Adik saya bercerita tentang satu sifat saya yang aneh iaitu dia lihat saya ketawa semasa landak belaannya berak dan kencing atas riba saya dan dengan gembira terus salin pakaian kerana saya sudah bersiap hendak keluar berjalan. Adik kata reaksi saya sangat aneh kerana tidak nampak lansung kecewa atau marah.
Oh, baru saya sedar begitu reaksi saya. Mungkin kerana saya sudah puas 'dibuli' lebih dahsyat oleh kucing-kucing saya, maka saya tidak rasa sedih. Lagipun tahi landak comel. Sepanjang menjaga kucing-kucing yang cirit, apabila lihat sahaj kucing dapat buang air secara normal, saya sangat gembira. Saya pernah melihat kucing yang mati kerana tidak boleh buang air besar lalu ususnya pecah dan mati semasa pembedahan. Maka kalau sekali sekala terpijak tahi kucing atau ada kucing-kucing buat hal buang salah tempat, saya bersyukur mereka masih hidup. Suatu masa nanti mereka akan mati dan saya mungkin tak mampu bersihkan najis mereka lagi apatah lagi bermain dengan mereka. Kalau sayang, perlu sayang semasa wangi dan busuk. Jika tidak, itu tidak sayang, itu cuma suka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)