Sudah hampir seminggu lebih saya tak bertemu anak murid saya si ****
Sebabnya saya sudah tidak mengajar sesi pagi lagi. Sekarang saya mengajar di sesi petang. Pagi dan malam pula saya mengajar kelas bahasa Inggeris, jadi tiada masa untuk 'open house' kecuali kalau emak saya ada.
Tadi anak murid saya memberitahu, "Teacher, si ***** tu memang gila!! Dia suka-suka je cakap saya kepala hotak! Takda otak la! Macam-macam dia maki saya cikgu. Dengan cikgu-cikgu lain pun dia maki. Cikgu-cikgu lain kata dia gila. Dia 'crack'!"
Baru semalam saya mengajar anak ini perkataan 'crack' yang membawa maksud gila-gila.
Sebenarnya semenjak dulu lagi semasa saya memegang kelas si *****, saya sudah menyedari keanehan si ****. Dia masuk ke kelas saya selepas dibuang sekolah. Saya menyambut dia seolah dia budak baru pindah. Saya juga menjemput dia ke rumah saya semasa majlis berbuka puasa. Dia bersikap kasar dengan kawan-kawannya tetapi dengan saya, dia sangat bersopan santun. Dia tak pernah mengasari saya. Apabila saya memarahi satu kelas, dia tak pernah kurang ajar. Erm, setakat ini tak pernah lagi ada anak murid yang kurang ajar dengan saya meskipun anak-anak tu dah di 'black list' sebagai kurang ajar oleh guru-guru lain.
Semasa hari raya, dia orang pertama yang 'sms' saya meminta izin mahu datang beraya. Tetapi saya tidak melayan sms tersebut kerana jadual yang padat di luar rumah.
Sekarang.... hm, saya benar-benar rindukan dia. Mungkin saya patut jemput dia datang beraya di rumah saya.
Saya tertanya-tanya bagaimana keadaan dia sekarang. Adakah jiwanya sedang sakit? Adakah hatinya sedang bersedih? Adakah solatnya sempurna? Adakah ibu bapanya sedang marah pada dia? Adakah....
Adakah sesiapa yang peduli untuk memberi dia didikan ?
Ah, saya sayang dia. Saya tak kisah sangat kalau dia gagal dalam peperiksaan. Tetapi saya berharap sangat dua TIDAK gagal dalam kehidupan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)