Jumaat, 31 Disember 2010

headache phase....


Doing What You Love is Not a Recipe for an Easier Life.
It is a Recipe for an Interesting Life.
You’ll Take on More Responsibilities and Problems.
But our Mission in Life is not to be Without Problems.
Our Mission in Life is to get Excited!

Selasa, 28 Disember 2010

i'll stand by you


“Nanti adik carikan duit untuk Kak Romlah…”ucap adik bongsu saya kepada Romlah, sahabat saya yang juga bekerja dengan emak saya.

“Terharunya!”ucap saya… sambil ketawa.

“Kalau facebook ada, akak dah post status ni..”kata Romlah sambil ketawa.

“Nanti adik cari duit dengan mengutip duit-duit yang orang tercicir dalam mesin basuh,”sambung adik lagi.
Berderai ketawa saya dan Romlah.

“Nanti kita kutip ‘brooch-brooch’ dan kita gadaikan… ”sambung adik lagi.

Romlah akan berpindah ke rumah sendiri dan dia perlu membeli barang-barang keperluan. Maka ‘budget’ untuk ‘berfoya-foya’ terpaksa dikorbankan.

Sebulan yang lepas, saya telah berjanji untuk membawa adik saya dan Romlah ke Times Square. Selama sebulan bekerja berhempas pulas dan akhirnya sampailah kepada tarikh yang dijanjikan. Tiba-tiba saya rasa hilang ‘nafsu’ untuk berfoya-foya mengenangkan duit itu lebih baik digunakan untuk benda yang lebih berfaedah. Adik saya yang lain menegur saya.

“Kakak, ada perkara yang duit tak mampu beli. Salah satunya ialah ‘moments’ bersama orang-orang yang disayangi. Kenangan tu tak boleh dibeli. Ianya kena dilakukan sendiri. Apa yang akan membuatkan kita terasa ‘sayang’ pada seseorang walaupun lama berpisah atau jarak semakin jauh? Ianya adalah kenangan indah. Jadi, apalah sangat nilai duit itu jika dibandingkan dengan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.. ”kata dia.

Maka saya pun menguatkan hati untuk ‘berfoya’ di Times Square bersama adik bongsu saya dan Romlah. Sayangnya duit ni…. bakhil nya saya!

saya membahagikan pendapatan saya kepada ½ untuk kerja dakwah. 1/4 untuk keluarga dan 1/4 untuk diri sendiri (berfoya +simpanan). Jika saya terfoya lebih, maka sedikit sahajalah yang dapat saya saving….. tapi kali ini saya tidak rasa seperti hendak menghiburkan diri sendiri. Ianya seperti lebih kepada untuk menghiburkan adik dan sahabat saya… apa yang mengembirakan mereka adalah apa yang mengembirakan saya.

“Adik, kami orang dewasa kena cari duit sendiri. Kalau kami tak ada duit, kami tak boleh nak minta-minta. Kalau budak kecil, apabila tak ada duit, boleh minta daripada mak abah.”terang saya.

“Adik pun sedang tak ada duit ni… sebab cuti sekolah, jadi tak dapat duit poket. Tunggu naik sekolah baru dapat duit semula…”komen adik.

“Err.. kalau kak Romlah tak pergi, dan kakak pun tak pergi… erm.. adik.. menangis ke? ” soal saya.

“Mestilah!! Nak pergi juga! Kalau kak Romlah tak pergi, tak nak ajak kak Romlah lagi…”kata adik.
Romlah dan saya ketawa dalam serba salah.

“nanti kita cari duit untuk kak Romlah ya…”sambung adik saya lagi.
Malam ini damai.. Damai yang entah sampai bila tenangnya… Tiga hari ini saya sibuk berpanas mengedar pamphlet di kawasan perumahan sampai rasa macam nak pitam. Saya tidak pernah terfikir yang saya akan melakukan kerja-kerja seperti ini. Emak memberi cadangan supaya saya mengupah seseorang untuk mengedar pamphlet itu tetapi saya berdegil. Pelbagai pengalaman yang saya dapat sepanjang proses mengedar pamphlet tersebut...

Hari ini hari terakhir kelas tusyen sesi 2010. Semalam saya sangat tak sabar nak tunggu hari ini berlalu sebab nak tamatkan tusyen. Tapi selepas 10.30 malam tadi, berakhirnya kelas… rasa macam rindu pada anak-anak muridku.. tadi seorang ibu pelajar saya menelefon untuk mendaftarkan anaknya untuk tahun depan. Salah seorang anaknya akan masuk ke asrama tahun depan bersedih kerana tidak dapat bertemu saya lagi. Jadi si ibu memujuk supaya saya mengajar anaknya pada masa cuti sekolah akan datang…
Malam yang indah. Esok inshaallah kami akan ke Times Square. Saya nak main sebanyak mungkin games kecuali rollercoaster.. tak berani.. huhu..

sabtu lepas seorang sahabat lama saya yang bekerja di luar negara pulang bercuti di Malaysia. banyak yang kami sembangkan sepanjang separuh hari bersama. dia hadir pada masa yang tepat, kerana hanya minggu ini saya agak lapang berbanding hari-hari lain yang padat dengan jadual tusyen. banyak input yang saya dapat sepanjang berbual... Dia banyak memberi saya idea baru untuk saya memajukan perniagaan saya. Dia memberi saya semangat dan cadangan. Dalam perjalanan balik, kami terlajak simpang dan terpaksa lalu jalan jauh untuk ke tempat dia. Mungkin Allah sengaja mahu memberikan kami masa berbual yang lebih. Semoga dia mendapat hidayah Allah... Semoga dia mendapat hidayah Allah.. saya sayangkan dia.... dia sayangkan saya... semoga kasih ini kekal dunia akhirat.... sampai ke syurgaNya....

Di mata saya, dia sudah cukup baik... dalam usia 24 tahun, dia sudah berpendapatan RM4300.. itu satu pencapaian yang baik, tetapi bagi dia, dia mampu dapatkan lebih dari itu. Semenjak dia bekerja, ibu dan ayahnya sudah tidak perlu bekerja... saya masih ingat pada zaman kami bersekolah, dia selalu menangis kerana tidak sampai hati melihat ayahnya yang sakit masih bekerja.

