kaki mereka..
mereka ialah mak abah saya...

kalau ada manusia yang saya boleh peluk dan cubit puas-puas...
mereka ialah adik-adik kandung saya..

kalau ada yang saya nak picit2 dan gomol2..
mereka ialah kucing-kucing saya.. haha

mak abah bersungguh2 mengatur majlis berbuka puasa untuk kami semua. sudah lama kami sekeluarga tak keluar makan bersama. petang itu semua adik beradik saya balik ke rumah. ada yang dari UTP Perak, ada yang dari MFA Melaka, saya dari USM Penang dan yang lagi dua orang tu dari asrama sekolah mereka. rumah penuh sesak dengan 5 biji kereta. tak cukup tempat nak parking. sepupu saya pulak tambah lagi dua biji kereta di luar pagar.

sebelum bertolak, bagi kucing makan dulu... ucap selamat tinggal pada kucing2.. dan suruh mereka jaga diri baik2.. kalau kucing liar kacau, jangan lawan.. tapi lari selamatkan diri...

kami sampai di Marriot Putrajaya selepas zohor. Saya dan salah seorang adik saya berpandangan antara satu sama lain..
"boikot..?"saya memprotes perlahan.
Adik saya mengangguk. dalam keluarga saya cuma saya, emak dan seorang dari adik lelaki saya sahaja yang rajin memboikot barang US.. abah telah pun menempah 3 buah bilik untuk kami sekeluarga.

selepas bersolat asar, kami konvoi tiga kereta keluar pergi ke tempat berbuka. saya tak ingat apa nama tempat tu. tepi tasik buatan di masjid putrajaya. lepas makan tu naik cruise pusing2 atas tasik tu.. best gila.. subhanallah.... pemandangan cantik, ada lampu2..

kali terakhir kami sekeluarga berkumpul bila entah.. susah sungguh nak berkumpul. masing2 dah busy dengan urusan yang berbeza.. cuti pun tak sama.. kenela terima hakikat ni.. dan raya ni harap-harap dapat berkumpul lah pada raya pertama..

bila bertemu tu.. kami adik beradik sungguh ketara perbezaannya..
kata adik saya, kami ni ibarat kuih beraneka..
saya dengan personaliti saya. dan mereka dengan personaliti mereka..

hmm....

kalau kecik-kecik dulu emak lah yang pilih kan design pakaian kami.. sekarang dah besar ni, masing-masing dah pilih cara masing2..
tepuk dada tanya iman..

walopun jarak pemisah kami.. tetap ada rahsia antara kami yang kami share sama2 dan tak share dengan orang lain.. kami meng'istimewa'kan hubungan kami adik beradik.. dan kami quite cloz dari segi support each other..

setelah sekian lama tak menonton filem, huhu .. disebabkan malam tu terperangkap dalam bilik hotel.. so tengoklah tv dengan adik bongsu saya.. cici..

rasa agak ralat sebab semua barang dalam hotel tu made in US.. ofcoz la.. dah tu pergi dok hotel yang tu apasal..

ujian.. Allah menguji dalam kesenangan... ramai orang kat luar sana tak merasa memanjakan diri dalam hotel mewah macam ni.. dan ramai orang yang berharap dapat siang malam hidup mewah macam ni (yeke??)
**teringat orang2 kat palestin.. (T_T)

hati teringat pada sahabat-sahabat yang sedang berjuang di luar sana..
segera saya sms fairuz bertanyakan khabar mereka.. (diorang ada operasi sayangi remaja masa tu)

terdetik di hati... lahir dalam kemewahan, dibesarkan dalam kemewahan.. mampukah saya suatu hari nanti hidup seadanya? sederhana? manala tau nanti takdir Allah dapat jodoh yang nak rumah kami ada carpet sekeping je... anak-anak tidur je atas lantai..

alah... jagan risau lah.. yang penting anak-anak tu dididik jadi anak yang soleh.. kalau diberi kemewahan pun tapi anak-anak tu jadi lalai buat apa, kan?

