Rabu, 6 Mei 2015

Jemaah Masturat 5-6 Mai 2015

Assalamualaikum...
Lama tak post sini.. Asyik post ke blog Rizuwan Enterprise je..

Inshaallah pagi ini ada sikit masa.. 3 minit. Post sekejap.

Jemaah masturat 5-6 Mei 2015 
------------------------------------------------------
Walaupun kami bercakap-cakap macam ayam dan itik sebab tak faham bahasa, tapi masa taklim macam boleh faham. siap flash back dalam versi BM. Tak mengantuk, siap mengalir air mata semasa dengar mereka baca doa.. Yang saya faham kalimah umat umat umat itu mereka ulang banyak kali. Kalimah iman iman iman itu banyak kali. Jauh mereka datang dari Shimala India selama 2 bulan. Pengorbanan besar demi iman, demi umat... Fikir risau umat. Moga Allah redha.


Jemaah masturat 5-6 Mei 
-------------------------------------------
Tuan rumah tak payah masak. Jemaah masturat nak masak sendiri. Capati dan lauk ayam resepi original dari India... 
Jauh chef ni datang... Siap masakkan, siap hidangkan dan jemput tuan rumah makan. Lepas makan, mereka tolong kemaskan. Persaudaraan hanya kerana Allah... Priceless!


Jemaah masturat 5-6 Mei 
-------------------------------------------
Mereka sangat taat pada amir sab.. Menu nak masak pun ditentukan oleh amir sab (ketua kumpulan) .. Mula-mula mereka hidangkan makanan untuk para suami. Selepas suami pulang ke surau baru para ahlia makan.. Mereka hanya makan selepas suami makan. Saya tak faham bahasa mereka, tak dapat bertanya tentang cara mereka khidmat kepada suami. Hanya dapat melihat sahaja.. Itupun sudah terpesona.


Jemaah masturat 5-6 Mei 
--------------------------------------------
Punyalah nyenyak tidur sampai mimpi indah. Tiba-tiba terjaga ada tamu jemaah masturat di tepi saya,atas katil saya! Dia kata "Taklim.. Taklim..." sambil senyum.Geram kena kacau tidur tapi tak mampu nak marah maka saya pun senyum. Sepatutnya memang saya akan bad mood kena paksa taklim sebab saya ni jenis tak boleh disuruh. Tapi dia sangat manis dan saya cair. Dia sangat pandai melayan Fayyadh sampai Fayyadh tak heran pada mama... Kuat sungguh aura dia,saya yang keras ni pun cair.

Jemaah masturat 5-6 Mei
-------------------------------------------
Ini kali ketiga terima jemaah masturat datang ke rumah.. Ini kali pertama terima jemaah masturat luar negara datang ke rumah.. Setiap kali jemaah nak datang, kami suami isteri akan sibuk mengemas rumah memandangkan rumah kami seperti kilang tempat kami berniaga. Terima kasih suami kerana bekorban tinggal di surau dan jadi driver @ runner untuk tetamu kita. Moga Allah berikan rahmat untuk mu.
 — feeling missing.


Jemaah masturat 5-6 Mei 
-------------------------------------------
Mengapa pergi menyusahkan diri terima jemaah masturat? 
Sebab... 
Nak recharge bateri iman...
Hari-hari lain mama sibuk urusan harian sampai kadang-kadang amal soleh terbengkalai. Apabila iman lemah, nak beribadah jadi malas. Yang wajib rasa berat maka yang sunat jadi culas.
Tak mampu mama nak jadi isteri yang baik dan ibu yang baik dalam keadaan bateri iman begini.
Maka kami terima jemaah masturat datang ke rumah. Jemaah masturat ini program untuk kaum wanita sahaja. Mereka datang hidupkan amalan sunnah seperti baca hadis, baca Quran, menjalani rutin harian cara sunnah dari awal bangun tidur sampai masuk tidur. Moga-moga dapatlah tuan rumah ni doa-doa mereka... Dapat juga aura mereka... Barulah semangat nak didik anak cara sunnah..



