Jumaat, 24 Oktober 2008
Sayangku.. bertanyalah..bertanyalah..
Khamis, 23 Oktober 2008
Katakan "Tak Nak!" Kepada Poligami? (Bahagian 1)
diambil dari http://journaldaie.com/2008/10/awak-jangan-nak-menggatal-diri-sendiri.html
so bacalah ye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Thursday, October 23, 2008
Katakan "Tak Nak!" Kepada Poligami? (Bahagian 1)
"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!" tengking Salmah yang berang. "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas Yusuf mempertahankan diri. Begitulah dialog sepasang suami isteri.
Poligami adalah isu 'evergreen' di dalam agama Islam. Bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, malahan turut tidak disenangi segelintir Muslim. Oleh demikian, isu poligami harus dibincangkan.MAKSUD POLIGAMISebelum berdiskusi tentang perihal poligami, perlulah seseorang itu memahami maksud poligami. Secara ringkas, poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri atau seorang wanita mempunyai empat suami [1]. Penulis tidak menafikan kewujudan poligami di dalam Islam.
Dalil yang menyokong wujudnya poligami di dalam Islam tercatit di dalam Al-Quran."Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3
Kini timbul persoalan, mengapa Islam membenarkan poligami? Poligami telah meretakkan banyak rumahtangga. Adakah Tuhan tidak nampak poligami hanya memberi masalah kepada wanita?SATU PENYATAANRamai orang mempunyai tanggapan bahawa Islam adalah agama yang memperkenalkan poligami. Namun tanggapan ini adalah tidak tepat. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami kepada manusia. Islam hanya meletakkan had kepada poligami.
Sebelum Al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu, masyarakat dunia telah pun mempraktikkan poligami.Lihat sahaja sejarah bangsa Rom, maharaja serta orang atasan dinasti China, dan golongan Arab Jahiliyyah. Mereka telah pun mempraktik poligami sebelum Al-Quran diturunkan, malah sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Pada masa itu, seorang lelaki boleh mempunyai seberapa banyak isteri yang mereka ingini.
Penulis pernah membaca seorang lelaki mempunyai hampir 200 orang isteri semasa zaman pemerintahan Rom. Secara positif, had poligami yang diperkenalkan Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami tanpa had.SATU-SATUNYA KITAB
Mungkin para pembaca akan terfikir, jika benar poligami sudah lama dipraktikkan, mengapa penganut agama lain hanya dibenar berkahwin seorang sahaja? Ini juga bermakna kitab agama mereka turut tidak membenarkan poligami! Sekali lagi, tanggapan ini kurang tepat. Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama di dunia yang menyarankan agar lelaki berkahwin hanya satu isteri.
"Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3Al-Quran lebih menyarankan lelaki berkahwin hanya seorang jika berasa risau tidak akan dapat berlaku adil. Kitab agama-agama lain tidak pernah menghalang poligami. Tidak ada satu ayat di dalam Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud atau Bible yang mengarahkan lelaki agar berkahwin hanya seorang. Sebaliknya terdapat banyak ayat yang menunjukkan personaliti di dalam kitab-kitab ini mengamalkan poligami.
"He (Solomon) had seven hundred wives of royal birth and three hundred concubines, and his wives led him astray" - 1 Kings 11:3
"In Jerusalem David took more wives and became the father of more sons and daughters" - 1 Chronicles 14:3
"Rehoboam loved Maacah daughter of Absalom more than any of his other wives and concubines. In all, he had eighteen wives and sixty concubines, twenty-eight sons and sixty daughters" - 2 Chronicles 11:21
Di dalam kitab agama Hindu pula ada memberitahu bahawa, Raja Dasharat mempunyai tiga orang isteri dan Krishna mempunyai 16, 108 orang isteri [2]. Contoh di atas jelas menunjukkan poligami bukanlah satu perkara yang ditegah di dalam agama-agama ini. Mungkin ada pembaca Kristian akan membalas bahawa terdapat ayat di dalam Bible yang mengatakan lelaki hanya dibenarkan berkahwin seorang sahaja. Penulis meminta pembaca Kristian agar menunjukkan ayat tersebut.
TIDAK BERPANDUKAN KITAB
Mungkin persoalan lain akan timbul difikiran para pembaca. Jika benar kitab agama-agama ini membenarkan poligami, mengapa penganut agama-agama ini ditegah berkahwin lebih daripada satu?
Jawapannya mudah; kerana mereka tidak mengikut kitab agama mereka. Tegahan yang dilakukan di dalam agama-agama ini tidak berpandukan kitab agama mereka.Pada zaman awal, ramai lelaki Kristian dibenar untuk mengamalkan poligami kerana tiada larangan daripada kitab Bible. Hanya beberapa abad yang lepas, pihak Gereja telah menghadkan bilangan isteri kepada satu.
Poligami turut dipratik di dalam agama Yahudi sehinggalah Rabbi Gershom Ben Yehudah (960 C.E - 1040 C.E) melarangnya. Malah golongan Yahudi Sephardic yang tinggal di negara Islam turut mengamalkan poligami sehingga tahun 1950-an. Praktik ini diberhentikan apabila 'Act of the Chief Rabbinate of Israel' mengarahkan lelaki hanya boleh berkahwin seorang perempuan sahaja.
Dalam satu laporan yang bertajuk 'Committee of The Status of Woman In Islam', dikeluarkan pada 1975, memberitahu, peratusan perkahwinan poligami antara tahun 1951-1961 adalah - 5.06% dikalangan penganut agama Hindu dan hanya 4.31 peratus dikalangan Muslim. Mengapa penganut agama Hindu mengamalkan poligami lebih daripada Muslim? Pada tahun 1954, Akta Perkahwinan Hindu dikeluarkan, yang memberitahu - adalah satu kesalahan seorang Hindu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini hanyalah undang-undang negara India dan bukanlah undang-undang daripada kitab Hindu.
Seperti yang diterangkan di atas, agama-agama selain Islam turut membenarkan poligami. Penganut merekalah yang mengharamkan poligami tanpa sebab yang pasti dan tidak berpandukan kitab agama mereka. Penulis berasa pelik mengapa mereka melakukan pengharaman sedangkan kitab agama mereka menghalalkan. Bagaikan satu tindakan populis untuk menarik perhatian. Muslim adalah lebih baik kerana mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Cuma akhir-akhir ini wujud gerakan feminis Muslim yang cuba mengatakan tidak wujud poligami di dalam Islam.
UNDANG-UNDANG BARAT
Kebanyakan agama utama di dunia tidak melarang poligami. Lebih menarik, poligami di dalam Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami di dalam agama-agama lain. Rakan penulis pernah ditanya, mengapa Islam tidak mengikut undang-undang Barat? - satu lelaki satu isteri. Sedarkah anda, undang-undang perkahwinan Barat sebenarnya melindungi lelaki? Undang-undang ini langsung tidak memberi hak dan melindungi wanita. Penulis berkata demikian atas beberapa sebab.
1. Seorang lelaki hanya boleh berkahwin seorang wanita sahaja. Wanita ini adalah isteri yang sah menurut undang-undang tersebut. Tiada masalah disini.
2. Lelaki Barat ini, walaupun sudah berkahwin, dia masih boleh mempunyai perempuan simpanan diluar rumahnya. Semakin ramai perempuan simpanan, lebih 'macho' lelaki itu.