"Khalilah, hidup kamu kalau dicatat sudah boleh buat buku.. pelbagai kisah dalam masa yang singkat.. saya baru tinggalkan kamu sekejap saja, dah macam-macam berlaku" dia menyakat saya. saya tergelak.

"Tunggu 5 bulan lagi, apabila kita bertemu semula... semoga saya tak ada lagi cerita baru.. saya sudah penat..."jawab saya.


Lillah Khalilah dating with my bestfriend.... 5 bulan tak bertemu.. Enhanced by Smiley Central


Sunday at 12:10pm via Mobile Web ·  · 

Sabtu, 25 Disember 2010

'ibrah' bermalam di hotel buruk berhantu.....


Sebulan lepas kami mendapat saguhati percuma untuk bermalam selama dua malam di sebuah hotel *******. Apabila kami google di internet, tempat tu nampak sangat cantik...

Namun pada hari kejadian, betapa kami sangat terkejut melihat ianya cumalah sebuah hotel besar (GILA-GILA besar!!) yang sudah hampir muflis. Bangunan-bangunan terbengkalai.. hanya satu blok sahaja yang boleh pakai.. yang lain dibiarkan terbengkalai seperti istana berhantu...

Ketika kami sampai, even penyambut tetamu pun tak nampak batang hidung... dan baru kami tersedar, kami sahaja tetamu di hotel sebesar istana tu!!.. yang mungkin penuh berhantu... melihatkan kain langsir yang terbang ditiup angin dengan cermin pecah dan dinding berlumut dan ada kesan terbakar..... cukup menyeramkan..

tetapi...
kami sangat-sangat teruja dengan semua ini. kami sukakan tempat ini... saya dan adik lelaki saya mulalah merancang untuk membuat 'ghost seekers' seperti yang kami pernah buat sebelum ini di tempat lain... dulu kami sekeluarga pernah sewa kabin di dalam hutan.. dalam sekeping gambar yang kami berjaya ambil, kami menemukan dua lembaga memeluk leher adik-adik saya... emak dan abah yang menyedari gambar tersebut menyorokkan gambar itu daripada kami.... apabila sudah selamat sampai rumah barulah emak abah menunjukkan kami gambar tu.... meremamg bulu roma melihat gambar tu. tentu sekali tak ada sesiapapun suka dipeluk oleh jin kan....

apartmen kami sangat luas.. ada dapur, ada dining hall dengan set pinggan mangkuk lengkap... ada ruang tamu dengan sofa yang sangat selesa.. saya tak pernah jumpa sofa macam tu... ianya adalah tilam getah, maka ianya sangat berat dan sangat lembut. Ada dua bilik... bilik utama berpintukan sliding door daripada kayu. Nampak sangat ekslusif... dalam bilik tu ada toilet yang lengkap dengan 'dressing room' yang sama besar dengan saiz bilik... sangat-sangat luas.... Rekaannya cantik. Ada sebuah bilik lagi mempunyai dua katil 'single'.Sejujurnya saya rasa apartmen ini sangat-sangat 'BEST'... tambah 'best' sebab kami boleh 'conquer' satu hotel.....!!

Namun 3 hari berlalu dengan sangat cepat..Awal pagi lagi emak dah bawa kami semua berjalan-jalan, berkayak, berbasikal dan bermacam-macam aktiviti lain. Apabila balik hotel, masing-masing sudah kepenatan, sibuk online internet dan tengok TV. Maka tak menjadilah perancangan 'ghost seeker' tu...
Apapun pada hari terakhir saya sempat 'shoot' beberapa gambar..... tapi internet 'slow' sangat.. jadi tak dapat nak 'upload'...

Berada di sini tidak lansung menakutkan... apa yang menakutkan saya ialah..... memikirkan apa sebenarnya yang telah jadi kepada perniagaan empunya tempat ini. Pasti mereka sudah melaburkan sejumlah besar wang dan akhirnya ianya berakhir dengan penuh tragis. Mungkin perniagaan mereka mengalami kejatuhan yang teruk disebabkan ekonomi Malaysia yang suatu masa dulu terjejas.. tetapi itu sudah lama, banyak hotel lain sudah kembali pulih. Tetapi yang satu ini mati terus tak bangun-bangun semula. Kalau hotel kecil tak ada lah sayang sangat.. Tapi yang ini besar. daripada jauh pun memang dah nampak bangunan buruk ni....

keluarga saya turut sama terlibat dalam perniagaan. abah berniaga kedai makan. kedai memang penuh dan padat sehingga tak cukup makanan dan tempat duduk.pekerja pun tak cukup. ibu saya pula berniaga pakaian muslimah. sekarang tempahan sedang mencurah hinggakan emak dan stafnya tidur lewat malam menguruskan tempahan. saya pun sekarang terlibat dalam dunia perniagaan juga. bulan lepas jadual saya penuh hinggaka terpaksa menolak permintaan ibu ayah yang inginkan perkhidmatan saya. bukan saya tak mahu terima, tetapi jadual sudah sangat padat. saya bekerja daripada 8 pagi
sehingga 11 malam selama 5 hari setiap minggu.
rezeki itu ketentuan Allah. sama macam jodoh dan maut. Semua itu ketentuan Allah. Apa yang perlu kita buat ialah berusaha. Setiap sesuatu ada turun naiknya, sama juga seperti perniagaan.

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

saya pernah mengajar selama 5 bulan tanpa mendapat bayaran walaupun 1 sen. kemudian di bulan ke enam barulah saya mendapat bayaran untuk 1 bulan terakhir itu.. jumlahnya 3/4 daripada jumlah yang saya patut dapat 5 bulan sebelumnya.Betapa Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa memberi dan menghalang sesuatu.

Allah merancang perjalanan kehidupan setiap hambaNya. Pasti Dia merancang yang terbaik untuk kita. Tiada sesiapapun suka ditimpa ujian berat. Kalau ada yang suka, itu bermakna dia gila... Walaupun kita tidak menyukai sesuatu itu, kita akan tetap boleh tenang jika kita yakin Allah tahu apa yang Dia sedang lakukan. Allah yang mentakdirkan sesuatu itu, maka Allah jugalah yang akan membantu kita menghadapinya....

