Isnin, 14 Disember 2009

saat disapa semangat Al-Attas


Dalam kelesuan dan kekeringan ini, sukar untuk mencari yang tulen. Maka bila ada yang tidak seberapa, jangan dibunuhnya, tetapi pupuklah ia.
-Dato' Saifuddin Abdullah-


tatkala mendapat jemputan dari kak Mija iaitu senior saya untuk menghadiri seminar al-Attas, hati ini terasa mudah sahaja mahu menerima jemputan itu. dengan tidak bersungguh-sungguh, saya telah post ke facebook dengan harapan ada yang sudi menemani saya ke sana. agak terkejut apabila seorang adik junior mahu mengikut. pertemuan diatur akhirnya walaupun pada permulaannya niat kami dibatalkan. itulah rezeki! kalau Allah dah nak bagi tu, memang Dia akan bagi..

mereka bermalam di rumah saya. kasihan muna sebab tidak tidurlena malam itu.

saya cuba untuk bangun awal, tetapi selepas cuma tahajud 2 rakaat, terlena semula. entah kenapa pagi itu sangat seronok tidurnya... dugaan!!

awal pagi sebelum pukul 8 kami sudah bertolak ke Jalan Duta. Saya memandu agak laju dan jalan pun tidak sesak.. . romlah, attiq dan muna berpakaian formal manakala saya memakai jubah dan sport shoes. (^,~)

sebaik sampai di sana, saya sungguh terharu melihat sebahagian besar yang hadir adalah anak-anak muda. inilah jiwa muda yang kita mahukan, jiwa yang dahagakan ilmu dan menghargai ilmu. dewan penuh!

tetapi saya tertanya-tanya.. adakah semua yang datang ini akan pulang dan seterusnya mara untuk memartabatkan Islam ini? setidak-tidaknya berkongsi apa yang diterima dari program ini dengan orang lain? tentulah lebih baik apabila kita dapat mengamalkan ilmu yang diperoleh dan disampaikan pada yang lain.. saya bertanya juga pada diri sendiri soalan yang sama.

saya tercari-cari kalaulah ada senior saya yang lain datang. dan saya terserempak dengan abang Nizam, naqib kepada naqib saya.. (^,^)


"khusyuk sungguh, takut nak kacau.."komen romlah kepada saya. saya tak berani nak menyalin banyak apa yang mereka perkatakan sepanjang seminar itu kerana saya takut ada perkataan yang saya missed! walaupun cuma satu perkataan, itu mungkin akan menyebabkan saya keliru.
saya cuba untuk mencatat sesuatu tetapi akhirnya tidak menjadi. nota saya tergantung. saya tidak perlu risau. kerana salinan kertas kerja yang dibentangkan sudah disediakan.

tetapi ada satu kali tu, saya terlena.. hehe.. tetapi satu kali je. okay lah tu kan.. (>_<)

dari pukul 8.30am hinggalah 11pm... ternyata tenaga kami sudah nak habis. beberapa kali adik junior saya terlena. tetapi apabila mereka terjaga, mereka lah yang sangat bersemangat. romlah pula sibuk menyalin nota.

oh seminar al-Attas... sekarang barulah jelas mengapa saya perlu sambung belajar.. kerana saya ada amanah dalam memartabatkan Islam.. ya Allah... bimbinglah hambaMu ini.. amin.. {teruja dengan seminar semalam. sangat-sangat bermakna!}


sejujurnya saya katakan bahawa hati saya mendongkol apabila abah menyuruh saya menyambung pelajaran ke bidang Master. {dan habiskan phD}
puas saya memerah otak memikirkan apakah alasan kukuh untuk saya meneruskan pelajaran sedangkan saya tahu ada ruang lain yang kekontangan penggeraknya. ramai orang memberi jawapan mudah:
"alah, apa susah.. belajar sajalah. nanti dapat title 'Dr Khalilah', lepas tu dapat jadi pensyarah.. kahwin dan settel down.. ada masa untuk family. tak perlulah susah payah menyeksa diri.. awak tu perempuan... "

mudah kan hidup ini- saya-suami saya-anak saya? tetapi saya selalu menyusahkan diri sendiri... selalu berfikir lebih-lebih.. macam mana anak jiran saya? anak kawan saya? cucu cicit saya? islam liberal? sekularisme? porno? punk? ugh!

semalam, saya pandang lama-lama wajah mereka yang duduk di hadapan.. terdetik di hati ini, oh.. hebatnya mereka.. mereka lelaki. kalau mereka sibuk bertungkus lumus menggali ilmu, anak-anak mereka dijaga oleh isteri mereka.. {entah betul entah tidak.. ini cuma tekaan sahaja}

mampukah saya menjadi seperti mereka? memberi sumbangan sebanyak mereka?

kemudian saya sendiri menjawab : tiada yang mustahil apabila Allah mengizinkannya.. bersangka baiklah dengan Allah.. kamu hanya perlu berusaha memberikan yang terbaik!

'Tidak bermakna kami yang di hadapan ini lebih baik daripada yang di bawah sana, tetapi kita perlukan ada yang memimpin perjalanan program ini,' lebih kurang macam inilah ayat seorang ahli panel.

Zuup.. saya tersentak! ayat itu sangat menjawab soalan yang sedang bermain di fikiran saya. saya tersenyum.
Allah adalah pemberi ilham yang terbaik!