dunia ni tak kekal.. sampai masa akan expired.. akan hancur.. tapi iman dan amal soleh tu yang nak di bawa ke hidup yang kekal abadi... anak-anak yang soleh solehah adalah harta yang paling beharga.. lebih mahal dari dunia dan isinya... :D

pandai-pandailah saya dan dia kene jadi mak ayah.. >_<

Ya Allah... jadikanlah diri kami, keluarga kami dan orang di sekeliling kami dalam keadaan yang Engkau redha dan terpelihara... Jadikanlah kami punca hidayah kepada orang di sekeliling kami.. kurniakan kami ketenangan yang berpanjangan.. kemanisan iman yang berkekalan...

aku sujud pada Mu sebagai tanda aku milik Mu...

p/s : sayang mak.. sayang abah... sayang adik-adik kakak... sayang sahabat2... sayang 2 suma orang :)

Ahad, 13 September 2009

kenapa kene sign petition ni ??

"kenapa kene sign?" soal mereka kepada saya.

rupa-rupanya masih ramai yang sedang berbahagia dengan dunia sendiri tanpa mengambil peduli urusan Islam yang terus menerus dicabar dan dihina..

kenapa kene sign?

Tengok bagaimana sikap Jeff Ooi dan The Star yang memutarbelitkan fakta. FORUM mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletak jawatan kerana MENGHINA SYARI‘AH ISLAM, bukan menghina JIM! (baca) Kenyataan Jeff Ooi yang mengaitkan JIM dengan pengganas telah pun ditarik balik dan JIM Pusat menerima penarikan tersebut. Namun, pertikaian yang menjadi buah mulut masyarakat ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan JIM, sedangkan isu yang sebenar ialah perbalahan antara Jeff Ooi dan masyarakat Islam seluruhnya!

Juga, di dalam Malaysiakini (baca), isu ini dilihat seolah-olah pergaduhan Jeff Ooi dan JIM, sedangkan tuntutan maaf serta perletakan jawatan yang didesak oleh FORUM adalah bersandarkan isu penghinaan Syari‘ah Islam oleh Jeff Ooi. Jeff Ooi harus meminta maaf kepada semua umat Islam secara terbuka dan meletakkan jawatan secara sukarela atau terpaksa untuk membuktikan bahawa beliau ikhlas dan sebagai pengajaran kepada individu lain terutamanya pemimpin yang bersikap kurang ajar terhadap agama individu lain!

Media sangat licik dalam memutarbelitkan fakta dan menyokong Jeff Ooi secara tidak langsung.

rujukan yg sepenuhnya tentang jeff ooi : blog my naqib, abang izzat

sign petition

saya anti lelaki ??? (#_*)

artikel 'marah-marah sayang' yang lillah post sebelum ini telah mencetuskan sedikit kontroversi.

dan bila emak pun dah campur tangan, so dengan rela paksa artikel ini dikeluarkan.. -_-

hm.. camana nak mula..

bismillah..

dalam artikel tu, saya mengatakan 'tak pernah ada pakwe sebab akak tak perlukan pakwe'


1. saya bukan anti lelaki


'Pakwe' di sini merujuk kepada teman lelaki istimewa yang dijadikan tempat memadu kasih yang tidak halal (before nikah). clear..?

dan saya tak mengamalkan konsep 'couple before akad' kerana bagi saya ia termasuk dalam syubhat dan lagha...

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka

sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh

dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang

apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


2. saya tak menafikan keperluan lelaki dalam hidup


semenjak dari zaman sekolah hinggalah ke zaman kampus, saya sentiasa bekerjasama dengan ramai lelaki dan perempuan... (dlu kat skolah aktif dalam persatuan,kelab dan pengawas)

dalam gerak kerja dakwah terutamanya, peranan lelaki memang suatu keperluan. (100% stuju)

dan saya mengaku mustahil saya mampu berdiri di tempat yang saya ada pada hari ini tanpa lelaki-lelaki hebat yang menaungi dan melindungi saya selama ini...

semenjak saya lahir, abah adalah lelaki pertama yang sangat melindungi saya. dan dia banyak polish saya dengan sifat cekal dan disiplin...

