apabila kita menyayangi seseorang, kita pasti mahu untuk memberi dia segala-galanya !
kita pasti mahu memberi dia segala perkara yang indah-indah!
kita pasti mahu memberi dia dengan segala susah payah! tetapi kita tidak rasa payah, sebab pada saat itu semuanya terasa indah.
oh cinta membutakan. sungguh!
dan sebenarnya bukanlah dengan seluruh duniamu, seluruh jiwa ragamu dan hidupmu yang kamu beri kepada dia itu akan menjadikan dia sayang kepadamu.
bukanlah itu semua yang akan membuatkan dia bahagia.
bukanlah juga yang akan membuatkan dia membahagiakan kamu.
tidak sekali-kali.
kerana jiwa dia adalah sekontang jiwa kamu!
seperti mana jiwa kamu hanya akan tenang dan bahagia apabila ihsan, iman & islam memenuhi segenap ruang hati, begitu jugalah hati dia.
adakah kamu bersifat ihsan?
adakah kamu merasai Allah melihat kamu dan hati kamu pada setiap ketika?
adakah kamu beriman ?
adakah kamu meyakini sepenuh hati yang Allah menyayangi kamu dan akan memberikan yang tebaik untuk kamu?
adakah kamu meyakini sepenuh hati bahawa malaikat mencatat amal baik dan jahat kamu?
adakah kamu meyakini isi kandungan Al-Quran itu adalah perintah yang kamu wajib patuhi?
adakah kamu meyakini mencintai Rasulullah saw itu adalah hanya dengan mengikuti baginda?
dan kamu tidak kenal baginda, sungguh pelik bagaimana kamu boleh mengikuti seseorang yang kamu tidak kenal...
adakah kamu seorang islam yang tulen?
orang islam itu mereka menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. menyembah Allah tanpa mensyirikkan dengan sesuatu pun.. hari ini ramai mensyirikkan Allah kerana membesarkan dunia melebihi Allah..
p/s: jangan pelik melihat orang berkelakuan pelik ketika hatinya luka. setiap luka memerlukan masa untuk sembuh. sembuhkanlah hatimu dahulu sebelum kamu menyembuhkan hati manusia lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)