Sabtu, 25 Oktober 2008

cari..carilah..carilah betul-betul..!


bimbang hati ini..
takutnya rasa..
Ya Allah.. kurniakanlah diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku rezeki yang halal dan berkat..
Wahai sayangku.. Apabila Allah memberikan sifat qanaah dan tawadhuk, bersyukurlah sgt2..
dan tetaplah berhati-hati kepadaNya dalam hal rezeki yang dengannya kamu merasa puas tu..

kemudian, sentiasa berusahalah mencari yang terhalal dan terbaik selama kamu masih mampu menemukan jalannya..

krn apa?
krn setiap amalan kita akan dihisab di mahkamah Allah nanti sayang..
niatku supaya mudah hisab mu nanti di akhirat dan tenang hati mu di dunia..

sayangku..

sesunguhnya rezeki yang halal semakin samar-samar.. dan kita selalu berada dalam keadaan syubhat yang bercampur antara yang haram dan yang batil!!
terlebih lagi terhadap syubhat yang samar!
ya Allah.. ampunilah kami ya Allah.. bimbinglah kami ya Allah.. aku takut.. :'-(

ada ahli ilmu berkata : "Pada hari kiamat kelak Allah swt akan membangkitkan sekumpulan orang dari kubur mereka, yang menyebarkan bau yang lebih menyengat drpd bau bangkai, iaitu mereka yang berfoya-foya dengan kelebihan harta yang di dapatkan dari yang syubhat."

dan ahli ilmu tu menyambung: "Demi Allah, di antara mereka adalah aku."

sayangku..
Biarlah kita miskin di dunia asalkan kaya di depan Allah..
Biarlah kita dipandang hina di mata manusia asalkan kita kaya di depan Allah..

Ya Allah.. Engkau lah sebaik-baik pemelihara.. sebaik-baik pelindung.. Peliharalah diriku, keluargaku, keturunanku dan sahabat2ku dari kemurkaanMu.. Berilah kami kehidupan yang Engkau cintai, kehidupan yang Engkau berkati, kehidupan yang Engkau redhai.. Sesungguhnya aku takut.. aku takut ya Allah.. aku takut aku menderhakaiMu dalam sangkaan sedang taat padaMu.. ampunilah aku ya Allah.. :'-o

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....