Isnin, 31 Mei 2010

Jumaat, 21 Mei 2010

Menyingkap Tabir Bahagia...


"Cukuplah kebahagiaan itu adalah,
apabila hatimu tidak lagi memberontak dalam menghadapi ketentuan Allah s.w.t..

Ini kerana,
hakikat penderitaan bukan pada terbeban dengan takdir,
tetapi terbeban dengan rasa memberontak dan tidak berpuas hati terhadap ketentuanNya.

Bukan takdir yang membebankan
tetapi rasa memberontak dalam jiwamu terhadap takdir itu yang membebankan.

Bahagia itu ada pada kerehatan.
Rehat dalam menghadapi takdir adalah, setelah mengetahui satu-satunya yang menentukan takdir adalah Allah s.w.t.,
Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Sempurna.

Ingin ke mana lagi setelah itu, melainkan kepadaNya jua?"

- Sayyidi Sheikhna As-Syarif Yusuf Al-Hasani hafizahullah.


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 19 Mei 2010

Bebaskanlah hati ini...

Bebaskanlah hati ini Ya Allah
daripada keinginan yang tertahan...

Aku ingin bebas...




Ya Allah,
apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau Cintai..

dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau Cintai.





Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 18 Mei 2010

Ya Allah.. jadikanlah kami orang yang bersabar..


Tekanan demi tekanan bertambah. Ya, hampir bingung.. Saya sangka yang mengejar saya seekor kucing, rupa-rupanya seekor harimau. Dan rupa-rupanya dalam masa yang sama, seekor singa juga sedang mengejar. Ada yang menyerang secara terang-terangan. Dan ada yang menyerang secara sembunyi.

Belajar dari sejarah.. kebanyakkan topiknya tidak indah! adakalanya tidak tahu lebih baik dari tahu... sebab bila dah tahu, susah nak buat-buat tidak tahu...

Dan perjuangan ini melibatkan akidah.. maka ianya menjadi fardu kifayah..
siapakah yang mahu menjadi satu golongan yang menunaikan fardu itu supaya selamat seluruh umat itu?
Siapakah?

"kita tubuhkan AMANI untuk bagi fikrah islam pada perjuangan mereka.."terang seorang senior saya.

Sebelum orang Islam sampai ke Patani, orang-orang bukan Islam dan puak sosialis sudah terlebih dahulu ke sana. Mereka bukan setakat menghantar bantuan, malah menyebarkan ideologi mereka.

Saya teringatkan misi dakwah ke perkampungan orang asli yang pernah saya terlibat ketika saya di tahun pertama USM.
Kawan-kawan saya bertanya "Kenapa mesti pergi sana? Bukankah susah keadaan di sana tu? Dah lah nak masuk ke kampung tu terpaksa bersabung nyawa, balik pun belum tentu lagi.."

jawab saya "Kita ada tuntutan fardu kifayah di sana.. orang kristian sudah terlebih dahulu masuk ke sana. Dakyah kristian sudah sampai sedangkan dakwah Islam tidak sampai. Sanggupkah kita biar mereka masuk neraka hanya kerana kita takut susah?"

"Istiqamah itu sangat penting.. Istiqamah.."pesan seorang lagi senior.

"ikhlaskan diri, biarlah dari hati.."pesan seorang teman seperjuangan.

********

Ya Allah.. sampai bila? sampai bila?

adik lelaki saya berkata "sampai bila-bila. sebab ini apa yang kakak dah pilih. Kakak yang pilih untuk sibukkan diri dengan dua perkara. Orang lain cuma ada satu perkara."

dua perkara itu ialah diri sendiri dan umat Islam.

Ya Allah.. this is the things that I do for you, maka kuatkanlah diriku... kuatkanlah hatiku.. kuatkanlah...

'Tegaklah mempertahankan pendirianmu di dalam hidup ini dalam keadaan berjuang. kerana hidup itu adalah akidah dan perjuangan.'
-syair Ahmad Syauqi-

andai ini kehendakMu, aku redha... sesungguhnya hanya Kau dambaanku..

Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yg bertawakal kepadaNya (Ali-Imran: 159)

"Kak..saya rasa tenang sekarang.. cool je.."kata junior saya sewaktu dalam perjalanan nak ke Taiping.
"Alhamdulillah.. lega akak mendengarnya,"jawab saya.
"Mereka pun cuma manusia biasa, tak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah"sambungya lagi.
"Betul.."respon saya.

pagi tadi, seorang senior telah tagged puisi di facebook saya :

Burung hijau berterbangan,
Sungai arak mengalir tenang,

Bidadari tersenyum,

Yaqut dan Marjan bergemerlapan,
Kasturi harum semerbak,
Pintu Syurga di Pattani Darus Salam !

