Rabu, 18 Mei 2011

Tiada yang sempurna namun berusaha untuk memberikan yang terbaik. :D

"Apa aku sedang buat ni?" saya berbisik sendirian. 
Peserta MBM sedang berdiskusi untuk program petang.
Proton Saga dipandu merentas lebuh raya pada kelajuan 120km/j.

Mata saya mengerling ke arah papan tanda jalan. Ipoh. Saya sudah separuh jalan.

Dua hari lepas hati saya membuak-buak mahu ke utara. Tetapi kerana masalah kewangan, saya membatalkan hasrat tersebut. Inilah risiko bekerja sendiri. Sepanjang dua minggu lepas, saya terpaksa membatalkan kesemua kelas. Lalu tiada duit masuk. Fuh, pedih. Anggaran perbelanjaan untuk ke utara ini dalam RM700. Fikir punya fikir maka terdetik di hati "Sudah-sudahlah, sedarlah diri tu tak mampu. Hari tu dah cuti seminggu, takkanlah nak ambil cuti lagi. Nanti kena buat kelas ganti lagi sedangkan yang ada sudah berlambak."

Keesokkannya, saya mendapat berita salah seorang junior saya kemalangan. Hati melonjak-lonjak mahu ke utara. Hati ini kuat teringatkan tentang anak-anak buah di bawah pengawasan junior yang kemalangan itu. Takkan mahu biar anak-anak itu terawang-awang dan patah semangat? Adik-adik saya sedang mengadakan program anak angkat mahasiswa bersama masyarakat. Saya selaku mantan yang sudah kembali ke kampung halaman terasa begitu merindui mereka! Mereka ini adalah harapan yang akan menggembeleng tenaga dalam kemelut permasalahan umat. Jadi saya tidak boleh mensia-siakan mereka. Mereka penting! Wajar diberi keutamaan!
Kemudian saya migrain. Emak kata "Selagi tak sihat, tak boleh pergi sana." Noktah..

Keesokkannya saya dapat sms "Adik-adik di sini semua macam down."

Okey. Ya Allah, sembuhkanlah aku.. Aku ingin ke sana. Aku menyayangi mereka keranaMu. Aku tahu aku tak mampu tetapi Kau Kaya dan Kuat. Maka izinkanlah aku ke sana..
Saya teringatkan ada RM700 duit tabung program motivasi yang saya simpan. Saya bercadang untuk meminjam duit itu dulu. Tetapi takut tidak terbayar.. Ya Allah.. Macam mana ya?
Fikir-fikir.... 

Duit ini untuk umat ini. Pinjam dulu ye........ hee :D


Nasi daging ibu angkat~ Cepat dimasak sedap dimakan!
Alhamdulillah saya akhirnya bertolak ke utara selepas tamat kelas pada pukul 5 petang. Saya tiba di Kulim pada pukul 10.30 malam. Sebaik tiba di sana,rupa-rupanya saya ditakdirkan membawa ayah angkat dan ibu angkat ke balai polis, kedai dan pelbagai tempat kerana ayah angkat kemalangan jalan raya. Saya cuma tidur satu malam sahaja di sana dan kemudian bergegas semula pada pukul 7.30 malam. Saya tiba di rumah pada pukul 1.30 malam.

Saya telah menghabiskan RM700 itu.... Saya tidak suka berhutang. Hutang yang saya masih ada cuma PTPTN yang tidak sampai empat tahun lagi dan kereta yang tinggal 3 tahun sahaja.
Alhamdulillah dalam masa beberapa hari saya berjaya menggantikan RM700.

Pengat Keledek yang Enak!!
Semalam saya bertemu dengan insan istimewa yang sangat saya sayang. Dia sangat sibuk. Bulan lepas dia balik Malaysia tetapi disebabkan saya sibuk dengan program motivasi, dia beralah dan menunda janji temu kami. Terima kasih kerana memahami. I really need that.
Dia bertanya "Jom kita pergi melancong bersama,"
Saya : "Mahu ke mana?"
Dia : "Afrika."
Saya : "Huh?? Kamu nak tengok apa di sana??"
Dia : "Kita pergi menolong orang susah." Jawabnya sambil tersenyum.

Cucu ayah angkat yang comel sedang menikmati rojak saya tau..;)
:)

Saya : "Inshaallah... Kena kumpul duit dulu.."
Dia "Saya tunggu kamu, cepat kumpul duit.."