Pesan pada diri kukuhkan iman, tabahkan hati dan tiada daya melainkan dengan izin Allah =)

Khamis, 23 Disember 2010

rindu yang berkunjung =)



Gembira bukan main (sangat gembira) sebaik terdengar suara bekas teman sebilik saya semasa menuntut di USM. Nama dia Hidayah. Walaupun cuma melalui telefon, sudah cukup membuatkan hati saya bagai terawang-awang.... hebat kan?

Tak sangka rupanya saya rindu......
Kesibukan diri dengan urusan harian menyebabkan hendak menaip sms pun menjadi 'tak sempat'. Iyelah, kalau setakat sms 'hai...' je buat apa.. paling-paling pun biarla dapat bersembang satu dua topik 'hot' kan..

tengah hari tadi ada berhenti untuk solat dan makan. kemudian hati terasa nak telefon si dia. sebaik menjawab salam, serentak kami bersuara "apa khabar??"... kemudian serentak kami ketawa....

semenjak kaki ini melangkah keluar dari bumi USM, kami tidak pernah bersua... Dia dengan dunianya dan saya dengan dunia saya. sedangkan sepanjang bersama-sama di bumi USM, kami sudah banyak kali menangis dan bergelak tawa bersama. Jika orang lain sibuk mengelilingi dunia untuk mencari teman susah senang, saya pula sudah bertemu dan berpisah dengan teman yang sanggup susah senang bersama. Bukankah ianya suatu pembaziran jika dibiarkan itu berlaku....bukan setakat pembaziran, malah satu kerugian! dalam dunia perniagaan, perkara yang paling digeruni ialah KERUGIAN. Biar tak untung, tapi jangan rugi!


Jujur saya cakap, susah nak cari manusia yang baik di dunia ni... Banyak penipu di dunia ini.. Banyak juga orang yang zalim.... sangat banyak yang tak ada perikemanusiaan...


Jadi walau anda jahat macam mana sekalipun, jika ada bertemu dengan sahabat yang baik, tolong jangan punahkan atau hancurkan atau rosakkan hubungan tersebut....

Apabila buka facebook, asyik-asyik status fairuz naik atas sekali... fairuz selalu post status yang membuatkan kita berfikir-fikir... Hm.. mood dia selalu berubah dan begitulah status dia... Selalunya saya dan romlah akan cuba meneka-neka apakah kisah di sebalik status itu... saya, fairuz dan romlah adalah geng semasa di USM. Ada seorang lagi ahli geng iaitu nini. Inilah 4 orang geng yang selalu berempat dengan 4 personaliti yang berbeza. Nini selalu menyakat romlah. saya pula selalu menyakat nini. fairuz pula cuma menggelengkan kepala dan mengeluh melihat perangai kami.



Semakin menulis semakin rindu pada mereka... sekarang ini apabila terkenang detik-detik lalu terkadang tergelak sendiri... Banyak sangat kenangan... daripada kenangan sedih hinggalah kenangan lucu...

:)

2010 dah berlalu................. 2011 bakal mencecah usia 24 tahun............ dunia semakin mencabar dan menarik.... ada beberapa berita baik yang baru diterima... seronoknya.. Alhamdulillah...

moga tahun depan lebih baik drpd sblm2 ni =)

moga sahabat2 ku yang sudah pergi ke sana sini berjaya mencapai impian mereka =)

moga semua pembaca turut sama mencapai impian anda =)

Isnin, 20 Disember 2010

Menyemai benih cinta akhirat di ladang dunia....


Melawat anak-anak pokok salad di ladang Strawberry, Cameron Highland
Harus bagaimana… bingung memikirkannya…
Dia atau dia?  pilih yang mana?
Ku cuba untuk mengembirakan kedua-duanya… membantu kedua-duanya… namun saya tersepit akhirnya…

Emak sudah menempah apartment 3 bilik di Hotel Equatorial… Percutian keluarga yang ‘cukup’ bilangan anggota keluarga. Keluarga kami selalunya sangat sibuk dengan urusan masing-masing dan hanya akan berkumpul apabila diwajibkan sahaja… Saya sudah menyusun jadual supaya tarikh bermakna itu ‘free’. Namun ketika saya ter’online’ di tengah malam sehari sebelumnya, seorang sahabat yang tidak pernah bersua menegur di laman chat. Kawan-kawan dia adalah kawan-kawan saya. Dia selalu mendengar tentang saya. Saya selalu mendengar tentang dia. Tetapi kami sendiri tidak pernah bersua. Dia di Malaysia! Dan dia dalam keadaan yang agak menyedihkan…

Menurut si dia, dia dan beberapa orang sahabat turun ke Malaysia untuk mencari dana untuk projek anak yatim. Mereka pergi meminta sumbangan di kedai-kedai tomyam. Namun ramai pengusaha kedai yang tidak mahu membantu kerana bimbang dihalau oleh kerajaan Malaysia kerana kononnya membantu pengganas. Pengganas? Sedih melihat sahabat-sahabat saya yang baik hati ini dilabel sebagai pengganas. Mereka bekorban tenaga, masa dan harta demi membantu anak-anak yang tidak berbapa… mereka mengorbankan cuti mereka demi membela mangsa rogol dan bunuh… kemudian sebagai balasan, mereka dilabel sebagai pengganas? Lebih zalim lagi ialah yang melabelkan itu adalah bangsa mereka sendiri yang melarikan diri ke Malaysia. Saya tidak percaya kerajaan Malaysia akan sezalim itu untuk menghalau mereka jika mereka membantu anak –anak yatim itu…

Hati saya terusik, saya mahu membantu dia! Masa yang ada kurang 6 jam sebelum saya bertolak ke Cameron Highland, sempatkah? Masalahnya ialah pada masa itu pukul 3 pagi….. jadi, mahu atau tidak, perlu tunggu matahari terbit…

Subhanallah.... terkagum melihat indahnya ciptaan Allah di Rumah Rama-Rama. 
Awal-awal pagi, emak menyuruh kami semua bersiap-siap untuk ke Cameron Highland.. Tapi abah pula terpaksa menguruskan restoren dahulu, jadi tengah hari baru kami dapat bertolak.. Saya teringatkan sahabat yang semalam… Hm.. bagaimana ya? Dia tidak akan lama di Malaysia…

Saya memberitahu emak tentang sahabat-sahabat saya tersebut. Emak memberi jawapan mudah “Ambil cincin ini, ” kata emak sambil menunjukkan cincin emas yang tersarung di jarinya. Cincin itu saya yang beli dengan duit gaji bulan ini. Mata saya terbeliak.