M.S. Anuar Mahmod
11 April 2009 ( Kembara Pattani bersama Nurfitri Amir dan Anak-Anak Muda Pattani)

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 15 Mei 2010

Wahai Anak Apakah Kau Mengerti?

Hatimu Menyalakan Keyakinan
Hartamu Membuktikan Pengorbanan

Saat Keseorangan Engkaulah Teman
Saat Tersisih Engkau Memilihnya
SaatTerbuang Engkau Menyayanginya
Kerana Iman Kau Sanggup Berjuang

gambar ni masa saya belum pandai jalan..1988

Saya pulang ke rumah dalam keadaan tangan yang sakit.. bengkak. Bengkak disebabkan alergic digigit semut merah. Hari itu hari lahir saya. Emak menyambut saya dalam keadaan ceria. Saya balik bukannya kerana tangan saya sakit tetapi sebab saya perlu mengajar di tuisyen.. Emak menghantar saya ke pusat tuisyen dan menunggu saya habis mengajar.

"lapar.."saya mengadu.

"cuba buka bonet kereta, tengok apa-apa yang boleh dimakan.."kata emak.

saya memunggah barang-barang yang emak baru beli sementara menunggu saya tamat mengajar tadi.. Hm, semuanya barang dapur.. Tak apalah..

"kita pergi beli tiket mak.."saya mengingatkan emak. Malam itu juga saya perlu balik ke P.Pinang.

"pergi lah beli sesuatu.."kata emak lagi.

dengan kaki yang lemah saya berpusing-pusing di dalam kedai Petronas mencari sesuatu.. Akhirnya saya beli keropok..

Selepas membeli tiket, langit semakin gelap. Mak puasa sunat. Saya mengkempen emak supaya singgah di R&R.. lapar.. teruk betul rasanya, saya lebih kelaparan sedangkan emak saya yang berpuasa...ish3

Sebaik sampai di rumah, jam pukul 9.30 malam. Pukul 11.30 malam, saya perlu keluar rumah untuk ke stesen bas..

saya masuk ke bilik dan berbaring. Macam nak pengsan kepenatan. sambil kemas beg pakaian tu, sambil separa sedar.. mungkin ubat tahan sakit yang saya makan tu menyebabkan saya mabuk semacam.. tak nak makan lagi dah ubat!


emak pulak sibuk memasak seorang diri di dapur. Bersemangat waja sungguh emak memasak sebab nak suruh saya bawa makanan tu balik Penang.. mak suruh saya menjamu kawan-kawan saya.. mak kelihatan sangat ceria. senyum tak lekang dari wajah mak.. saya pula lansung tak turun ke dapur sebab sangat-sangat tak larat..

saya terdengar suara nenek saya menegur mak "Kau buat apa lagi tu malam-malam ni? Masak-masak pulak, tak penat ke? Kenapa banyak sangat kek coklat ni? Nak suruh kakak jual ke?"

emak diam..

saya sangat-sangat tersentuh masa tu. saya masuk bilik dan menangis. saya tahu emak saya sedang melawan perasaan dia. emak tahu apa yang menimpa diri saya dan dia tak tahu bagaimana dia dapat membantu saya. jadi emak cuba sedaya upaya mahu mengembirakan saya.. mana ada ibu yang sanggup melihat anaknya disakiti.. tetapi emak merelakan untuk menonton saya begini demi membenarkan saya untuk meneruskan perjuangan saya...
dan emak melawan rasa hatinya yang pilu supaya kelihatan gembira..
supaya saya gembira dan rasa tenang..
sungguh besar pengorbanan ini..

selepas solat isyak, saya duduk berdoa sambil menangis.. tiba-tiba emak masuk sambil bawa bekas gula.
"tolong bukakan, ketat.."kata emak.

malam itu emak membekalkan saya nasi lemak, rendang ayam dan kek coklat untuk 14 orang makan!

dan beg saya yang besar tu cuma berisi makanan!

saya balik satu malam je.. tapi beg besar macam orang nak pergi Mekah...