3. Perempuan simpanan ini tidak mempunyai apa-apa hak. Dia tidak boleh meminta agar lelaki Barat ini berkahwin dengannya. Jika anak luar nikah dilahirkan, anak tersebut tidak berhak mendapat apa-apa
.4. Jika lelaki Barat ini sudah puas, dia boleh meninggalkan perempuan ini. Lelaki ini tidak perlu untuk bertanggungjawab. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan wanita ini. Habih madu, sepah dibuang.Jika poligami dibenarkan, masalah ini dapat dihapuskan. Perempuan simpanan tersebut boleh menjadi isteri yang sah melalui poligami. Mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Anak yang dilahirkan turut mendapat perlindungan undang-undang. Menjadi pilihan wanita itu sama ada mahu menjadi perempuan simpanan atau isteri yang sah. Penulis tidak dapat memikirkan jika ada wanita yang sanggup menjadi perempuan simpanan daripada menjadi isteri yang sah.
HILANGNYA SALAH TANGGAPAN
Di dalam bahagian pertama ini, diterangkan bahawa Islam tidak pernah memperkenalkan poligami. Turut diberitahu adalah agama-agama lain juga membenarkan poligami. Cuma tangan-tangan penganut mereka yang melakukan perubahan. Di dalam bahagian kedua, penulis akan berkongsi punca mengapa poligami sukar untuk diterima, tanggungjawab seorang lelaki untuk mempraktik poligami dan juga hikmah disebalik poligami.
Diharapkan bahagian pertama ini dapat mencerahkan salah tanggapan yang ada pada Islam berkaitan poligami.__________________________________________________________________[1] Dictionary.com - Polygamy[2] Charudeva Shastri Felicitation Volume, p. 449
Coretan Journal Dai'e pada 4:50 PM
Kategori Artikel: Salah Tanggapan
Komen Lillah : Setuju3x!! :-)
Selasa, 21 Oktober 2008
when my exboyfriend + my bestfriend = :'-(

Sabtu, 18 Oktober 2008
saat semua org dah tido.. aku dan DIA

Ya Allah Ya Tuhanku.. andai hambaMu ini berdosa.. ampunilah hambaMu ini kerana sifatMu Yang Maha Pengampun.. Ya Allah walau siapa pun aku, aku cumalah hamba kerdilmu yang beruntung kerana rahmat kasih sayang Mu dan akan sia-sia andai Kau mengabaikan aku.. :'-(
Tak berdaya aku melakukan sesuatu tanpa izinMu.. Tak berdaya aku menyentuh hati adik-adik itu andai Kau menutup pintu hati mereka.. Ya Allah.. wahai Yang Paling Pengasih dan Paling Penyayang.. berilah aku hidayahMu dan ilham Mu agar kata-kata ku nanti dapat meresap ke dalam hati sanubari setiap yang mendengar agar kata-kata ini dapat menjadi punca hidayah yang bermakna dalam hidup mereka dan hidupku.. Jadikanlah setiap butir kalimah ku sebagai zikir yang menggetarkan hati kami.. yang merapatkan diri kami pada mu.. yang meruntuhkan tiang-tiang cinta dunia dan cinta makhluk yang menguasai hati kami..
Wahai Allah.. aku tak berdaya.. Engkau tahu.. aku menyimpan rahsia.. Engkau lebih tahu.. Hatiku di dalam genggamanMu.. Kurniakanlah aku keikhlasan ya Allah.. Aku tak mampu memilikinya tanpa izinMu.. Izinkanlah Ya Allah.. Izinkanlah Ya Allah..Izinkanlah...
P/s : doakan kami semua~~~~~~ nak pergi turun lapangan nih!!
Selasa, 14 Oktober 2008
hadiah TERBAIK utk seOrg SahABat~

“Ni benda kesayangan dayah dari matrik..hehe..nak bagi pada lillah..”senyum lebar dayah..
Wa..terharunyer…!! :’-D Terharu bukan sebab dapat hadiah. Tapi sebab mendapat kepercayaan menyimpan barang kesayangan orang lain…
Sahabat-sahabat yang disayangi, apa hadiah terbaik yang dapat seorang teman berikan pada temannya?
Soalan di hantar ke pada YM kawan2 saya..
Roomet saya special sikit, tanya direct..
KOMEN LILLAH : terima kasih dayah..lillah nak jadi air kosong untuk dayah. Sebab dayah dah selalu jadi air kosong utk orang lain…inilah insan yang paling kenal perangai lillah, yang baik dan yang buruk. Hm..kisah awal bagaimana menjadi roomet? Kami bertemu di sebuah program,Kem Anak Soleh (KASEH). Masa tu lillah jadi ketua modul @ fasilitator dayah jadi fasilitator.balik program tu pada suatu hari ada orang telah menampal lirik lagu ‘sebuah pertemuan’ kumpulan UNIC di soft board lillah.. then tak lama lepas tu lillah kuar ke pasar malam dengan coursemet dan dia pun ada sekali. Dia jiran kepada coursemet lillah. Masa tu dia tanya nak tak jadi roomet..;-)
KOMEN LILLAH : terima kasih fairuz.. ni la kawan yang paling banyak tau rahsia & kisah hidup lillah. Dialah kawan bekerja (my Setiausaha Organisasi PPM)..kawan ketawa.. kawan menangis.. kawan main2.. Lillah harap lillah dapat memberi yang terbaik kepada fairuz.. lillah harap lillah dapt memahami isi hati fairuz.. lillah harap lillah dapat menjadi kekuatan untuk fairuz terus teguh di jalan yang kita pilih ini,jalan Allah..
KOMEN LILLAH : ye betul tu din, hadiah adalah suatu penghargaan.. si din ni setiausaha eksekutif PPM.. Geng MT PPMUSM la.. yang paling otai..hahaha.. lillah really appreciate segala komitmen yang din bagi! Jiayou gambateh! Teruskan memfollow up anak2 buah kita yang brothers yer~
KOMEN LILLAH: ni senior yang dirindui..kak erina ni dlu pegang NYDP2..sekarang tempat dia lillah pula pegang..Rindunyer kat akak.. (bila kita nak makan sama2 lagi? Macam dulu2?)Banyak yang di share dengan kakak ni..Orangnya comel dan sukakan yang comel2..hehe..
KOMEN LILLAH : ni my junior, one of my exco.. yang istimewa tentang fareez ialah dia sangat care dengan kawan-kawan dia. Susah jumpa lelaki yang sangat care tentang makan minum demam kawan lelaki lain..(lelaki yang care tentang perempuan tu biasa la..faham2).. dan dia juga one of my great teman sekerja, always full of spirit and commitment. Jiayou gambateh fareez! Akak still ingat masa program MBM haritu, masa akak tengah down.. adik2 bangun memberi semangat!
