Ahad, 4 Mei 2008

DiSkuSi Kelahiran Semula ~ soalan dari non muslim kpd muslim..


Saturday, May 3, 2008
Reincarnation vs Hereafter

http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/641



Soalan:


"kwn sy penah tanya ttg kehidupan lps mati, dari konsep buddha, org jahat yg mati akn jadi haiwan dlm next birth.. so mreka dberi pluang utk btaubat.. mreka pertikaikan islam yg cuma ada 1 pluang je hidup.. sy dah try jwb yg sy tau.. tp nk gak tau pdngn org len,yg lbh berilmu.. sy dlu jwb ikut logik,alhamdulillah kwn2 terima.."

-Sis 'lillah' (http://coretanfisabilillah.blogspot.com/)


Jawapan:


Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh MM Badjie (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/636), Sdr. Daniel (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/637) dan MM Iman (http://groups.yahoo.com/group/abumeow/message/639). Jawapan-jawapan tu sama macam yang saya fikirkan sebelum ini... hehe..

Mungkin di sini saya nak buat sedikit penggulungan terhadap jawapan yang diberikan..


1. Jom enjoy!


Reincarnation:

Jika kita ada peluang kedua, ketiga dan seterusnya, maka tak salahlah untuk kita enjoy di kehidupan ini.. Kita boleh lah, mencuri, minum arak, berzina, hisap dadah, berjudi dsb. Kalau pun kita dilahirkan dalam kasta yang lebih rendah atau dalam rupabentuk haiwan dsb, kita masih ada peluang untuk menjadi baik.

Sebagai contoh, sekiranya kita dilahirkan semula sebagai seekor kucing, kita boleh menjadi seekor kucing yang baik dan kemudian akan dibangkitkan semula dalam kehidupan berikutnya sebagai seorang manusia... begitulah seterusnya..




Hereafter:

Jika kita hanya ada satu peluang, maka sudah tentulah kita perlu berusaha melakukan kebaikan dan mengelak daripada melakukan kejahatan dengan seboleh mungkin. Kalau pun kita melakukan kesalahan, kita akan segera bertaubat dan segera memberhentikan kesalahan itu. Ini kerana, sekiranya kita gagal mentaati Tuhan dalam kehidupan ini, kita akan terus gagal di akhirat. Tiada lagi peluang kedua!

Maka jelaslah di sini konsep hereafter lebih praktikal dalam membentuk manusia yang baik.


2. Risiko


Reincarnation:

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, reincarnation membawa konsep adanya peluang kedua. Katakanlah konsep ini adalah konsep yang benar, maka orang-orang yang percaya kepada konsep ini tentulah akan selamat. Tetapi dalam masa sama, bagi mereka yang tidak percaya kepada konsep ini, walaupun telah membuat pilihan yang salah, masih mempunyai peluang kedua dan peluang-peluang berikutnya. Maka sebenarnya mereka juga berpeluang untuk selamat.

Selain itu, ramai pengikut agama Buddha hari ini claim bahawa agama mereka adalah compatible dengan agama-agama lain. Dengan lain perkataan, seseorang itu boleh mengamalkan mana-mana agama selain daripada agama Buddha, tetapi selagimana dia mengamalkan kebaikan, dia tetap akan diterima. Ini bermakna, kalau pun kita tidak menganut agama Buddha, kita juga boleh selamat!


Hereafter:

Agama Islam membawa konsep hereafter. Sesiapa yang percaya (beriman) dengan agama Islam dan melakukan kebaikan (amal soleh), dia akan selamat daripada azab neraka dan berpeluang mendapat ganjaran syurga yang nikmatnya di luar batasan imaginasi manusia.


Nabi Muhammad SAW bersabda, "Allah Taala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang soleh, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mana-mana mata, tidak pernah didengari oleh mana-mana telinga dan tidak pernah terbayang oleh hati..." (Sahih Muslim 40:670)

Tetapi sekiranya seseorang menolak kebenaran Islam setelah ia dipersembahkan kepadanya, dia akan diazab di neraka yang amat pedih.

Firman Allah: "Sesungguhnya bagi mereka yang menolak petunjuk-petunjuk (signs) Kami, Kami akan campakkan mereka ke dalam api neraka; apabila kulit mereka hangus, Kami akan gantikannya dengan kulit yang baru agar mereka merasai (kepedihan) azab itu..." (an-Nisa' 4:56)

Jika kita menganalisa dari sudut risiko, maka jelas sekali memilih untuk menganut Islam adalah pilihan yang berisiko rendah. Ini kerana, sekiranya agama Buddha yang membawa konsep reincarnation adalah agama yang benar, orang Islam juga berpeluang untuk selamat. Tetapi sekiranya agama Islam yang membawa konsep hereafter adalah agama yang benar, orang Islam berpeluang untuk selamat dari azab neraka, tetapi orang Buddha tidak!

Ini bermakna peluang untuk orang Islam selamat adalah lebih besar. Kita selamat dalam kedua-dua kes!

Maka memilih Islam adalah pilihan yang lebih selamat dan lebih bijak.


WaLLahu a'alam.


meow!

Posted by AM Firdaus at 9:02 AM
Labels: reincarnation

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....