Saya terkesima dengan soalan itu. Dari kecil sehingga dewasa, emak sentiasa berkata jika senang bersedekahlah, jika susah perlu lebih bersedekah moga-moga Allah permudahkan urusan kita kerana permudahkan urusan orang lain.
"Dalam duit kita, ada rezeki orang lain. Kita ibarat posmen yang menerima rezeki daripada Allah, kemudian kita sampaikan kepada orang lain. Setiap makhluk sudah ditetapkan rezekinya. Tidak akan berkurang sedikitpun akibat memberi kepada orang lain, malah akan digandakan."
Wajah adik sepupu sedikit berkerut, tidak logik bukan? Bagaimana boleh semakin bertambah sedangkan semakin diagih-agih keluar?
"Cuba tengok Makngah kita, Makngah bekerja berhempas pulas, berjimat cermat. Dan dengan kehendak Allah, dalam duit gaji kerja Makngah ada pula rezeki kakak. Jadi setiap tahun Makngah bawa kakak pusing dunia, melancong sana sini. Sedangkan kakak tidak keluarkan duit 1 sen pun. Contoh lain cuba tengok Makanjang. Mak Anjang suri rumah, tetapi ada rumah, ada kenderaan. Pak Anjang pula bekerja siang malam tetapi balik rumah Mak Anjang cuma sekali seminggu dan naik kenderaan Mak Anjang sekali sebulan atau sekali berbulan-bulan. Sedangkan Pak Anjang yang bayar rumah dan kenderaan tu. Begitulah rezeki ini, dalam gaji kita, ada rezeki orang lain. Rezeki kita cumalah yang betul-betul kita manfaatkan." Saya cuba menerangkan lagi supaya lebih jelas.
"Baru terbuka kepala ni kepada sesuatu yang baru!" ucap adik sepupu.
Alhamdulillah!
"Bagaimana kita nak buat sampai dapat rezeki banyak?" soal adik sepupu tulus.
"Banyak caranya. Solat awal waktu. Antaranya yang kami amalkan, baca Al-Waqiah dan Al-Mulk setiap malam. Kelebihan Al-Waqiah ialah menjauhkan kefakiran. Kelebihan Al-Mulk ialah menjauhkan seksa kubur. Solat duha supaya dicukupkan rezeki sepanjang hari. Solat tahajud dan doa di sepertiga malam. Walaupun sedang haid, bangun juga berdoa. Bersedekah. Berzikir." jawab saya. Sejujurnya saya masih dalam proses berjuang melawan nafsu untuk istiqamah.
"Mak Anjang solat tahajud?" soal adik sepupu lagi.
"Ya." jawab saya.
"Pak Anjang?" soal adik sepupu lagi.
"Tak tahu." jawab saya jujur.
"Kenapa kakak tak tahu?"
"Sebab Mak Anjang suka biar pintu bilik terbuka, jadi nampak apa aktiviti Mak Anjang. Pak Anjang pula suka biar pintu bilik tertutup, jadi tak tahu apa aktivitinya. Hihi"
Adik sepupu diam lama berfikir.
"Pak Anjang selalu solat hajat. Dulu masa kakak kecil, abah solat hajat setiap hari sebab abah kata jangan tunggu waktu susah baru nak meminta. Jangan lupa Allah di waktu senang supaya Allah ingat kita waktu kita susah." sambung saya.
Petang itu adik sepupu bertanya cara-cara solat tahajud, solat duha dan maklumat lain berkaitan kaedah menjemput rezeki. Setiap hari saya tahu adik memerhatikan saya. Pernah satu kali, semasa kelas tuisyen berhenti rehat, saya bersolat sunat di pejabat dan kemudian kembali masuk ke kelas mengajar. Adik sepupu menegur "Kakak solat duha ya?"
Saya mengangguk sambil senyum.
Pada malam terakhir saya mendengar adik sepupu berbual di telefon dengan rakannya. Adik sepupu bercerita tentang kelebihan bangkit di sepertiga malam dan lain-lain lagi amal soleh untuk diamalkan. Mashaallah! Sedikit yang dia tahu, terus dia berazam untuk amalkan dan terus disampaikan kepada orang lain! Saya malu.. Saya malu kerana saya sudah tahu lama kelebihan-kelebihan ini pun kadang-kadang malas-malas. Sebaik adik sepupu pulang, saya pula yang bagai termotivasi. Semoga Allah sentiasa hadirkan mereka yang dapat menjadi 'booster' kepada imanku... Syukur ya Allah.. Syukur untuk segala-galanya....
Asam pedas Melaka di River Cruise yang sangat sedap. Terangkat habis! |