saya terharu.. sangat terharu.. semasa dalam bas tu saya sms pada emak

"although I am very tired, but I'm very happy.. sangat bahagia.. sangat bersyukur.. sangat bertuah.. alhamdulillah.. thanks for everything!"

tidak putus-putus saya mengirim doa untuk emak abah.. moga mereka bahagia dunia akhirat.. moga mereka damai di dunia akhirat.. moga mereka sentiasa dilindungi dunia akhirat...

terima kasih untuk pengertian ini!
saya sangat hargai!!

saya terjumpa puisi abang Nuar(senior saya) di facebook :

Anak-anak kesayanganku,
Kalian akan menjadi bintang,
Yang menjadi panduan pelayar menempuh laut kehidupan,
Kalian akan menjadi pohon rembang,
Yang menjadi payung teduhan,
Kalian akan menjadi mata pena yang tajam,
Mancatat dan mencoret kebenaran,
Kalian akan menjadi peluru emas,
Yang membunuh dan menghapuskan kezaliman,
Kalian akan menjadi harimau ganas,
Yang mempertahankan hutan dan lingkaran,
Kalian akan menjadi petani-petani,
Yang menyuburkan keadilan dan kemulian insan,
Kalian hanya akan melangkah,
Dengan haluan kejujuran,
Kalian hanya akan berlari,
Mengekor angin kebenaran,
Kalian hanya akan bersuara,
Dengan gema ketakwaan,
Walaupun terbunuh dan mati tak bernisan,
Kalian akan tetap menjadi kalian.

M.S. Anuar Mahmod 15 May 2009



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Khamis, 13 Mei 2010

Bagaikan Pelangi.. Tak Bercahaya Namun Kau Berseri

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
~Sudirman~

pelangi yang indah di atas rumah abah (saya anak yang menumpang..)

ketika saya masih sibuk menguruskan road show minggu kesedaran selamatkan Patani, saya mendapat offline mesej di YM dari seorang sahabat yang belajar di luar negara. Katanya dia akan kembali ke sana pada hari Rabu. Sedangkan saya hari Selasa baru dapat turun ke Kuala Lumpur.

Saya sampai di rumah pada pukul 6petang, hari Selasa. Sembang-sembang dengan emak, jam sudah pukul 7 malam.

"Mak, kakak nak jumpa Ching malam ni boleh?"saya meminta izin.

"Astagfirullah.."jawab emak dalam nada terkejut.

"Kakak baru sampai dari Penang kan.. tak tahu penat ke?"tambah emak lagi.

"Esok dia dah nak balik, takut tak sempat jumpa dia.. Kakak tak boleh lepaskan dia.. Kakak kena follow up dia mak.. Sebelum ni kakak dah lama follow up dia.. dan kali terakhir masa jumpa dia, kakak dah bagi dia buku Tauhid, sekarang takkan kakak nak biarkan dia macam itu saja.." terang saya.

Mak diam. Dia memandang kepada jam di dinding. Sebentar lagi azan maghrib.

Saya naik ke bilik. Letih satu badan tak hilang lagi. Hari Isnin tu pergi ke sempadan menghantar aktivis-aktivis Patani balik. Malam itu pula drive balik meeting pukul 12 malam. Pagi selasa tu drive dari Penang ke Perak sebab nak singgah jumpa nenek dan maksu. kemudian drive balik rumah..

sebaik online dapat mesej dari chinese girl tu lagi. Dia menunda sehari untuk balik supaya kami dapat bertemu..
Alhamdulillah.. dapatlah saya rehat malam tu..

pagi rabu, kami membuat temu janji..

dia : cant wait to talk to u again haha
lillah: cant wait to tell u too
lillah: so many things had happen since last time we met
lillah: huhu
dia : so many things happen?y don u tell me when they happennnnn
lillah: self limited + time limited
lillah: hehe
lillah: energy limited
dia : so many excuses
lillah: haha

semasa kami bertemu, kami memanfaatkan masa sebaik-baiknya.. dari topik perjuangan, topik keluarga, topik duit, topik pekerjaan hinggalah topik cinta.. semua lengkap. 10 tahun kami berkawan, sungguh banyak yang dapat kami kongsikan.. Saling bertukar pandangan dan saling meminta pendapat.

