angit beransur gelap. sebentar lagi masuk waktu maghrib. perhimpunan sekolah baru sahaja tamat.tiada sesiapa di rumah, jadi saya tidak perlu tergesa-gesa pulang ke rumah. Err.. sebenarnya saya terlupa bawa kunci rumah semasa keluar tadi. Padan muka, sekarang saya bercadang untuk pergi beli nasi bungkus di pasar malam dan berbuka di masjid.
Semasa melintas longkang, terjumpa anak kucing kecil yang sangat comot.. lembik.. macam dah mati je.. saya usik-usik dia. tapi tak bergerak. err.. dah mati ke? kelihatan perutnya masih bernafas, oh hidup lagi.
Saya berputar-putar di pasar malam. Apa nak beli ni??? (untuk meow kecil tu..)
Akhirnya beli sosej kecil. saya carik-carik jadi kecil dan letak di tepi hidung si meow. Tiba-tiba si meow bangun dan makan dengan lahap sambil berbunyi garang.
Haha..
Saya terhibur.
Azan berkumandang. Oh.. saya perlu cari air untuk berbuka! Selamat tinggal sayang comot.. Take care my baby ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)