Bercakap tentang bercuti.. Bulan lima ini ada cuti sekolah. Saya sudah menempah dua chalet di atas laut. Saya sudah merancang aktiviti di sana, iaitu tidur dan makan bersama yang tersayang. Saya letih. Saya mahu rehat dan rehat. Kemudian bangun dengan segar dan kembali meneruskan perjuangan.


Ada satu lagi cerita seronok. Saya dapat anak baru! 2 ekor!!
Mencabar betul menjaga budak yang tidak tahu menjilat tetapi hanya tahu menghisap! 
 Namanya Zoro dan Zora. Anak-anak murid saya hantar dua anak ini ke rumah saya. Mereka baru berusia 2 minggu dan sangat dahagakan kasih sayang seekor ibu kucing. Alhamdulillah, kehadiran Mak Whiskers yang sudi menyusukan anak-anak ini sangatlah dihargai. :) Emak risau abah akan marah jika saya menambah lagi kucing, jadi saya meminta bantuan Romlah untuk menjaganya. Setiap malam saya pergi ke sana menjengah dan memberi susu botol. Kuat betul budak-budak ni menyusu. Selang sejam, menjerit-jerit nak susu. Romlah seperti biasalah, sentiasa menjadi pembantu dalam pelbagai keadaan. Adakalanya bila fikir-fikirkan, saya terlalu bergantung kepada kawan-kawan dan keluarga. Ya, apapun, berkongsi kucing bukanlah suatu yang membebankan tetapi menyeronokkan.. Hilang stress.

Semalam tidak pasal-pasal kena marah dengan emak. Selalunya setiap malam (semenjak hari pertama Zoro dan Zara ke rumah Romlah), saya akan pergi menjengah mereka sehingga 11.30 atau 12 malam. Kemudian barulah saya pulang. Tiada sesiapa pun bertanyakan saya ke mana dan bila balik. Tetapi semalam rupa-rupanya emak menunggu saya. Handphone pula tertinggal dalam kereta. Maka... emak telefon tetapi saya tidak dapat menjawabnya... dan... anda boleh teka apa berlaku.

Hari ini adalah hari yang sangat mengembirakan kerana saya telah menggantikan hampir kesemua kelas ganti. Saya mengajar 8 jam hari ini sedangkan kebiasaannya cuma 4 jam. Namun saya masih tetap boleh ceria dan bergurau dengan murid pada jam terakhir. Dia sangat menghiburkan. Penat saya gelak. :) :) :) Actually malam ini adik lelaki saya ajak saya keluar makan sekeluarga. Dia belanja. Tetapi saya terpaksa menolak kerana rasanya saya sudah terlalu banyak cuti. Sekarang perlu kembali bekerja. Kumpul-kumpul duit. Kemudian barulah berbelanja.... Apapun adik saya kata next time dia inshaallah akan tetap bawa saya! (Kalau saya cuti, baru saya mahu...)

Selamat hari guru. Saya dapat pelbagai hadiah.Ada pelajar yang memberi coklat istimewa sehari sebelum hari guru. Ada pelajar yang membuatkan biskut 'chocolate chip' khas untuk saya. Ada pelajar yang menghadiahkan tupperware bertingkat. Ada yang meletakkan pen panjang bewarna merah bertulisan LOVE di atas beg saya. Saya pulak tidak faham lalu memanggil dia "Eh kamu tertinggal ini!" Dia menjawab "Itu untuk cikgu lah!" Saya tersipu-sipu. "Oh, terima kasih. Hehe."

Saya menghantar sms panjang (sambil berdebar) kepada guru-guru lama. Adakah anak-anak murid saya juga berdebar semasa menghantar ucapan hari guru kepada saya? Hmm.. dan saya terlewat membalas mesej pelajar saya selama 24 jam. :( Sorry...


Macam-macam.

Hidup saya terasa kelam kabut. Sibuk. Namun semuanya terisi dengan baik. Saya suka semua yang saya buat kecuali apabila saya terbuat salah. Jadi saya berazam nak perbaiki diri. Perbaiki dan perbaiki. Dalam hidup ni, banyak hati nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas pandang. Tetapi kita pun manusia juga. Jadi tidak perlu salahkan diri sendiri sangat, terimalah diri sendiri. Apa yang penting ialah perbaiki diri.  :) 

Adios! Esok sangat seronok. Tetapi saya masih berharap alam selepas mati yang lebih seronok! :D Enjoy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....