kemudian kawan-kawan sekolah saya (lelaki) pun banyak bagi saya semangat, pertolongan dan nasihat... gaduh-gaduh sikit tu biasala...hehe

bila di kampus ni memang tak putus jasa baik sahabat-sahabat lelaki especially yang sama-sama seiring dengan saya.. kalau yang sama wadah PPM, lelaki lah yang akan jadi runners kepada sisters. 24 jam on call.. dari hal paling remeh seperti meminta tolong belikan ubat panadol hinggalah menjadi teman berbincang tentang strategi dakwah.

kalau yang sama bidang pengajian, kawan lelaki selalu juga meminjamkan saya buku dan nota mereka untuk saya rujuk. siap fotostat kan soalan test.. mereka mengajar saya tentang pelajaran yang saya tak faham.

3. prinsip saya : manfaatkan sebaik-baiknya sape2 dan apa2 je yang saya ada sebaik2nya untuk Islam.

jangan membazir.. sebab mahal. kos nak berada kat jalan dakwah ni mahal.. lelaki dalam jalan dakwah ni sangat la mahal... sebab bilangan lelaki yang nak buat usaha agama ni sikit sangat sedangkan keperluan umat semakin meningkat. sebab tu mereka ni kaum Adam yang perlu di manfaatkan sebaik mungkin.. dan dijaga baik-baik serta dilindungi dari kepupusan..

clear?

kalau masih tak puas hati click sni

wahai sahabat2 yang dikasihi... kalau ada apa-apa persoalan tentang lillah, kata-kata lillah dan gerak kerja lillah, tanya je.. let me explain.. i have reasons tentang apa yang saya buat. moga hidup ini dapat kita manfaatkan bersama-sama secara total untuk Islam.. (tak marah ni.. )


p/s : semalam pergi meninjau tarian shuffle di queensbay. sayang kat anak-anak kat situ, suara dakwah tak masuk lagi ke situ.. dan seorang mad'u bertanya "akak.. akak pergi clubbing pakai macam ni juga ke?". saya menjawab "biasanya akak pakai seluar. ni first time pakai long skirt.."


p/s/s : ehhh... jgn lupa sign petition Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan.

Sabtu, 12 September 2009

FORUM Mendesak Jeff Ooi Meminta Maaf dan Meletak Jawatan

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].

FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).

Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.

FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.

FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.

Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.

FORUM selepas insiden dihalau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.

Mohd Hafiz Nordin dan Md Roslan Hashim

Khamis, 10 September 2009

marah-marah sayang... hehe :p


adik :
salam akak..

lillah :
wsalam adik


adik :
akak sihat tak?

lillah :
Ok je.nape?


adik :
saya rasa macam hilang kawan je, huhu.. sebelum ni tak ada pakwe..

lillah :
hm.. pegi baca blog akak..akak pun tak pernah ada pakwe sebab akak tak perlukan pakwe..huhu


adik :
kenapa orang suka bangga dengan pakwe masing2? bebas keluar, huhu.. kawan2 cop saya skema kak.. tak kan kita nak buat apa yang kita tak suka kan..

lillah :
jangan murahkan diri untuk perkara yang sia-sia. jangan membazir fikir yang sia-sia. saudara kita kat slatan thai sedang bejuang antara hidup dan mati..umat islam diancam sekularisme, liberalisme,hedonisme yg melampau..zina merata2..ank luar nikah smkn ramai..tolonglah adik..tolonglah..tolonglah jgn jd manusia biasa yg hidup biasa2.. tlglah fikirkan & selamatkn umat ini....


adik :
saya tak diberi peluang untuk buat semua tu,

lillah :
ada peluang tu tapi tak cari, macam mana nak jumpa?


adik :
dlu saya join persatuan, tapi saya keluar bila pergaulan diorang tu, masyaAllah... semua pandai cakap tapi tak pandai bertindak.. saya join untuk luar kampus, semua tak serasi dengan jiwa saya.

lillah :
kawan2 akak pun kebanyakkannya nakal2.. tak pandai cakap.. amal lagi la tak pandai. sebab tu lah walaupun akak tak pandai tapi akak terpaksa bercakap..


