Selasa, 3 Mac 2009

playboy oh playboy...

Soalan:
salam lillah.. I jus wanna ask your opinion.. hm.. how to start..
actually sy ni always nampak kawan2 sy menderita dipermainkan oleh lelaki..
so baru2 ni sy ditemukan dgn lelaki yg memang buaya ni.. dan sy terfikir utk permainkan dia sbb nak ajar dia supaya dia rasa sikit betapa sakitnya dipermainkan..
kemudian sy terfikir pula yg sy ni sama la mcm dia kalau sy permainkan dia..
tp sy geram betul pd dia. apa salahnya kalau saya ajar dia sikit kan..
what do u think lillah? :p

my comments:
w'salam awak.. :)
hehe...
soklan ttg playboy ni.. sebenarnya kan awak sy rasa awk cuma dengar cerita drpd sebelah pihak je.. jadi awak agak bias dalam menilai lelaki.. sebaik2nya sebelum kita membuat sesuatu andaian, kita perlu adil dalam menganalisis sesuatu perkara..
dalam kebanyakkan kes yg sy jumpa, mostly kawan2 kita selalu salah faham diantara 'lelaki yg charming & gentleman' dengan 'lelaki playboy'..

;)

lelaki yg charming ni selalu akan membuatkan kita gembira.. setiap kali terpandang dia, hati akan berbunga2.. rasa nak senyum2.. rasa bahagia.. sebab lelaki charming ni suka mengembirakan orang lain.. selalu nya mereka ni baik hati maka ramailah perempuan2 yang jatuh hati... auch!
hakikatnya lelaki tu cuma menganggap perempuan2 tu sebagai kawan biasa...

lelaki yang gentleman ni pun jenis baik hati.. cakap dengan perempuan pun soft jer.. tak suka sakitkan hati perempuan.. selalu beralah.. selalu membantu.. bersifat melindungi.. dan sikap yang sangat2 menyenangkan hati ni pun jugalah selalu membuatkan perempuan2 jatuh hati... aduhh!

lelaki yang playboy ni pulak yg memang memikat perempuan2 dan mahukan perempuan tu utk bergembira semata2.. dan akan meninggalkan perempuan tu dalam masa terdekat.. short term relationship..mereka akan pastikan yang mereka dapat memiliki perempuan yg mereka nak dan puaskan diri mereka.. just for fun.. sometime just utk show off pada lelaki lain.. saja nak bagi lelaki lain jeles... yang ni memang buaya darat..

tapi kan awak...
perempuan pun tak kurang juga yang playgirl.. simpan boyfren macam simpan spare tayar.. kononnya utk back up.. so kalau nak kata lelaki je jahat.. perempuan pun ramai gak yang jahat...

saya ada beberapa kali sembang2 dgn mereka2 yg digelar playboy..(kami bersembang as a fren.. so mereka agak telus dgn saya)
dari situ saya belajar yang lelaki juga merasa derita sama je macam perempuan rasa bila dikecewakan.. but mereka tak tunjukkan.. hehe.. nak jaga macho..
lelaki juga turut merasakan perasaan mabuk cinta bila dah jatuh hati..
lelaki juga nak kan long term relationship tapi dengan orang yang mereka rasa betul2 boleh stay dengan mereka untuk susah senang...

dan after sembang2 dgn mereka, saya tak setuju utk menganggap mereka playboy tetapi

1. mereka ni lelaki yg ada keistimewaan hinggakan ramai perempuan tertarik kpd mereka sedangkan mereka cuma nk kwn2 biasa je dgn perempuan2 tu

2. mereka ni mangsa keadaan.. bila perempuan dah desak2 mereka utk couple.. mereka berada dalam dilema.. bila mereka lari dari that girl, org mula menuduh mereka clash.. hakikat sebenarnya clash tu utk hbngan yg bertepuk dua belah tangan, bukannya sebelah tangan..

3. mereka ni lelaki yang mencari 'the one' dan dia tak jumpa lagi org yg benar2 special yg dpt mengikat hati dia.. so walaupun dia ada ramai keliling dia, dia still tertinjau2 perempuan lain..

4. dia suka bermain2 dengan perasaan perempuan.. suka bagi lagu2 jiwang.. bagi hadiah2.. bagi apa2 yg boleh membuatkan perasaan perempuan berbunga2 la.. kadang2 lelaki ni mahu dianggap open minded dan romantik.. so dia wat centu..dan lagu/hadiah etc tu sebenarnya just for fun..kadang2 dia bermain2 utk melihat respon perempuan tu.. bila dgn cepat perempuan tu cair, mulalah dia akan mempergunakan perempuan tu sbg tempat melepas bosan atau dia terus meninggalkan perempuan tu..
make it simple.. mereka ni nk main2 jer tapi perempuan ingat deorang serius..

5. perempuan pun satu hal.. mudah sangat terperasan atau syok sendiri.. bila ada lelaki bagi pinjam barang atau tolong apa2, mulalah dia terasa lelaki tu suka pada dia, sedangkan sebenarnya dengan semua orang lelaki tu suka menolong..

