Sabtu, 12 November 2011

Merawat Anak yang Suka Memberontak (Part 2)

3) Bagaimana Teknik Mengajar Anak Yang Memberontak?


Teknik-teknik yang boleh diambil oleh IBU BAPA ialah : 

a) Luangkan Masa untuk Berbual Mesra
Anak tetap anak. Fitrah anak mahu bermanja-manja. Barangkali anak-anak terlalu nakal menyebabkan hati ibu bapa serta ahli keluarga lain menjadi panas sentiasa apabila memandang anak tersebut. Awas, itu permainan syaitan. Syaitan segaja mengapi-apikan kita supaya marah berubah benci. Apabila hati sudah benci, hilanglah saki baki kasih sayang. Mulalah apa sahaja yang dibuat oleh si anak menjadi buruk di pandangan mata kita. Beristigfarlah dan duduk di sisi anak untuk berbual mesra tentang hal-hal seharian yang lucu atau menghiburkan. Lakukanlah begini banyak kali. Jangan hanya ikut angin atau mood, nanti anak terasa kita cuba bermuka-muka dengannya. Melalui berbual ini, banyak masalah dapat diselesaikan. Mengapa? Kerana selalunya punca masalah dapat dikorek. Jika bernasib baik, nasihat-nasihat kita lebih mudah diterima ketika ini. Maka rajin-rajinlah bermesra dengan mereka.


b) Keluarkan Mereka dari Zon Selesa.
Berdasarkan pengalaman saya, kemajuan akademik anak-anak lebih cepat dilihat apabila mereka datang sendiri ke tempat belajar yang bukan rumah mereka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ialah ancaman zon selesa apabila berada di rumah. Anak-anak yang dibawa keluar dari zon selesa semasa keluar dari rumah secara automatik telah menyediakan mental dan fizikalnya untuk menuntut ilmu. Ini sangat membantu dari segi penerimaan ilmu kerana anak-anak ini hadir dalam keadaan mindanya sudah bersedia untuk menerima ilmu yang disampaikan. Suasana belajar memainkan peranan yang amat penting dalam mempengaruhi emosi sewaktu belajar.

c) Dapatkan Personal Coach 
Kelas ini melibatkan seorang pelajar dan seorang guru sahaja.Tujuan kelas ini diadakan untuk membolehkan guru memberi fokus yang maksimum kepada pelajar. Pelajar akan dibimbing dengan pelbagai kaedah yang dirasakan sesuai mengikut kemampuan pelajar. Awas, ibu bapa perlu berhati-hati dalam pemilihan guru kerana terdapat kes-kes penderaan seksual yang melibatkan guru dan pelajar. Ibu bapa perlu memeriksa latar belakang guru sebelum memberikan kepercayaan kepada guru.


Teknik-teknik yang boleh diambil oleh guru/tutor ialah :

a) Dekatkan Diri Kepada Allah
Mendidik manusia sememangnya mencabar kerana manusia itu bukannya robot. Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa ada tautan hati dengan Allah kerana hanya Allah yang memegang hati manusia. Sekiranya Allah berkehendak supaya anak-anak itu mudah dibimbing dan mudah memahami apa yang disampaikan, guru akan menjadi mudah mengajar anak-anak itu...Begitulah juga sebaliknya. Jadi, pada pandangan saya, guru perlu bersihkan hati dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Bersihkan hati, senyum selalu dan jaga akhlak.. Inshaallah akan terasa ringan berhadapan dengan kerenah anak-anak itu..


b) Mulakan Kelas dengan Doa dan Kata-Kata Motivasi
Ceritakan kisah pendek atau berkongsi pengalaman anda tentang bagaimana hendak mengatasi malas, jemu dan mengantuk. Berkongsilah kisah bagaimana anda pernah gagal dan berjaya dalam hidup. Berkongsilah kata-kata hikmah dan huraikan kepada anak-anak. Berkongsilah tips-tips bagaimana hendak mengatasi masalah krisis dengan ibu bapa dan kawan-kawan. Anak-anak sangat sukakan perkongsian seperti ini. Adakalanya mereka sangat berminat terhadap pengisian 15 minit ini melebihi kelas yang 1jam itu. Saya sendiri dapat merasakan perbezaan menghadapi kelas yang dimulakan dengan sesi motivasi dan kelas yang terus dimulakan dengan pelajaran. Untuk memudahkan kita mengajar, kita perlulah memotivasikan anak-anak ini dahulu. Enjin kena kasi panas beb! :)


c) Jangan Buat Mereka Benci
Jangan buat sehingga anda dibenci. Jika anda berasa marah, beristigfarlah dan tersenyumlah. Berpesanlah kepada diri "Anak-anak ini  inshaallah akan menjadi manusia yang hebat suatu hari nanti. Jadi aku perlu bersabar. Ya Allah, bantulah aku untuk bersabar." Inshaallah kita akan dapat bersabar. Jangan memarahi mereka ketika anda sedang marah sebaliknya marahlah mereka apabila ternyata mereka berbuat salah. Adakalanya kita perlu berlakon marah sekadarnya untuk memberi pengajaran kepada murid. Apa yang penting ialah mereka perlu tahu bahawa kita marah hanyalah kerana kita menyayangi mereka supaya mereka tidak membenci kita.