adik :
maafkan saya akak... saya sedih tengok muda mudi sekarang... rasa bersalah pada diri saya.. salam.. :'(

lillah :
(tak balas sms ni sebab tersangat mengantuk lepas makan ubat batuk)


adik :
.. adakah negara kita betul2 mengamalkan syariat Islam? ...

lillah :
(tak balas sms ni sebab dah tertidur.. heeh)



ada beberapa sms lagi yang adik tu hantar tak berbalas..

sms sebelum subuh :

adik :
salam. akak bangun sahur :-)

lillah :
dah sahur da.. huhu

sms seterusnya confidential :)


p/s : lillah garang tak? hehee..

...:: antara hidup atau mati ::...


"kami juga tidak tahu sama ada kami juga akan ditangkap sekiranya mereka tahu kami di sini.."ucap salah seorang gadis Patani itu.


meremang bulu roma mendengar kata-katanya.. benar katanya, tiada jaminan keselamatan yang dapat diberikan kepada mereka..

lawan mereka bukan orang sebarangan.. tetapi dengan raja Thailand sendiri.. teringat ayat-ayat Quran menceritakan tentang Firaun dan Musa a.s.. sekalipun seorang Nabi Allah, Musa a.s tetap seorang manusia.. Ketika Musa ketakutan, Allah memujuk Musa.. memberi semangat dan janji untuk membantu Musa.. dan hanya kepada Allah satu-satunya tempat bergantung..

"ketika lelaki sedang bersembahyang jumaat, kaum ibu dan anak-anak perempuan akan mengelilingi masjid demi melindungi kaum lelaki yang sedang bersolat.."

sebuah video dipaparkan..

ya Allah... terasa benar semangat perjuangan kaum hawa di sana...

"di sana ada red zone.. yellow zone dan green zone.. di red zone ini kebanyakkan cuma ada kaum wanita, anak-anak dan orang tua kerana kaum lelaki kebanyakkan telah ditangkap.. dan dibunuh.."


teringat ketika bersembang dengan dua gadis Thai itu..
"tinggal di zon mana?"tanya lillah.
"red zone.."jawabnya perlahan..


sebelum mengakhiri pembentangan, mereka meminta respons lillah..
entah kenapa suara bagai tersekat di kerongkong.. hiba.. tak tau nak kata apa..

sekali lagi mereka meminta respons lillah..
"apa yang boleh kami bantu?" soal lillah..

"pertama.. doakan kami..

kedua, tolong kami sebarkan tentang apa yang berlaku ini.. kerana di sana kerajaan menutup semua maklumat dari sampai ke luar negara..

ketiga, di sana ibu-ibu yang kehilangan suami mengalami masalah ekonomi. mereka ada produk tetapi tidak dapat dipasarkan. mungkin lepas ini produk itu boleh di eksport ke sini.." jawabnya..


*****

4 orang gadis selatan Thai yang umur pun lebih kurang sebaya dengan lillah ni sanggup bersabung nyawa merantau ke negara orang demi mempertahankan agama dan bangsa mereka..

apa yang berlaku di selatan Thai sama hebatnya seperti di Palestine..

dirogol, dibunuh dan dinafikan hak asasi.. sebolehnya pihak kerajaan hendak menghapuskan bangsa melayu patani dari muka bumi ini..

"lillah.. marilah ke sana.."jemput mereka.. berkali-kali di jemput..

"insya'Allah.. nanti bulan Disember ni.. kene buat paperwork dulu ni.."


p/s : lillah menyeru sahabat2 untuk sebarkan maklumat tentang krisis selatan thai ini kepada yang lain... lillah mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin memberi zakat atau sumbangan kepada perjuangan mereka...

Rabu, 9 September 2009

betapa sepinya sebuah lorong perjuangan....



lillah dan kawan2 sedang dalam perjalanan membawa juadah berbuka puasa ke sebuah kampung yang kelaparan... bahagianya dapat beri orang lapar makan.. happy nya... alhamdulillah..

entah kenapa jalan yang lillah pilih ini semakin sepi..
semakin lama semakin sakit rasanya memijak onak-onak di lorong ini...
takpe.. takpe... sabar.... sabar........

kenapa seorang demi seorang teman-temanku menghilang?
jasad mereka ada dekat tetapi roh mereka entah ke mana..
(roh = roh perjuangan)

kenapa semakin lama bahasa mereka semakin lillah tak faham?
adakah kerana kami sebenarnya menuju ke destinasi yang berbeza?
apa ni?? tak fahammm
kenapa ni?
kenapa korang semua ni???