“Mak!! itu RM*** la…!”balas saya.
“Eh, nanti masuk akaun akhirat…”balas emak pula…

Doi….Doi…. adoi.. iyer……………….. iyer la…. yang sebenarnya saya nak beri jumlah yang lebih besar… tetapi saya tidak akan gadaikan cincin itu.. cincin emas itu untuk simpanan masa depan.. saya akan gunakan bahagian duit yang di dalam bank untuk diinfakkan…

Emak mengizinkan saya untuk bertemu dengan sahabat itu esok selepas kami balik dari Cameron.. Alangkah gembiranya hati.. Berdebar pun ada juga, kerana bimbang ada manusia menyalah tafsir bantuan saya ini… Bantuan ini untuk anak-anak yatim… tiada unsur peribadi okay…

Cameron Highland yang indah dan sejuk….. suhu di siang hari adalah 15°C… di malam hari, suhu jauh lebih rendah. Dalam kebekuan malam itu, Romlah nak makan ais krim.. kemudian kami merayau-rayau dalam kegelapan malam di lereng bukit di kaki hotel… Tiba-tiba hujan.. dan kami hampir menjadi ketulan ais. Kepada mereka yang berhasrat untuk ke Cameron Highland, saya cadangkan pergilah melawat ladang BOH,ladang ros, ladang strawberry dan pasar… makan cendawan goreng dan jagung…. sayur salad jangan dilupakan… tak tahulah kenapa sayur-sayur salad yang saya makan semasa sarapan tu sedap sangat…. rangup dan segar….

Semasa dalam perjalanan balik, saya dapat sms daripada abah yang menyuruh saya dan Romlah untuk hadiri majlis doa selamat di restorennya. Maka terpaksalah saya membatalkan janji temu untuk bertemu sahabat-sahabat saya itu……………….

Ya Allah, Kau tahu apa yang terbaik.. berikanlah yang terbaik buatku… permudahkanlah aku menderma untuk anak-anak yatim itu… saya rindu benar pada mereka… ya Allah, saya sangat merindui anak-anak di sana…. mungkin anda tidak mampu mengerti perasaan saya… cinta yang dihalang manusia… cinta itulah yang sangat membuak-buak.. semakin dicantas, semakin mekar…. saya jatuh cinta dengan mereka sewaktu saya menjadi ahli AMANI… namun atas sebab keselamatan, saya meninggalkan AMANI… namun cinta ini tidak pernah meninggalkan saya..

*AMANI = badan sukarelawan aman patani/selatan thailand*

Dengan berat hati, saya sms memaklumkan yang saya tidak dapat bertemu dengan mereka…. berkenaan sumbangan itu, nanti saya kirimkan sahaja….

Allah lebih tahu… mungkin jika kami bertemu, ada pula polis yang datang rumah saya lagi… pasti peguam saya marahkan saya…. (walaupun dia sebenarnya sangat baik)

siapa yang mampu menafikan indahnya bunga?
mempesonakan.... indah ciptaan Allah... 


Malam itu kami baca doa selamat dan yassin di restoren abah.. kemudian makan-makan… abah menyampaikan tazkirah mengenai keberkatan rezeki… hati tersentuh mengenangkan abah yang bakal mencecah 50 tahun ini masih bertungkus lumus mencari rezeki… Sekaligus ini membakar semangat saya untuk bekerja sungguh-sungguh memantapkan ekonomi.. Kita perlu berusaha memberikan yang terbaik dalam hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita… Apabila kita bekerja sendiri, kita akan lebih menikmati setiap sen yang kita perolehi… apabila kita menginfakkan sebahagian harta yang kita perolehi, akan terasa lebih nikmat setiap rezeki yang kita perolehi… jika kita mahu jadi wanita biasa yang hidup secara biasa iaitu menyara diri dan anak-anak sahaja, mungkin memadai untuk menjual nasi lemak di tepi jalan… tetapi jika kita mahu hidup secara luar biasa iaitu membina sebuah empayar pasti sahaja kita perlu menguasai ekonomi… selagi berlandaskan syariat, buatlah apa sahaja!

menu... pilih2... =)
“Romlah.. lagi 10 tahun menjelang 2020… Butik Raudhah pada masa tu mesti dah ada sekurang-kurangnya 100 staf… dan dah establish satu dunia…” harapan saya..
“Amin…”balas Romlah.
“Dalam masa 10 tahun lagi, sekurang-kurangnya aku dah ada tiga cawangan training academy…”harapan untuk saya pula….

 Amin….

Sabtu, 18 Disember 2010

masihkah ada ruang buatku yang hina?

 Saya menerima email daripada seorang mangsa gangguan seksual... dia cuba untuk membebaskan diri daripada kisah silam... namun sejarah kembali berulang apabila insan lain muncul dalam hidupnya... semakin hari dia menjadi semakin lemah... dia menjadi takut kerana bimbang dirinya sudah tiada peluang untuk kembali kepadaNya....(sinopsis daripada email asal)

Jawapan saya :

Alhamdulillah Allah masih sayangkn adik.. krn itulah hidayah Allah masih bersama adik...
'siapa' kita d masa yg lepas adlh sejarh...smua tu dh berlalu...semua sejarah itu walaupun pahit, ianya adalah sebahagian drpd takdir Allah... tiada ssuatu yg Allah jadikan dgn sia2...smua tu pasti ada kebaikn utk diri kita, cuma kita mgkin blum tahu atau tak akn tahu......
maka, sbg hamba, yg selayaknya utk kita buat ialah redha dgn sgala yg telah berlaku.....
alangkah baiknya kalau kita mendapat segala yg kita impikan.... namun bukan semua yg kita impikan adalah yg terbaik utk kita.... yakinlah, Allah sdg membri yg terbaik utk kita.... apa yg baik utk org lain, tak smstinya baik utk kita... apa yg baik utk kita tak smstinya baik utk org lain... jadi, maafkn diri sendri & berhentilah menzalimi diri sendri... sayangilah diri sendri... hargailah diri sendiri.... hormatilah diri sendiri... jagalah baik-baik diri sendiri.........