Jemaah masturat 6 Mei 
------------------------------------------
8.30 am Breakfast 
9.00 am Bayan in Urdu 
9.30 am Rest
11.00 am Taklim
12.30 pm Cooking + Zuhur
2.00 pm Lunch + Rest
5.00 pm Taklim
6.00 pm Bayan
6.30 pm Rest
7.00 pm Prepare for Maghrib + Isya
9.00 pm Dinner
10.30 pm 😴 zzzz sleep


Saya copy paste dari fb saya..

moga bermanfaat

Sabtu, 21 Mac 2015

Bebola Daging Berempah . Produk Muslim Pilihan Mukmin

Suami saya menjual bebola daging berempah ni.. Sebungkus Rm14. Goreng sedap. Kalau nak cepat, masukkan dalam microwave dan siap... Kalau nak kreatif masak bakso atau sup.. Makan dengan kuah spaghetti pun sedap... Allah bagi sedap.. Jemput ke kedai kami : rizuwanent.blogspot.com


Susu Kambing Kolagen Prima

Setelah tragedi minggu lepas (maklumlah menyusukan anak kekurangan kalsium) saya terus minum susu kambing setiap hari. Kebetulan minggu lepas berniaga sebelah gerai susu kambing kolagen... Sarapan saya ambil 2 sachet, tengah hari saya ambil 1 sachet dan malam saya ambil 2 sachet.. Perubahan yang saya rasa ialah badan tidak berangin, kalau tak selalu masuk angin, kulit tak berminyak @ kering dan bibir tak pucat. Alhamdulillah..Saya tak suka susu lembu, alhamdulillah susu kambing kolagen ini tak ada bau dan sangat sedap... 

Nota : Saya bukan agen susu kambing ini.. Sekadar berkongsi kebaikan..Inshaallah berkesan untuk anda juga.. 
Nota lagi : Mungkin di masa depan jadi agen akibat nak simpan stok untuk diri sendiri heehe
Nota lagi lagi : RM35 sekotak...

Ahad, 1 Mac 2015

Pengalaman Demam Denggi

Seminggu lebih diuji sedikit kesakitan yang mendekatkan diri kepada Allah. Hadiah demam suami isteri menyebabkan pelbagai kerja hampir terbengkalai. Apabila setiap hari perlu berulang alik ke klinik untuk ujian darah, dapatlah merasai kepayahan dan ketabahan para jururawat dan doktor yang bertugas di klinik. Suasana tempat kerja mereka penuh tekanan dan mereka masih tetap melangkah pergi bekerja Isnin-jumaat.
Kemuncak demam apabila tangan dan kaki naik ruam merah yang pedih.Masa itu nak berdiri rasa bagai pijak atas pisau. Pedih. Tak boleh bayangkan nak pijak Titian Sirat di akhirat. Ya Allah ampunkanlah kami...
Emak datang menjaga cucu manakala abah datang menghantar bekalan makanan, tujuan supaya kami dapat banyakkan berehat. Semoga Allah izinkan kami berbakti kepada emak dan abah apabila mereka sakit dan ketika mereka tua...
Ada orang lain diuji lebih berat, sakit mereka tidak sembuh sepanjang hayat. Ada yang dalam sakit terpaksa bekerja. Ada yang lansung tiada upaya bekerja hingga bergadai kereta dan harta lain. Mereka istimewa.
Alhamdulillah nikmat Allah apabila kita dapat merasai ketenangan dalam ujian. Moga Allah izinkan kita membantu manusia lain sepanjang hayat.
— feeling happy.

TIPS Kebahkan demam denggi :
1) Titiskan stevia RCC bawah lidah : Ya Allah p.a.h.i.t sungguh.. Minum air kumur-kumur telan, rasa tegak bulu roma. :D Hehe..
2) Minum jus daun betik yang direbus, jadi rasanya tidaklah sepahit daun segar.
3) Makan sup ketam. Memandangkan kami tak jumpa ketam sebenar, saya cuma beli isi ketam 'KAMI' di Tesco. Buat sup. Tapi suami sahaja yang makan sebab anak saya alergi jadi saya pun kena pantang makan seafood....
4) Minum air banyak-banyak. Minum jus, minum yogurt dan segala bentuk cecair...
5) Rehat secukupnya. Ada anak yang masih bayi, memang tidak dapat cukup rehat. Adat begitu....


Sabtu, 7 Februari 2015

Terima kasih....

