Papa baca Yassin pagi hari sebelum bertolak. Fayyadh di alam mimpi.. |
Suami tafaqut untuk keluar 4 bulan ke IPB sebenarnya..
Yang Allah takdirkan kluar 40 hari ke Batu Pahat.
Allah tahu kemampuan hamba-hamba-Nya. Kami suami isteri bagaikan belangkas ke hulu ke hilir bersama-sama setiap hari, jadi berpisah pun Allah aturkan berperingkat-peringkat. Mula-mula 3 hari kemudian 10 hari dan diikuti 40 hari.. Inshaallah apabila sudah sampai saat yang kami bersedia, inshaallah barulah 4 bulan kan.. :)
Semakin hari suami nak bertolak, kami semakin sibuk dengan urusan kerja hinggakan suami pergi pun saya lansung tak sempat siapkan beg-beg barang suami. Saya pun sudah lupa apa yang saya sibukkan ketika itu. Suami pula jenis yang tidak akan membuat permintaan maka dengan apa yang sempat dicapai disumbat bagi muat beg. Seingat saya ialah saya sempat masakkan maggie untuk suami bawa bekal dan maggie itu saya cuba ubahsuai resepinya sebab kononnya tak nak guna perencah yang ada ajinamoto. Hasilnya maggie tu tak sedap lansung tapi entahlah mengapa, mungkin masa yang terhad, saya terus bagi suami bawa pergi markas.. Huuu.. Suami tak mengeluh sampai ke hari ini. Mungkin suami redha.. Entah kenapa teruk sungguh khidmat saya di hari-hari terakhir itu. Walaupun beliau tidak 'complaint', sebagai isteri sendiri terasa kurang puas hati.
Apa yang sudah berlaku redhalah... Moga Allah berkati pemergian beliau...
Pada pagi yang sama suami tercinta bertolak pergi, sahabat saya suami isteri khuruj 40 hari ke India. Allah pilih saya untuk bantu jaga anak mereka yang berumur 3 tahun. Maka saya ada dua 'pinjaman Allah' yang comel untuk dijaga iaitu Mimi dan Fayyadh.
Anak solehah Ahlia Sarazi |
Ramai orang tanya Mimi tak menangis ke kena tinggalkan umi dan abi?
Mestilah menangis. Masa menangis akan memanggil abi..abi..umi..umi..Kemudian ambil bantal tutup muka dan tidur. Adik bongsu saya yang sudah dewasa pun nangis sama melihat babak sayu ini. Logik akal pun tahu yang budak-budak kalau baru berpisah akan menangis, so tak ada kaitan dengan anak menangis kerana umi abi khuruj... Kenalah pandai pujuk. Mimi nak pujuk dia senang je.. Bagi kucing terus mood baik, alhamdulillah. Terima kasih meow meow..
Sayang meow meow |
Ramai orang tanya kenapa umi sanggup tinggalkan anak sedangkan Hajar tidak meninggalkan Ismail.
Sepatutnya mereka tanya lah kepada umi dia untuk jawapan yang sebenar.
Tanya pada saya, dapatlah jawapan saya dan bukannya jawapan sebenar umi dia.
Tapi masa itu saya pilih untuk diam dan senyum sebab kalau saya jawab khuatir manusia yang sedang marah akan menjadi bertambah marah...
Ajak Meow tidur sama... |
Memandangkan ini blog saya, suka hati saya nak tulis apa.. Jawapan saya ialah :
1) Mimi tu bukannya baby yang masih menyusu badan, umur sudah 3 tahun.. Jadi sudah boleh berpisah dengan ibunya. Bukannya berpisah terus... Berpisah sekejap je, 40 hari sahaja pun. Ramai lagi ibu lain tinggalkan anak sebab urusan kerja, pagi hantar anak ke rumah pengasuh, anak masih tidur. Balik ambil anak pun anak sudah tidur.Kalau jumpa pun masing-masing buat hal sendiri.
2) Mimi tak ditinggalkan bontang-bontang. Umi abinya ulang alik bawa mimi ke taska saya banyak kali supaya Mimi dapat biasakan diri dengan tempat baru sebelum tarikh mereka fly. Bekalan nestum, susu, pampers dan segala harta karun mimi termasuklah basikal dan bantal busuk pun ada. Lebih dari cukup stok yang mereka sudah sediakan. Mereka juga memberi dalam RM1000 untuk kami jaga anaknya, bawa anaknya ke klinik dan lain-lain. Maka tiada isu anak ini ditinggalkan oleh ibu bapa tidak bertanggungjawab.
Pinjaman Allah yang sangat beharga.. Pandai sayang adik |
3) Umi dan abi sayang sangat Mimi. Setiap hari umi whatsapp saya minta gambar mimi dan bertanyakan hal Mimi. Saya ulangi.. SETIAP HARI. Papa Fayyadh pun tak buat macam tu...