selagi ada nyawa, slagi itulah pintu taubat terbuka..... selangkah kita pada Dia... beribu langkah Dia kepada kita.... apa lagi yang ditunggu?
Saat hidayah mengetuk pintu hati, teruslah berubah.. jangan tunggu-tunggu kerana mungkin selepas ini kita tidak akan dengar ketukan itu lagi...

ya, iman itu pasang surut.... sebab itulah kita perlu berusaha mencari ilmu.... dan sebab itulah juga kita perlu beramal soleh... ilmu dan amal soleh yang dapat menjaga iman kita....

soal jodoh, yakinlah pada Allah.... peliharalah kesucian diri, moga-moga Allah akan memberi jodoh yang suci..... peliharalah iman di hati, moga-moga Allah akan memberi jodoh yang beriman.....

dekatkan diri dengan Allah... ingat, kita berubah menjadi baik bukan untuk jodoh kita... bukan juga untuk manusia2 lain... tetapi untuk mentaati Dia, Yang Menciptakan kita....

andai kita mati sebelum sempat bertemu jodoh, pasti ada yang terbaik menanti kita di Syurga Allah... Insyaallah.... buat masa ini, sabarkan diri dulu.... dunia sebentar saja =)

Jumaat, 17 Disember 2010

oh Nafsu Yang Tak Tergoda...

pemandangan indah dari atas Singapore flyer 

Aduhai susahnya melawan nafsu……………!

Setiap hari pelbagai godaan yang datang untuk menjerumuskan diri ke lembah dosa.

Godaan harta supaya menjadi bakhil untuk menginfakkan harta.

Godaan supaya melewat-lewatkan solat dan meringan-ringankan solat tahajud..

Godaan untuk berfoya-foya seperti orang-orang yang lalai.

Godaan untuk berlaku pecah amanah…..

Godaan untuk berlebih-lebihan terhadap diri sendiri…


Ah!! Pelbagai godaan!

Kalau tidak kerana aku takut kepada Allah, pasti sudah lama aku sapu licin semua dosa itu. Kalau tidak kerana aku takut dibakar dalam api neraka, pasti aku akan terus menerus mengulangi dosa-dosa silam… kalau tidak kerana aku menginginkan syurga, pasti aku akan tunaikan semua kehendak nafsu di dunia ini….


Wahai Penciptaku…..

Ya Allah Ya Rabbi… Kuatkanlah aku untuk sentiasa dalam keredhaanMu…..

Sesungguhnya dunia ini penjara orang mukmin….

Apabila nafsu diransang, bersegeralah mengambil wudhuk dan tunaikan solat… Kemudian ambillah Quran dan bacalah beberapa ayat... memandangkan saya tidak tahu bahasa Arab, maka saya perlu baca terjemahannya….



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).




Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;



(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;



(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.



[Ali- Imran :15-18]


Oh, Allah sedang berbicara padaku melalui kalamNya…..

Air mata menitik menjadi saksi betapa peritnya berjuang melawan nafsu jahat…. :’(

Oh Allah, bersaksilah bahawa aku hambaMu yang taat hanya keranaMu….

Khamis, 16 Disember 2010

'in relationship' yang sebenar.....

Ada yang Januari 2010 masih bujang... tapi Disember 2010 sudah menjadi suami/ isteri orang...
Ada yang Januari 2010 menganggur.... tapi Disember 2010 sudah bekerja...
Ada yang Januari 2010 sakit... tapi Disember 2010 dah sihat walafiat..
Ada yang Januari 2010 berdua... tapi Disember 2010 dah bertiga (dapat anak)..

Alhamdulillah...

Melimpah ruah rezeki yang Allah kurniakan... Gembirakah kita melihat orang lain gembira? Atau sebenarnya terdapat rasa cemburu, marah atau tidak suka dengan kegembiraan mereka?

Ada sesetengah orang akan bersedih melihat orang lain gembira. Ada antaranya mula menjauhi orang lain  kerana cemburu dan sedih melihat kejayaan orang tersebut. Mereka mencari kawan yang sama-sama senasib malang seperti mereka. Mereka juga saling sekat menyekat sahabat/ keluarga mereka daripada mengecapi kebahagiaan. Prinsip yang dipegang ialah 'jika aku tak dapat, dia pun tak boleh dapat'.

Ada juga manusia yang akan menyalahkan orang sekeliling apabila dirinya menderita. Dia tidak mahu melihat orang lain gembira kerana dirinya menderita. Dia lebih suka jika temannya itu sama-sama menderita dengan dirinya.... 'Kita akan terus bersama susah bersama'....

Jika anda berfikiran seperti di atas, anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Anda sebenarnya tidak pernah mempunyai sahabat mahupun keluarga. Anda hidup dalam dunia anda sendiri yang mementingkan diri sendiri. Semua keburukan yang anda nampak pada orang lain bukanlah kerana orang lain itu 'buruk' tetapi kerana diri anda yang sebenarnya 'buruk' menyebabkan anda berasa terancam.....

Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya dan yang teranggap bagi tiap orang apa yang ia niatkan. Maka siapa yang berhijrah semata-mata kerana taat kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulullah SAW-Nya. Dan siapa yang hijrah kerana kerana keuntungan duniawi yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya (HR. Bukhari dan Muslim).

Apakah niat anda dalam bersahabat?
Soalan yang lebih utama, apakah niat anda terhadap  keluarga anda?


Tahun 2010 ini banyak mengajar saya erti 'kekeluargaan' dan 'persahabatan'...
Ianya adalah ikatan yang sangat istimewa dan kukuh....
Kebahagiaan hidup tersimpul rapat dengan dua ikatan ini...

Ikatan yang tersimpul atas dasar 'kasih sayang sejati' akan membuatkan kita benar-benar ikhlas untuk melihat orang yang disayangi bahagia, berjaya dan gembira. Kita gembira melihat mereka gembira.. Kita membantu untuk mengembirakan mereka... Kegembiraan yang kita zahirkan adalah yang benar-benar lahir daripada hati kita...

