Khamis, 3 September 2009

..:: manis, jatuh, benci ::..


~Manis~

"kenapa tak rasa manis?? adakah sebab orang makan buah dokong yang manis tadi?"
rungut nini sambil memegang mangga di tangannya..

"sebuah analogi.. dalam hidup ni kalau kita dah selalu rasa senang, bila diberi kesenangan lagi, kita selalu dah tak rasa nikmatnya senang tu.. sometimes siap complaint lagi.."
sampuk lillah..

nini berfikir sejenak dan buat-buat pengsan.. hehe.. tu cuma analogi la nini.. bukan perli..

"hmmm... manisnya...."
ucap romlah.. entah betul ke manis atau buat-buat aje..

"sebuah analogi.. kadang hidup ni tak indah, tapi kita berusaha menghargai hidup ini.. dengan menunjukkan keindahannya.. hasilnya ia nampak indah.."
sampuk lillah lagi..



****** ~Jatuh~

"kak lillah... saya ada satu cerita.. hari pertama, saya berjalan di sebuah laluan dan saya terjatuh ke dalam sebuah lubang.. hari kedua saya berjalan di laluan tu lagi dan jatuh lagi.. hari ketiga pun centu jugak... hari keempat baru saya tukar jalan lain... "
cerita intan, adik junior saya yang bertandang ke bilik lillah..
"kenapa la kita selalu mengulangi kesilapan yang sama berulang kali sedangkan kita dah tahu kesan kesilapan tu..."
sambung intan lagi..



*******
~Benci~


"saya cukup benci dengan orang yang membaca bacaan Quran seperti lagu semata sedangkan sepatutnya Quran tu dibaca dengan penuh tadabbur.."
kata ustaz hafizan semasa lepas solat maghrib.

Ada perbezaan antara hati manusia yang tadabbur dengan Quran dan hati yang tidak tadabbur dengan Quran.. orang yang jauh dari Quran ini hatinya akan tertutup, terdedah pada maksiat, pada lagha.. etc...

Maksud tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik sebagai usaha yang teratur/sistematik untuk memahami Al Qur’an, sehingga dapat melakukan petunjuk Al Qur’an dalam kehidupan sehari-hari...


moga perkongsian bermanfaat~ insya'Allah... Ramadhan Kareem... bahagia.... :)

3 ulasan:

  1. situasi kami pula hehe

    " kak fairuz kalau tak larat, tinggal je ye kak " kata si unil. Ayuni sibuk membantu aku menirap pinggan mangkuk yang ku basuh.

    " ayuni, banyak lagi kah? " aku bertanya tanpa melihat ke belakang.

    " banyak lagi kak.. " kata si ayuni.

    dalam hati mahu berhenti. Tetapi fikirkan semula, takperlah bantulah sampai habis. Rasa kesian pada unil buat sorang-sorang. Masak pun tadi sorang-sorang.

    " ada lagi ke ayuni.. " tanya aku lagi.

    " ada lagi, periuk dan cawan-cawan kak"
    " kak, dah penuh kat bawah.. tak tahu nak letak kat mana" tambah lagi ayuni.

    " hehe, pelikkan semua ini pinggan mangkuk dorg. ( mksudnya kami x bawak apa2.. )" balas ku dengan senyuman.

    ayuni tergelak-gelak kecil faham.

    akhirnya semua dah selesai. Lesap. Alhamdulilah. Ayuni bungkus sampah makanan. Kami selesai dengan gembira.

    pengajarannya..
    teruskan kehidupan ini.. terus dan teruskan. tak sepnuhnya pun, sikit-sikit. Sabar dan sabar... lama-lama ia akan selesai juga.. InsyaALLAH.

    BalasPadam
  2. Simple n easy anology.... =)

    TQvm...

    BalasPadam
  3. to fairuz..

    sikit2 lama2 jd bukit.. :)

    to 3p4h..

    Welkams~ :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....