 

9 bulan berkahwin (17 Ogos 2013 bernikah), tempoh singkat untuk kami belajar menjadi suami isteri. Hingga ke hari ini kami masih dalam tempoh berkenalan, masih banyak perkara hendak diborakkan, masih banyak perkara tentang diri masing-masing yang tidak diketahui. Kadang mudah untuk kita saling meluahkan suka dan tidak suka supaya diketahui pasangan. Kadang terpaksa telan sahaja walaupun hati tidaksuka. Sama sahaja baik suami mahupun isteri, begitulah adat berkongsi hidup perlukan tolak ansur. Apabila ditanyakan orang-orang tua tentang rahsia rumahtangga kekal lama, pastinya jawapan mereka kepada isteri ialah 'banyakkan sabar dan beralah' manakala kepada suami pula ialah 'jangan terburu-buru, sabar dan fikir panjang'.

1 minggu menjadi ibu bapa (18 Mei 2014 melahirkan Muhammad Nabihan Fayyadh), menjadikan malam dan siang kami menjadi begitu panjang. Fayyadh pula mengalami sakit kuning jadi kami perlu kerap menyusukan dan menyalin lampin Fayyadh. Pernah selang setengah jam kami akan menyusukan Fayyadh. Minggu pertama melahirkan, tubuh saya masih lemah. Mahu duduk pun sakit, berjalan sakit dan apabila baring mahu berpusing pun sakit. Maka suamilah yang perlu jadi orang kuat membantu menguruskan anak. Pada waktu siang, alhamdulillah ada emak membantu. Pada waktu malam, suami perlu on call menguruskan anak.

Ketika Fayyadh perlu berulang alik ke pusat kesihatan dan hospital, suami terpaksa berulang alik. Kerja yang sedia ada sudah sibuk menjadi bertambah sibuk hingga akhirnya suami demam. Dalam demam terpaksa teruskan juga menjadi orang kuat menguruskan keluarga dan bekerja.

Saya letih dan kadang saya tertekan dan meluahkan melalui bahasa dan air mata. Suami pula tidak pernah mengadu letih atau tertekan namun apabila dirinya sudah mula sakit-sakit, batuk, selesema dan demam, maka saya tahu suami juga dalam keadaan yang sama.

Apabila duduk berfikir, saya yakin Allah tahu kami mampu hadapi ujian ini bersama. Bukankah anak yang terbaik ialah anak yang dapat mendekatkan ibu bapanya kepada Allah. Maka syukur Alhamdulillah kerana kehadiran Fayyadh selalu buat mama dan papa banyak berdoa kepada Allah. Alhamdulillah...

Berterima kasihlah apabila kita kesempitan harta, masa dan tenaga, lalu dikuatkan hati untuk berdoa merintih kepada Allah. Bukan semua orang diberikan kekuatan untuk merintih kepada Allah. Betapa ramai manusia yang apabila susah cuma mengeluh dan mengadu kepada manusia hingga manusia keliling jadi jemu dan muak serta menyampah kepadanya.
Syukur Ya Allah!

Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan redha kepada-Mu dalam semua keadaan.. Redhailah kami Ya Allah...

# Bangun syif malam menyusukan anak dan perah susu anak. Kasi peluang suami tidur.
 — with Mohd Rizuwan Borhan.

Coretan lama fb May 29, 2014 · 
 

Khamis, 5 Februari 2015

Redha seorang isteri

Alhamdulillah sudah masuk minggu ke tiga menjadi pengedar mee An'Nur. Ianya pengalaman baru yang amat beharga. Sebelum ini saya cuma menjadi guru tuisyen. Lebih 12 tahun saya mengajar budak-budak, kali ini demi nak menyokong usaha suami dan memberikan yang terbaik kepada anak, maka saya buat keputusan berhenti kerja.

Sekian lama biasa pegang duit sendiri, seronok membeli belah, seronok bersedekah dan lain-lain.. Apabila menjadi suri rumah, maka perlulah ubah tabiat suka hati dengan duit. 

Apabila diri rasa berkeinginan kepada sesuatu, saya akan solat dan berdoa.

