Selasa, 24 Mei 2011

Percikan ikhlas

Saya menuntut ilmu bukan sekedar berbangga
Saya menuntut ilmu untuk ke surga
Saya bekerja bukan sekedar mencari harta
Saya bekerja untuk ke surga
Saya berbakti kepada orang tua bukan sekedar balas jasa
Saya berbakti kepada orang tua untuk ke surga
Saya kembali pulang bukan sekedar nostalgia
Saya kembali pulang untuk ke surga
Kupilih kamu bukan sekedar cinta
Kupilih kamu untuk ke surga
Kujauhi yang lain bukan karena tak suka
Kutinggalkan yang lain karena takut dosa
(Adi Nurcahyo, Jember - 2008)



p/s : Ini puisi yang sangat indah.....

Jumaat, 20 Mei 2011

Oh Honda CRV......

Ada banyak sebab untuk kita menjadi manusia yang bersyukur. Barangkali kita terlupa... Lalu kita menghitung-hitung apa yang kita tidak ada.. Apakah setelah semua yang kita hitung ketiadaannya itu ada di tangan kita, kita akan berasa lega? Tidak.. Begitulah sifat manusia, sukar untuk bersyukur. Saya sendiri sudah ada kereta Proton yang selesa dan mencukupi keperluan saya. Tetapi di mata ini asyik terbayang Honda CRV yang kacak...
 

Hari ini saya berpuasa. Maka nafsu saya menjadi tidak larat untuk membebel perkara yang tidak berfaedah. Sementara menunggu kelas petang, sempat saya membaca buku baru dan tidur sekejap. Hari ini saya cuma ada personal coach. Petang ini saya ke rumah salah seorang pelajar. Saya menunggu dia bersiap selama 45 minit. Pelajar ini mengunci diri di dalam bilik menyebabkan orang gajinya terpaksa menelefon tuan rumah dan menggunakan pahat untuk membuka pintu. Saya serba salah. Mahu balik atau terus menunggu. Mujurlah saya berpuasa maka saya automatik bersabar dengan keadaan itu.... Apapun, 45 minit itu beharga RM 30. (senyum)

Hari ini DJ radio bercerita tentang kereta yang sesuai untuk wanita. Hm.. GODAAN.....


TAK NAKKK.... 

Saya bukannya apa...

Saya cuma takut... Nanti di akhirat Allah akan tanya apa yang kamu gunakan dengan harta kamu ?

*Tapi Honda CRV ini sangat kacak.. :'(    

Astagfirullah... Perlu teruskan berpuasa supaya hilang penyakit hati kepada CRV ini... 

Rabu, 18 Mei 2011

Tiada yang sempurna namun berusaha untuk memberikan yang terbaik. :D

"Apa aku sedang buat ni?" saya berbisik sendirian. 
Peserta MBM sedang berdiskusi untuk program petang.
Proton Saga dipandu merentas lebuh raya pada kelajuan 120km/j.

Mata saya mengerling ke arah papan tanda jalan. Ipoh. Saya sudah separuh jalan.

Dua hari lepas hati saya membuak-buak mahu ke utara. Tetapi kerana masalah kewangan, saya membatalkan hasrat tersebut. Inilah risiko bekerja sendiri. Sepanjang dua minggu lepas, saya terpaksa membatalkan kesemua kelas. Lalu tiada duit masuk. Fuh, pedih. Anggaran perbelanjaan untuk ke utara ini dalam RM700. Fikir punya fikir maka terdetik di hati "Sudah-sudahlah, sedarlah diri tu tak mampu. Hari tu dah cuti seminggu, takkanlah nak ambil cuti lagi. Nanti kena buat kelas ganti lagi sedangkan yang ada sudah berlambak."

