Ahad, 28 Februari 2010

Demi nyawaku yang di tanganNya...

Ya Allah ya Rahman ya Rahim...
aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam
hidupku..


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau benarkan kasihku
MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku




source: Ketulusan Hati by Anuar Zain

p/s: kepada sesiapa yang mahu mencari 'sesuatu', silalah ke ESQ.... nak tahu apa ESQ? go Google yourself... ;)

p/s/s: Ya Allah... berilah hidayah petunjuk kepada diri kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, dan umat manusia ini agar kembali kepada fitrah kami... kembali taat dan patuh pada Mu.... amin...

Jumaat, 26 Februari 2010

Tidak Malukah kamu pada Allah?




“Jika engkau tidak merasa malu, berbuatlah sekehendakmu.”
(HR. Abu Daud)



Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabatnya,
“Hendaklah kalian merasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.”

Para sahabat menimpali,
“Allhamdulilah kami sudah merasa malu kepada Allah.”

Rasulullah lalu menyatakan,
“Tidak, kalian belum merasa malu. Orang yang betul-betul mersa malu kepada Allah hendaklah menjaga kepala berikut isinya (pikiranya), menjaga perut berikut isinya (makanan), dan hendaklah mengingat mati dan bencana, siapa yang menginginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, berarti telah betul-betul mempunyai rasa malu kepada Allah.”

(HR. At-Tirmidzi).



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 25 Februari 2010

antara dua


Barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai harapannya,maka Allah akan memberi kepuasan dalam hatinya, menghimpunkan segala impiannya, dan duniapun akan mendatanginya dengan merunduk.


Dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya,maka Allah akan jadikan kemiskinan di depan matanya,membuyarkan segala impiannya, dan dunia takkan mendatanginya melainkan apa yang telah ditentukan baginya.

(HR.Tirmidzi)


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 24 Februari 2010

Mencari kesabaran dalam hidup

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri ra. : beberapa orang Anshar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah Saw dan diberi. Kemudian mereka meminta lagi (sesuatu) dan kembali diberi. Kemudian kembali mereka meminta (sesuatu) dari Rasulullah Saw hingga semua semua yang dimiliki Rasulullah Saw habis.

Rasulullah Saw bersabda,
“apabila aku memiliki sesuatu, aku tidak akan menyembunyikannya darimu.

(ingatlah) siapa pun yang tidak meminta (mengemis) kepada orang lain, Allah akan memenuhinya,

dan siapa pun yang berusaha membuat dirinya merasa cukup,
maka Allah akan membuat dirinya merasa cukup.

Dan siapa pun yang berupaya bersabar,
maka Allah akan membuatnya sabar.
Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih besar
yang diberikan kepada seseorang selain kesabaran
”.

(Sahih Bukhari)






What will i say in front him?
Oh Mu'allim...

Biarkan Cintamu Berkata Tidak

sumber : genta rasa


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

p/s : Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

menjadi si bertuah

“Kak.. akak anak yatim?” berseri-seri wajah si ‘abang’ yang darjah lima memandang wajah saya. Semenjak dari tadi tangannya asyik bermain angin ‘aircond’ yang menghembus dari dalam kereta saya. Sekejap dia merapatkan wajah ke lubang udara sejuk itu, sekejap dia meletakkan tangannya pula di situ..

“Akak ada mak abah lagi…”jawab saya. Wajah si abang kecewa. Barangkali dia mengharapkan saya menjadi salah seorang anak yatim dewasa yang boleh dia contohi dan berkongsi rasa.. serta merta saya teringatkan pada Romlah, seorang sahabat yang patut adik-adik ini kenali..

Aduhai sayang…

“Abang tahu tak… jadi anak yatim ni sangat bertuah!” saya memujuk. Wajah si abang berkerut. Tiba-tiba muncul si adik dari luar tingkap kereta dan menarik leher saya supaya saya memandang wajahnya.

