Adakalanya serba salah tatkala hendak menaip di sini. Takut seandainya ayat-ayat ini sia-sia. Takut juga seandainya tulisan-tulisan ini menjadi fitnah. Rasa bersalah juga hendak menulis berita gembira kerana ada insan lain sedang bersedih. Akhirnya tiada kata-kata tertulis di sini.
Hidup ini tidak mudah.
Kerana kita orang yang beriman. Kalau orang yang tidak beriman, hidupnya akan menjadi seperti haiwan.
Berdiri di sini sebagai seorang gadis berusia 24 tahun membuatkan saya bermuhasabah kembali hidup ini. Bersimpang siur perjalanan hidup ini, cukup indah. Semakin lama semakin kagum melihat kuasa Allah terhadap diri ini.
Semalam seorang pelajar bertanya "Cikgu, apa asal usul air laut?"
Saya tidak tahu jawapannya secara saintifik. Terdetik di hati mustahil saya dapat menjawab soalan ini dengan cepat.
Kemudian Allah Yang Maha Mengetahui telah mengaturkan supaya saya tertekan 'Discovery Channel'. Betul-betul berkenaan asal-usul air laut! Alhamdulillah..........
Dia mendengar! Dekat sungguh dengan diri ini...
Hmm.. Tentulah dekat. Bila masa Allah menjauh?
Selama hari ini apabila saya merindui seseorang, saya akan berdoa kepada Allah supaya rindu itu dibalas. Dan semua rindu itu benar-benar mendapat balasan!
Hai Ya Allah.... Malulah daku padaMu.. Habis semua rahsia diketahui oleh Mu....
Shhh... ini rahsia kita.
Dalam hati ada taman ^_^
BalasPadamDahulu hati ku penuh semak samun - sahabat2 tolong bantu kemaskan, bersihkan, nasihatkan - alhamdulillah.
Alhamdulillah - hati semakin bertaman-taman - ^_^
Moga hati sahabat-sahabat semua bertaman-taman belaka..amen.