Keesokkannya, saya mendapat berita salah seorang junior saya kemalangan. Hati melonjak-lonjak mahu ke utara. Hati ini kuat teringatkan tentang anak-anak buah di bawah pengawasan junior yang kemalangan itu. Takkan mahu biar anak-anak itu terawang-awang dan patah semangat? Adik-adik saya sedang mengadakan program anak angkat mahasiswa bersama masyarakat. Saya selaku mantan yang sudah kembali ke kampung halaman terasa begitu merindui mereka! Mereka ini adalah harapan yang akan menggembeleng tenaga dalam kemelut permasalahan umat. Jadi saya tidak boleh mensia-siakan mereka. Mereka penting! Wajar diberi keutamaan!
Kemudian saya migrain. Emak kata "Selagi tak sihat, tak boleh pergi sana." Noktah..

Keesokkannya saya dapat sms "Adik-adik di sini semua macam down."

Okey. Ya Allah, sembuhkanlah aku.. Aku ingin ke sana. Aku menyayangi mereka keranaMu. Aku tahu aku tak mampu tetapi Kau Kaya dan Kuat. Maka izinkanlah aku ke sana..
Saya teringatkan ada RM700 duit tabung program motivasi yang saya simpan. Saya bercadang untuk meminjam duit itu dulu. Tetapi takut tidak terbayar.. Ya Allah.. Macam mana ya?
Fikir-fikir.... 

Duit ini untuk umat ini. Pinjam dulu ye........ hee :D


Nasi daging ibu angkat~ Cepat dimasak sedap dimakan!
Alhamdulillah saya akhirnya bertolak ke utara selepas tamat kelas pada pukul 5 petang. Saya tiba di Kulim pada pukul 10.30 malam. Sebaik tiba di sana,rupa-rupanya saya ditakdirkan membawa ayah angkat dan ibu angkat ke balai polis, kedai dan pelbagai tempat kerana ayah angkat kemalangan jalan raya. Saya cuma tidur satu malam sahaja di sana dan kemudian bergegas semula pada pukul 7.30 malam. Saya tiba di rumah pada pukul 1.30 malam.

Saya telah menghabiskan RM700 itu.... Saya tidak suka berhutang. Hutang yang saya masih ada cuma PTPTN yang tidak sampai empat tahun lagi dan kereta yang tinggal 3 tahun sahaja.
Alhamdulillah dalam masa beberapa hari saya berjaya menggantikan RM700.

Pengat Keledek yang Enak!!
Semalam saya bertemu dengan insan istimewa yang sangat saya sayang. Dia sangat sibuk. Bulan lepas dia balik Malaysia tetapi disebabkan saya sibuk dengan program motivasi, dia beralah dan menunda janji temu kami. Terima kasih kerana memahami. I really need that.
Dia bertanya "Jom kita pergi melancong bersama,"
Saya : "Mahu ke mana?"
Dia : "Afrika."
Saya : "Huh?? Kamu nak tengok apa di sana??"
Dia : "Kita pergi menolong orang susah." Jawabnya sambil tersenyum.

Cucu ayah angkat yang comel sedang menikmati rojak saya tau..;)
:)

Saya : "Inshaallah... Kena kumpul duit dulu.."
Dia "Saya tunggu kamu, cepat kumpul duit.."

Bercakap tentang bercuti.. Bulan lima ini ada cuti sekolah. Saya sudah menempah dua chalet di atas laut. Saya sudah merancang aktiviti di sana, iaitu tidur dan makan bersama yang tersayang. Saya letih. Saya mahu rehat dan rehat. Kemudian bangun dengan segar dan kembali meneruskan perjuangan.