KOMEN LILLAH : ni my dearie kakak kesayangan.. yang mak sendiri pun dah buat mcm anak sendiri..yang lillah pun dah pergi rumah kak mas buat macam rumah sendiri..huhu.. kakak yang sangat tegas dan penyayang. Kakak yang banyak push lillah untuk jangan give up.. kakak yang ada kucing bernama comel.. rindu kucing kak mas.. kakak yang sangat kuat tautan hati dengan lillah. Bila lillah sakit, dia tetiba je akan call atau datang bilik..wa..Subhanallah..
menjadi seorang sahabat.. lebih dari sekadar menjadi seorang pendengar dan seorang teman di sisi..dia perlu belajar bekorban jika dia tidak mahu sahabatnya tekorban.. Sahabat yg ikhlas menerima sahabatnya seadanya tanpa syarat..dia menyayangi sahabatnya & mahu yg terbaik utk sahabatnya..dia akn tetap mengembirakannya, memberi nasihat, bekorban walaupun sahabatnya tidak sedar atau tidak tahu..dia tak jemu meskipun masa terus berlalu.. krn dia tahu Allah yg memegang hati sahabtnya itu.. dan dia tetap terus berdoa tanpa jemu agar sahabatnya akan sedar akhirnya walaupun masa tu dia dah tak ada lagi.. hanya kerana dia sayangkan sahabatnya itu ikhlas kerana Allah.. :'-)
kata Saidina Ali kwj. : sesungguhnya shbt yg jujur ialh yg slalu bersamamu, yg bersedia mengorbankan dirinya utkmu. & org yg apabila zmn berganti, tidak memutuskan hbgn dgnmu,
Sabtu, 11 Oktober 2008
WaHai JiWa yAnG MuDa...
wahai jiwa yang muda... ada pesanan buatmu..Dr. Abdullah Nasih Ulwan
“Ya Allah, Sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaandan keagungan bagi ummat Muhammad.”
Syeikh Mustafa Masyhur
“Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
” Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat.”
Muhammad Ahmad Ar-Rashid
” Golongan muda yang suci hatinya dari segala noda,bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan islam yang sebenar dan akidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun.”
Ibnu Syihab Az-Zuhry
” Jangan kamu rasa rendah diri kerana mudamu.”
Dr. Abdullah Azzam
“ Saudaraku yang terhormat.Sesungguhnya jihad adalah rangkuman daripada kesabaran, kemantapan ,istiqamah dan tahan dalam menghadapi berbagaimacam tentangan.Hendaknya engkau selalu bertaqwa dan berzikir.”
Wahai jiwa yang muda.. andai aku terlupa, ingatkanlah aku..
Khamis, 9 Oktober 2008
amanah utk kita
Nas-nas Al-Qur`an
1- Beratnya Memikul Amanah
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan untuk memikulnya dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul amanah itu oleh manusia” (Al-Ahzab (33):72).
“Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang mempercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Barqarah (2):283).
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (An-Nisaa’ (4):58).
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui” (Al-Anfaal (8):27).
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu` dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya” (Al-Mu’minun (23):1-11).
“Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya setiap umat itu terdapat seorang penjaga amanah dan orang yang menjaga amanah umat ini ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ahmad Ibnu Hambal).
“Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan `amanat’ itu kepada langit dan bumi, namun kesemuanya tidak sanggup menanggungnya. Apakah engkau sanggup menanggungnya dengan segala risikonya? Bertanya Adam: Dan apa yang akan aku dapat kiranya aku sanggup menanggungnya? Berfirman Tuhan: Kiranya engkau sanggup menanggungnya dengan baik, nescaya engkau akan diberi pahala, dan kiranya engkau menyia-nyiakannya, nescaya engkau akan disiksa. Berkata Adam: Aku sanggup menanggungnya dengan segala risikonya. Maka tiadalah lama dia berada di syurga, melainkan sekadar antara shalat yang pertama dan shalat Ashar, maka dia pun telah dikeluarkan syaitan dari syurga itu” (Riwayat Abus-Syaikh).
“Bahawa itu adalah suatu amanah dan ia di hari Qiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul di atas bahunya” (Riwayat Muslim).
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).
“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat Ahmad).
“Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran” (Riwayat Ad-Dailami).
“Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dua buah Hadis. Aku telah mengetahui salah satu daripadanya dan aku masih menunggu Hadis yang kedua. Baginda menceritakan kepada kami bahawa: Amanah ditempatkan pada pangkal hati seorang lelaki. Setelah al-Qur`an diturunkan, mereka mula mepelajari dari al-Qur`an begitu juga mereka mula mengetahui dari Sunnah. Seterusnya Baginda menceritakan kepada kami tentang kehilangan amanah dengan bersabda: Seorang lelaki sedang tidur lalu amanah diambil dari hatinya sehingga menampakkan kesannya. Kemudian dia tidur lagi lalu diambil pula amanah dari hatinya sehingga kesannya bengkak seperti melecur kerana terkena bara yang jatuh ke kaki. Kesan tersebut terus membengkak sedangkan tidak ada apa-apa di dalamnya. Seterusnya Baginda mengambil seketul batu kecil lalu menjatuhkannya ke kaki Baginda. Orang ramai kembali meneruskan urusniaga masing-masing. Hampir tidak ada seorang pun yang menunaikan amanah lantas Baginda bersabda: Di kalangan Bani Polan ada seorang lelaki yang sangat amanah. Sehinggalah Baginda berkata kepada seorang lelaki: Alangkah tabahnya! Alangkah jujurnya! Alangkah pintarnya! Sedangkan dihatinya tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi. Benar-benar telah datang kepada suatu zaman dan aku tidak peduli kepada sesiapa di antara kalian aku berjual beli. Jika dia orang Islam maka agamanya akan menegahnya mengkhianatiku. Sekiranya dia seorang Nasrani atau Yahudi maka penguasanya akan menegahnya dari mengkhianatiku. Adapun hari ini aku hanya berjual beli dengan si Polan dan si Polan” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad Ibnu Hambal).
“Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah bersabda: Bendahari Islam yang amanah dan melaksanakan (atau kemungkinan juga Baginda bersabda: menunaikan) apa yang diperintahkan. Dia memberikannya secara sempurna dan berganda serta dalam keadaan senang hati, dia menyerahkan kepada orang yang diperintahkan supaya memberikannya. Maka dia juga dikira sebagai salah seorang yang bersedekah” (Riwayat Bukhari, Muslim, Nasaie, Abu Daud, dan Ahmad Ibnu Hambal).
8- Pahala Untuk Bendahari Yang Amanah
“Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang isteri membelanjakan dari makanan yang terdapat di rumahnya tanpa melakukan kerosakan, maka dia akan mendapat ganjaran dari apa yang telah dibelanjakannya dan suaminya juga beroleh pahala dari apa yang telah diusahakan. Begitu juga Bendahari yang amanah, mendapat pahala samalah seperti mereka tanpa mengurangi sedikitpun pahala dari suami isteri tersebut” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad Ibnu Hambal).
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya: “Bagaimana mensia-siakannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” (Riwayat Al-Bukhari).
Selasa, 7 Oktober 2008
jika kau bercinta lagi.. cintailah Dia sepenuh hati..

Sebenarnya kalian rindu kepada Allah, kata seorang ahli hikmah. Tahukah kamu penyebabnya? Sebab kalian merindukan kebaikan yang tiada akhir, kesempurnaan yang tidak kunjung habis, dan keindahan yang abadi, sedangkan sifat-sifat itu hanya ada pada Allah…
Oleh itu, kembalilah kepada fitrah semulajadimu, wahai orang beriman. Bukalah mata hatimu dan pandanglah keindahan ciptaan Allah menerusi makhluk di sekitarmu,kemudian kajilah hakikat yang ada padanya supaya kalian dapat menelusuri sejauh mana kalian mampu bagi mengenali siapa sebenarnya dirimu…Ada ketikanya aku hanyut dalam timbunan nikmat.Ada pula waktunya aku tenggelam dalam saujana keindahan.Aku hanya mampu menyanyikan lagu kekesalan.Mengapa orang berakal tidak takjub menyaksikan yang paling indah? Demi usiamu inilah sebahagian dari keindahanNya..bukan keindahan yang lain tapi keindahanNya jua.
