Ahad, 2 Jun 2013

Memori Hari Konvo

Malam sebelum konvo

saya rasa sangat-sangat mahukan privacy. rasa hati mahu berbicara pada Ya Mujib berdua-duaan sahaja.. Malam tu kebetulan demam panas. saya tidak mahu kawan-kawan saya risaukan saya,maka saya melarikan diri ke bilik kosong. Saya duduk lama di sejadah, berdoa sambil menangis. Berdoa dan berdoa dan berdoa... Kalau dulu-dulu saya rasa saya ada sangat banyak impian dan cita-cita. Sekarang ini saya rasa semua impian itu sudah tidak penting lagi.. Apa yang penting cuma satu- REDHA ALLAH..
Biarlah apapun terjadi selepas ini, saya tidak mahu terperangkap dalam dilema diantara redha Allah dan redha manusia. Saya mahu hanya REDHA ALLAH! Biarlah saya gadai jiwa raga dunia saya, tetapi saya tidak akan sekali-kali menggadai ALLAH.. kerana saya yakin sepenuh hati bahawa Dia tidak akan sekali-kali menggadai saya! Ya, tidak sekali-kali.. Cukuplah Allah untukku..


tidur sekejap.. kemudian bangkit qiam.. tak ada mood nak tidur walaupun badan sangat sakit. Solat taubat.. kemudian solat tahajud.. kemudian solat istikharah.. kemudian solat hajat.. witir.. kemudian solat subuh.. dan baca yassin... Alhamdulillah hati terasa lapang.. Bilik yang sempit itu menjadi luas.. Alhamdulillah.. Saya tidak mahu kehilangan kemanisan iman ini, saya takut saya kehilangannya..
Sabda Nabi SAW,
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ;
dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan
dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

pagi tu mata bengkak, selepas semalaman menangis.

Hari konvo

"Ini lah coretan fisabilillah.." Kak Na memperkenalkan saya kepada Iffah, adik Kak Na.. err.. saya Lillah.. Coretan fisabilillah tu blog saya, bukan nama saya.. Iffah tersenyum memandang saya.. Saya pula sedang kelam kabut bersiap untuk ke Konvo petang tu.

"Em.. nak pakai baju dulu,"saya meminta diri.

"Kita terjah Lillah, cepat semua orang tengok Lillah!" usik kawan-kawan saya. walaupun tak berapa sihat masa tu, rasa macam beberapa kali nak pitam sebab tengah demam, tapi asyik senyum je sebab happy dikelilingi manusia-manusia yang happy. Romlah, Fairuz dan Nini tidak henti-henti mengusik menyebabkan saya penat nak gelak. Terharu sebab kak Na, asma dan Iffah datang ke rumah ibu saudara saya semata-mata nak meraikan saya dan beberapa orang sahabat lagi yang berkonvo. Saya menumpang di rumah ibu saudara saya kerana rumahnya sangat dekat dengan kampus kejuruteraan USM.. 5 minit je..

Selepas konvo 

sebaik majlis bersurai, saya segera melarikan diri ke kereta.. sebab nak tukar pakai sandal. Sakit jari kaki sebab pakai kasut tumit tinggi 2 inci.hehe..(sepanjang dalam dewan tak rasa pun sakit, bila habis je program, serta merta rasa sakit~ saya tak cukup ayu nak pakai kasut high heels ni)
lepas tukar sandal barulah pergi jumpa emak abah.. Jumpa mak abah sekejap saja sebab mak abah kena rushing balik ke Rawang malam tu juga.

malam itu sebelum tidur, saya bersembang dengan romlah.. kami bermuhasabah kisah hidup masing-masing.. Banyak turun naik kehidupan ini. Jatuh bangun bersilih ganti. kisah hidup kami sangat berbeza tetapi ada satu persamaan iaitu kami tidak pernah berputus asa. dari sembang-sembang itu, saya simpulkan bahawa orang yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadi lebih tabah, kuat dan matang. Maka berterima kasihlah kepada Allah yang memberi kamu cabaran-cabaran itu supaya kamu menjadi orang yang tabah, kuat dan matang! Alhamdulillah...


ini hadiah dari nini..


ini hadiah dari kak na, iffah and asma

ini hadiah kak na kepada team MT sisters 2009


balik dari Penang tu, saya yang drive.. Nini dan romlah ada sekali.. Hujan lebat dan traffic jam.. beberapa kali kereta kami hampir accident tetapi alhamdulillah kami selamat sampai.. Ada beberapa kali kami terserempak dengan orang lain yang accident. Termasuklah lori yang tergolek atas tu.. (credit to Romlah for the picture~)

pengajaran : Kita adalah musafir yang sedang melalui lebuhraya kehidupan. Bila terasa mengantuk dan letih, berhentilah di R&R.. Hidup ini adakalanya meletihkan, maka kita perlulah recharge bateri iman kita.. antara caranya ialah bangkit ditengah malam bermunajat kepada Allah.. Bila memandu, ingatlah orang tersayang.. Dalam memandu kehidupan ini, kita kena selalu ingat kepada keluarga kita dan keturunan kita.. apa sahaja keputusan yang kita ambil, perlulah diambil dengan memikirkan yang terbaik untuk mereka semua. 

Dunia baru

Ya Allah.. Hidup saya benar-benar berubah. Rutin saya juga berubah. Segala-galanya berubah.. Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui, berilah yang terbaik untuk diriku, duniaku, akhiratku dan agamaku... Letakkan aku di tempat yang Kau cintai, satukan aku dengan hambaMu yang Kau cintai, peliharalah kami agar sentiasa dalam keadaan yang Kau cintai...



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

p/s : rasa bahagia lah... alhamdulillah... :)
p/s/s : jika aku menangis, ianya untukMu ya Rahim.. jika aku tersenyum, ianya juga untukMu ya Rahim... :)
p/s/s/s : sori... tak upload gambar2 convo..

Artikel asal ditulis pada tahun konvo, 2010 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....