Ada satu lagi cerita seronok. Saya dapat anak baru! 2 ekor!!
Mencabar betul menjaga budak yang tidak tahu menjilat tetapi hanya tahu menghisap! 
 Namanya Zoro dan Zora. Anak-anak murid saya hantar dua anak ini ke rumah saya. Mereka baru berusia 2 minggu dan sangat dahagakan kasih sayang seekor ibu kucing. Alhamdulillah, kehadiran Mak Whiskers yang sudi menyusukan anak-anak ini sangatlah dihargai. :) Emak risau abah akan marah jika saya menambah lagi kucing, jadi saya meminta bantuan Romlah untuk menjaganya. Setiap malam saya pergi ke sana menjengah dan memberi susu botol. Kuat betul budak-budak ni menyusu. Selang sejam, menjerit-jerit nak susu. Romlah seperti biasalah, sentiasa menjadi pembantu dalam pelbagai keadaan. Adakalanya bila fikir-fikirkan, saya terlalu bergantung kepada kawan-kawan dan keluarga. Ya, apapun, berkongsi kucing bukanlah suatu yang membebankan tetapi menyeronokkan.. Hilang stress.

Semalam tidak pasal-pasal kena marah dengan emak. Selalunya setiap malam (semenjak hari pertama Zoro dan Zara ke rumah Romlah), saya akan pergi menjengah mereka sehingga 11.30 atau 12 malam. Kemudian barulah saya pulang. Tiada sesiapa pun bertanyakan saya ke mana dan bila balik. Tetapi semalam rupa-rupanya emak menunggu saya. Handphone pula tertinggal dalam kereta. Maka... emak telefon tetapi saya tidak dapat menjawabnya... dan... anda boleh teka apa berlaku.

Hari ini adalah hari yang sangat mengembirakan kerana saya telah menggantikan hampir kesemua kelas ganti. Saya mengajar 8 jam hari ini sedangkan kebiasaannya cuma 4 jam. Namun saya masih tetap boleh ceria dan bergurau dengan murid pada jam terakhir. Dia sangat menghiburkan. Penat saya gelak. :) :) :) Actually malam ini adik lelaki saya ajak saya keluar makan sekeluarga. Dia belanja. Tetapi saya terpaksa menolak kerana rasanya saya sudah terlalu banyak cuti. Sekarang perlu kembali bekerja. Kumpul-kumpul duit. Kemudian barulah berbelanja.... Apapun adik saya kata next time dia inshaallah akan tetap bawa saya! (Kalau saya cuti, baru saya mahu...)

Selamat hari guru. Saya dapat pelbagai hadiah.Ada pelajar yang memberi coklat istimewa sehari sebelum hari guru. Ada pelajar yang membuatkan biskut 'chocolate chip' khas untuk saya. Ada pelajar yang menghadiahkan tupperware bertingkat. Ada yang meletakkan pen panjang bewarna merah bertulisan LOVE di atas beg saya. Saya pulak tidak faham lalu memanggil dia "Eh kamu tertinggal ini!" Dia menjawab "Itu untuk cikgu lah!" Saya tersipu-sipu. "Oh, terima kasih. Hehe."

Saya menghantar sms panjang (sambil berdebar) kepada guru-guru lama. Adakah anak-anak murid saya juga berdebar semasa menghantar ucapan hari guru kepada saya? Hmm.. dan saya terlewat membalas mesej pelajar saya selama 24 jam. :( Sorry...


Macam-macam.

Hidup saya terasa kelam kabut. Sibuk. Namun semuanya terisi dengan baik. Saya suka semua yang saya buat kecuali apabila saya terbuat salah. Jadi saya berazam nak perbaiki diri. Perbaiki dan perbaiki. Dalam hidup ni, banyak hati nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas pandang. Tetapi kita pun manusia juga. Jadi tidak perlu salahkan diri sendiri sangat, terimalah diri sendiri. Apa yang penting ialah perbaiki diri.  :) 

Adios! Esok sangat seronok. Tetapi saya masih berharap alam selepas mati yang lebih seronok! :D Enjoy!

Isnin, 9 Mei 2011

Masalah itu kembar kehidupan

Minggu ini sangat mencabar. Banyak perkara untuk difikirkan dan keputusan perlu dibuat. Saya cuba untuk bertenang. Masalah itu kembar kehidupan. Jadi, tiada apa yang menghairankan.  Tiba-tiba kepala diserang pening yang bersangatan. Migrain datang kembali.....

