Sabtu, 25 Disember 2010
'ibrah' bermalam di hotel buruk berhantu.....
Sebulan lepas kami mendapat saguhati percuma untuk bermalam selama dua malam di sebuah hotel *******. Apabila kami google di internet, tempat tu nampak sangat cantik...
Namun pada hari kejadian, betapa kami sangat terkejut melihat ianya cumalah sebuah hotel besar (GILA-GILA besar!!) yang sudah hampir muflis. Bangunan-bangunan terbengkalai.. hanya satu blok sahaja yang boleh pakai.. yang lain dibiarkan terbengkalai seperti istana berhantu...
Ketika kami sampai, even penyambut tetamu pun tak nampak batang hidung... dan baru kami tersedar, kami sahaja tetamu di hotel sebesar istana tu!!.. yang mungkin penuh berhantu... melihatkan kain langsir yang terbang ditiup angin dengan cermin pecah dan dinding berlumut dan ada kesan terbakar..... cukup menyeramkan..
tetapi...
kami sangat-sangat teruja dengan semua ini. kami sukakan tempat ini... saya dan adik lelaki saya mulalah merancang untuk membuat 'ghost seekers' seperti yang kami pernah buat sebelum ini di tempat lain... dulu kami sekeluarga pernah sewa kabin di dalam hutan.. dalam sekeping gambar yang kami berjaya ambil, kami menemukan dua lembaga memeluk leher adik-adik saya... emak dan abah yang menyedari gambar tersebut menyorokkan gambar itu daripada kami.... apabila sudah selamat sampai rumah barulah emak abah menunjukkan kami gambar tu.... meremamg bulu roma melihat gambar tu. tentu sekali tak ada sesiapapun suka dipeluk oleh jin kan....
apartmen kami sangat luas.. ada dapur, ada dining hall dengan set pinggan mangkuk lengkap... ada ruang tamu dengan sofa yang sangat selesa.. saya tak pernah jumpa sofa macam tu... ianya adalah tilam getah, maka ianya sangat berat dan sangat lembut. Ada dua bilik... bilik utama berpintukan sliding door daripada kayu. Nampak sangat ekslusif... dalam bilik tu ada toilet yang lengkap dengan 'dressing room' yang sama besar dengan saiz bilik... sangat-sangat luas.... Rekaannya cantik. Ada sebuah bilik lagi mempunyai dua katil 'single'.Sejujurnya saya rasa apartmen ini sangat-sangat 'BEST'... tambah 'best' sebab kami boleh 'conquer' satu hotel.....!!
Namun 3 hari berlalu dengan sangat cepat..Awal pagi lagi emak dah bawa kami semua berjalan-jalan, berkayak, berbasikal dan bermacam-macam aktiviti lain. Apabila balik hotel, masing-masing sudah kepenatan, sibuk online internet dan tengok TV. Maka tak menjadilah perancangan 'ghost seeker' tu...
Apapun pada hari terakhir saya sempat 'shoot' beberapa gambar..... tapi internet 'slow' sangat.. jadi tak dapat nak 'upload'...
Berada di sini tidak lansung menakutkan... apa yang menakutkan saya ialah..... memikirkan apa sebenarnya yang telah jadi kepada perniagaan empunya tempat ini. Pasti mereka sudah melaburkan sejumlah besar wang dan akhirnya ianya berakhir dengan penuh tragis. Mungkin perniagaan mereka mengalami kejatuhan yang teruk disebabkan ekonomi Malaysia yang suatu masa dulu terjejas.. tetapi itu sudah lama, banyak hotel lain sudah kembali pulih. Tetapi yang satu ini mati terus tak bangun-bangun semula. Kalau hotel kecil tak ada lah sayang sangat.. Tapi yang ini besar. daripada jauh pun memang dah nampak bangunan buruk ni....
keluarga saya turut sama terlibat dalam perniagaan. abah berniaga kedai makan. kedai memang penuh dan padat sehingga tak cukup makanan dan tempat duduk.pekerja pun tak cukup. ibu saya pula berniaga pakaian muslimah. sekarang tempahan sedang mencurah hinggakan emak dan stafnya tidur lewat malam menguruskan tempahan. saya pun sekarang terlibat dalam dunia perniagaan juga. bulan lepas jadual saya penuh hinggaka terpaksa menolak permintaan ibu ayah yang inginkan perkhidmatan saya. bukan saya tak mahu terima, tetapi jadual sudah sangat padat. saya bekerja daripada 8 pagi
sehingga 11 malam selama 5 hari setiap minggu.
rezeki itu ketentuan Allah. sama macam jodoh dan maut. Semua itu ketentuan Allah. Apa yang perlu kita buat ialah berusaha. Setiap sesuatu ada turun naiknya, sama juga seperti perniagaan.
When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is
saya pernah mengajar selama 5 bulan tanpa mendapat bayaran walaupun 1 sen. kemudian di bulan ke enam barulah saya mendapat bayaran untuk 1 bulan terakhir itu.. jumlahnya 3/4 daripada jumlah yang saya patut dapat 5 bulan sebelumnya.Betapa Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa memberi dan menghalang sesuatu.
Allah merancang perjalanan kehidupan setiap hambaNya. Pasti Dia merancang yang terbaik untuk kita. Tiada sesiapapun suka ditimpa ujian berat. Kalau ada yang suka, itu bermakna dia gila... Walaupun kita tidak menyukai sesuatu itu, kita akan tetap boleh tenang jika kita yakin Allah tahu apa yang Dia sedang lakukan. Allah yang mentakdirkan sesuatu itu, maka Allah jugalah yang akan membantu kita menghadapinya....
Pesan pada diri kukuhkan iman, tabahkan hati dan tiada daya melainkan dengan izin Allah =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum..entry yang menarik.
BalasPadamtapi sedikit kecewa, mula2 ingatkan cerita hantu :P
wooo...wooo.. wooo.. :P
BalasPadambenar-benar apa yang lillah katakan itu..
err maksud saya.. di akhir perengan hihihi :)
Salam ziarah..
BalasPadamSaya suka dengan sepotong ayat pada perenggan terakhir " Walaupun kita tidak menyukai sesuatu itu, kita akan tetap boleh tenang jika kita yakin Allah tahu apa yang sedang Dia lakukan"..
Sebagai hamba, siapa kita untuk berburuk sangka kepada Al-Khaliq Maha Pencipta..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita :)
musafir melayu...
BalasPadamhantu maybe dah lari sebab kami baca Quran lepas solat... huhu
ana murrabi....
eh yang perenggan atas pun betul gak.....huhu
wansyu....
ya benar... Allah sudah ada perancangan utk kta smua... kita cuma perlu lakukan peranan kita dengan terbaik untuk menjayakan perancangan Allah...