Selasa, 29 Oktober 2013

Jatuh Bangun Orang Bisnes Perkara Biasa

Alhamdulillah masih bernaung di bawah langit milik Allah yang biru... Entah sampai bila masih boleh menyedut segarnya udara pagi... Alhamdulillah berkali-kali.



Mulai bulan Oktober saya mula berhenti mengajar kerana kesihatan ibu mengandung yang suka muntah dan mabuk tidak mengira masa. Kadang kuat dan selalunya lembik. Keluar sahaja dari kereta terus cari longkang untuk muntah. Keluar dari rumah emak pun terus cari longkang untuk muntah. Lepas muntah menangis dulu sebab letih. Kemudian ketawa dengan suami sebab rasa lucu dan seronok menghayati perubahan fizikal dan emosi. Itu tanda-tanda ada makhluk dalam rahim sedang membesar. Heee... Berbunga hati ibu..

Semenjak mula berhenti mengajar, suami pantang tinggalkan isteriya di rumah. Ke mana sahaja suami pergi diangkut sekali isterinya. Kalau isteri tidak mahu ikut, suami pun tidak mahu pergi lalu isteri pun dengan lambat lenggang kangkong berjam-jam bersiap kerana hati tidak mahu meninggalkan rumahku syurgaku. Alhamdulillah seronok juga ke hulu ke hilir mengikut suami bekerja. Beliau selalu ke sana ke mari bertemu dengan pelanggan. Adakalanya kami begitu 'rushing' dan adakalanya kami terlalu 'rilex'. Apa yang penting kami banyak habiskan masa bersama berjalan-jalan, makan-makan dan bersembang pelbagai topik. Ada beberapa perkara yang menjadi topik hangat kami iaitu bisnes dan perhubungan.



Dalam topik bisnes, kami sama-sama suka bisnes dan pernah jatuh bangun dalam bisnes masing-masing. Suami bercerita tentang pengalaman zaman bujangnya berbisnes. Suatu ketika bisnesnya berkembang maju sehingga suami yang ketika itu bujang pergi membazir duit beli cermin mata mahal dan beberapa lagi barang yang bagi saya adalah membazir. Tetapi suami kata ketika itu suami tidak tahu bagaimanakah cara mahu menghabiskan duit yang sedang beranak-pinak. Kemudian banjir dan banjir diikuti banjir menyebabkan barang-barang perniagaan suami rosak dan bisnes suami menjadi lingkup sehingga habis segala wang ringgit suami digunakan untuk membayar ganti rugi. Hehe. Saya terhibur mendengar kisah ini. Alhamdulillah beliau masih hidup dan kemudian berusaha semula untuk hidup dan bermuhasabah semula kelemahan diri. Itulah tanda disayangi Allah, ujian yang datang mendekatkan seseorang kepada Allah. Kalau ujian datang tetapi menjauhkan kita daripada Allah, itu tandanya Allah benci kita. Nauzzubillah.

Saya juga sudah terjun ke bidang bisnes semenjak di bangku sekolah. Pastinya sudah banyak kali jatuh dan alhmadulillah masih hidup hingga ke hari ini. Allah Maha Kaya, khazanah-Nya tidak pernah habis...

Inshaallah dalam dua bulan ini kami akan membuka sebuah taska. Berdebar-debar hati hendak menyaksikan taska ini beroperasi. Mengapa taska? Sebab dapat menjaga bayi-bayi. :) Salah seorang bayi inshaallah yang di dalam perut ini...

Adios!

Semoga Allah melapangkan urusan hamba-hamba-Nya di seluruh dunia~





2 ulasan:

  1. Tahniah... :)
    Selamat menempuh alam paling perit dan sukar tapi membahagiakan
    Rasa jeles sikit sebab Lillah boleh sentiasa bersama suami dan insya ALLAH selalu bersama anak nanti
    Rasanya semua tu idaman seorang isteri. Saya cuti 3bulan (maternity leave) jadi suri rumah rasa bahagia sangat2. Walaupun ada sakitnya..saya sangat menikmati cuti tersebut.
    Apapun tahniah..alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Kak She-G.... terima kasih.... Semoga Allah memberikan kemanisan dan ketenangan kita sepanjang menjadi isteri dan ibu.. :)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....