Andai ingin mengenal falak, tanah atau batu, maka masing-masing berkata Allahlah Penciptanya.. Dialah Raja dan Tuhan yang memberi manfaat dan bahaya..Bukankah matahari merupakan makhluk yang paling mempesona dan jelas di matamu? Ia hanyalah salah satu dari pada ayat atau cahayaNya? Melalui perhatian dan penelitian terhadap matahari, kamu akan mendapati bahawa di sana tersimpan pelbagai keindahan,kemuliaan dan kebesaran, lalu kajilah dan bacalah bahawa di dalamnya tersimpan bukti suatu kekuasaan yang luar biasa yang menyebabkan kita bersujud kepada penciptanya…
Jika kalian mencintai seseorang krn tertarik dgn keluasan ilmunya, spt ulama, maka cintailah Allah yang menyempurnakan alam ini yang di dalamnya penuh dengan hikmah serta rahsia yang menakjubkan ahli falsafah, ilmuan dan pemikir dunia. Spencer, ahli falsafah Inggeris, mengakui kebesaran Allah menerusi penelitiannya thdp alam : “Tujuan sains bukanlah sekadar mengetahui alam zahir, tetapi lebih dari itu untuk mengetahui hakikat di sebaliknya, yakni kebesaran Ilahi selaku pencipta alam itu sendiri.Itulah tujuan sains yang sebenarnya.”
Ahli bedah dan fisiologi telah menemui pelbagai rahsia dalam tubuh manusia hingga mereka takjub dan tunduk kepada pencipta rahia itu seperti kelawar silau berdepan dengan sinar matahari.
Kalian boleh sahaja mencintai seorang pemimpin kerana keberanian, kekuasaan dan sistem kepimpinannya, namun anda seharusnya lebih mencintai Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Kuasa, yang mengatur langit dan bumi,Tuhan alam semesta, yang mengatur seluruh makhluk menerusi firmanNya antara Kaaf dan Nuun, yang apabila menghendaki berlaku sesuatu cukup mengatakan “Kun” (jadilah) “Fayakun”(maka ia terjadi).

Jika kalian mencintai seseorang kerana kebaikan dan kemurahan hatinya, atau kerana sifat-sifat mulianya yang lain, maka sepatutnya engkau lebih mencintai sesiapa yang memberikan sifat-sifat tersebut kepadanya. Sebab, tiada ertinya apa yang kalian lihat itu berbanding dengan setitis anugerah Allah…
Allah berfirman, yang bermaksud : “Setiap rahmat yang dianugerahkan Allah kepada manusia, tiada yang kuasa menahannya. Dan rahmat yang ditahanNya tidak ada yang kuasa melepaskaya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ” (Fatir:2)
Sebagai contoh,lihatlah nikmat udara yang setiap makhluk, dari yang paling besar sampai yang paling kecil, bergantung padanya untuk meneruskan hidupnya. Begitu jugalah dengan nikmat-nikmat yang lain,seperti cahaya,air,dan keperluan asasi lainnya. Allah berfirman: Demikianlah ketetapan dari Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Yassin:38)

Banyak lagi ayat Al Quran yang menjelaskan hal tersebut, antara lain: (Al-Qasas:71-72),(Al-Rum:24),(Ibrahim:33-34),(Al-Balad:8-9),(Al-Ra’d:4), dan (Al-Hajj:46).
Seorang ahli fisiologi Perancis,Linier berkata: Sesungguhnya Allah yang azali dan Maha Besar lebih mengetahui tentang apa jua yang kuketahui yang membuatkan hatiku kagum. Pelbagai keistimewaan dan hikmah luar biasa terdapat dalam ciptaanNya, sama ada makhluk yang kecil atau yang besar. Dan dari makhluk-makhluk itu kita beroleh manfaat yang tidak terhingga, di samping aturan dan keindahan yang ada di dalamnya, menunjukkan betapa bijaksananya penciptanya.

Sahabatku sekalian..
Semua orang mencintai dirinya sendiri. Lebih-lebih lagi ketika ia berdiri di hadapan cermin, apabila ia terpandang di depannya seorang yang indah parasnya, elok susuk tubuhnya dan segak penampilannya. Justeru itu, adalah wajib baginya mencintai Pencipta kesempurnaan dan keserasian dirinya,lebih daripada mencintai ciptaanNya itu sendiri.
Sudah tentu wajib manusia mencintai Tuhannya, kerana Dia tidak hanya memberi susuk tubuh yang sempurna, tetapi memberi hal-hal yang diperlukannya, supaya lengkap kekurangan yang dialaminya dan bertambah kegembiraannya.
Wajarkah kalian berpaling daripadaNya sedangkan kalian telah diliputi oleh nikmatNya? Kalian beroleh cahaya,air dan udaraNya. Lebih dari itu, kalian menikmati keluasan alam yang indah, kesegaran kebun, kehijauan hutan, kelazatan buah-buahan, dan keindahan pemandangan-pemandangan ciptaanNya..Semua ini sepatutnya dapat mengarahkan perhatian manusia kepada Tuhan, pencipta yang maha mengetahuisegalanya, yang ghaib atau yang zahir, pemilik bulan dan matahari, burung-burung dan bunga-bungaan, malam dan siang..
Selepas melihat dan mengetahui tanda-tanda kebesaran Allah yang bukan sedikit itu, maka wajarlah kalian ungkapkan perasaan jiwamu sebagaimana yang pernah dilakukan seorang badwi yang bersyair syahdu :
Hati tergugah untuk mencintaiNya
Melalui pergantian malam dgn siang
Menyaksikan gunung ganang yang tegak gagah
Dari sumber air yang mengalir deras
Juga bintang-bintang muncul dalam gelita malam
Beredar saban hari membawa cahayanya
Siangku ditemani cahaya mentari
Malam kuhabiskan bersama sinar rembulan
Tiupan angin dari setiap penjuru
Bersabung kilat diiringi hujan
Takhta Tuhanku yang Agung
Agung dengan tanda-tandaNya
Kuluahkan isi hati sehabis sepuasnya
Di sini wujud seorang pecinta
Pencari ilham dari ciptaanNya
Sabtu, 4 Oktober 2008
hidayah itu milik Allah

“Asap colok rumah sebelah.. he.. tak tahan.”sambung makcik tu lagi. Mak melarikan pandangan dari wajah makcik tu..senyuman mak masih terukir seperti awal perbualan tadi.
“bukan apa.. kalau Allah nak turunkan bala, dengan kita-kita sekali terbang sama..”sambung makcik tu lagi. Kali ni mak angkat semula muka dan memegang tangan makcik tu.
“so far jiran ana baik-baik semuanya..berbudi bahasa.. jiran kiri dah pindah, jiran baru.. yang kanan masih yang lama.. dia sedih sebab kami pindah. Bila dapat tau yang rumah ni nak dijual, dia pujuk supaya kami stay.. ”jawab mak.. mak gelak kecil.. dalam hati, saya tau mak sedih dengan kata-kata makcik tu.
