Ahad, 20 Oktober 2013

Benarkah tidak boleh pakai Niqab Half? Wajibkah pakai Niqab Full?


Soalan daripada Facebook :


  • Mashitha Ismail

    assalamua'laikum
    akak
    minta pencerahan ttg niqab ni
    sy terbaca status seseorg y berbunyi begini
    " INGIN BERNIQAB ???... TOLONG FULLY NIQAB... bukan half-niqab.. Xde dlm syariat, menutup SEPARUH WAJAH... pakailah kaler GELAP/KUSAM/TIDAK TABARRUJ... Warna yg TERBAIK adalah SEMUA WARNA HITAM/ALL FULL" BLACK !!!! In shaa ALLAH
    mmg xboleh pakai half ke kak?
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    1. Dalam islam pakai niqab tak wajib
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    2.Tujuan berniqab adalah untuk mengikut para isteri Raslullah saw,
    Kita yakin orang Islam akan mendapat kejayaan sekiranya mengikut sunnah Rasulullah saw dan para sahabat...mencontohi cara hidup mereka yg sudah berjaya
    3. Tujuan berniqab untuk menjaga diri daripada fitnah. Berniqab ibarat berpuasa, menahan diri daripada melakukan dosa-dosa. Niqab memelihara si pemakai daripada berakhlak buruk dan diganggu oleh orang yang berniat buruk.
    4. Kaedah berniqab merujuk kepada tujuan pemakaian. Adakah kita memakai untuk fesyen maka kita akan kelihatan berfesyen
    Jika kita memakai untuk tidak dikenali maka kita tidak akan dikenali. perompak pun pakai tutup muka kan.
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Hehe..btul2..
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    JIka kita memakai untuk elak masuk habuk maka kita dapat elak habuk. macam orang naik motor pakai.
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Sy mushkil tang half purdah tu xbleh pakai.. Kalau nk pakai kne y full...
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    Jika kita memakai untuk menjaga iman diri sendiri dan iman orang lain (lelaki yang sangat mudah tertarik memandang wajah dan menikmati keindahan wajah sehingga terbayang-bayang lalu tidak khusyuk solat malah lebih teruk hingga ghairah), maka kita akan pakai yang bertutup keseluruhan dan tidak bewarna menarik...
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    Bagi akak, pakai half purdah tu adalah lebih baik daripada tak pakai lansung...
    mengikut kemampuan orang tu...
    kemampuan kewangan atau kemampuan iman...
    kemampuan bernafas..
    kalau tutup lebih dapat pahala lebih
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Kalau org tu baru2 nak pakai purdah dn dia mulakan dgn half purdah tu boleh la?
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    masa mula2 akak pakai niqab, akak beli RM2 di Thailand.. kemudian masa betul nak pakai, akak pakai yang RM10... tapi masa nak istiqamah akak beli harga RM40 ke atas.. dan yang suami akak belikan RM85 selepas diskaun... Dah lah tak boleh sehelai, kena beli berhelai-helai
    mula-mula akak pakai half sehinggalah berkemampuan
    hehee
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Owh... Hehe tulah ad y blum bkmampuan.. Sbb tu tanye akak.. Akk lebih memahami kan..
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    pasang niat je dah dapat pahala
    buat apa pakai penuh tapi tak istiqamah
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Terima kasih akak... Sy jelas ckit dgn penerangan akk.
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    biar pakai dengan persediaan... buat ikut kemampuan....
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Betul jugak tu....
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    bukan kerana ikut-ikutan atau lelaki (yang request)
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Ada ke lelaki y request????
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Ya Allah... Ad jugak ye..
    Nak istiqomah tu bukan mudah.. Kne btul2 bsedia...
    Terima kasih skali lgi.. Maaf curi masa akk skjap..hehe
    Nt ape2 xfhm sy bleh tnye lagi kan?? Hehe
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    Tapi kalau ada bertemu dengn lelaki yang request, itu takmelambangkan lelaki tu baik.... lelaki tetap lelaki... mereka kalau boleh tak nak harta mereka dikongsi dengan orang lain tapi mereka tetap suka tengok orang wanita diluar sana.. jadi jangan terkejut hehehe... kalau diikut nafsu, memang nak kahwin sampai lebih kuota....
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    jadi... kita yang perempuan ni sebaiknya janganlah biarkan diri jadi pemuas nafsu lelaki yang tidak berhak... bagi akak tu je...
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    InsyaAllah akk..
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah

    mohon copy nak share di wall...
    moga bermnafaat dunia akhirat...
    dan nak paste dlm blog
  • Mashitha Ismail
    Mashitha Ismail

    Silakn akk
    Tiada bantahan utk kbaikn brsama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....