Khamis, 28 April 2011

sweetheart

 


love both of u! so Cute <3





Ketika Junior belum ada, saya lansung tidak pernah berharap dia ada.. Tetapi semenjak dia ada, dunia saya bertambah ceria!! Mendengarkan bunyi locengnya sahaja sudah membuatkan hati ini melonjak-lonjak mahu memeluk mencium dia....

Kali pertama saya menemui Junior, keadaannya sangat menyedihkan, dia kurus, comot, matanya penuh tahi mata dan terlalu lemah. Dia memeluk rim kereta saya menyebabkan saya jatuh hati pada dia... Tak sanggup saya meninggalkan dia... Lalu saya bawa dia balik rumah. Dua hari kemudian saya bertolak ke India. Seminggu saya di India, saya cuma mampu berdoa supaya dia masih hidup apabila saya kembali... Maklumlah dia masih kecil dan memerlukan susu ibunya untuk melawan pelbagai penyakit....

Sebaik saya pulang dari India, dia kelihatan agak gemuk dan aktif. :D
Subhanallah... Alhamdulillah............

Semenjak daripada itulah, dia kekal di sisi saya... setia menemani ke mana-mana.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....