Seorang teman pernah berkata "Semakin dewasa, semakin besar masalah hidup."

Kiranya saya ini normal kan? =) Namun saya harus menjadi profesional, mampu mengawal emosi.

Tanda-tanda stress sudah mula menampakkan diri..Migrain.

Lagi 15 minit kelas malam akan bermula. Mahu batalkan kelas atau tidak. Kasihan pula kepada pelajar-pelajar yang sudah bersusah payah dan begitu bersemangat datang ke mari. Hmm, tak apalah teruskanlah.. Kelas berjalan dengan sangat baik dan menyenangkan.Topik Loci cuma perlu melukis menggunakan jangka lukis. Mudah. Mereka membawa hadiah hari jadi saya. Hai, sudah lewat 4 hari! Tetapi terima kasih.. I like it! hehe...

Malam itu tidur awal. Segala masalah yang tidak selesai difikirkan dibiarkan tergendala.....

Pada akhirnya saya akur, bukan semua urusan mampu kita selesaikan. Saya kalah kepada kehendak-Nya!

=)

Bangun pagi ini terasa sudah boleh berdiri semula dan sudah boleh menaip sms di handphone. Alhamdulillah, sedikit masalah yang tergendala  semalam dapat diselesaikan. Masih ada banyak lagi perkara lain untuk diselesaikan.

Terasa seperti semakin uzur dan tua. Sudah tidak secekap dan selincah dahulu. Minggu lepas demam seminggu, batuk-batuk masih bersambung hingga ke pagi ini. Betapa nikmatnya menjadi sihat. Betapa sedikitnya bersyukur selama ini.

Selepas solat duha, bersimpuh membelek Al-Quran dan membaca terjemahannya...

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

Ya, semua yang terjadi ini sama ada baik atau buruk adalah kehendak Allah. Sekiranya Allah berkeinginan sesuatu itu dipermudahkan, ianya akan menjadi mudah. Sekiranya Allah berkeinginan untuk menyukarkan sesuatu, ianya akan disukarkan. Semua ini kehendak-Nya. Semua penyelesaian masalah ini ada pada-Nya. Maka serahkanlah kepada-Nya!

Selesai semua masalah saya..... Alhamdulillah. =)

Khamis, 5 Mei 2011

Argh!!! Semakin hampir ke kubur!

*click to enlarge *

Terima kasih emak kerana menjaga ovum dgn baik, memilih ayah yg baik,menjaga perkahwinan dgn baik,krn sudi mengandung 9 bulan lebih, menyusukan setahun lebih dan mendidik & membesarkn selama 24 tahun. Segala pengorbanan, air mata & doa mak, anakmu ini kenang...kakak sayang mak :)

Terima kasih anak-anak muridku kerana menjadi anak-anak yang baik dan selalu membuatkan cikgu gembira dan selalu memberikan cikgu semangat. Kamu mungkin tidak tahu betapa banyaknya pengajaran hidup yang cikgu dapat belajar daripada kalian... Cikgu sayang kalian :)

Thank you to everyone who has wished me happy birthday on the facebook, and if May 4th is your birthday too, happy birthday to you!

Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku menjengah alam fana ini. Terima kasih kerana sudi mengampunkan diri aku yang sering lupa dan lalai. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk mencintaiMu sepenuh hatiku...

Pada akhirnya, aku akan ke sini....
.
.
.
.
.
.
.


Tadi dapat sms daripada Hafiz, adik lelaki saya. Fuhh kiriman doanya seolah kakaknya ini sudah berada di dalam kubur. Memang menginsafkan......

Sudah, saya sudah tua. Saya sudah bertaubat. Sila jangan ajak saya buat maksiat ataupun membuat lagha.
Sekian.....