Peristiwa ni berlaku semasa kami pergi beraya di rumah orang lain.. keesokkannya di rumah,mak masak banyak sangat..
“Kakak, jom teman mak.. mak nak hantar ke rumah jiran..”wajah mak penat tapi ceria. Masa tu solat jumaat, so brothers semua tak ada. Happy jiran-jiran kami yang non muslim tu terima nasi impit, rendang & kuah kacang.. ada yang mak bersembang lama, mengimbau memori silam.. mak speaking English, jarang dengar mak speaking, comel2..hehe. Ada yang rumah tu kosong, tak ada orang..
“kerja kot.. petang nanti kita datang,”cadang mak.
“Mak jumpa auntie Peng,”cerita mak pada abah masa kami lunch bersama. Auntie Peng ni jiran belakang rumah kami. Dia dah pindah. Rumah dia s
edang dilelong. Dulu masa mendiang suami dia ada lagi, dia selalu datang rumah kami. Saje melepak di dapur bersembang dengan mak.. sambil mak memasak.. mak ni jenis yang suka memberi nasihat dan motivasi.. sambil tu Ai Leen (anak auntie Peng)akan main dgn adik bongsu saya,Fadilah. Sekarang fadilah dah form2, AiLeen mesti dah jadi gadis cun.. dia tak ada di sini, dia stay dengan abang-abang dia.. Mendiang ayah Ai Leen sakit kanser.. sedih sangat masa dia meninggal.. wajah sweet uncle tu masih terbayang-bayang, rasa macam ternampak-nampak je dia bawa si comel Doggy dia berjalan petang-petang..Teringat satu kali tu auntie Peng tanya mak. “Why U pakai tudung dalam rumah?”
Mak gelak.. “Orang Islam perempuan kene tutup aurat dengan orang bukan Islam sama macam dengan lelaki Islam..”jawab mak. Auntie Peng hairan..
“Kenapa? Perempuan sama perempuan pun tak boleh?..”Auntie Peng pening..
“Dengan lelaki tak boleh.. tak boleh lihat dan tak boleh tahu. Bila dah tutup tak boleh tahu bentuk rambut macam mana.. panjang atau pendek.. kalau Peng Nampak rambut ana, Peng tak tahu yang sebenarnya itu rahsia, nanti Peng tak sengaja terbagi tahu pada mana-mana lelaki.. Peng tak salah sebab Peng tak tahu.. tapi tak berjayalah ana nak tutup aurat, sebab lelaki still tahu apa yang ana tutup..”terang mak ikut logic..
“yalah.. yalah.. wa.. U sangat jaga..” auntie Peng mengangguk.
Hubungan antara mak dan auntie Peng sangat rapat. Hari-hari bila saya balik sekolah Ai Leen ada di rumah saya. Dia dan Fadilah berkomunikasi macam ayam dan itik.. tapi boleh main sama..
“Mak,ai leen kata dia nak kencing!”Adik memberitahu. Mak pun bawa Ai Leen ke toilet. Mak dudukkan dia di jamban macam yang mak buat pada adik, dan mak bersihkan Ai Leen seperti yang mak buat pada adik. Mula-mula tu memang Ai Leen terkejut sebab kene air sejuk.. tak diberi tisu. Tapi lama-lama dia dah biasa.. Mak selalu hantar makanan ke rumah2 jiran.. auntie Peng pun semangat juga nak menghantar makanan. Mak tak sampai hati nak menolak sebab beriya-iya dia masak.. yang saya ingat, udang sambal petai dan acar .. semangkuk besar.. Dia kata dia belajar dari orang melayu.. Mak punyalah berdoa minta Allah bagi ilham dan ruang untuk terangkan pada Auntie Peng.. (kami tak makan yang dia bagi tu..)
Hinggalah pada suatu hari mereka bershopping bersama. Auntie Peng nak beli sumi(agar-agar). Mak bagi tau tentang gelatin yang tak halal.masa tu mak bagi tau tentang halalan toyyiban.. semenjak dari tu Auntie peng bertambah rajin bagi kami makanan, tapi snek-snek yang dia dah pernah tanya pada mak boleh makan atau tak.. Alhamdulillah.. :-)

Jiran sebelah kanan kami ni Uncle Lai.. Isterinya yang first meninggal dunia..Then dia pindah dan rumah ni disewa oleh Chinese family,3 anak lelaki dan Bobby,anjing putih yang sangat-sangat kami sayang..Sekarang Uncle Lai dah ada family baru dan pindah sini semula..
Tuan Bobby selalu tak ada.Kerja kami adik beradik ialah memberi Bobby makan.. kalau mak tak sediakan roti putih sandwich, kami akan bagi Bobby roti Gardenia mak.. haha.. dan kadang-kadang kalau ada ayam yang dah tak berapa ok, memang jadi rezeki Bobby..(mak ni selalu masak untuk menjamu orang lain, tapi kalau ayam tu tak ok, Cuma perlu panggil je Bobby).. Bobby ni rajin merayau malam-malam, tapi kalau kami panggil dia akan berlari-lari entah dari mana datang.. kadang-kadang dia tangkap binatang kecil dan sibuk letak depan rumah kami.. nak tunjuk dia pandai..:-D Pernah satu kali dia bawa kepala khinzir balik. Masa tu kami tengah main depan rumah. Bertempiaran kami lari.. Bobby pula tak faham bahasa, pergi kejar kami.. hahaha.. akhirnya dia tinggalkan depan gate kami.
Family tuan Bobby ni ada macam-macam masalah hidup. Selalu dengar dia mengadu pada mak.. tapi masa tu saya bebudak lagi, tak faham.Dia terpaksa pindah keluar..kesedihan tuan Bobby tu menyebabkan Bobby pun sedih.. Bobby tak mau makan.. dia duduk tergolek dia atas tanah yang basah hingga bulu dia kotor. Bila kami panggil dia diam je.. :’-( kami adik beradik menangis kesiankan Bobby..
“Mak..kesian Bobby.. Mak.. janganlah bagi Bobby pindah.. mak.. Pujuklah tuan dia jangan pindah..”kami merengek pada mak.. Mula-mula tu mak layan lah juga kami, lama-lama tak larat juga.. mana taknya, kami dah menangis.. ada yang tak nak makan.. tak keluar main..
“Mak tak boleh buat apa, pergilah doa pada Allah..”
Dan kami berlima buat solat hajat.. Adik kecik yang tak sekolah pun join sama.. Solat hajat supaya Bobby bahagia..
Malam last bersama tuan rumah tu, mak peluk isteri tuan Bobby.. auntie tu menangis.. “Awak sangat baik.. awak orang melayu yang baik..”Kami berlima(budak-budak) Cuma menjadi penonton.. sedih..

“Orang Islam kene baik dengan semua orang..tak kisah agama lain, tapi jiran tetap kene jaga..Dalam Islam, orang bukan islam pun ada hak yang orang islam wajib tunaikan..nanti depan Allah akan disoal..”jawab mak..