Ikatan istimewa ini juga menyebabkan kita bukan sahaja akan berusaha memperbaiki diri kita, malah kita juga akan sama-sama berusaha untuk memperbaiki  keadaan ahli keluarga dan sahabat kita. Maka akan terasalah 'susah sama susah' dan 'senang sama senang'. Kita tidak mungkin dapat tersenyum apabila mereka bersedih, jadi kita berusaha untuk membuatkan mereka tersenyum.

Ujian pasti akan datang menguji keteguhan ikatan ini... Namun, selagi 'keikhlasan' menjadi dasar ikatan ini, inshaallah, ujian yang berat terasa ringan.....


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

-Hadith Riwayat Muslim-

Ahad, 12 Disember 2010

Jahilnya Semalam... Cintanya hari ini...dan Pengharapan hari esok....


Semalam yg berlalu,
Hati keliru mentafsir mimpi yg tak berkesudahan,
Takut pada setiap perjalanan,
Tahu betapa kurangnya keberkatan,
Rapuhnya iman membawa kpd kecintaan pd dunia.

Hari ini,
Kurasakan terlalu panjang,
Menanti saat ajal disaat kemanisan dlm kerinduan,
Siapalah aku untuk meraih cintamu Tuhan,
Namun aku tahu,
Dengan satu perjuangan,
Akan kau bayar dengan janji-janji terdahulu sejak azali,
Sebesar mana sangatlah perjuanganku Ya Tuhan,
Namun aku yakin Kau lbh mengetahui taraf kemampuan,
Ya Tuhan bantulah aku,
Kurniakanlah aku ilham untuk terus istiqamah dlm perjuangan dakwahMu,
Jadikanlah aku salah seorang yg membantu dlm kebangkitan agamaMu,
Sesungguhnya seluruh jiwa,raga,hati dan jasadku kuserah padaMu.

Esok yg masih dlm kesamaran,
Namun hamparan doa berharap pd kejayaan,
Semoga dunia disinari cahaya barakahmu Ya Tuhan,
Moga hati setiap insan tiada kekacauan,
Semoga syurga yg Kau kurnia menjadi bertambah penghuninya,
Berkat pencapaian dunia baru islam..


source : http://mumtazahmaridi.blogspot.com

Utbah bin Ghazwan r.a

Pernah mendengar nama Utbah bin Ghazwan r.a?

Beliau merupakan seorang sahabat yang tidak pernah mengundurkan diri walaupun sekali daripada menyertai peperangan bersama dengan Rasulullah saw, Abu Bakar dan Umar.. Beliau diiktiraf memiliki kemahiran memanah dan bermain pedang yang begitu luar biasa.

Yang paling utama ialah, beliau memeluk Islam mendahului sahabat-sahabat lain termasuklah sebelum Umar.


Semasa pemerintahan khalifah Umar, beliau telah dilantik untuk memimpin tentera Islam ke Ubullah. Umar memberi wasiat kepada Utbah :
"Wahai Utbah, aku mengutus engkau ke bumi Ubullah yang merupakan benteng terkuat Parsi, dan aku berharap Allah akan menurunkan bantuanNya kepadamu dan tentera-tenteramu. Bumi itu mesti diperangi sama ada mereka menyerah diri atau dan membayar jizyah ataupun kamu mati syahid, tiada pilihan ketiga. Bertakwalah engkau kepada Allah dalam urusan kepimpinan.

Jauhi perasaan takabur kerana ia merosakkan akhiratmu.

Ketahuilah bahawa engkau pernah bersahabat dengan Nabi saw yang telah memuliakanmu sedangkan sebelum itu engkau orang yang hina. Engkau sebelum itu lemah, lalu menjadi kuat dengannya, sehinggalah hari ini engkau dipilih menjadi ketua yang didengari kata-katanya.

Jangan engkau dikuasai rasa sombong, kerana dengannya nanti engkau akan dihumban ke dalam neraka. "

Utbah telah berangkat ke Ubullah bersama 310 orang bakal syuhada dan para isterinya. Para wanita telah membantu dalam peperangan ini dengan membawa beg-beg berisi tanah dengan tangan mereka sendiri semasa mengekori tentera Islam. Mereka bertindak memijak tanah-tanah secara serentak menyebabkan debu yang beterbangan memenuhi ufuk seolah-olah terdapat beberapa lapisan tentera berkuda yang sedang berada di belakang tentera lapisan pertama.  Ternyata tipu daya tersebut berjaya menyebabkan Ubullah berjaya ditawan. Harta rampasan perang yang dikumpulkan terlalu banyak hingga menyebabkan Utbah bimbang kelalaian akan menyelinap dalam perasaan kaum Muslimin. Maka Utbah telah membangunkan sebuah bandar Islam baru dengan menggunakan dana ghanimah daripada peperangan itu. Bandar itu dinamakan al-Basrah.

Peribadi Utbah amat berlainan dari tentera yang lain. Ketika mereka asyik mengumpulkan tanah untuk dimiliki, Utbah masih tinggal di khemah yang didirikan sejak awal kedatangannya. Beliau masih mengamalkan kesederhanaan dalam makan, minum dan pakaian sedangkan tentera di bawah pimpinannya sudah mula menikmati kemewahan. Utbah masih istiqamah dengan cara hidup yang dilihatnya pada peribadi Nabi Muhammad saw, Abu Bakar dan Umar ra. Beliau bimbang dihinggapi penyakit al-wahnu yang disifatkan Nabi saw sebagai wabak berbahaya yang akan menimpa umat ini.

Utbah melantik seorang gabenor baru di Basrah dan beliau mahu kembali ke Madinah semula. Beliau meminta izin Umar supaya tidak dibebankan dengan amanah kepimpinan namun rayuaannya tidak diendahkan oleh Umar, khalifah di Madinah. Maka beliau terpaksa kembali semula ke Basrah. Dalam perjalanannya, beliau berdoa "Wahai Tuhan! Selamatkanlah aku! Aku tidak mahu kembali kepadanya." Doa Utbah dimakbulkan Allah. Dalam perjalanan tersebut, haiwan tunggangannya telah terpelecok, dan beliau jatuh dan patah tengkuknya.

Kami mencintaimu wahai Utbah.... Kami ingin mempelajari semangat juangmu dan keikhlasanmu..... Kami ingin mengikuti jejak langkahmu.....

Sabtu, 11 Disember 2010

Nantikan Ani Sup Utara Prima Sri Gombak....

