Ahad, 17 April 2011

Ayong

Anak-anak Ayong , Mus'ab dan Aishah
Lima belas tahun yang lalu, saya sering berbual bersama Ayong (sepupu) sebelum kami tidur. Pelbagai topik diceritakannya. Saya cuma menjadi tukang dengar sahaja. Ketika itu saya masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang dialami oleh Ayong. Hari ini, Ayong sudah mempunyai tiga orang cahaya mata yang comel-comel belaka. Hm.. Begitu pantas masa berlalu ya...

Apabila melihat perjalanan hidup Ayong, saya menjadi lebih bersyukur. Pengalaman Ayong bercinta, berkahwin, belajar dan berurusan memberi saya 1001 pengajaran. Ayong wanita yang kuat dan cekal. Pengalaman mendewasakan dirinya. Saya suka melihat seseorang belajar daripada kegagalan. Saya takut melihat seseorang berputus asa dan menyalahkan keadaan atau orang lain. Bagi saya segala sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita perlu mengambilnya secara positif. Hidup ini adalah proses membuat keputusan. Apabila sesuatu keputusan itu diambil, kita perlu menerima segala kemungkinan yang bakal terbit daripada tindakan kita. Seorang sahabat pernah berpesan, jika keputusan itu baik, maka bersyukurlah. Jika keputusan itu tidak baik, maka hendaklah kita redha.

Ayong akan berpindah kembali ke Singapura kerana pengajian Ijazahnya sudah tamat. Nampaknya tiada peluanglah untuk emak berulang alik ke Bangi lagi.Selalunya emak berulang alik ke Bangi untuk bermain dengan anak-anak Ayong. Seandainya saya jadi sambung Master di UKM, nampaknya sayalah pula yang akan berulang alik ke Bangi.

Saya suka Bangi. Suasananya damai. Jadi saya akan masukkan ia ke dalam senarai tempat yang mungkin saya akan diami. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....