"Saya dalam dilema sama ada saya patut menjadi seorang guru atau event coordinator.. Gaji guru tu dalam 4 ribu lebih.. Ada banyak cuti.. ada masa untuk family.. cuma saya bimbang saya tak boleh handle students. Tapi kalau saya jadi event coordinator, saya ada lebih besar peluang untuk maju dalam bidang saya.. saya akan ada banyak duit tapi saya tak akan ada kehidupan yang seimbang.. family saya mahu saya ambil event coordinator. Saya juga bercita-cita mahu begini."katanya.

"seronoknya jadi cikgu di sana... saya nak kerja di sanalah.."saya bergurau.

"Kalau kamu jadi cikgu di sana, saya akan menjerit cakap pada ibu saya 'mama! Khalilah's going to be a teacher there, I want to be with her!!'" jawab dia sambil ketawa.

"Kalau kamu kerja di sana, gaji kamu 4 ribu lebih.. saya tahu kamu tidak boros, kamu cuma perlukan dalam 1 ribu sahaja.. baki tu kamu boleh hantar ke Thailand, ke Indon atau kemana-mana yang kamu suka. Dan cuti sekolah yang banyak membolehkan kamu jadi sukarelawan. kamu boleh la pergi ke Thai tu.. ke Indon.. keman-manalah.. Saya pun nak buat begitulah.. hehe" dia memberi cadangan. Saya ketawa mendengarnya.

"Ha.. kalau polis kejar kamu di Malaysia, kamu boleh lari ke Singapura.."tambah dia lagi. (ini gurauan sahaja, bukan serius)

Tergelak saya mendengar kata-kata dia..

"Nanti saya view-view peluang di sana.." saya mengukir senyuman kepada dia.

"Tapi saya rasa, kamu akan lebih bahagia kalau dapat bekerja dengan NGO bersama kawan-kawan kamu.. sebab dalam dunia pekerjaan biasanya kamu akan saling bersaing antara satu sama lain.. tetapi jika kamu bekerja dengan kawan-kawan kamu, kamu tidak perlu bersaing malah kamu sentiasa saling bantu membantu.. mereka sangat sayangkan kamu.."tiba-tiba dia berkata demikian.

"ya, saya juga sayangkan mereka.. mereka manusia yang baik hati.. tapi bagi saya, jika mahu bahagia, tidak kisahlah sama ada saya seorang diri atau saya bersama kawan-kawan. Itu pilihan sendiri. Apa yang penting perjuangan perlu diteruskan.. Dalam keadaan sekarang, saya mahu bekerja kerana duit itu penting supaya dapat support kerja dakwah saya.. kerja membantu anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin.. Saya bukan mata duitan, tetapi jika duit tak ada, orang bercinta pun boleh putus cinta.."terang saya.

"saya mahu menjaga hati emak abah saya.. dalam masa yang sama, saya mahu kekal dalam perjuangan saya.. jadi saya harus seimbangkan dua-dua.. saya perlu berdikari dan buat apa yang perlu, bukannya apa yang saya mahu.."sambung saya lagi.

"Ya, kamu bekerja sungguh-sungguh cari banyak duit dan bagi pada mereka.. Tapi saya teringin untuk suatu hari nanti saya dapat surat dari kamu.. surat dari seorang pengerusi sebuah NGO.."dia tersenyum. sweet...

"ooh, kalau kamu ada terima surat dari seorang pengerusi sebuah NGO,itu tentu surat minta sumbangan!!" saya dan dia ketawa.

"Ya.. Ya.. Saya juga mahu kehidupan yang bahagia seperti kamu.. Tetap boleh ketawa walaupun hidup kamu huru hara.." katanya.

"Saya rasa merdeka.. bebas.. Selain Tuhan saya, saya tidak takut pada apa-apa.. Saya yakin kalau Tuhan saya tidak izinkan orang lain untuk buat apa-apa pada saya, mereka tetap tidak boleh buat apa-apa.. Saya yakin jika saya mahukan pertolongan, saya boleh minta pada Tuhan saya pada bila-bila masa.. Saya yakin jika ada keburukan menimpa saya, itu adalah takdir saya dan pastinya itu adalah yang terbaik untuk saya. Sebab semua takdir yang Tuhan tentukan itu adalah yang terbaik.. Jadi, kamu juga sebenarnya boleh bahagia kalau kamu berfikiran seperti ini.."terang saya.

kami berbalas senyuman..
cekalkan hati, kuatkan hati.. pada saat tak ada manusia menjaga hati kita, pada masa itulah hanya ALLAH yang mampu menjaga hati kita....