Pernah mendengar nama 'Ani Sup Utara'?

Inshaallah tidak lama lagi, cawangan Prima Sri Gombak akan dibuka..... Bolehlah anda semua bawa keluarga, sahabat-sahabat dan jiran-jiran ke sana....

Alamat  :
113A, Prima Sri Gombak, Jalan SG4, 68100 Gombak, Selangor Darul Ehsan, M'sia. Tel: +6012 5059 337


Menu?

Sup Gear Box


Set Sup Tulang dan Nasi Putih (ada telur masin)


Nasi Ayam

Bihun Sup

dan lain-lain lagi.....

Nak tahu, kenalah datang sendiri..

Kini, kedai masih dalam proses 'touch up'... dah 90% pun siap....







Jumaat, 10 Disember 2010

Semuanya bermula dengan paksaan

Walaupun kita tahu berbuat baik akan mendapat ganjaran pahala dan berbuat jahat akan mendapat balasan dosa.... namun kita tetap masih sukar untuk secara sukarela berbuat baik...

kita lebih berpegang kepada prinsip 'kalau tak dapat dosa pun dah cukup baik...' maka masa bila kita nak mengejar pahala?

diam umpama perniagaan yang tidak menguntungkan dan tidak merugikan.
jadi ramai orang lebih suka pilih diam.

bukankah lebih baik jika kita bercakap tetapi bercakap yang mendapat pahala?

semua perkara yang baik bermula dengan paksaan... ini termasuklah bersolat dan menutup aurat.... kita memaksa diri kita bersolat dan menutup aurat.... jika tidak dipaksa, pasti kita pun kalau boleh nak pilih yang senang..... menutup aurat dan solat ni perbuatan yang susah jadi ianya memerlukan paksaan untuk memulakannya.

Tetapi apabila kita sudah terbiasa dengan paksaan ini, barulah datang kerelaan....

Apabila sudah datang kerelaan, datanglah pula keihklasan.....

Apabila sudah terbit keikhlasan, mulalah rasa seronok bersolat dan menutup aurat... Apabila tidak bersolat dan tidak menutup aurat pula menjadi tidak seronok...

p/s : saya nak memaksa diri menulis semula... semoga kembali seronok menulis... semoga kembali ikhlas.... entah ke mana perginya kemanisan itu.... barangkali tercicir bersama semangat-semangatl lain sewaktu mendaki dalam perjalanan sebuah kehidupan....

Sabtu, 4 Disember 2010

argh emosi tak stabil!



Saya terkesima sebaik membaca ayat tersebut. Ayat tersebut ditampal di meja di sebuah pejabat. Saya berfikir-fikir sambil melipat pamplet yang ada di tangan. Ada benarnya kata-kata tersebut. Saya sendiri merasai betapa letih dan penatnya bercita-cita tinggi. Bercita-cita sahaja sudah penat, apatah lagi mengusahakannya. Hasilnya belum tentu akan dimiliki. Ini ayatnya :


orang yang paling letih adalah orang yang paling tinggi cita-citanya.(imam syafie)


Hm.. Saya suka apa yang saya sedang buat sekarang. Buat apa yang saya suka. Saya bekerja melakukan kegemaran saya sehingga pekerjaan saya umpama penawar untuk diri saya. Apabila saya sakit, saya akan menjadi sihat apabila bekerja. Saya ialah seorang guru yang tidak mengambil ijazah pendidikan. :)
Saya suka mengajar. Saya suka dikelilingi anak-anak. Saya gembira kerana kami dapat ketawa bersama untuk perkara-perkara kecil yang remeh temeh. Saya gembira kerana kami dapat meredah hujan untuk mengadakan kelas tambahan. Saya gembira kerana dapat mengajar si 'dungu' dan mereka yang dikatakan 'bebal' di sekolah.Saya gembira kerana saya diberi peluang untuk membimbing anak-anak yang orang lain telah berputus harap dengan mereka. Saya dibayar untuk bekerja 6 jam sahaja. Tetapi saya dengan penuh rasa sayang akan melanjutkan masa hingga ke tengah malam. Saya pernah menumpang di anjung masjid untuk mengajar anak-anak ini. Masjid ini jauhnya lebih 6km dari rumah saya. Adakalanya hujan lebat, saya lihat payung anak-anak murid saya seperti hendak terbang ditiup angin. Mereka menggigil kesejukan ketika belajar.Sakit satu badan tu memang conform. Ditambah dengan migrain.

"Kakak.. apply lah master.. supaya kakak boleh masuk jadi guru tetap. Sampai bila nak buat part time ni?" kata mak.

Gaji saya  sekarang gaji SPM. Berbekalkan keputusan 10A SPM itulah saya dibenarkan mengajar subjek English dan Pendidikan Islam. Sedangkan Ijazah saya, sarjana muda Industrial Technology. Hehe

Kalaupun saya apply master, belum pasti saya boleh menjadi seorang guru. Cita-cita saya bukanlah mahu menjadi seorang guru pun. Cita-cita saya _______________.

Suatu ketika dahulu saya begitu mengharapkan cita-cita tersebut. Namun sesuatu berlaku dan cita-cita itu hancur berkecai. Trauma. Mungkin ianya tidak sesuai untuk saya. Allah tahu apa yang terbaik.

Erm, ada lagi ke Universiti yang masih buka permohonan online? Banyak yang dah close...


Ya Allah... thank you for loving me.. :)

never lose faith

kerja baru

semalam hari terakhir jadi guru bahasa Inggeris.

hari ni lain pula!

:)

moga dipermudahkan Allah..

amin.

Melamar redhaMu...


dengan penuh rasa sayang...

dengan penuh rasa kasih...

dengan penuh rasa rindu...

kaki ini akan terus melangkah di jalanNya..

Semoga penghujung perjuangan cinta ini akan diperkenankan pertemuannya dengan cinta sejati...

Ya Allah, aku melamar redha Mu..

:)

p/s : rindu.....berlari2 ke arah cahaya itu...

Semoga penghujung perjuangan cinta ini akan diperkenankan pertemuannya dengan cinta sejati...

Ya Allah, aku melamar redha Mu..

