Senyum sahaja, walaupun bukan bertujuan untuk memikat pasti sudah ada lelaki yang terpikat. Bersuara sahaja, walaupun bukan bertujuan untuk bermanja pasti sudah ada lelaki yang cair. Bagi wanita yang sememangnya menyukai keadaan ini tentu sekali mereka berasa sangat seronok. Hal lain pula dengan wanita yang bertudung labuh dan menjaga syariat.
“Jika engkau tidak rasa malu, maka buatlah apa saja yang engkau mahu.”
[Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari]
Apabila diusik rakan-rakan dengan nama lelaki lain atau digandingkan dengan mana-mana lelaki lain, terasa bagaikan suatu penghinaan! Semalam seorang sahabat menelefon saya menceritakan situasi yang baru dialaminya. Rakan-rakan setempat kerjanya cuba untuk menggandingkan beliau dengan seorang lelaki dan diusik-usik sehinggakan lelaki itu terperasan sendiri. Akibatnya sahabat saya menjadi sangat-sangat malu untuk berhadapan dengan lelaki tersebut di tempat kerja. Apakah sahabat-sahabat beliau buta? Adakah kami yang bertudung labuh dan menjauhi perhimpunan bercampur gaul lelaki ini begitu terhegeh-hegeh mahukan teman lelaki?? Sekalipun mereka berniat baik namun bukan itu caranya. Bantuan seperti itu tidak ubah seperti suatu penghinaan buat kami, malah penghinaan untuk semua wanita.
Jika sudah berkenan dengan seseorang wanita yang dirasakan sesuai dijadikan teman hidup, merisiklah secara sopan dan rahsia, bukannya dengan mengisytiharkan rasa suka di depan khalayak ramai.
Wanita solehah tidak suka dirinya diusik lelaki di khalayak ramai kerana itu melambangkan seolah wanita itu begitu murah dan tidak ada harga diri.
Malah wanita solehah juga tidak suka dirinya diajak bergurau oleh lelaki yang sudah melamar dirinya kerana lelaki itu tidak berhak menggoda wanita yang belum sah menjadi isterinya.
Sekiranya anda merasakan apa yang saya katakan ini salah, tepuklah dada anda dan bertanyalah iman anda... Apakah masih ada rasa malu dalam diri ?
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.”
[Hadis riwayat Ibn Majah]
ujian ALLAH untuk menguji keimanan seseorang.
BalasPadamApabila di sua di hidang kelazatan dunia - mahu atau tidak mahu sahaja? Mencari keenakan yang sementara memang mudah dan bersepah merata tempat!
Astagfirullah...
Ujian....ujian....ini lah jalan hidup yang saban hari perlu ditempuhi. Hatta idup yang sendiri lagi banyak ujiannya. Hidup dalam hutan juga diuji berbagai dugaan. Maka usahlah terjatuh atas ujian itu. Ajak=Nafsu+akal(rosak). Nafsu+akal+iman=kecintaan kepadaNya. Dunia=ujian. Akal=penentuan. Tindakkan=Akhirat. Maka pilihan atas kita.
BalasPadam....Allahu Rabbi....