“Kakak! masuklah rumah dulu,”pelawa si adik sambil tersenyum lebar.
“Tak apa dik, akak nak kena balik cepat ni.. mak mana?”balas saya.
“Mak… kejap lagi mak keluar..”jawab si adik sambil tangannya bermain hembusan udara sejuk melalui tingkap kereta saya yang terbuka.

ini si adik.. saya terlupa di mana saya simpan gambar si abang =.=

“Kak, kenapa kata bertuah? Akak tak…”si abang menghampiri saya meminta penerangan sementara si adik bergayut di sebelah tangan saya.

“Sebab…..” saya menyusun ayat dalam otak..

“Sebab Nabi Muhammad anak yatim.. dan Nabi Muhammad jadi orang yang sangat hebat bila baginda besar.. macho sungguh lah! ha.. Allah sangat sayang pada baginda.. sangat-sangat sayang.. Nabi Muhammad sendiri pun sangat-sangat sayang pada anak yatim… hinggakan Nabi kata, siapa yang bela anak yatim, nanti di syurga akan jadi seperti ini rapatnya dengan nabi Muhammad…”kata saya sambil menunjukkan dua jari tangan yang rapat. si abang meniru tangan saya..

“hubungan yang sangat rapat..sangat erat….”saya memberi penegasan. Si adik masih sibuk bermanja-manja dengan bermain jari-jari tangan saya yang lain.

“kan best.. bestnya dapat jadi ‘best friend’ Nabi… akak nak macam tu.. nanti akak nak bela anak yatim… abang pun bela lah sekali.. nanti kita dapat jumpa Nabi..”sambung saya lagi sambil tersenyum.. si abang membalas senyuman sambil mengangguk.

si adik melentokkan kepalanya di bahu saya. saya mengusapnya..
“Orang yang bela anak yatim dapat selalu usap kepala anak yatim.. bila usap kepala ni, nanti dosa-dosa gugur… kan best..”kata saya. si adik tersenyum riang.

"Abang boleh buat macam tu pada adik hari-hari.."kata si abang.
"Buat jangan tak buat.. rugi kalau tak buat.."saya memberi semangat. si adik ketawa kecil, terhibur.

Ibu mereka muncul dengan pakaian tidur..
“Maaflah menyusahkan..”kata si ibu.
“Tak apa makcik... dia dah rindukan sangat emaknya..”saya menyambut tangan si ibu.

Sebenarnya kami sedang menganjurkan program kem anak soleh untuk anak-anak yatim selama sehari semalam. Si adik merengek nak balik, puas dipujuk tetapi tetap tidak berjaya.. maka terpaksalah saya menghantarnya pulang.. disebabkan saya tidak tahu jalan ke rumah mereka, saya bawa sekali si abang sebagai penunjuk jalan..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

~Bukhari~

Isnin, 22 Februari 2010

If Allah wishes a person....


p/s : I will try, I will make effort, I will learn, it is not impossible, there is nothing to stop me (if Allah wills)

Khamis, 18 Februari 2010

perkataan yang membunuh...


PERKATAAN
itu
seperti UBAT

jika bercakap sedikit memberi manfaat
terlalu banyak bercakap boleh membunuh

Selasa, 9 Februari 2010

dan sebenarnya adalah....


dari kotak shout box...

8 Feb 10, 12:50
bidadari_besi:
salam singgah... moga istiqomah dalam menulis ye...(",)


wassalam... inshaAllah.. terlalu padat dengan urusan yang lebih penting hingga saya terpaksa menghentikan mencoret.. setiap hari dari Isnin hingga Jumaat saya bekerja 8am-5pm (saya menyambung Master di USM).. setiap malam pula ada meeting persatuan, gerakan etc... hujung minggu pula ada program luar.. sedar-sedar masa nak tidur sudah pukul 2 pagi..itupun kalau sudah selesai kerjalah baru boleh tidur.. alah tegal bisa biasa.. =)

terlalu banyak peristiwa, kejutan, pengalaman dan macam-macam yang berlaku sepanjang tempoh ini.. pelbagai ibrah yang dapat diambil.. tetapi bukan semuanya boleh dikongsikan secara umum di blog ini..

biarlah rahsia...