Dan pada hari ini, setelah hampir 6 tahun meninggalkan tempat ni, ternyata kemesraan jiran-jiran tetap terasa..Kawan-kawan saya mostly non muslim.. tetapi Alhamdulillah, akhlak mereka dengan kami superb.. saya boleh ke rumah mereka, dan mereka boleh ke rumah saya.. kami bermain melompat longkang, duduk bersandar bersama, pergi keluar bersama dan dalam masa yang sama saya tetap saya.. dengan identity saya.. tudung labuh dan socks. Apa yang membolehkan kami boleh menjadi sebegini rapat? Kerana Islam mengajar saya bahawa
1. Islam agama fitrah~ segala sesuatu syariat ada reasons. Bila diterangkan pada non muslim, mereka boleh accept, walaupun sometimes mulut mereka menafikan.. yang penting kita kene faham dulu agama sendiri. Kita kena push diri belajar.. mereka juga manusia, ada hati.. sentuhlah dari hati , pasti ada hati yang akan tersentuh..
2. Islam itu akhlaknya indah…! Bermanis muka, lemah lembut suaranya.. mengembirakan orang sekeliling.. mendamaikan pihak yang bertelagah.. Indah sungguh.. pasti ramai yang jatuh hati dengan akhlak mulia..
Walaupun mereka masih still belum mengucap syahadah, tapi kami tak akan berputus asa.. sebab kami tahu hidayah itu milik Allah.. Kami sayangkan mereka.. dan kami nak yang terbaik untuk mereka.. biarlah orang yang tak faham nak kata apa.. Allah Maha Melihat. Dia tahu hambanya ini berusaha.. dan Dia tak pernah berjanji untuk mesti memberi hidayah kepada orang yang di dakwah tetapi akan memberi hidayah kepada mereka yang berdakwah… Thank you Allah.. :’-)

Bila memandang kepada seseorang, sama ada dia muslim or non muslim, berilah harapan dalam hati kita yang tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan jadi manusia yang lebih baik.. lebih soleh… jadi dengan tu walau seburuk mana pun akhlak orang tu pada kita, kita akan automatic dapat layan dia dengan akhlak yang baik… semoga dengan akhlak kita yang rela dalam paksa tu dapat membuatkan dia jatuh hati pada Islam..
Ya Allah, aku sayangkan mereka..berilah mereka hidayahMu.. Ya Allah.. aku sayangkan mereka.. andai dengan diri kami dapat menjadi punca hidayah buat mereka, Kau berkatilah kemesraan dan kasih sayang ini.. ya Allah, aku sayangkan mereka.. Aku merayu untuk dipertemukan dengan mereka di syurga.. agar kami dapat bersama-sama mengecapi nikmat mencintaiMu..
Khamis, 2 Oktober 2008
LiFe CyCLe

“kakak dah tahun akhir..”mak mengulang beberapa kali ketika kami berkemas nak balik kampung.
“iye.. anak mak dah besar, nak kerja dah..”sambut saya. Masa bergambar family, mak paling kecil, comel je..anak-anak semua telah mengalahkan ketinggian maknya.. but mak still yang paling powerful kepada kami.. walaupun kadang-kadang ‘order’ mak pada kami tu tak masuk akal, tapi ‘mom always right’.. dan anak-anak kene taat(selagi tak bertentangan syariat) :-D
Raya kali ni ziarah saudara mara sepupu mak abah dan keluarga angkat nenek.. kebanyakkannya tua-tua dah.. bila salam dan peluk nak balik , mereka menangis.. teringat arwah toknek, dulu bila dia salam dan peluk, toknek akan kata “tahun depan tak jumpa dah..” tapi tahun depan tu jumpa lagi, sehinggalah saya sekolah menengah..
Hidup kita ada life cycle.. macam butterfly.. macam frog.. kita bermula dari bayi, then jadi kanak-kanak, remaja,dewasa dan tua.. dan sebagai orang Islam,kita meyakini yang permulaan kita dari alam roh, dan akhir perjalanan kita sama ada syurga atau neraka. Walau macam mana best sekalipun tempoh muda kita, kita akan tua juga.. walaumacam mana sihat sekalipun kita, akan mati juga.. walau macam mana tak mahu mati pun, mesti kene mati juga.. izrail intai kita 5 kali sehari..
This is the fact.
Disebabkan kita semua akan merasai mati sekali sahaja seumur hidup ni, kita kena sedar 1 perkara penting iaitu segala-gala apa sahaja yang kita buat di dunia ni dalam satu tempoh yang entah berapa lama itulah yang menjadi penentu untuk suatu kehidupan yang tak ada mati-mati.. tak ada tua-tua..
So, antara 2 persediaan.. nak jadi kaya sementara atau nak jadi kaya selama-lamanya.. mana satu pilihan hati? Antara cantik sementara dan cantik selama-lamanya.. mana satu pilihan hati? Antara bersenang-senang sementara dan bersenang-senang selama-lamanya.. mana satu pilihan hati?
Dunia adalah penjara orang beriman..Akhirat adalah penjara orang tak beriman..
Mana satu pilihan hati?
Sekarang 21 tahun.. muda lagi. Sihat lagi. Entah sempat ke tak nak tua. So, pergunakan diri sepuas-puasnya untuk agama Allah. (.. But how many eyes are close like birds in a cage??)
Wahai Allah.. berilah diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku peluang untuk hidup dan mati sebagai kekasihMu..Jadikanlah zahir dan batin kami seperti yang Kau cintai..Kurniakan kami kemanisan cintaMu sehingga kami tidak memandang cinta dunia dan makhluk.. amin ya Rabb…
syukur.....
Nikmat iman..tiket syurga ialah iman dan takwa.. kadang2 kita dlm berjalan ni banyak kali terjatuh tapi kita still bangun kembali ke landasan.
Nikmat kesihatan.. pepatah inggeris “health is not everything but everything is nothing without health”.. ada org kaya ada kreta 17 biji.tapi dia asyik naik ambulans dan terlantar je.kete dia anak bini yang lanyak.. ada org rumah hebat,duit banyak tapi makan kulit roti dan air kosong je sebb sakit..nikmat anggota badan kita ni priceless..
Allah memberi kpd hambaNya mengikut keadaan dan kemampuan hambaNYa.. saya bagi satu analogi. Kalau anak buah saya yang berumur 2 tahun datang pada abahnya dan peluk kaki abah nya.
“abah..nak duit.”
“berapa?”Tanya abah.
“RM2oo”jawab adik kecik ni. Terkejut abah.. baru 2 tahun dah tau minta duit sebanyak tu.
“nak buat apa?”soal abah.
“bli aiskrim”jawab adik. Bertambah lagi abah terkejut.
“tak boleh..adik kecik lagi..”terang abah. Adik pun berguling-guling mengamuk. Abah pun pergi
tahan uncle aiskrim yang naik motor dan belikan 10 aiskrim..huhu.. tak sampai Rm50 pun..Tapi, bila saya yang dah masuk USM ni minta mak abah duit Rm300, esok mak abah bank in kan duit.. hm, kadang tak Tanya pun sebab nak duit..
So… macam tu juga hidup kita ni.. adakalanya kita tengok orang kaya diberi rezeki mencurah dan bertambahhhhhhhhhh kaya.. org yg tak berapa kaya, dapat juga rezeki tapi seciput je.. tapi si hamba Allah yang tak berapa kaya ni doa punyalah semangat “Ya Allah.. bagilah aku sejuta..bagilah aku duit yang banyak..” tapi dia tetap dapat sebulan Rm1200 je.huhu.. yang kaya tu jugaklah dapat juta-jutaan..