4) Setiap hujung minggu atuk dan wan akan datang bawa Mimi balik rumahnya di Sg Buloh. Nenek dan pakcik-pakcik di Gombak pun datang juga. Pakcik Sg Buloh pun rajin bawa Mimi jalan-jalan.
Cukuplah (4) points saya jawab, kalau tulis panjang pun bukannya orang yang tak nak terima dapat terima. Siapa yang Allah nak bagi faham akan faham dan yang Allah tak nak bagi faham akan tak faham. Moga-moga Allah bagi faham.....
Balik kepada kisah kehidupan kami... Anak-anak fisabilillah dua orang ini boleh tahan aktifnya manakala saya juga agak sibuk dengan kelas mengajar maka saya mengambil keputusan duduk di rumah emak.
Pagi-pagi bangun awal.. Sebelum matahari terbit sudah bertolak ke taska di depan rumah (jalan kaki dua minit dah sampai). Di taska, Mimi boleh belajar pelbagai kemahiran dengan pengasuh dan kawan-kawan...
Kami nak ke taska hihi.. Mimi tengok Fayyadh naik stroller, dia pun nak naik stroller.. Mujurlah ada dua stroller... |
Saya pula akan ke kelas untuk mengajar. Kadang-kadang saya tinggalkan Fayyadh di rumah bersama emak, kadang-kadang bersama Kak Ti pembantu rumah dan selalunya saya bawa Fayyadh bersama ke kelas sebab Fayyadh menyusu badan.
Minggu pertama suami tak hubungi saya.. Amboi.. Geram. Hmmm
Minggu kedua saya sibuk dan merajuk. Suami hubungi saya. Hm... Dah terlambat, saya sudah merajuk. Huhu.Tapi tak jadi merajuk sebab seronok cinta hati telefon.
Suami pesan suruh buat taklim, suruh baca Quran dan suruh jaga amal. Katanya suami khuruj usaha atas iman dan amal, isteri di rumah juga kena usaha atas iman dan amal.. Jangan sampai Fayyadh lebih kenal handphone mamanya berbanding Quran. :(
Mama baca Quran tengah malam pun Fayyadh temankan... Sweet betul |
Minggu ketiga, saya pilih untuk pulang ke rumah. Tujuannya supaya dapat fokus jaga amal ... dan jaga anak-anak. Pergh... Saya sudah bazirkan dua minggu pertama dengan sibuk bekerja hingga amal saya tunggang langgang. Betapa ruginya sedangkan ketika suami khuruj ini, pahalanya berganda. Pahala suami berganda, pahala isteri juga berganda. Doa suami mustajab, doa isteri juga musatajab. Allah campakkan sedikit ujian kepada Fayyadh supaya gatal-gatal eczema yang teruk menyebabkan seluruh wajah dan kepalanya merah gatal-gatal. Punyalah allergic sampaikan air liur sendiri pun jadi bisa untuk dia. Apabila merah, berair.. dan keadaan itu memang hanya Allah yang tahu betapa seksanya jiwa ibu yang mengandung dan melahirkan. Fayyadh meragam luar biasa hinggakan semua orang jadi kelam kabut. Pelbagai usaha dilakukan dan akhirnya saya redha... Saya bawa Mimi dan Fayyadh pulang ke rumah home sweet home kami yang rumput lalangnya sudah tinggi lagi berkemuncup akibat sebulan ditinggalkan.
Aktiviti harian : Main kereta tolak... |
Di rumah pink ini, saya mulakan hidup baru. Saya bagi notis penutupan taska kepada ibu bapa pelanggan saya kerana saya mahu jaga anak sendiri sahaja. Saya tidak mampu melayan kerenah pelanggan pada saat-saat ini. Saya juga mahu tutup pusat tuisyen tetapi pengetua minta izin untuk ambil alih pusat tuisyen.
Maka bermulalah kisah kehidupan sebagai suri rumah tak rasmi.... Jaga anak dan baca quran.. Satu hari satu juz.. Kemudian baca Al Waqiah 7x. Baca Yassin setiap pagi.. Main dengan anak-anak. Masak. Basuh kain. Jemur kain. Basuh berak anak-anak. Mandikan anak-anak. Ajar Mimi alif ba ta. Main kucing. Bla bla bla...
Jom baca Fadhilat Amal.... |
Semasa majlis perkahwinan adik saya di Concorde, Shah Alam, keluarga mak mertua, pak mertua, adik ipar, kakak ipar, abang ipar dan anak saudara datang.. Maka suami saya balik ikram keluarganya. Sebelum bertemu suami pesan bawakan pakaian beliau kerana beliau tidak cukup persalinan.. Huhu.. Kesian. 3 minggu bersabar macam koboi, alahai suamiku.... Kasihannya...
