Selasa, 28 Oktober 2008

LoVe him bcOz oF ALLah??

Satu persoalan dilontarkan dari seorang teman..

persoLan tentang menjaga hati.. sejauh mana hati itu boleh sentiasa di'control' kejujuran &

keikhlasannya kerana Allah semata2..? Apakah kayu ukur untuk tau sama ada cinta kepada
Allah atau cintakan si dia yang lebih strong??

dalam ayat lain :bagaimana kita nak kata kita cintakan si 'dia' kerana Allah?

Wahai saudariku.. :-)

Allah memberi peringatan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Apakah orang yang dijadikan syaitan menganggap baik perkerjaaan yang buruk, lalu dia
menyakini perkerjaan itu baik, sama dengan orang yang ditipu oleh syaitan? Sesungguhnya
Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya.Janganlah dirimu binasa kerana kesedihan
terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”
(al-Fatir: 8)



Wahai saudariku.. :-)



Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan; sebaliknya cinta

yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan.

Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa :

“Dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”.

Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke
jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun
tidak lazat tanpa iman.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA,
dari Nabi SAW; “Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT”. (Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)

Sebuah kisah cinta hebat..
kisah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua
bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.

Wahai saudariku.. :-)



1 lagi kisah cinta yang subhanallah hebatnya..
Kisah cinta Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran

budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut
telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan
isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia
rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada
Allah...
Subhanallah..

pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah,

saling mencintai kerana Allah,

bahkan telah bercinta kerana Allah,

namun mereka juga rela berpisah kerana Allah.

Cinta kepada Allah di atas segalanya..
Wahai saudariku.. :-)

Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran atau

sudah bercinta sebelum bernikah?



Hanya ada dua jalan; bersegeralah bernikah atau berpisah kerana Allah..


nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman...



Dan janganlah mencintai si dia lebih daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya...



Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasul-Nya melebihi
segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir
setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda; “Demi zat yang jiwaku ada dalam genggaman-
Nya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah
beriman sebelum saling mencintai”.
( HR Muslim)


Wahai saudariku.. :-)
Cinta Kepada Allah..
Itulah yang Hakiki..
Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia
mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan dan
gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di
lautan cinta berbiduk takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan
hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu: cinta kepada Allah, itulah
yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhluk-Nya, pilihlah cinta yang
hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan,
bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda



Wahai saudariku.. :-)


Terpegun lillah dengan persoalan saudari.. Terima kasih sgt2.. bila membelek-belek persoalan saudari, dapat juga iman di'recharge'..
Last but not least..
Muhasabah diri bersama2:

1. Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenal-Nya, asma’ (nama)-Nya, sifat-sifat-Nya, kehendakNya,
larangan-Nya?
3. Seringkah aku mengingati-Nya, menyebut nama-Nya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepada-Nya dengan solat serta ibadah-ibadah lainnya?

5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepada-Nya melalui untaian doa yang
keluar dari lubuk hati?

6. Sudahkah aku mengikuti kehendak-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya?

7. Apakah aku mencintai seseorang kerana-Nya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?

p/s : rujukan dari dearie friend sahabat 1 pusat pengajian http://mashitahizzati.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....