sebelum balik, kami singgah di sebuah kedai buku. saya membelek sebuah novel..
"Kamu mahukah?"soal dia.
"Eh tak.. tebal sangat.. saya tak larat nak baca.."jawab saya.
"Saya ada.. kamu mahu?"soal dia lagi.
"Eh takpe-takpe." Saya meletakkan buku itu dan mengambil buku lain.
"Kamu mahukah?" soal dia lagi.
"Eh tak.. yang ini pun tebal.. boleh buat bantal.."jawab saya lagi.
"Saya boleh pinjamkan kamu.."jawabnya pula.
"kenapa setiap kali pun kamu ada.. kamu buat library ke?"usik saya. Dia ketawa.
"Poor them, they sit on the shelf lonely.."katanya sambil tersenyum.

Maka sebaik saya menghantar dia pulang ke rumah, dia memberi saya dua buah buku novel ini..
Hm.. bila nak baca ni... demi menghargai dia, saya akan baca!!! inshaallah..


"Khalilah.. I think.. selepas bercakap dengan kamu, saya rasa saya mahu terima offer menjadi cikgu lah.."katanya sebelum kami berpisah.

"Okey.. jangan cakap pada ibu kamu yang saya telah mempengaruhi kamu.. kamu sendiri yang terpengaruh.. hehe"balas saya.

"Do inform me when u come back.. boleh kita berjumpa lagi.."pesan saya.

"If bulan depan saya balik, it means saya dah jadi cikgu.. sebab ada duit lebih.. hehe"katanya mengakhiri perbualan..

Ya Allah.. saya sayang dia.. saya sayang keluarga dia.. saya sayang keluarga saya.. saya sayang sahabat-sahabat saya.. saya sayang perjuangan saya... izinkanlah rasa sayang ini untuk kekal mekar dalam keredhaanMu.. izinkanlah keikhlasan ini hanya keranaMu...

kerana sesungguhnya saya mencintaiMu...



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 11 Mei 2010

satu hati dua jiwa..



"saya pernah bertanya pada kawan saya di sana... ada tak orang lain yang seperti kita?"

"ada tak orang lain yang mahu membantu kita?"

"ada tak?"

"dan saya tak sangka saya dapat bertemu orang-orang itu di sini.. saya malu pada Lillah dan kawan-kawan Lillah.. kerana kamu semua berada di tempat yang senang tetapi sanggup memilih jalan yang susah.. jalan perjuangan.."

"sedangkan ramai kawan-kawan di sana yang tidak mahu berjuang... yang takut susah.."

gadis genit itu bertutur perlahan. Saya menemani dia di dalam kenderaan sementara sahabat-sahabat lain sedang sibuk di dalam masjid menguruskan road show.. sahabat ini lelah, dadanya sakit. Walaupun sakit, dia tetap cekal untuk bersama kami sehingga tamat road show..

kata-kata gadis genit itu akan saya simpan di dalam hati saya.. terima kasih ya Allah.. terima kasih kerana mempertemukan saya dengan dia.. terima kasih ya Allah kerana mempertemukan saya dengan mereka.. terima kasih ya Allah kerana memberi saya kehidupan yang bahagia ini..

bukanlah kata-kata si gadis itu yang membahagiakan saya.. tetapi dapat mengetahui bahawa dalam dunia yang sepi ini, saya tidak bersendirian itulah yang membahagiakan saya...

ANDAI PERJUANGAN INI MUDAH, PASTI RAMAI PENYERTAANNYA..

ANDAI PERJUANGAN INI MENJANJIKAN KESENANGAN, PASTI RAMAI YANG TERTARIK PADANYA..

TAPI HAKIKATNYA..

PERJUANGAN BUKAN BEGITU..
TURUN NAIKNYA..
SAKIT PEDIHNYA..

UMPAMA KEMANISAN YANG TAK TERHINGGA..

ANDAI KAU REBAH, BANGKIT SEMULA..
ANDAI KAU TERLUKA, INGAT JANJI ALLAH..

SELAMAT BERJUANG.. =)




Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 5 Mei 2010

inilah jalan yang telah aku pilih


"kak, kenapa mereka buat macam ni? kenapa kita nak buat baik tapi kita dianggap macam orang jahat?" tersekat-sekat suara si adik menangis dari dalam telefon.

"kalau adik yakin apa yang adik buat ni betul dan Allah kata betul , adik tetap betul biarpun satu dunia kata adik salah.."jawab saya.

