Isnin, 20 Disember 2010

Menyemai benih cinta akhirat di ladang dunia....


Melawat anak-anak pokok salad di ladang Strawberry, Cameron Highland
Harus bagaimana… bingung memikirkannya…
Dia atau dia?  pilih yang mana?
Ku cuba untuk mengembirakan kedua-duanya… membantu kedua-duanya… namun saya tersepit akhirnya…

Emak sudah menempah apartment 3 bilik di Hotel Equatorial… Percutian keluarga yang ‘cukup’ bilangan anggota keluarga. Keluarga kami selalunya sangat sibuk dengan urusan masing-masing dan hanya akan berkumpul apabila diwajibkan sahaja… Saya sudah menyusun jadual supaya tarikh bermakna itu ‘free’. Namun ketika saya ter’online’ di tengah malam sehari sebelumnya, seorang sahabat yang tidak pernah bersua menegur di laman chat. Kawan-kawan dia adalah kawan-kawan saya. Dia selalu mendengar tentang saya. Saya selalu mendengar tentang dia. Tetapi kami sendiri tidak pernah bersua. Dia di Malaysia! Dan dia dalam keadaan yang agak menyedihkan…

Menurut si dia, dia dan beberapa orang sahabat turun ke Malaysia untuk mencari dana untuk projek anak yatim. Mereka pergi meminta sumbangan di kedai-kedai tomyam. Namun ramai pengusaha kedai yang tidak mahu membantu kerana bimbang dihalau oleh kerajaan Malaysia kerana kononnya membantu pengganas. Pengganas? Sedih melihat sahabat-sahabat saya yang baik hati ini dilabel sebagai pengganas. Mereka bekorban tenaga, masa dan harta demi membantu anak-anak yang tidak berbapa… mereka mengorbankan cuti mereka demi membela mangsa rogol dan bunuh… kemudian sebagai balasan, mereka dilabel sebagai pengganas? Lebih zalim lagi ialah yang melabelkan itu adalah bangsa mereka sendiri yang melarikan diri ke Malaysia. Saya tidak percaya kerajaan Malaysia akan sezalim itu untuk menghalau mereka jika mereka membantu anak –anak yatim itu…

Hati saya terusik, saya mahu membantu dia! Masa yang ada kurang 6 jam sebelum saya bertolak ke Cameron Highland, sempatkah? Masalahnya ialah pada masa itu pukul 3 pagi….. jadi, mahu atau tidak, perlu tunggu matahari terbit…

Subhanallah.... terkagum melihat indahnya ciptaan Allah di Rumah Rama-Rama. 
Awal-awal pagi, emak menyuruh kami semua bersiap-siap untuk ke Cameron Highland.. Tapi abah pula terpaksa menguruskan restoren dahulu, jadi tengah hari baru kami dapat bertolak.. Saya teringatkan sahabat yang semalam… Hm.. bagaimana ya? Dia tidak akan lama di Malaysia…

Saya memberitahu emak tentang sahabat-sahabat saya tersebut. Emak memberi jawapan mudah “Ambil cincin ini, ” kata emak sambil menunjukkan cincin emas yang tersarung di jarinya. Cincin itu saya yang beli dengan duit gaji bulan ini. Mata saya terbeliak.

“Mak!! itu RM*** la…!”balas saya.
“Eh, nanti masuk akaun akhirat…”balas emak pula…

Doi….Doi…. adoi.. iyer……………….. iyer la…. yang sebenarnya saya nak beri jumlah yang lebih besar… tetapi saya tidak akan gadaikan cincin itu.. cincin emas itu untuk simpanan masa depan.. saya akan gunakan bahagian duit yang di dalam bank untuk diinfakkan…

Emak mengizinkan saya untuk bertemu dengan sahabat itu esok selepas kami balik dari Cameron.. Alangkah gembiranya hati.. Berdebar pun ada juga, kerana bimbang ada manusia menyalah tafsir bantuan saya ini… Bantuan ini untuk anak-anak yatim… tiada unsur peribadi okay…