:'-(

kenapa kalian menangis?
pelik..
pelik kalian menangis untuk perkara yang kecil.. terlalu murahkah air mata itu?

kalian minta nak berehat kejap.. katanya penat berjalan.. nak rehat kejap.. tapi hari dah nak senja.. kalian kata 'lillah.. pergilah dulu.. nanti kami menyusul..'

ok.. lillah pun pergi dulu.. takut.. takut sangat2.. sebab kene jalan sorang2... dan makin lama makin jauh.. hari makin gelap.. dah nak masuk waktu berbuka puasa... lillah kene cepat sebab nanti orang-orang yang lapar tu nak berbuka puasa...

dan lillah toleh belakang.. kot-kot nampak bayang-bayang korang.. tapi tak nampak pun.. takpe.. lillah jalan lagi... dan terus berjalan..
tapi korang tak pernah sampai kepada lillah...

lillah ternanti-nanti.. lillah mengharap.. dan lillah menangis... perlu ke lillah patah balik dan mencari kalian?
tapi kalau lillah patah balik, nanti tak sempat nak hantar makanan ni kepada orang-orang yang lapar tu.. takpelah..lillah jalan dulu..

tolonglah sedar..
tolonglah bangun dari mimpi...
lillah perlukan kalian dalam perjuangan ini...

janganlah biar diri lillah yang makin lama semakin lemah ni tersungkur....
tolonglah.........
ramai yang kelaparan di sana menanti kita.. dan makanan yang ada pada lillah ni tak cukup untuk menampung bilangan mereka yang lapar tu...

takpelah... semua yang berlaku tu dengan keizinan Allah..
cukuplah Allah untukku.. menemani setiap langkahku...

Ya Allah.. andai ini yang Engkau mahukan.. aku redha.. aku terima.. bantulah aku untuk mentaatiMu sepenuh jiwa ragaku sehingga aku menghadapMu di syurga Mu..
tetapkan hatiku.. janganlah Kau bolak balikkan hatiku setelah Kaau beri aku petunjuk...

dan.. ketika lillah sampai ke destinasi.. ternyata makanan itu terlalu sedikit untuk menampung bilangan mereka. bahasa mata mereka menagih meminta lagi.. di tangan lillah ada sedikit makanan untuk lillah sendiri berbuka puasa..

dan tiba-tiba ada tangan kecil mengambil makanan bahagian lillah tu..
'kak.. nanti saya nak jadi macam akak.. nak bawa makanan untuk orang lain..'kata si kecil tu sambil menyuapkan makanan tu ke mulut saya...

berderai air mata sebaik mendengar kata-kata si kecil tu..
bukan kerana terharu yang lillah akan punya teman..
tetapi lillah sedih kerana si kecil ini mungkin akan merasai kesakitan batin yang lillah pernah rasai ini...

p/s : aku belajar bekorban supaya mereka yang aku sayang tak tekorban.. dan aku tak mampu menyelamatkan mereka semua sendirian.. dan apa yang mampu aku buat ialah menangis melihat mereka yang aku sayang mati tekorban seorang demi seorang...