Allah meletakkan seseorang itu di tempat yang terbaik sesuai dengan kemampuan seseorang itu. walau dimanapun Allah meletakkan saya pada masa ini dan akan datang, saya yakin Dia pasti memberikan saya yang terbaik! Saya tidak tahu bagaimana Dia akan melakukannya. Itu kerja Dia. Kerja saya ialah menjadi hamba yang soleh dan bertakwa, menekuni ilmu dan menjaga adab orang menuntut ilmu dengan harapan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia dari dunia ini sehinggalah ke akhirat nanti...

Firman-Nya
''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.''
(Al Baqarah: 286).

sungguh saya katakan ini merupakan salah satu perkara yang amat bermakna buat saya. ketinggian ilmu itu adalah suatu perkara yang semua orang sudah tahu. ianya sudah sedia maklum. kekeliruan membangkit hanya kerana kekurangan pengetahuan tentang Islam dan pandangan alam yang ditayangkan olehnya, dan juga kerana kejahilan mengenai sifat cabaran ilmu, agama, dan politik serta apa yang tersirat dalam kenyataan-kenyataan dan kesimpulan-kesimpulan umum falsafah sekular dan sains moden.

ucap utama diberikan oleh Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk : Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini : Cabaran dan Harapan.

sidang pertama dibentangkan oleh Dr Mohd Zaidi Ismail bertajuk : Faham Ilmu Dalam Islam : Satu Pengenalan Ringkas.

Dr Mohd Farid Shahran membentangkan tajuk : Makna dan Matlamat Agama Dalam Islam

sidang Dua dibentangkan oleh Dr Mohd Sani Badron bertajuk : Adab dan Ta'dib sebagai Asas Pendidikan Islam.

Dr Adi Setia membentangkan tajuk : Islam dan Falsafah Sains.

sidang Tiga dibentangkan oleh Dr Ahmad Bazli Shafie bertajuk : Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan.

Dr Wan Azhar Wan Ahmad pula membentangkan tajuk : Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan.

malam itu ketibaan Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan kemuncaknya.. setelah 30 tahun tidak berucap di hadapan pelajar-pelajar... alangkah bertuahnya pelajar-pelajar yang hadir semalam..


tentu lebih bertuah apabila pelajar-pelajar itulah yang menjadi penyambung perjuangan dan menyumbang kepada Islam seperti mana Al-Attas...

{moga kami terpilih! amin..}


dua orang adik junior saya ni sudah membeli tiket 12malam untuk ke Sungai Petani malam tu. jadi kami rushing selepas program terus ke stesen bas Pudu.

emak telah datang dari rumah semata-mata nak guide kami yang tidak tahu jalan dari jalan duta ke stesen pudu.. terharu kan? aduhai emak.. anakanda ini belum pasti mampu bekorban untuk anak sendiri seperti mana emak bekorban supaya ankanda ini menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.. ohh.. pengorbanan seorang ibu untuk anaknya memang mengalahkan semua lelaki!


kepada adik Muna & Attiq.. kene datang rumah akak lagi lepas ni! tak aci! datang sekejap je..

kepada sahabatku romlah .. cepat lah masukkan dalam blog isi-isi yang dicatat.. nak copy.. hehe

kepada pembaca sekalian, terimalah puisi Syed Naquib al-Attas ini ..

AKU MELIHAT DUNIA HARI INI

ORANG-ORANG ISLAM IBARAT DIGENGGAM BELENGGU ORANG-ORANG KAFIR

AKHIRAT MEREKA LUPUT

DUNIA PUN TERCICIR


BUDAYA JAHIL TIDAK DIAMBIL PEDULI

MELAMPAU-LAMPAU DALAM HIBURAN

KHAYALAN KETERLALUAN

LUAS…

LUAS

MEMBANJIR
TERUK…

TAK TERTAKSIR ORANG-ORANG YANG KARAM


BARUS, SINGKEL, PASAI , RANIR, CORDOBA, BAGHDAD, ANDALUS


HILANG…

HILANG DITELAN ZAMAN


KITA LUPA SEMUA JAWABAN PERSOALAN KEHIDUPAN

YANG MAHIR DIHAFAL


MAMPUKAH KITA NAK JAWAB DI DEPAN MUNGKAR DAN NAKIR NANTI

SETENGAH-SETENGAH ORANG BERKATA,

SEJARAH INI IBARAT PENTAS BERMAIN
WAYANG

CERITA-CERITA LAMPAU DIHURAI,

DIPANJANG-PANJANGKAN

BILA TAMAT, DIULANG…DAN DIULANG…ULANG KEMBALI

ITULAH SEJARAH



KALAU BEGITU, TAKKANLAH MUSTAHIL UNTUK GILIRAN ISLAM PULA YANG MENDATANG

TAMADUN KITA YANG LAMA DAHULU YANG INDAH GEMILANG HIDUP SEMULA, KEMBALI SEGAR BUGAR TERBENTANG, DI DUNIA YANG LUAS


p/s : seminar sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam & Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas

4 ulasan:

  1. lillah~
    kz slalu gak dtg bc blog lillah bila da update~
    tp neh br 1st rime rsnya kz post komen kat sini~
    kz just nk ckp kz sgt terharu bc post yg neh~
    sgt2 bg jawapan kat suma kekusutan yg dok bmain dlm otak neh~
    thanx sgt!!
    it gave me a deep motivation to keep on what i'll be doing now~
    thanks again!!

    BalasPadam
  2. sape penganjur seminar sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam & Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ni?

    BalasPadam
  3. dear kayzer... Alhamdulillah..moga kz berjaya dgn cemerlang.. i know u r strong, u r smart, u r tough! All the best utk sukses dunia akhirat..

    Take care..

    :D

    BalasPadam
  4. to man ana

    dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....