Selasa, 3 Mei 2011

Nota kecil yang menggamit rinduku ♥

Nota kecil di borang pendaftaran

Sebak. Saya membaca perlahan nota kecil yang ditampal dengan salotape pada borang penyertaan Program Motivasi Sayangi Remaja. Anak kecil ini sungguh istimewa. Dalam ribuan manusia, Allah telah memilih anak ini untuk menyertai program ini. Paling istimewa adalah kerana anak ini hadir bersama hatinya. Hati yang bukan sekadar seketul daging malah sebutir permata yang bersinar. Ada air mata bergenang di kelopak mata saya. Maha Suci Allah!

Serta merta hilang rasa penat bertungkus lumus mengerjakan program ini!

Antara Slot Program Motivasi Remaja : Pengakuan remaja terlanjur yang telah bertaubat. Belajar daripada beliau mengapa perlu kembali ke pangkal jalan dan bagaimana untuk kembali kepangkal jalan.

Mengimbau memori silam
Sepanjang zaman persekolahan saya, saya sudah biasa mendengar dan melihat kawan-kawan yang terjebak dengan zina, rokok, dadah dan gaduh. Emak dan abah sendiri pernah memelihara anak-anak angkat kepada penagih dadah. Saya pernah tidur sekatil dan bersembang hati ke hati bersama seorang gadis yang baru bebas dari pusat juvana. Saya dan mereka terlalu dekat. Erat. Syukur berkali syukur betapa dekat sekalipun, Allah masih memelihara saya daripada terjerumus ke lembah hina itu. Setiap kali saya tersedar, saya sedang menarik tangan kawan-kawan saya yang sedang berada di tebing curam. Adakalanya saya menangis dan adakalanya saya menjerit. Adakalanya saya menggigil ketakutan dan adakalanya saya kesakitan yang teramat! Bagaimana Allah melindungi saya? Allah mencampakkan rasa takut kepada dosa di dalam hati saya.

Peserta-peserta Program Motivasi Sayangi Remaja mengalirkan air mata, bermuhasabah diri.



Hati yang tersiat
Semasa saya di zaman kampus, saya berpeluang untuk belajar kaedah membuat program. Senior-senior mengajar saya cara untuk menulis surat rasmi dan membuat modul. Saya dibimbing secara teori mahupun praktikal. Betapa galak saya di USM selama 3 tahun setengah. Ada suara sumbang memperleceh dengan mengatakan "Alah, setakat bergegar di kampus lansung tidak bermakna. Nantilah sahaja di medan sebenar selepas tamat kampus, semuapun senyap...". 

Masa berlalu dan akhirnya segulung ijazah berada di genggaman. Nawaitu hati masih tidak berubah. Aku mahu memikul amanah Allah yang satu ini, yang sangat sedikit manusia sudi melakukannya. Saya bertekad menolak untuk bekerja di bawah majikan kerana mahu meluangkan masa untuk berbakti bersama anak-anak remaja yang tersisih dalam dunia yang sepi. Bergetar tangkai hati apabila adik sendiri memperleceh diri ini seolah manusia yang merangkul gelaran pelajar terbaik sekolah ini begitu bodoh kerana memilih pekerjaan yang lansung tidak bergaya. 

Seorang anak murid saya bersuara "Yela, takkan cikgu sampai bila-bila pun nak menjadi macam ini.. "
Saya tersentak. Apabila anak murid sendiri turut merasakan saya seolah menzalimi diri sendiri, saya menjadi sangat tertekan. Saya sedih. Beberapa hari kemudian saya menerima pula sepucuk surat oleh pelajar lain. Di dalam surat itu pelajar itu mengeluh kerana dirinya tidak dihargai oleh saya sedangkan saya rasa dialah sebenarnya yang tidak tahu menghargai saya dan kawan-kawan dia. Kasih dan perhatian yang bagaimana lagi yang dia tagihkan?! Dimana kekurangan saya dan dimana silapnya saya?! Tidak. Ianya tiada kaitan dengan saya. Saya sudah berusaha memberikan yang terbaik. Hanya kini Allah sahaja yang memegang hati mereka. Berserah kepada Allah.