6. kadang2 kita tengok macam lelaki yg bersalah bila meninggalkan perempuan.. tapi bila tanya sendiri pada lelaki tu.. mereka boleh beri sebab yang kukuh mengapa mereka tinggalkan perempuan tu.. so, kalau mereka dah pun dah berfikir sebelum bertindak.. dan apa yg mereka fikirkan tu betul.. mereka ni bukanlah playboy sekalipun break up beratus kali.. mereka ni adalah 'yang berusaha & tak putus asa'..

sebagai seorang perempuan, yg sy bole nasihatkan ialah..
sebelum menerima seseorang di hati ..
1. pastikan kita tak terima dia kerana kesian...
2. jgn percaya mereka 100%.. sebab mereka ni makhluk yg cenderung utk menipu.. sekalipun dah berkahwin, dah beranak ramai.. janganlah percaya sepenuhnya..
(ni lelaki yg pesan pada saya)

sebagai seorang manusia, yg sy bole nasihatkan ialah..
bila clash, rasanya sakit.. tapi ingat lah:
1. mungkin ini kifarat dosa kerana kelalaian dalam cintan cintun
2. Allah nak tingkatkan darjat hambaNya.. sebab masa sedih baru la nak ingat Allah..
3. siapa la kita ni nak hukum orang lain.. Allah je yang boleh menghukum.. so sekalipun kita tau org tu player yg mantap.. biar Allah yang ajar dia, bukan kita.. sebab kita tak tahu hati dia.. silap2 kita ni jauh lebih teruk dari dia sebab bersangka buruk sedangkan dia tak seperti yang kita sangka..
4. Allah nak gantikan yg lebih baik.. sabarlah ... yakin dengan janji Allah yg kita semua dah ditetapkan rezeki, jodoh dan maut...

sebagai seorang sahabat... sy nasihatkan..
usah mengaku 'suka' andai belum bersedia.. jadilah org yg bertanggungjawab dalam segala tindakan.. usah mengikat sebelum terikat.. hargailah setiap detik dan saat kerana kita akan melalui semua fasa kehidupan (kalau tak mati awal la..)
sekarang single.. lepas ni double.. then triplet dan seterusnya akan single balik(dlm kubur)
so.. aprreciate every moment.. jgn terburu2 sbb nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. enjoy your life!

simpanlah 'suka' tu hingga kita betul2 bersedia dan dia betul2 bersedia.. sbb kalau memulakan langkah sebelum bersedia samalah bersedia untuk terjatuh..

wallahua'lam...

7 ulasan:

  1. salam..hi lilah!! ingt ak? hehe..nway, nice elaboration...
    make me think deeply for a while...thanks :)

    BalasPadam
  2. bagus3...nice artikel..ramai manusia2 yg salah faham dgn golongan ni..atleast after baca artikel ni, diorang xde la salah faham lg..especially pd gulr..

    Gurl sedarlah..jgn mudah terperasan..jgn mudah sangat suka kat org, tkut nanti diri sndr yg merana..huhu..

    jika sandarkan rasa sayang pada musia pasti dirimu akan berpeluang utk disakiti..tapi jika sandarkan rasa sayang pada ALLAH, pasti kamu beruntung dunia dan akhirat =>..

    wallahualam..

    BalasPadam
  3. w'salam..

    to little star..
    hehe..siapakah gerangan anda?
    em.. x ingat la..
    yg tinggal d bukit desa ker?
    :p
    ada kwn nama mcm awk tp dia 1988.. bukn 1987...

    to anonymous..
    btul2 stuju yg kita mesti sandarkan kasih sayang pd Allah..
    jadilah wanita solehah yg produktif.. berdoalah utk dijodohkn dgn lelaki soleh yg produktif supya dpt bina keluarga islam yg produktif.. :p

    BalasPadam
  4. Salaam lillah,

    Macam boleh agak je tulisan ni untuk sape.. Betul ke kawan lillah yg tanya soalan tu? ;p

    BalasPadam
  5. w'salam shabaana...

    tulisan ni utk pompuan2 yg nak blajaq.. huhu

    :p

    ni mmg soklan yg ada org tanya la ana..
    identity penanya knela disorokkan..

    btw, lps kita sembang2 aritu.. lillah discuz ngan mak.. dan my brothers.. ditambah dgn pengalaman2 so... terhasil la artikel ni...

    :) ana.. world peace! hehe

    BalasPadam
  6. salamm...nak kongsi la sikit kat sini wlupun xpandai brcakap...rmi yang pikir(pompuan la)yg dia rs ..dia sorang ja tertipu dgn lelaki2 "kurang upaya" nie..tp sedar la..ramai lagi d sana yg merasainya n termsk la yg menulis ini..he..hee..jadi..thanks lilah krna mengupas isu yg baik nie..sebab diri ini..sdg berusaha memaafkan "llki krg upaya" itu...bila pkr balik..sp la kita nak jatuhkan hukuman kpda sesorg ituu..kt pun bukan la ferfect sngt..kt kan selalu ja d nasihati supaya teladani Rasulullah s.a.w..mn jd seorang pemaaf..jd..maafkan la..moga kita tenang nak cr "bekalan "hidup..n "lelaki" itu pun tenang juga..that all...cuma perkngsian ..hmba Allah yg msh belajar(btl yogurt)..(^_^)

    BalasPadam
  7. em....

    nak minta maaf kalau ada yg terasa/ tersinggung/ terkecik ati

    dgn artikel ni..

    x berniat pun nak singgung mana2 pihak...

    :'(

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....