Saya gelak sendiri tidak lawak. Sungguh tidak lawak.
Saya tahu penampilan saya ini asing bagi kebanyakkan ahli masyarakat. Maka menjadi tanggungjawab saya membersihkan perspektif negatif ahli masyarakat. Saya tahu yang mereka takutkan adalah 'misteri' disebalik kain tadi seolah-olah saya ini lansung tidak pandang lelaki, sembahyang sunat siang malam, berzikir siang malam, tiada keinginan lansung terhadap dunia, tiada keghairahan terhadap lelaki? dan pelbagai lagi 'misteri' lain. Benarkah begitu? Tidak mahukah kalian tahu kebenarannya?
Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk merungkai misteri ini.
Disebalik niqab dan jubah, disebalik warna-warna suram dan gelap ini... ada seorang perempuan biasa-biasa, yang solat biasa-biasa, yang tonton TV, yang dengar lagu Inggeris, yang ada banyak pakaian bewarna dan seksi, yang selalu lupa zikir, yang selalu senyum dan suka mengusik, suka melancong, suka membeli belah dan suka perabot serta kemewahan dunia.
Berbezanya, segala itu disimpan untuk dikongsi dengan orang tertentu.
Bagi saya kebahagiaan itu adalah ketenangan. Saya bahagia apabila ketika saya melangkah keluar dari rumah, saya tahu wali-wali saya berasa tenang dan selamat kerana mempercayai saya. Saya bahagia apabila ketika saya melangkah keluar dari rumah, saya tahu Allah juga berasa tenang kerana mempercayai saya. Saya menzahirkan kesetiaan saya untuk menjaga diri. Dalam masa yang sama saya menzahirkan amaran supaya lelaki ajnabi tidak mengganggu diri. Saya tidak memaksa orang lain untuk turut sama berniqab atau berpakaian gelap, saya cuma menyuarakan sebab saya berpenampilan begini.
Andai suatu hari nanti ada sahabat-sahabat bertemu seseorang berniqab tetapi buruk akhlaknya atau mengabaikan hak-hak dunia, usah dikeji pakaiannya tetapi ketahuilah disebalik niqab itu ada manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa....
Sahabat....
Tidak mengapa kita berbeza pendapat asalkan kita saling menghormati. Tidak mengapa kita berbeza pakaian asalkan kita saling menyayangi. Saudariku, jemput datang ke rumah saya bawa sekali ibu, kakak dan adikmu supaya kita dapat bersua bertentang mata tanpa niqab, hijab dan jubah. Ketika itu segala misteri akan terlerai... Ketahuilah di dalam rumah tertutup ini ada seorang wanita yang sangat bahagia. Semoga setiap yang memandangnya akan turut bahagia.
Memori di Sydney... Di tepi pantai yang sudah dilupakan namanya. -.- |
^_^ teruskan usaha dakwahmu kak :)
BalasPadam