Sesuatu perkara yang pahit adalah lebih baik dilupakan
Sesuatu perkara yang ingin dilupakan perlulah dibuang jauh-jauh
Selepas buang jangan pergi tengok kembali
Maka saya pilih untuk membuang segala kenangan yang pahit
Saya memilih untuk memaafkan diri sendiri dan memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik
Saya memilih untuk memaafkan orang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih baik
Seandainya anda tahu sesuatu yang tidak baik tentang silam saya, lupakanlah.. kerana saya ingin melupakannya selama-lamanya…
Berilah saya peluang untuk bertaubat..
berilah saya peluang untuk menebus kesilapan-kesilapan saya…
maafkanlah saya………..



Apa yang penting ialah... ikhlaskan niat dalam hidup.. bersungguh-sungguhlah dalam hidup.. kerana dunia ini ladang akhirat.. tidak usah bersedih andai hidup ini dihujani pelbagai cubaan kerana kita cuma di dunia ini hanya untuk beberapa ketika.. masih ada satu lagi kehidupan yang lebih panjang dan bermakna sedang menanti kita semua..

pesan pada diri...
kukuhkan iman, tabahkan hati.. tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...


Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

nur malam- saujana

Ahad, 7 Februari 2010

bersatu


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

-raihan-


Rabu, 3 Februari 2010

LANJUTAN MAKLUMAT TERBARU MENGENAI MBM

atas permintaan ramai yang mahu mendapatkan sedikit gambaran dan keadaan kampung yang bakal kita jalankan program MBM nanti, kami sertakan di sini gambar-gambar yang kami sempat ambil, ahad lalu ketika bermesyuarat dengan orang kampung di sana.

kawasan perumahan penduduk kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Perak.

YDP PPMUSM (saudara rahimie) sedang membuat tinjauan lokasi, ditemani wakil penduduk kampung di sini.

pengarah projek MBM (saudara nik farhan)

kebetulan semasa kami turun membuat tinjauan lokasi, pasar malam di sana beroperasi setiap hari ahad.

ini, antara makanan yang disyorkan kepada kami, oleh penduduk kampung di situ.

pada penerimaan pertama sahaja, kami telah disambut baik dan mesra oleh penduduk kampung di situ, membuatkan kami tidak terasa kekok langsung sepanjang berada di kampung Raja Bashah, kuala kurau, perak ini…..

sememangnya mereka begitu teruja menyambut ketibaan mahasiswa/i sebagai sebahagian keluarga mereka.

antara program yang bakal kita lakukan bersama penduduk kampung:

-turun laut, naik bot nelayan, tangkap ikan & ketam (anda berpeluang melakukannya sendiri)

-menanam benih bakau (mungkin ada yang tak pernah lakukannya, inilah masanya…)

ini baru dua program yang menarik…. ada banyak lagi program yang menarik menanti anda….dan mungkin anda sendiri ada idea-idea program yang anda mahu jalankan, ini lah masanya…. ini program anda sendiri…kami di PPM cuma menyediakan landasan untuk anda bertindak…. jangan lepaskan peluang ini!!!

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT

TARIKH: 12 FEB– 20 FEB 2010

TEMPAT: KAMPUNG NELAYAN, KG RAJA BASHAH, KUALA KURAU, PERAK

BAYARAN: RM45 SAHAJA (masih boleh dirunding)

TRANSPORT AKAN DIATURKAN UNTUK ANDA

kepada sesiapa yang berminat, boleh datang ke

FOYER DK P (28/1/10 – 4/2/10)…(9.00 – 5.00 petang)

sijil disediakan

SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT

kepada mereka yang tidak ada kelapangan untuk berkunjung ke kaunter kami atau bukan student USM, anda boleh menghubungi

SELEWAT-LEWATNYA; JUMAAT; (5 FEB 2010)

NUR SHAFIKA ABEL BINTI RAZALI__ 019-4499940

atau email kepada shahabel_razali@yahoo.com

*kami menerima peserta dari semua lapisan umur dan dari semua IPTA/IPTS , TIDAK TERHAD kepada USM sahaja.

sumber : http://ppmusm.wordpress.com/

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....