Walaupun 3 jam sahaja dapat bersama suami, tapi sangat seronok. Hehe. Alhamdulillah.
Sebenarnya suami rajin telefon tapi saya selalunya letih jadi tidur awal. Suami telefon untuk bercerita karkuzari iaitu kisah pengalaman atau laporan jemaah lain yang pergi ke serata dunia.. Karkuzari ini seronok mendengarnya, memulihkan semangat kita.. cuma saya letih jaga anak-anak ribena yang soleh solehah lagi aktif... Huhu
Pejam celik pejam celik.. Sempatlah anak-anak demam dua kali. Sekejap je tamatlah 40 hari. Mimi pulang kepada umi abi manakala papa pulang ke rumah.. Alhamdulillah...
Demam... Ujian Allah...Alhamdulillah sekejap sahaja.. |
Papa ternyata sudah tembam. Daripada saiz M sudah menjadi L.. err ke XL.. Hoho
Manakala saya pula telah turun 5kg alhamdulillah seronoknya.. Muat baju-baju lama..
Papa bercerita pengalaman beliau khuruj berhari-hari. Puaslah saya menadah telinga mendengar, ternyata besar pengorbanan mereka yang keluar khuruj.. Meninggalkan tilam empuk dan tidur beralaskan bedding nipis. Tidur di bermacam-macam surau dan masjid. Ada masjid cantik alhamdulillah. Ada masjid usang yang penuh tahi cicak menebal merata-rata. Sebaik pulang, suami kata mahu mandi. Katanya sudah lama tidak dapat mandi betul-betul iaitu guna sabun, syampu, pencuci muka dan berus gigi di bawah air hujan panas...
Papa pulang alhamdulillah |
Masa itu terasa... Kalau perit ditinggalkan, lagi perit meninggalkan. Sebab saya ditinggalkan di rumah selesa (walaupun tak mewah tapi selesa sebab rumah sendiri). Moga Allah jadikan pengorbanan mereka ini sebagai asbab hidayah.
Apabila orang tanya sukakah ditinggalkan suami?
Oh mestilah tidak.
Tapi jika suami meninggalkan saya untuk usaha agama, saya sangat berbangga.
Moga-moga berpisah di dunia sementara supaya kekal bersama selamanya di syurga Allah..
Apabila orang tanya apakah mencabar ditinggalkan suami?
Hoi susah sebab suami saya selama inilah yang buat segala kerja rumah.. Basuh baju, angkat baju, lipat baju, kemas rumah, beli barang, kemas katil, basuh pinggan, masak...
Tiba-tiba saya kena buat semua tu sendiri..
Maka haru biru jugalah....
Practice makes perfect..
Hadiah untuk saya... <3 Thanks Kanda |
Bangun pagi, solat kemudian baca quran.
Masak dan bagi budak-budak makan.
Semasa diri sendiri nak makan, budak-budak bergilir berak.
Basuh baju maka baby melalak sebab tak nampak emaknya
Gendong Fayyadh jemur baju, memang patutlah turun 5kg.
Masak makanan tengah hari.
Bagi anak-anak makan
Semasa diri sendiri nak makan, budak-budak bergilir berak.
Semasa sendiri nak solat dan mandi kena asingkan dua budak ni sebab kalau tak nanti si kecik benjol manakala si besar kena tarik rambut.
Tengah mandi kelam kabut berlari keluar dukung baby yang melalak.
Bla bla
Candle Light Dinner buat kejutan untuk papa pulang... Sekali ni je makan di meja. Selepas itu duduk bawah atas lantai... |
Alhamdulillah saya sihat sepanjang suami tiada. Sebaik suami pulang, barulah saya pula sakit beberapa hari. Tak apa, suami sudah pulang maka saya boleh golek tidur...Pandai Allah menyusunnya..
Tamat khuruj bukan bererti tamat fikirkan dakwah dan umat.
Pergi ziarah pula ahlia-ahlia yang suaminya belum pulang khuruj.. terutama yang khuruj 4 bulan... Bukan semua ahlia ini berpurdah dan hidup senang. Ada yang sedia ada hidup miskin dan apabila suami khuruj teruk ditohmah oleh sekeliling hingga disuruh bercerai.. Maka menjadi takaza tuntutan untuk kita ahlia-ahlia yang lain ni ziarah dan bantu supaya ahlia yang diuji tadi tidak patah semangat...
Moga semua ini menjadi asbab hidayah Allah.....
mohon share sis. terbaik la sis sambut suami mcm tu. sweeet sngt~ :). siapa yg baca pd tahun 2019 kita geng.
BalasPadam