1 ulasan:

  1. bismillahirohmanirohim...

    Kalau kita jaga hubungan dengan ALLAH, ALLAH akan menjaga hubungan kita dengan manusia.

    Apa yang kak lillah begitau semua adalah harus diikuti. Kita cuba dan ikuti satu demi satu..

    belum cuba..belum tahu kan ^^

    Sedikit sahaja dari saya adalah berbekalkan pengalaman pernah berhadapan dengan budak yang tak suka belajar

    Ok dia mmg x suka belajar. Apa yang dia suka buat??

    kalau dia suka seni - beri peluang untuk dia ceburi bidang seni. Tak semestinya seni boleh buat dia jauh melarat. InsyaALLAH kalau kita ada sebagai pembimbingnya.

    Kita kenal pasti minat dia apa?

    Dia sukakan lagu - jadi mainkan lagu. Tetapi lagu yang bagaimana kita yang menentukannya.

    kita ajar bagaimana membaca lirik lagu - kita timbulkan rasa minta pada lagu itu.

    macam saya, anak murid saya hafal lagu cinta cintan - ( pendidikan khas ) sememangnya tak suka belajar. Jdi, saya bagi mereka sebuah lagu pilihan saya. Saya nyanyi sama-sama mereka dan ceritakan betapa untungnya dapat menghafal lagu ini. Tahu x lagu apa ?

    Ia merupakan lagu Al Fatihah dari Ummi voice. Dan alhamdulillah.. mereka suka dan dapat menghafal lirik ini.

    Dan agak mengejutkan, dalam peperiksaan PEndidikan Islam, Ustaz terkejut semasa menjaga mereka, tiba2 mereka nyanyi lagu ini. Oooh patutlah, sedang jawab soalan maksud al fatihah.

    Alhamdulillah..

    InsyaALLAH bagi saya, mesti ada sebab mengapa dia bertindak balas negatif pada orang yang dia paling sayang ( keluarganya). Ini adalah kerana, dia mahu menarik perhatian. Dia mahu bgtau sstu tetapi x terluah. Dan ahli keluarga sering memaksa2 untuk itu dan ini. YA! pelajaran mmg penting tetapi kita juga harus tahu mereka sebagai remaja punya minat dan bakat terpendam.

    bila suara mereka tidak didengari, mereka akan buat sstu yang di luar jangkaan kita. Dan paling teruk tidak dapat di kawal.

    Apabila meningkat remaja, kita kena tahu - mereka bukan budak kecil. Mereka perlu di anggap seperti kawan kita sendiri. Macamana kawan kita, ada msa ingin mengadu, ada masa ingin bersuka ria bersama2.. ^^

    Usah risau.. selgi kita ada bersama mereka, kita boleh pastikan mana yang baik dan tdak baik bagi mereka. USah terusan menyekat dan membantah keinginan mereka. Harus ada tolerasi disitu.

    Tetapi apapun kembali pada ALLAH.

    Dia kirim adik yang sebegitu untuk kita kembali pada NYA memohon dan merintih pertolongan padaNYA.

    InsyaALLAH.. one day, dia akan sedar akan ksilapannya dan akui segala nasihat kakaknya.

    Dan sebenarnya semua ini resam kehidupan.:)

    Semua akan hadapinya. Kalau x pada adik2.. pada anak kita nanti. Jadi ini semua pengalaman dan kita tak perlu merungut2.. Sebaliknya sabar dan belajar bagaimana nak didik mereka ini.

    Setiap ujian memberi kita seribu satu hikmah. InsyaALLAH, Moga ALLAH permudahkan urusan anda dalam mendidik adik anda.

    Amalkan doa2 mustajab dalam melembutkan hati yang keras. Saya tak dapat nak selitkan.. ada banyak dalam buku doa di pasaran, x salah untuk dapatkan dan amalkan. InsyaALLAH..

    Itu yang dapat saya kongsikan..

    moga bemanfaat..aamin2..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....