Cameron Highland yang indah dan sejuk….. suhu di siang hari adalah 15°C… di malam hari, suhu jauh lebih rendah. Dalam kebekuan malam itu, Romlah nak makan ais krim.. kemudian kami merayau-rayau dalam kegelapan malam di lereng bukit di kaki hotel… Tiba-tiba hujan.. dan kami hampir menjadi ketulan ais. Kepada mereka yang berhasrat untuk ke Cameron Highland, saya cadangkan pergilah melawat ladang BOH,ladang ros, ladang strawberry dan pasar… makan cendawan goreng dan jagung…. sayur salad jangan dilupakan… tak tahulah kenapa sayur-sayur salad yang saya makan semasa sarapan tu sedap sangat…. rangup dan segar….

Semasa dalam perjalanan balik, saya dapat sms daripada abah yang menyuruh saya dan Romlah untuk hadiri majlis doa selamat di restorennya. Maka terpaksalah saya membatalkan janji temu untuk bertemu sahabat-sahabat saya itu……………….

Ya Allah, Kau tahu apa yang terbaik.. berikanlah yang terbaik buatku… permudahkanlah aku menderma untuk anak-anak yatim itu… saya rindu benar pada mereka… ya Allah, saya sangat merindui anak-anak di sana…. mungkin anda tidak mampu mengerti perasaan saya… cinta yang dihalang manusia… cinta itulah yang sangat membuak-buak.. semakin dicantas, semakin mekar…. saya jatuh cinta dengan mereka sewaktu saya menjadi ahli AMANI… namun atas sebab keselamatan, saya meninggalkan AMANI… namun cinta ini tidak pernah meninggalkan saya..

*AMANI = badan sukarelawan aman patani/selatan thailand*

Dengan berat hati, saya sms memaklumkan yang saya tidak dapat bertemu dengan mereka…. berkenaan sumbangan itu, nanti saya kirimkan sahaja….

Allah lebih tahu… mungkin jika kami bertemu, ada pula polis yang datang rumah saya lagi… pasti peguam saya marahkan saya…. (walaupun dia sebenarnya sangat baik)

siapa yang mampu menafikan indahnya bunga?
mempesonakan.... indah ciptaan Allah... 


Malam itu kami baca doa selamat dan yassin di restoren abah.. kemudian makan-makan… abah menyampaikan tazkirah mengenai keberkatan rezeki… hati tersentuh mengenangkan abah yang bakal mencecah 50 tahun ini masih bertungkus lumus mencari rezeki… Sekaligus ini membakar semangat saya untuk bekerja sungguh-sungguh memantapkan ekonomi.. Kita perlu berusaha memberikan yang terbaik dalam hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita… Apabila kita bekerja sendiri, kita akan lebih menikmati setiap sen yang kita perolehi… apabila kita menginfakkan sebahagian harta yang kita perolehi, akan terasa lebih nikmat setiap rezeki yang kita perolehi… jika kita mahu jadi wanita biasa yang hidup secara biasa iaitu menyara diri dan anak-anak sahaja, mungkin memadai untuk menjual nasi lemak di tepi jalan… tetapi jika kita mahu hidup secara luar biasa iaitu membina sebuah empayar pasti sahaja kita perlu menguasai ekonomi… selagi berlandaskan syariat, buatlah apa sahaja!

menu... pilih2... =)
“Romlah.. lagi 10 tahun menjelang 2020… Butik Raudhah pada masa tu mesti dah ada sekurang-kurangnya 100 staf… dan dah establish satu dunia…” harapan saya..
“Amin…”balas Romlah.
“Dalam masa 10 tahun lagi, sekurang-kurangnya aku dah ada tiga cawangan training academy…”harapan untuk saya pula….

 Amin….

4 ulasan:

  1. ameen. moga Allah melimpahkan rahmat buat kita semua. dan semoga org yg menggelar kwn ukhti pengganas dibentangkan kebenaran pdnya, insyaAllah..

    BalasPadam
  2. ana murabbi... jemput dtg rawang.. nak bawa pergi gombak utk makan.....

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....