Sabtu, 8 Februari 2014

Selepas hampir 6 bulan menjadi isteri

Selepas hampir 6 bulan menjadi isteri.... ??

 ... alhamdulillah dikurniakan rezeki, 'baby' dalam perut aktif berguling, menendang dan bergoyang-goyang.

Kadang rasa macam baru semalam je saya bertemu suami buat kali pertama. Rasa macam baru sehari selesai majlis walimah. Lihat-lihat, perut sudah membesar dan buku merah jambu perlu selalu dibelek.

Hidup ini bagaikan cuaca, ada masa mendung, ada masa ribut, ada masa banjir, ada masa cerah, ada masa panas terik dan ada masa berpelangi cantik. Sebagai seorang yang beriman inshaallah kita cuma ada satu cuaca sahaja iaitu berpelangi cantik. Mengapa? Air mata bagi orang beriman tidak mengalir kerana dukacita hidup sebaliknya mengalir kerana mengenang dosa-dosa dan semoga Allah menerima air mata taubat orang-orang beriman. Semoga Allah menjadikan kita orang-orang beriman.

Banyak perubahan yang dilakukan kerana berkahwin..
1) Pindah rumah.. Dari apartment aras bawah ke teres dua tingkat lot tepi. Dulu rumah kecil, mudah hendak diuruskan, tiba-tiba dapat rumah bersaiz berganda, terkial-kial mengemas. Dulu semasa tinggal di apartment, saya kurang sihat jadi mengharapkan bantuan pembantu rumah yang datang setiap hari 2 jam untuk mengemas, mengemop dan mencuci segala sepah-sepah yang saya buat. Semasa mula-mula berpindah ke rumah teres, saya masih mengharapkan pembantu rumah selama dua bulan. Kemudian hasil kerjasama suami yang rajin membantu, kami berjaya menjimatkan kos hidup dengan berusaha tanpa pembantu rumah.

2) Rumah tiada meow meow. Dulu sewaktu di apartment, belakang rumah ada tanah luas, jadi saya ada memelihara dalam berbelas ekor meow meow. Apabila berkahwin suami tidak berapa bersetuju meow meow dibawa bersama. Maka meow meow masih terus menetap di apartment lama yang masih disewa untuk urusan bisnes. Jadi kebajikan mereka alhamdulillah masih terpelihara.

3) Jadual mengajar berkurang. Apabila mula mengandung, saya mula mabuk dan lembik-lembik. Apabila hilang mabuk, perlu kawal tekanan darah dan gula dalam darah pula. Jadi kesimpulannya saya tidak secergas dulu, kebanyakkan masa berkepit dengan suami. Alhamdulillah suami pun bisnes sendiri jadi dapatlah dia melayan saya berulang alik ke klinik yang hampir setiap minggu.

4) Tak sempat update blog. :)

5) Baru belajar memasak :)

6) Baru belajar mengemas :)

7) Dapat keluarga baru. Kalau dulu cuma saya dan keluarga saya.. Kini dapat emak mertua, pak mertua, kak ipar, abang ipar dan adik ipar.. Dapat juga anak-anak saudara. :) Cuti Raya Cina lepas ada 'family day' keluarga suami.. Alhamdulillah semakin besar keluarga saya :)

8) Balik Melaka. Dulu balik kampung sendiri je.. Sekarang ada kampung suami.. Jadi selalu juga balik kampung suami. :) Banyak tempat menarik di kampung suami..ada pantai yang ada 'baby' penyu..ada tropical farm yang sunyi sesuai untuk 'dating'.. ada taman rama-rama yang cantik.. dan pelabgai lagi.. semuanya pun tempat kami 'dating'.

Banyak lagi perubahan lain...


Dulu kita hidup di dunia yang berbeza
Kita tidak pernah mengenali satu sama lain
Hari ini apabila Allah menemukan kita
Hari ini apabila Allah menyatukan kita 
Pastinya inilah yang terbaik menurut pandangan-Nya.. 
Semoga cinta yang dijalin kekal ke syurga-Nya..

4 ulasan:

  1. :)
    alhamdulillah... moga terus mujahadah menjdi isteri solehah. doakan saya...
    biar kita menghempas pulas didunia dan bersenang lenang di akhirat sana.....

    inshaAllah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Lillah..
    cuma nak bg petua je..kalo tekanan darah dengan gula darah kurang ok..cuba amalakn jus delima
    tak kisah la jenama apa pun..(ni pgalaman try and error 3anak hehehe.)
    skrg banyak jenama..yang masam?yang manis?
    tp kalo boleh dptkan dgn mudah delima original..lagi elok
    sy kat raub ni pyh sikit..tu slalu amik jus je
    dan amalkan kurma+kismis..slalu ada bnda tu dalam beg
    barang kudap2..insya ALLAH

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam kak...
    Terima kasih... :) Inshaallah nasihat yang baik...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....