Jumaat, 4 September 2009

terbanglah tinggi-tinggi... ^^

hidup ini sekejap je dik...

kalau ada peluang untuk berbuat kebaikan... grab it..

peluang tu tak datang banyak kali... kebanyakkan masa peluang yang datang tu once a life time..

grab it...

appreciate it...

yang tumbuh tak sama dengan yang dah patah..

yang berganti tak sama dengan yang hilang...



maafkan insan lain.. lupakan kesalahan orang lain pada kita.. balaslah keburukan dengan kebaikan..

istiqamah kan diri di jalan kebaikan bukan kerana sahabat.. bukan kerana minat.. bukan kerana pangkat..

tetapi istiqamahkanlah diri supaya kita dapat mati pada saat kita sedang melakukan kebaikan..

salam perjuangan... :-)

oh sayang.. sampaikanlah Islam pada mereka...

rasakanlah yang Allah menghantar kita untuk menyampaikan seruan Islam kepada mereka yang tak ketemu cahaya Islam..

terlalu ramai yang lahir dalam islam tetapi tak ketemu cahaya islam..

terlalu ramai yang lahir belum Islam dan tak ketemu cahaya islam...

jadikanlah diri kita sebagai punca hidayah kepada orang sekeliling kita...

sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang dan hikmah...


mengertilah...

yang termahal sekali ialah iman...

alangkah bertuahnya andai kita menjadi asbab manusia lain beriman kepada yang Maha Esa...

Khamis, 3 September 2009

..:: manis, jatuh, benci ::..


~Manis~

"kenapa tak rasa manis?? adakah sebab orang makan buah dokong yang manis tadi?"
rungut nini sambil memegang mangga di tangannya..

"sebuah analogi.. dalam hidup ni kalau kita dah selalu rasa senang, bila diberi kesenangan lagi, kita selalu dah tak rasa nikmatnya senang tu.. sometimes siap complaint lagi.."
sampuk lillah..

nini berfikir sejenak dan buat-buat pengsan.. hehe.. tu cuma analogi la nini.. bukan perli..

"hmmm... manisnya...."
ucap romlah.. entah betul ke manis atau buat-buat aje..

"sebuah analogi.. kadang hidup ni tak indah, tapi kita berusaha menghargai hidup ini.. dengan menunjukkan keindahannya.. hasilnya ia nampak indah.."
sampuk lillah lagi..



****** ~Jatuh~

"kak lillah... saya ada satu cerita.. hari pertama, saya berjalan di sebuah laluan dan saya terjatuh ke dalam sebuah lubang.. hari kedua saya berjalan di laluan tu lagi dan jatuh lagi.. hari ketiga pun centu jugak... hari keempat baru saya tukar jalan lain... "
cerita intan, adik junior saya yang bertandang ke bilik lillah..
"kenapa la kita selalu mengulangi kesilapan yang sama berulang kali sedangkan kita dah tahu kesan kesilapan tu..."
sambung intan lagi..



*******
~Benci~


"saya cukup benci dengan orang yang membaca bacaan Quran seperti lagu semata sedangkan sepatutnya Quran tu dibaca dengan penuh tadabbur.."
kata ustaz hafizan semasa lepas solat maghrib.

Ada perbezaan antara hati manusia yang tadabbur dengan Quran dan hati yang tidak tadabbur dengan Quran.. orang yang jauh dari Quran ini hatinya akan tertutup, terdedah pada maksiat, pada lagha.. etc...

Maksud tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik sebagai usaha yang teratur/sistematik untuk memahami Al Qur’an, sehingga dapat melakukan petunjuk Al Qur’an dalam kehidupan sehari-hari...


moga perkongsian bermanfaat~ insya'Allah... Ramadhan Kareem... bahagia.... :)

Selasa, 1 September 2009

bila mendapat makanan...

Manusia ketika berasa sangat lapar, bagaimanakah perasaannya ketika dibawakan makanan? Dia tidak tahu dari mana hendak mula dan apakah yang hendak dimakan...
Sedangkan semalam, dia sangat memerlukan makanan...

Begitulah dalam kebanyakkan urusan kita dalam hidup ini..

muhasabah diri...

bertambah pelik ialah mereka menjadi tamak dan bongkak sewaktu mempunyai makanan..
mereka terlupa bahawa makanan itu akan basi pada keesokkannya..
mereka terlupa bahawa setelah mereka kenyang, mereka akan kembali lapar semula..

Ya Allah Yang Bijaksana.. keluarkanlah kecintaan dunia dari hati kami.. penuhkanlah hati kami dengan cintaMu.. dan cinta RasulMU... Jangan biar kami tekorban dengan tipu daya dunia ini.. amin ya Rabbal alamin..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....