Apabila diri rasa terfikir kepada sesuatu yang tidak baik, maklumlah syaitan suka bisikkan macam-macam yang negatif supaya kita bersedih, saya lawan dengan baca quran dan barakah makkiyah.

Banyak permintaan bekas-bekas pelajar supaya saya meneruskan kelas, kadang-kadang hati terigin nak kembali mengajar, sampai termimpi-mimpi banyak kali saya pergi mengajar. Bukan suami yang halang saya mengajar, tapi saya sendiri yang rasa belum sanggup dan belum bersedia. 

Dulu sebelum berhenti kerja, saya fikir banyak kali untuk berhenti. Saya tidak risau sangat tentang apa pandangan orang luar tentang keluarga saya sebab sebelum ini saya memang tidak peduli pun apa pandangan orang luar. Selagi keluarga saya masih berlandaskan yangAllah redha, cukuplah. Saya paling takut kalau saya jadi isteri derhaka apabila keinginan saya tidak mampu dipenuhi oleh suami. Bolehkah saya berakhlak mulia kepada suami tatkala suami tidak mampu memberikan saya sesuatu yang mungkin saya sangat hajatkan? 

Senarai hajat saya panjang... Hehe.. 

1. Nak bersalin di hospital yang disambut oleh doktor pakar perempuan dan suasana selesa.
2. Nak pergi mengelilingi dunia dengan suami
3. Nak dapur besar dan cantik
4. Nak penghawa dingin satu rumah
5. Nak tembok besar mengelilingi rumah supaya tidak perlu bertudung keluar rumah
6. Nak ada taman luas dan cantik di laman rumah
7. Nak ada kebun sendiri tapi bukan saya tukang kebun
8. bla bla bla...

Tapi apabila pandang wajah suami yang comel lagi baik hati...Yang sanggup buat kerja tambahan jual kotak, plastik dan besi untuk ekonomi. Kerja utama suami ialah jadi pengedar mee An'Nur iaitu mengedarkan mee tanpa asid borik,wax dan MSG ini ke seluruh dunia (sekarang baru dalam Malaysia.. Moga-moga dapat sampai ke seluruh dunia)

Like sini -----> Mee Wantan An'Nur

"Tak apalah kanda. Kanda diizinkan Allah keluar 40 hari, keluar 3 hari dan dapat khidmat di masjid. Itu tandanya rezeki yang berkat."

"Tak apalah kanda, nanti di syurga baru kita tinggal di rumah cantik.. Moga dapat masuk syurga tinggi sekali. 

"Sesungguhnya di Syurga terdapat seratus darjat yang Allah sediakan untuk orang yang berjihad di jalan Allah. Antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kamu meminta kepada Allah, mintalah al-Firdaus al-A'la. Sesungguhnya ia berada di tengah-tengah Syurga dan tempat yang paling tinggi. Di atasnya terdapat Arasy Allah. Daripadanya mengalir sungai-sungai Syurga. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda “Adapun 3 orang yang pertama kali masuk surga adalah syahid, seorang hamba yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat kepada Rabbnya dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri dari meminta minta (HR. Ahmad). Orang yang miskin akan masuk surga terlebih dahulu dari orang-orang kaya karena mereka tidak memiliki sesuatu untuk dihisab. Selisih waktu antara keduanya adalah 40 tahun. (HR. Muslim).

:) Syukur alhamdulillah saya yakin Allah akan tunaikan hajat saya....


Ahad, 25 Januari 2015

Khuruj 3 hari 24 Januari-26 Januari 2015


Papa pergi keluar jalan Allah. Allah jaga mama dan Fayyadh. 

Mama, keluar jalan Allah itu bagaimana?

Papa pergi sebarkan kalimah Allah, ajak orang lain taatkan Allah dan jaihi larangan Allah, ajak orang hidupkan masjid dan surau dengan solat berjemaah 5 waktu, majls ilmu dan jaga amalan zikir dan fikir. Pada waktu ini kena fokus fikir umat.. Perlu fikir bagaimana mahu sampaikan kalimah Allah ke setiap lorong dan sampai ke bayi terakhir yang lahir di bumi.

Berapa lama papa pergi?

Ada rezeki kita jumpa lagi. Kalau papa pulang pun cmalah untuk persediaan pergi keluar yang lebih lama...