Pandangan si ayah pada dua orang anak tadi.. seorang adik kecik dan seorang anak besar. Dia bagi mengikut kemampuan anak-anaknya menguruskan wang tersebut..
Allah tahu hambaNya yang mampu manage duit dengan baik dan yang tak berapa mahir dlm manage duit… barangkali dengan duit tu, si yang tak berapa mahir ni akan pergi clubbing, night club, judi etc… so, sbb sayangkan hambaNya ni, Dia tak bagi lah duit tu…
Dan bila Allah beri rezeki lebih pada kita, tu juga ujian sebenarnya.. adakah kita bersyukur ? apakah tanda kita bersyukur??
(dengarlah lagu raihan ~Syukur..syukur…) :-)
**pagi ni (raya ke2) nak study..cari info di intenet.tapi atuk on tv ttg kuliah pagi sekuat2nya..tak boleh fokus..so, buat sikit catatan ttg kuliah pagi tu.. topik syukur
Ahad, 28 September 2008
..malam yang bermakna..
Malam tu kami bertiga (k.wa, fairuz & lillah) stay di CG.. CG lengang, ramai dah balik beraya.. Roomet lillah dah balik so lillah bercadang nak stay di CG. menghargai malam last sebelum kami berpisah.. (sempat lillah & fairuz mengupas buku Apa Ertinya Saya Seorang Islam oleh Fathi Yakan)
Ya Allah, redhailah ukhwah yang kami bina.. peliharalah ukhwah ini..
*k.wa = setiausaha agung PPM
*fairuz = setiausha organisasi PPM
*lillah = ;-) apa yer??
Malam tu fairuz tak sihat..k.wa pula kepenatan..lillah? tak berapa stabil sebab dah beberapa malam tidur tak cukup sebab buat lab report dan assignment.. Biasanya malam-malam begini ada meeting..meeting..meeting.. (meeting =usrah ahli PPM, tu cara sampaikan tarbiyah dlm PPM yang ada pelbagai lapisan masyarakat). tapi malam ni cuti sekejap..Dan pada jam 11malam lebih baru kami sedar handphone fairuz tercicir di masjid.(tadi berbuka puasa di masjid). Bahaya anak2 dara keluar malam-malam..masjid tu agak jauh. dan nak ke sana jalan agak gelap. Entah kenapa masa tu bila call brothers ppm minta tolong, semua tak dapat..
At last kami gagahkan diri pergi ke masjid. (Tak tunggu siang sebab esok,awal2 pagi fairuz kene bertolak balik )
Alhamdulillah..jumpa!! :-D sebgai tanda syukur, fairuz nak blanja kami makan..kami pun keluar lah ke gerai seberang jalan. Sambil tu berdiskusi topik isteri yang dizalimi.hm..perempuan bila masuk bab ni memang emosional. Allah tu adil dan lebih mngetahui. tak ada pun sesuatu yang ditentukan sia-sia. Hatta sehelai daun yang jatuh pun ada hikmahnya. Iman kita tidaklah seteguh Asiah.. Asiah wanita solehah.. isteri Firaun,sezalim-zalim manusia. Asiah berkahwin dengan Firaun demi menyelamatkan ibu bapanya dari terbunuh. Akhirnya Asiah mati di tangan Firaun sndiri..Megapa lelaki zalim ini mendapat isteri semulia ini? Barangkali krn pada zaman itu hanya iman Asiah yang mampu tetap teguh di tangan lelaki ini.. barangkali jika wanita lain di tempat Asiah, mungkin iman mereka dah hancur lebur mengenangkan penderitaan zahir batin yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat. Allah Maha Adil..Dan di syurga nanti Rasulullah saw,sebaik-baik lelaki akn ada 4 org isteri (wanita terbaik dunia) 1.Khadijah 2.Aisyah 3.Asiah 4.Mariam ibu Isa a.s
Pengajarannya.. sebagai seorang isteri, memang kita mengharapkan lelaki yg baik yang dapat memimpin ke syurga but if God give us the other side, it doesn't mean peluang untuk kita still jadi penghulu bidadari di syurga tertutup.. barangkali melalui suami yang sangat menguji kesabaran itulah kunci ke syurga.. Redha dengan sgala ketentuan Allah.. cukuplah Allah sebagai cinta hakiki :'-)
BAgai tak percaya masa kami balik ke USM, pintu pagar dah tutup..berkunci..pondok pakgat gelap.. "Rilek..rileks.. kita bertenang, fikirkan apa nak buat.."ucap Fairuz. (dia kata masa ni dia macam tak percaya yang kami terkurung luar pagar )
K.Wa mula cemas..lillah dengan k.wa mula bising-bising (cemas, panik, takut)..
tangan lillah masuk celah pagar..perasaan macam dikurung dalam penjara, cuma kami di luar pagar USM.
"Jom kita pusing ke pagar depan KHALEEL."cadang fairuz. K.wa tak mau sebab jauh sangat. k.wa nak pnjat pagar. Fairuz tak mau sebab kesian kan lillah. (K.wa pakai seluar,T-Shirt dan tudung 3 segi : Fairuz pakai baju kurung & tudung 3 segi : lillah pakai jubah & tudung labuh~seluar )
SEmua pakai seluar panjang so kami pun panjat pagar.K.wa naik dulu. then lillah. TApi masa di tengah-tengah pagar, lillah tersangkut. takut.. :'-( K.wa dan fairuz panik dan mula bising-bising. mereka terlompat-lompat dan berpusing-pusing, seorang di dalam pagar dan seorang di luar. Lillah akhirnya berjaya turun tapi sambil menangis tersedu-sedu.. menggigil.. (lama dah tak jadi tarzan..uhu..)
Last sekali fairuz pulak. "Nasib baik bukan lillah yang last naik, kalau tak mesti lillah tak akan panjat.."komen fairuz.
"Dah selamat adikku.."pujuk kak Wa. Semangat betul lillah menangis masa tu,sekarang bila teringat rasa nak ketawa .. :-D
bila lillah dah stabil..hehe..asyik gelak aje. "Mantap lah training MT muslimat kita, panjat pagar USM tu.."lillah membuat ulasan.
"A'ah, MT muslimin pun tak pernah buat.."balas Fairuz.
Sepanjang jalan k.wa, fairuz dan lillah bersembang macam-macm termasuk tentang plan lepas grad nanti (Insya'Allah next year..)
Kami sampai di bilik akhirnya dengan selamat. Fairuz dah sihat.. Dia happy sangat. "Malam ni banyak sangat yang orang dapat..yang Allah tunjukkan hikmahnya.. orang syukur sangat.."
K.wa pula tulis status YM "never forget this moment"
lillah pula tulis status YM ''yes..never"
Di sini kita bertemu mencari redha Ilahi.. di sini kita menagih redha Ilahi.. Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli.lembutmu bukan hiasan bukan juga kebanggaan. Di sebalik tabir dirimu, di sebalik lembut wajahmu, ada rahsia agung itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi, berpegang pada janji mengabdikan diri...Mereka ni dah banyak bekorban untuk org2 lain..especially untuk anak-anak buah kami yang ramai.. (training jadi ibu mithali.)
Ahad, 21 September 2008
mArtabAt WanIta dAlam ISLAm

Rabu, 17 September 2008
milik siapakah hati-hati itu?

Beri’tikaf..
