Sabtu, 21 November 2009

Sembahyang Mencegah Mungkar. tetapi mengapa masih ada orang yang sembahyang membuat mungkar?


soalan:

kak,,klu seseorg 2 suke membaca artikel tntg aurat wanita lelaki,,slalu m'ingatkan rkannya untuk menutup aurat, tntg penjagaan solat,,dan seumpamanya...tapi, dia sendiri kdg2 solat kdg2 x..kdg2 menjaga auratnye kdg2 x... kenape eh kak.. adakah sebab dia xmendpt Hidayah da Nya lg???

jawapan:

Sembahyang Mencegah Mungkar. tetapi mengapa masih ada orang yang sembahyang membuat mungkar?
ada 1 hadis tu..
"org yang sembahyangnya tidak mencegahnya drpd melakukan pkra keji dan mungkar, buknlh org itu betmbh dekat kpd Allah, melainkan dia (terpelanting) jauh dari Allah"
[ rujkn At-thabrani, al-mu'jam al kabir, juz 11 ms54 ]
maksudnya solat org tu tak lulus.. belum cukup syaratnya..zahirnya solat.batinnya tak hadir,lalai.. ada 1 lg hadis dlm ihya' ulumuddin juz 1ms 212
sabda Nabi "Allah x memerhatikan sembahyang seseorang yg hatinya tidak hadir bersama2 jasadnya.."
sembahyang diukur dengan timbangan khusyu' sumber khusyu' itu d hati..
sabda nabi saw : kalaulah hati org ini khusyu', nescaya seluruh anggotanya khusyu'.
[ruj al-hakim &tarmizi drpd abu hurairah. lafaz hadis dicatat berdasarkn kitab Syarh Sunan Ibn Majah, karangan as-Suyuthi, juz 1, m.s 95]
Bagaimana & apa tandanya orang khusyu' itu ?
Saiditina Aisyah ra pernah berkata "Adalah Rasulullah saw berbincang & bercakap-cakap dengan kami. Begitu juga kami berbincang & bercakap-cakap dengan baginda. Tetapi apabila masuk sembahyang, Baginda umpama tidak kenal kami dan kami pula, juga umpama tidak kenal Baginda."
Mengapa? Mengapa begini? Kerana pada ketika itu hati dan fikiran hanyalah bulat kepada Allah semata-mata. kesimpulannya kita patut berhati-hati supaya solat kita berhasil.. benar-benar berkesan dan dapat menghalang kita daripada perbuatan mungkar. sembahyang bukanlah kerja tulang 4 kerat malah kerja hati. sembahyang pada hakikatnya adalah dialog dengan Allah swt. Jadi mana mungkin dialog itu dapat berlansung dengan sempurna tanpa sepenuh hati.

wallahualam...

8 ulasan:

  1. sy pling suka entry ni...teruskan perkongsian yang bermanfaat seperti ini

    BalasPadam
  2. alhamdulillah jwpn yg cukup baik dari saudari... betapa pentingnya menjaga dan menyempurnakan solat...

    tapi izinkan sy tambah skit jwpn kpd soalan di atas...

    kpd yg bertanya... sekiranya org yg dimaksudkan itu menasihati anda... apa yg perlu anda lakukan...

    (1) mengucapkan alhamdulillah sbg tanda syukur kpd Allah kerana dgn izin dan ketentuanNya...digerakkan hati kwn anda utk memperingatkan anda tentang kewajiban anda...betapa sygnya Allah pada anda...ketahuilah bahawa Allah sedang mendekati anda...

    (2) menerima peringatan itu dgn hati yg terbuka dan bersih dari segala buruk sangka... kerana apa yg diingatkannya itu mmg suatu kebenaran bukan... tutup aurat... solat... maka CUBA ELAKKAN DIRI DARI MERASA ATAU BERKATA "ahhh...ko pun tak betul...nak nasihatkan aku pulak"...

    (3) mendoakan agar kwn anda itu turut mendapat hidayah dan sama2 kembali ke jalan yg Allah redhai...

    (4) berusaha utk membimbing kwn anda itu agar kembali menunaikan kewajibannya secara berhikmah... menjaga hatinya... sbb dlm dakwah... kena bijaksana lagi hikmah...bak kata pepatah "don't defeat ur enemy...but win their heart"

    (5) jgn sesekali mematahkan semangat dia utk menasihati manusia ke arah kebaikan... kerana mana tau asbab perbuatannya itu... maka Allah berikannya hidayah kelak...

    sekian... salam alaik...

    BalasPadam
  3. Syaitan berbisik di hati kiri...
    nafsu meronta-ronta...
    akal bertindak....
    Usah salahkan sesiapa...akal yang tidak bertindak mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Illahi.... Pabila nafsu yang menguasai diri maka...segalanya bertindak diluar batasan...melanggar syariat agama yang suci... "Inna solati wa nuh suki wa mah yaya wa mamati lillahi rabbil alamin" apakah tidak dihayati dalam doa iftitah itu???? sebenarnya kesedaran terletak atas diri sendiri..... Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubah diri mereka sendiri... Pintalah taufik dan hidayah dariNya...pinta jua lah agar tidak dibolak-balikkan hati selepas diberikan hidayah...amin...

    BalasPadam
  4. Allah befirman :
    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzariyat :56)

    Ayat ini sungguh besar rahsianya dan amat jauh pengertiannya. Ia tidak memberi peluang, walau sedikit pun, untuk kita berpaling daripada Maha Pencipta itu – Allah. Kita disuruh seluruhnya, seluruh hidup ini untuk menyembahNya...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....