Ahad, 11 Januari 2015

Pengalaman Suami Keluar Dakwah / Khuruj 40 hari

Papa baca Yassin pagi hari sebelum bertolak. Fayyadh di alam mimpi..

Suami tafaqut untuk keluar 4 bulan ke IPB sebenarnya.. 
Yang Allah takdirkan kluar 40 hari ke Batu Pahat. 

Allah tahu kemampuan hamba-hamba-Nya. Kami suami isteri bagaikan belangkas ke hulu ke hilir bersama-sama setiap hari, jadi berpisah pun Allah aturkan berperingkat-peringkat. Mula-mula 3 hari kemudian 10 hari dan diikuti 40 hari.. Inshaallah apabila sudah sampai saat yang kami bersedia, inshaallah barulah 4 bulan kan.. :)

Semakin hari suami nak bertolak, kami semakin sibuk dengan urusan kerja hinggakan suami pergi pun saya lansung tak sempat siapkan beg-beg barang suami. Saya pun sudah lupa apa yang saya sibukkan ketika itu. Suami pula jenis yang tidak akan membuat permintaan maka dengan apa yang sempat dicapai disumbat bagi muat beg. Seingat saya ialah saya sempat masakkan maggie untuk suami bawa bekal dan maggie itu saya cuba ubahsuai resepinya sebab kononnya tak nak guna perencah yang ada ajinamoto. Hasilnya maggie tu tak sedap lansung tapi entahlah mengapa, mungkin masa yang terhad, saya terus bagi suami bawa pergi markas.. Huuu.. Suami tak mengeluh sampai ke hari ini. Mungkin suami redha.. Entah kenapa teruk sungguh khidmat saya di hari-hari terakhir itu. Walaupun beliau tidak 'complaint', sebagai isteri sendiri terasa kurang puas hati.
Apa yang sudah berlaku redhalah... Moga Allah berkati pemergian beliau... 

Pada pagi yang sama suami tercinta bertolak pergi, sahabat saya suami isteri khuruj 40 hari ke India. Allah pilih saya untuk bantu jaga anak mereka yang berumur 3 tahun. Maka saya ada dua 'pinjaman Allah' yang comel untuk dijaga iaitu Mimi dan Fayyadh. 
Anak solehah Ahlia Sarazi
Ramai orang tanya Mimi tak menangis ke kena tinggalkan umi dan abi?
Mestilah menangis. Masa menangis akan memanggil abi..abi..umi..umi..Kemudian ambil bantal tutup muka dan tidur. Adik bongsu saya yang sudah dewasa pun nangis sama melihat babak sayu ini. Logik akal pun tahu yang budak-budak kalau baru berpisah akan menangis, so tak ada kaitan dengan anak menangis kerana umi abi khuruj... Kenalah pandai pujuk. Mimi nak pujuk dia senang je.. Bagi kucing terus mood baik, alhamdulillah. Terima kasih meow meow..

Sayang meow meow
Ramai orang tanya kenapa umi sanggup tinggalkan anak sedangkan Hajar tidak meninggalkan Ismail.
Sepatutnya mereka tanya lah kepada umi dia untuk jawapan yang sebenar.
Tanya pada saya, dapatlah jawapan saya dan bukannya jawapan sebenar umi dia.
Tapi masa itu saya pilih untuk diam dan senyum sebab kalau saya jawab khuatir manusia yang sedang marah akan menjadi bertambah marah...
Ajak Meow tidur sama...
Memandangkan ini blog saya, suka hati saya nak tulis apa.. Jawapan saya ialah :
1) Mimi tu bukannya baby yang masih menyusu badan, umur sudah 3 tahun.. Jadi sudah boleh berpisah dengan ibunya. Bukannya berpisah terus... Berpisah sekejap je, 40 hari sahaja pun. Ramai lagi ibu lain tinggalkan anak sebab urusan kerja, pagi hantar anak ke rumah pengasuh, anak masih tidur. Balik ambil anak pun anak sudah tidur.Kalau jumpa pun masing-masing buat hal sendiri.