Dengan beri’tikaf kita sebenarnya datang ke rumah Allah. Kita datang ke rumah Yang Paling Penyayang, Pengampun dan Pemurah.. bagi orang lelaki tempat yang afdhal ialah masjid. Bagi perempuan, tempat yang afdhal ialah tempat ibadah dalam rumah mereka..walupun perempuan kelihatan lebih dimudahkan untuk beri’tikaf, kaum ni kelihatan seolah-olah ketinggalan dari amalan ni atas sebab.. BUSY..MALAS..
Kalau di rumah, susah nak dapat peluang ni..selalunya saya akan buat kerja rumah supaya mak saya dapat bei’tikaf tanpa bimbang ada kerja rumah yang tak selesai. Saje nak ambil hati mak.. at least bila saya yang jarang balik rumah ni ada, mak dapat fokus dengan Allah, kekasih dia.. dan keredhaan Ibu membawa keredhaan Allah.. Apa yang saya mahu ialah keredhaan Allah.
Teringat kata-kata ibnu Abbas bahawa beliau terdengar suara dari kubur baginda Rasulullah saw:
“Sesiapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan dapat menyempurnakan hajat tersebut adalah lebih baik baginya dari beri’tikaf sepuluh tahun.Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredhaan Allah, maka akan dijadikan antaranya dan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar jaraknya antara bumi dan langit.”
8.30pm..masih tak ada orang turun.. takpe, sambung mengaji.. masuk surah baru..
8.45pm..dua orang adik datang. Seorang wajah baru. Yang seorang lagi dari jauh tersenyum;familiar..
“mreka tak turun lagi ke kak?”soal si adik yang familiar solat berjemaah. Saya senyum dan memberi isyarat tidak tahu.Biasanya dapat 1 saf panjang atau dua saf.. namun, imamah yang hadir tak konsisten menyebabkan makmum pun tak konsisten.. hm.. saya tak salahkan geng imamah saya, sebab kami semua ada yang ada night class, ada yang kene pergi ziarah anak buah(amanah).. Bulan Ramadhan ni memang bertambah-tambah komitmen.
Bila difikirkan, salah saya juga.. Sebab tak gigih melatih imamah baru.. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.. Salah saya juga sebab hati saya tak betul-betul lurus nak melatih mereka. Usaha sekadar melepaskan diri dari dipersoalkan di Hari Hisab tentu sekali tidak sama hasilnya bila usaha itu datang dari hati yang tulus kerana kasih dan sayang pada agama Allah..
Mereka duduk rapat di sisi saya hingga lutut kami bersentuhan. Tangannya bermain di atas sulaman jubah saya. (Reaksi positif yang menandakan ada peluang untuk saya mendekati hati si adik, Insya’Allah..)
“Semalam ada tarawih tak di sini?”soal saya. Wajah si adik berkerut.
“Semalam kami ada berbuka puasa di school fizik.. kami tak tarawih di sini..”jawab si adik..
“akak pun tak da semalam.. akak ada program luar..petang semalam bagi fakir makan..”balas saya dengan wajah sedih sebab membayangkan surau kosong malam semalam..
“Bestnya!”si adik keriangan. Saya tersentak. Ha?
“Akak bagi di mana?”soal seorang lagi adik.
“jeti.. pasar yang dekat dengan jeti.. luar masjid..”balas saya. Bercahaya wajah kedua adik ni. Oh, mai akak share pengalaman manis akak ye dik.. :-D Sementara tunggu makmum lain turun.. share pengalaman dengan adik2.. khusyuk dan tawadhuk mereka mendengar..
“kalau akak takde surau gelap..”rungut si adik..
Hm.. saya turun awal sebab nak mengaji.. nak focus untuk masa Precious moment with Allah shj.,
“nak ikut..”si adik merengek, masih berminat dengan program yang saya ceritakan.
“La.. lain kali bila ada aktiviti akak ajak ye dik.. kami ada banyak aktiviti..hari tu akak dah announce pada makmum.. tapi adik takda masa tu..”
“bila lagi kak?”
Ha?.. bila nak bagi fakir makan lagi ke? Em.. minggu ni aktiviti ziarah, qiam, berbuka puasa bersama dan diskusi.. pergi bagi makanan pada fakir tak ada dalam senarai aktiviti terdekat lagi..
“Em, next week.. 20hb ni ada qiam.. pastu kita sahur sama-sama..jomla..”
“Akak, persatuan akak ni semua perempuan ke?” soal si adik. “Tak dik.. ada je brothers.. em, tapi qiam dan sahur tu kita-kita je yang sisters, jomla..”
“Orang luar tak kisah ke ikut sekali?” soal si adik.
“boleh aje dik.. kami run program utk masyarakat.. semua orang dialu-alukan..”
9.05pm.. kami pun bersolat bertiga..
“Adik imam,” saya memegang lengan seorang adik. Dia terkejut..
“Tak reti la kak..”
“Baca surah pendek je dik.. Qulya..Qulhuwallah..”
“ha.. tapi.. isyak bole la, tapi tarawih..”
“tu akak jadi imamah.. witir adik ni,”saya memegang lengan lagi seorang adik.
“Akak, saya solat nanti ada lupa-lupa..”balas si adik.
“takpa.. kita sama-sama belajar..”saya terus bangun dan berdiri di saf..Provok. Hehe, selalunya saya tak adalah setegas ni. Tapi kali ni kami cuma bertiga.So pendekatan ni lebih comel..
Dalam keadaan malu-malu dan tak berkeyakinan, selesai juga kami semua bersolat berjemaah isyak,tarawih dan witir dengan tiga imamah berebeza.. lepas solat.. turn doa..
“Akak, mana buku doa BM tadi?”
Buku doa BM? Oh, saya ada bawa buku solat sunat turun ke surau tadi.
“Takpe..takpe.. adik baca je doa yang adik biasa.. baca je doa BM..”pujuk saya sambil memegang bahunya..
“Taknak.. doa saya tak menyentuh hati..”balas si adik.. hurm.. so kakak dia pun bacalah doa.. dalam BM juga…Supaya next time adik-adik tak rasa segan untuk berdoa dalam bahasa melayu.. * BM= Bahasa Melayu
tersentuh ke hati?
Lepas selesai solat, kami berdiri di tepi tingkap..
“Dari bilik saya nampak surau ni..boleh tengok terang ke gelap surau ni..” si adik kelihatan gembira.. Berjaya mengatasi Fear Factor sebagai imamah.. Alhamdulillah..
“Ha.. kalau surau tu gelap, tu tandanya adik kene turun tau..”usik saya sambil berlalu.. kene pergi bersiap cepat.. Dalam masa 20 minit lagi ada first meeting projek Mega PPMUSM iaitu Mahasiswa Bersama Masyarakat!!
Ya Allah.. Milik siapakah hati-hati mereka ini? Milik Mu Ya Allah.. Kau yang memegang hati-hati ini yaAllah.. Izinkanlah aku memiliki hati-hati ini ya Allah.. berilah diriku ruang untuk ku dekati dan berkongsi kasihMu dengan hati-hati ini Ya Allah.. Semoga kami semua istiqamah menghidupkan surau sebagai tempat hati-hati yang memikul amanah dakwahMu berkumpul.. Amin Ya Rahman.. Y a Rahim…
Jumaat, 12 September 2008
mencabar Diri