:)

p/s : rindu.....berlari2 ke arah cahaya itu...

inilah yang membahagiakan saya.........

saya pergi berdakwah bukan kerana setakat mahu membahagiakan mereka sahaja tetapi kerana inilah kebahagiaan saya...


saya tidak mempunyai wang yang banyak tetapi saya cukup dengan apa yang ada. belum pernah lagi saya mengidam-idam untuk memiliki barang yang belum saya mampu miliki.

saya mempunyai teman-teman yang baik, yang suka memberi nasihat... walaupun saya selalu tak ikut pun nasihat tu, tapi mereka tetap akan memberi nasihat tanpa jemu...

saya mempunyai keluarga yang penyayang, yang sentiasa mahu kami berada dalam kedamaian, yang sentiasa mahu melindungi dan sentiasa saling memahami.. walaupun seteruk mana kehidupan saya, keluarga saya tetap menerima saya dan membantu saya dalam menghadapi hidup ini..

dan banyak lagi!

semua ini membuatkan saya tertanya-tanya..

apakah setelah Allah mengurniakan segala nikmat kebahagiaan yang tak terhitung ini, saya masih mahu merasa takut? tidak selamat? ragu-ragu? bimbang?

apa sebenarnya yang saya mahu?

*saya mahu yang itu*

:)

kita semua ada keinginan masing-masing. mungkin kita akan mencapai impian itu dan mungkin tidak. namun itu tidak penting. apa yang penting ialah kita terus berbahagia sepanjang tempoh kita berusaha mendapatkan yang itu * . Andai kita tidak mendapatkannya, teruskanlah berbahagia sehingga kita beroleh yang lebih baik dari itu *

p/s:  menyimpan keinginan atau memendam keinginan itu sendiri sudah menjadi suatu keindahan :)

orang yang paling letih adalah orang yang paling tinggi cita-citanya

Saya terkesima sebaik membaca ayat tersebut. Ayat tersebut ditampal di meja di sebuah pejabat. Saya berfikir-fikir sambil melipat pamplet yang ada di tangan. Ada benarnya kata-kata tersebut. Saya sendiri merasai betapa letih dan penatnya bercita-cita tinggi. Bercita-cita sahaja sudah penat, apatah lagi mengusahakannya. Hasilnya belum tentu akan dimiliki. Ini ayatnya :


orang yang paling letih adalah orang yang paling tinggi cita-citanya.(imam syafie)


Hm.. Saya suka apa yang saya sedang buat sekarang. Buat apa yang saya suka. Saya bekerja melakukan kegemaran saya sehingga pekerjaan saya umpama penawar untuk diri saya. Apabila saya sakit, saya akan menjadi sihat apabila bekerja. Saya ialah seorang guru yang tidak mengambil ijazah pendidikan. :)
Saya suka mengajar. Saya suka dikelilingi anak-anak. Saya gembira kerana kami dapat ketawa bersama untuk perkara-perkara kecil yang remeh temeh. Saya gembira kerana kami dapat meredah hujan untuk mengadakan kelas tambahan. Saya gembira kerana dapat mengajar si 'dungu' dan mereka yang dikatakan 'bebal' di sekolah.Saya gembira kerana saya diberi peluang untuk membimbing anak-anak yang orang lain telah berputus harap dengan mereka. Saya dibayar untuk bekerja 6 jam sahaja. Tetapi saya dengan penuh rasa sayang akan melanjutkan masa hingga ke tengah malam. Saya pernah menumpang di anjung masjid untuk mengajar anak-anak ini. Masjid ini jauhnya lebih 6km dari rumah saya. Adakalanya hujan lebat, saya lihat payung anak-anak murid saya seperti hendak terbang ditiup angin. Mereka menggigil kesejukan ketika belajar.Sakit satu badan tu memang conform. Ditambah dengan migrain.

"Kakak.. apply lah master.. supaya kakak boleh masuk jadi guru tetap. Sampai bila nak buat part time ni?" kata mak.

Gaji saya  sekarang gaji SPM. Berbekalkan keputusan 10A SPM itulah saya dibenarkan mengajar subjek English dan Pendidikan Islam. Sedangkan Ijazah saya, sarjana muda Industrial Technology. Hehe

Kalaupun saya apply master, belum pasti saya boleh menjadi seorang guru. Cita-cita saya bukanlah mahu menjadi seorang guru pun. Cita-cita saya _______________.

Suatu ketika dahulu saya begitu mengharapkan cita-cita tersebut. Namun sesuatu berlaku dan cita-cita itu hancur berkecai. Trauma. Mungkin ianya tidak sesuai untuk saya. Allah tahu apa yang terbaik.

Erm, ada lagi ke Universiti yang masih buka permohonan online? Banyak yang dah close...


Ya Allah... thank you for loving me.. :)

saya ialah se.... 'monster'

 setiap kali masuk kelas nak kena jadi 'monster' barulah budak-budak tak ponteng, bawa buku dan berikan tumpuan di dalam kelas.

"Siapa tak sembahyang subuh pagi tadi, angkat tangan!" kata saya kepada para pelajar. Maka ramailah yang mengaku jujur tak solat mengangkat tangan. Para pelajar bersorak keriangan.

Saya bertanya pula tentang solat isyak kelmarin. Kemudian zohor dan asar kelmarin..

Setiap kelas yang saya masuk, saya akan bertanya soalan ini. Walaupun kelas bahasa Inggeris, saya tetap akan bertanya soalan ini. Walaupun kelas tuisyen, saya tetap akan bertanya soalan ini.

Sesi 'berlaku jujur' tersebut akan diikuti dengan sedikit tazkirah. Dengan harapan mereka akan menjaga solat mereka.

Namun hasilnya... setakat ini saya masih tak nampak hasilnya.. Godaan mereka kuat. Ibu bapa mereka kebanyakkannya liat untuk bersolat maka anak-anaknya sudah tentu lebih liat!

Sampai bila saya perlu mengulangi soalan ini dan tazkirah ini?  [pastinya anak-anak muridku sudah boleh hafal ayat-ayatku]
Sampai solat tidak disyariatkan, barulah saya akan berhenti mengulangi soalan dan tazkirah solat...
[maknanya saya tak akan berhenti...inshaallah]

p/s: jaga solat anda supaya hidup anda terjaga

p/s/s: saya monster yang disayangi anak murid.. sebab saya marah kerana sayang. sambil marah saya still panggil mereka sayang.

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....