2) Mimi tak ditinggalkan bontang-bontang. Umi abinya ulang alik bawa mimi ke taska saya banyak kali supaya Mimi dapat biasakan diri dengan tempat baru sebelum tarikh mereka fly. Bekalan nestum, susu, pampers dan segala harta karun mimi termasuklah basikal dan bantal busuk pun ada. Lebih dari cukup stok yang mereka sudah sediakan. Mereka juga memberi dalam RM1000 untuk kami jaga anaknya, bawa anaknya ke klinik dan lain-lain. Maka tiada isu anak ini ditinggalkan oleh ibu bapa tidak bertanggungjawab.
Pinjaman Allah yang sangat beharga.. Pandai sayang adik
3) Umi dan abi sayang sangat Mimi. Setiap hari umi whatsapp saya minta gambar mimi dan bertanyakan hal Mimi. Saya ulangi.. SETIAP HARI. Papa Fayyadh pun tak buat macam tu... 

4) Setiap hujung minggu atuk dan wan akan datang bawa Mimi balik rumahnya di Sg Buloh. Nenek dan pakcik-pakcik di Gombak pun datang juga. Pakcik Sg Buloh pun rajin bawa Mimi jalan-jalan. 

Cukuplah (4) points saya jawab, kalau tulis panjang pun bukannya orang yang tak nak terima dapat terima. Siapa yang Allah nak bagi faham akan faham dan yang Allah tak nak bagi faham akan tak faham. Moga-moga Allah bagi faham.....

Balik kepada kisah kehidupan kami... Anak-anak fisabilillah dua orang ini boleh tahan aktifnya manakala saya juga agak sibuk dengan kelas mengajar maka saya mengambil keputusan duduk di rumah emak. 

Pagi-pagi bangun awal.. Sebelum matahari terbit sudah bertolak ke taska di depan rumah (jalan kaki dua minit dah sampai). Di taska, Mimi boleh belajar pelbagai kemahiran dengan pengasuh dan kawan-kawan...

Kami nak ke taska hihi.. Mimi tengok Fayyadh naik stroller, dia pun nak naik stroller.. Mujurlah ada dua stroller...
Saya pula akan ke kelas untuk mengajar. Kadang-kadang saya tinggalkan Fayyadh di rumah bersama emak, kadang-kadang bersama Kak Ti pembantu rumah dan selalunya saya bawa Fayyadh bersama ke kelas sebab Fayyadh menyusu badan. 

Minggu pertama suami tak hubungi saya.. Amboi.. Geram. Hmmm
Minggu kedua saya sibuk dan merajuk. Suami hubungi saya. Hm... Dah terlambat, saya sudah merajuk. Huhu.Tapi tak jadi merajuk sebab seronok cinta hati telefon.
Suami pesan suruh buat taklim, suruh baca Quran dan suruh jaga amal. Katanya suami khuruj usaha atas iman dan amal, isteri di rumah juga kena usaha atas iman dan amal.. Jangan sampai Fayyadh lebih kenal handphone mamanya berbanding Quran. :(
Mama baca Quran tengah malam pun Fayyadh temankan... Sweet betul
Minggu ketiga, saya pilih untuk pulang ke rumah. Tujuannya supaya dapat fokus jaga amal ... dan jaga anak-anak. Pergh... Saya sudah bazirkan dua minggu pertama dengan sibuk bekerja hingga amal saya tunggang langgang. Betapa ruginya sedangkan ketika suami khuruj ini, pahalanya berganda. Pahala suami berganda, pahala isteri juga berganda. Doa suami mustajab, doa isteri juga musatajab. Allah campakkan sedikit ujian kepada Fayyadh supaya gatal-gatal eczema yang teruk menyebabkan seluruh wajah dan kepalanya merah gatal-gatal. Punyalah allergic sampaikan air liur sendiri pun jadi bisa untuk dia. Apabila merah, berair.. dan keadaan itu memang hanya Allah yang tahu betapa seksanya jiwa ibu yang mengandung dan melahirkan. Fayyadh meragam luar biasa hinggakan semua orang jadi kelam kabut. Pelbagai usaha dilakukan dan akhirnya saya redha... Saya bawa Mimi dan Fayyadh pulang ke rumah home sweet home kami yang rumput lalangnya sudah tinggi lagi berkemuncup akibat sebulan ditinggalkan. 
Aktiviti harian : Main kereta tolak...
Di rumah pink ini, saya mulakan hidup baru. Saya bagi notis penutupan taska kepada ibu bapa pelanggan saya kerana saya mahu jaga anak sendiri sahaja. Saya tidak mampu melayan kerenah pelanggan pada saat-saat ini. Saya juga mahu tutup pusat tuisyen tetapi pengetua minta izin untuk ambil alih pusat tuisyen.