Saya tidak suka manusia menganggap saya menzalimi diri sendiri. Sabarlah dahulu.. Saya baru memulakan alam kerjaya. Berilah saya kepercayaan...... Berilah saya masa....... Berilah saya peluang! Keadaan saya ini tidaklah seteruk mana. Saya tidak meminta lansung walau 1 sen daripada emak dan abah semenjak saya tamat alam kampus. Saya bekerja sendiri. Kini saya mengusahakan kelas tuisyen dan menjadi rakan kongsi konsultan program motivasi. Allah Maha Kaya mengizinkan saya untuk memberi emak saya  lebih RM1000 pada setiap bulan semenjak saya mendapat gaji pertama saya. Walaupun pendapatan saya tidak sebanyak jurutera yang bekerja di pelantar minyak, saya masih boleh bersedekah! Bukankah itu suatu keberkatan? Malah saya mampu bersedekah dengan tenaga dan bakat saya yang nilainya sangat mahal! Bukankah itu suatu nikmat?! 

Apabila Allah mengesat air mataku......
Walaupun pembaca sekalian terasa membaca bait-bait di blog ini adalah percuma, namun kalian mungkin tidak tahu betapa mahalnya bait-bait yang ditulis dari hati ini..... Saya juga baru mengetahuinya. Beberapa hari yang lepas saya bertemu dengan bekas guru besar sekolah saya, Puan Ho Chee Lian. Sudah 7 tahun tidak bertemu. Kata Puan Ho, Tuhan mendengar doa beliau supaya dapat bertemu saya. 

Katanya surat yang pernah saya serahkan kepadanya 7 tahun lalu telah mengubah hidupnya. Pada tahun 2009, beliau telah meninggalkan sekolah saya. Namun beliau telah dipanggil semula sebagai pengetua pada tahun 2010. Jika diikutkan hati, beliau tidak mahu kembali ke sekolah yang kritikal dengan pelbagai masalah. Namun kerana surat saya, beliau kembali dengan penuh semangat ke sekolah lama saya. Tentulah saya sangat terkejut mendengar kata-kata beliau. Saya bertambah terkejut apabila beliau menghadiahkan saya sebuah buku himpunan cerpen pengetua sekolah Selangor, 2009. 
Petikan daripada tulisan Puan Ho 
Di dalam tulisannya, saya merupakan satu-satunya pelajar yang disebut namanya. Saya lansung tidak pernah berharap ini semua. Suatu masa dahulu, beliau pernah berasa tiada orang yang menghargai diri beliau. Tiba-tiba saya muncul dan memberi penghargaan kepada beliau. Kini, pada saat saya berasakan diri ini lansung tidak dihargai, tiba-tiba beliau muncul dan memberi penghargaan kepada saya. Maha Suci Allah! :')

Alhamdulillah...
Maafkan diriku andai ada yang terguris.. Diri ini manusia biasa. Bukan wali Allah yang kental jiwanya. Saya cuma menaip sekadar coretan hati seorang fisabilillah...Moga-moga dengan berkongsi pengalaman ini dapat meransang insan lain untuk turut sama meletakkan diri di jalan kebaktian.






Isnin, 2 Mei 2011

Bukankah saya sudah kata, yang buruk tidak semestinya tidak bagus!

Bukankah saya sudah kata, yang buruk tidak semestinya tidak bagus! Saya mendapat percutian yang sangat mendamaikan secara percuma di sebuah hotel. Kami sahaja yang menginap di hotel buruk ini. Tiada pelanggan lain.... Walaupun bunyinya seram, namun ianya sangat indah~.... :)

Mengapa percutian ini mendamaikan ?
1) Privacy
2) With my love
3) Free~ Hehe

Alhamdulillah :)
















































Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....