Maka bermulalah kisah kehidupan sebagai suri rumah tak rasmi.... Jaga anak dan baca quran.. Satu hari satu juz.. Kemudian baca Al Waqiah 7x. Baca Yassin setiap pagi.. Main dengan anak-anak. Masak. Basuh kain. Jemur kain. Basuh berak anak-anak. Mandikan anak-anak. Ajar Mimi alif ba ta. Main kucing. Bla bla bla...
Jom baca Fadhilat Amal....
Semasa majlis perkahwinan adik saya di Concorde, Shah Alam, keluarga mak mertua,  pak mertua, adik ipar, kakak ipar, abang ipar dan anak saudara datang.. Maka suami saya balik ikram keluarganya. Sebelum bertemu suami pesan bawakan pakaian beliau kerana beliau tidak cukup persalinan.. Huhu.. Kesian. 3 minggu bersabar macam koboi, alahai suamiku.... Kasihannya...

Walaupun 3 jam sahaja dapat bersama suami, tapi sangat seronok. Hehe. Alhamdulillah.

Sebenarnya suami rajin telefon tapi saya selalunya letih jadi tidur awal. Suami telefon untuk bercerita karkuzari iaitu kisah pengalaman atau laporan jemaah lain yang pergi ke serata dunia.. Karkuzari ini seronok mendengarnya, memulihkan semangat kita.. cuma saya letih jaga anak-anak ribena yang soleh solehah lagi aktif... Huhu

Pejam celik pejam celik.. Sempatlah anak-anak demam dua kali. Sekejap je tamatlah 40 hari. Mimi pulang kepada umi abi manakala papa pulang ke rumah.. Alhamdulillah... 
Demam... Ujian Allah...Alhamdulillah sekejap sahaja..
Papa ternyata sudah tembam. Daripada saiz M sudah menjadi L.. err ke XL.. Hoho
Manakala saya pula telah turun 5kg alhamdulillah seronoknya.. Muat baju-baju lama.. 

Papa bercerita pengalaman beliau khuruj berhari-hari. Puaslah saya menadah telinga mendengar, ternyata besar pengorbanan mereka yang keluar khuruj.. Meninggalkan tilam empuk dan tidur beralaskan bedding nipis. Tidur di bermacam-macam surau dan masjid. Ada masjid cantik alhamdulillah. Ada masjid usang yang penuh tahi cicak menebal merata-rata. Sebaik pulang, suami kata mahu mandi. Katanya sudah lama tidak dapat mandi betul-betul iaitu guna sabun, syampu, pencuci muka dan berus gigi di bawah air hujan panas... 
Papa pulang alhamdulillah
Masa itu terasa... Kalau perit ditinggalkan, lagi perit meninggalkan. Sebab saya ditinggalkan di rumah selesa (walaupun tak mewah tapi selesa sebab rumah sendiri). Moga Allah jadikan pengorbanan mereka ini sebagai asbab hidayah.

Apabila orang tanya sukakah ditinggalkan suami?
Oh mestilah tidak. 
Tapi jika suami meninggalkan saya untuk usaha agama, saya sangat berbangga. 
Moga-moga berpisah di dunia sementara supaya kekal bersama selamanya di syurga Allah..

Apabila orang tanya apakah mencabar ditinggalkan suami?
Hoi susah sebab suami saya selama inilah yang buat segala kerja rumah.. Basuh baju, angkat baju, lipat baju, kemas rumah, beli barang, kemas katil, basuh pinggan, masak...
Tiba-tiba saya kena buat semua tu sendiri..
Maka haru biru jugalah.... 
Practice makes perfect..

Hadiah untuk saya... <3 Thanks Kanda
Bangun pagi, solat kemudian baca quran.
Masak dan bagi budak-budak makan.
Semasa diri sendiri nak makan, budak-budak bergilir berak.
Basuh baju maka baby melalak sebab tak nampak emaknya
Gendong Fayyadh jemur baju, memang patutlah turun 5kg.
Masak makanan tengah hari.
Bagi anak-anak makan
Semasa diri sendiri nak makan, budak-budak bergilir berak.
Semasa sendiri nak solat dan mandi kena asingkan dua budak ni sebab kalau tak nanti si kecik benjol manakala si besar kena tarik rambut.
Tengah mandi kelam kabut berlari keluar dukung baby yang melalak.
Bla bla
Candle Light Dinner buat kejutan untuk papa pulang... Sekali ni je makan di meja. Selepas itu duduk bawah atas lantai...
Alhamdulillah saya sihat sepanjang suami tiada. Sebaik suami pulang, barulah saya pula sakit beberapa hari. Tak apa, suami sudah pulang maka saya boleh golek tidur...Pandai Allah menyusunnya..

Tamat khuruj bukan bererti tamat fikirkan dakwah dan umat.

Pergi ziarah pula ahlia-ahlia yang suaminya belum pulang  khuruj.. terutama yang khuruj 4 bulan... Bukan semua ahlia ini berpurdah dan hidup senang. Ada yang sedia ada hidup miskin dan apabila suami khuruj teruk ditohmah oleh sekeliling hingga disuruh bercerai.. Maka menjadi takaza tuntutan untuk kita ahlia-ahlia yang lain ni ziarah dan bantu supaya ahlia yang diuji tadi tidak patah semangat...

Moga semua ini menjadi asbab hidayah Allah.....
























Isnin, 5 Januari 2015

Candle Light Dinner At Home

Alhamdulillah.. 

Selepas 42 hari, suamiku pulang... Warm welcome dear papa... 

Sepatutnya suami pulang selepas genap 40 hari. Tetapi suami pulang lewat maka Allah izinkan saya membuat sedikit suprise untuk suami... 

1) Candle light dinner di rumah
~ Kali pertama beli bunga ros. Sebatang RM2. Maka saya beli 10 batang. 
~ Lilin beli yang ada perfume rose untuk ruang makan dan tangga. Bilik beli lilin perfume lavender.

2) Bilik ala ala honeymoon
~ Beli cadar baru hehe.. Siap dengan tuala baru dua helai untuk buat lipatan bentuk angsa.
~ Tabur ros di atas katil.
~ Tuala tidak sempat lipat jadi angsa kerana anak sudah menangis nak mama. Hehe.

3) Mekap dinner
~ Kalau tidak kerana berpakaian seksi dan mekap ini mendatangkan pahala, nescaya tak akan ku buat...
~ Alhamdulillah belajar daripada pakcik google..

4) Makanan
~ Pembuka selera : Buah-buahan strawberry, seedless grape, avocado dan aiskrim coklat
~ Sajian utama : Nasi beriani daging dan Nasi beriani gam ayam (beli je di JM beriyani)
~ Pencuci mulut : Kek Secret Recipe..

Akhir sekali.. Ini bukan sahaja treat untuk si jejaka buah hati tetapi juga treat for myself. Sekali sekala mahu belai diri sendiri kan.. :D Alhamdulillah.. 

Anda cubalah lakukan bersama suami anda, :D Moga ia menambah the sweetness dalam relationship. <3

Khamis, 1 Januari 2015

Rumahtangga Bahagia

Kalau sudah jodoh...  Tak nak pun dapat

Kan...

Kalau sudah jadi isteri...  Jadilah isteri solehah..

Dapat masuk syurga :)

Suami itu manusia. Suami A takkan sama suami B. Suami B berbeza daripada suami C.

Sebab isterinya pun masing-masing berbeza.

Masa bujang nak jaga diri sendiri pun susah. Sudah kahwin nak jaga orang lain, takkan mudah pula...

:)

Nak bahagia tak perlu suami atau isteri baik.
Nak bahagia tak perlu banyak duit.
Nak bahagia tak perlu sihat.
Nak bahagia tak perlu hensem dan cun.
Nak bahagia tak perlu pandai.

Kalau Allah nak bagi bahagia, oh tak ada siapa dapat halang... Nak bahagia, perbanyakkan taubat dan baiki hubungan dengan Allah.....

ALHAMDULILLAH...

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....