Si adik masih menangis. Petang nanti dia akan menghadapi final exam. Pihak berkuasa pula asyik mengganggu dengan panggilan ugutan menakut-nakutkan si adik. Saya sedikit terkilan mengenangkan nasib kami yang dilayan seperti orang jahat sedangkan kami bekorban demi membantu saudara kami yang tertindas.. kami berjuang membantu nasib kira-kira 2000 janda di Pattani dan kira-kira 4000 anak yatim di Pattani.

"Sudah. Jangan menangis! Kita pemimpin kena cekal hati. Kena kuat semangat. Kalau kita menangis, siapa yang orang bawahan kita mahu bergantung? Cukup hanya kepada Allah untuk kita takut. Kakak nak adik fokus exam petang ni. Jangan menangis. Pergi belajar. Fokus. Hargai setiap masa yang ada. Kakak tak nak keputusan exam ni nanti jadi punca fitnah menyebabkan orang mengutuk kerja dakwah kita. Pergi solat hajat, berdoa pada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah." saya bersuara tegas.

Saya masih seorang anak ketika saya seorang pejuang.. apa perjuangan saya?
membela nasib anak-anak yatim..
membela nasib ibu-ibu tunggal...
membimbing remaja-remaja yang terlanjur supaya kembali kepangkal jalan...
itulah perjuangan saya..

apabila emak abah merestui saya, saya tidak perlukan restu sesiapa lagi..


Ketika saya menyambung pengajian di peringkat master sebelum ini, saya pernah diberi pilihan
a) meninggalkan perjuangan saya dan meneruskan pengajian demi masa depan yang cerah
atau
b) meneruskan perjuangan dan dipaksa meninggalkan pengajian.

Saya memilih perjuangan.. pedih. tapi Allah mengubat dengan dekat padaNya..

Ketika itu dunia menghina saya tetapi Allah memelihara saya. Saya menyusun semula hidup saya dan mula mencari pekerjaan. Akhirnya saya temui sebuah kedamaian di celah kekalutan hidup. Saya temui sebuah kemanisan di celah kepahitan hidup. Alhamdulillah..

Saya tidak tahu mengapa hati ini semakin kuat untuk kekal di jalan ini meskipun ujian yang datang semakin besar. Barangkali ini kesan dari doa-doa yang dipohon saban hari agar kekal di jalan Allah...

Saya tidak pernah melihat akaun bank saya kering kontang. Dan minggu ini saya melihatnya. Ya, saya bekerja. saya bukan penganggur. Saya sudah bersedia untuk melalui detik ini kerana saya biasa membaca kisah perjuangan orang lain yang diuji dengan kemiskinan.

saya bertanya pada sahabat baik saya "Lillah boros ke?"

"Lansung tidak boros untuk diri sendiri. Tapi sangat boros untuk orang lain."kata Romlah.

Saya yakin Allah menjaga rezeki hamba-hambaNya. Saya tidak sedih jika saya tiada duit kerana saya tahu saya telah memanfaatkan duit itu untuk Allah. Apa yang saya sedih ialah saya tidak dapat membantu orang yang memerlukan ketika saya tidak berduit.

Sebelum ini saya tidak pernah dikejar pihak berkuasa.. dulu setakat pihak sekolah dan orang tertentu ganggu sikit-sikit tu adalah. Tetapi tak adalah sehingga di anggap orang jahat. Saya tidak pernah terlibat dengan politik parti apa-apa. Saya non partisan. Tapi kini saya berada dalam pengawasan polis. Hm.. sebab? Malaysia mengambil dasar berkecuali dalam menangani isu Selatan Thai. Sedangkan saya pula memperjuangkan nasib saudara-saudara di sana. Maka saya telah dianggap menggugat keselamatan negara?


Sahabat-sahabat bertanya : Tidak takutkah kamu?

Saya menjawab : Ya, saya takut.. tapi kalau saya tak buat semua ni, siapa lagi nak buat?


saya call emak : mak, kenapa mereka buat kami macam ni? Kami buat perkara yang betul...
mak jawab : sebab orang yang betul tu sikit. orang yang salah tu ramai. jadi yang sikit kelihatan seperti salah. Yang ramai seperti betul.

kepada pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, doakan kami.. doakan keselamatan dunia akhirat kami.. doakan kekuatan iman kami..

“Tidak beriman seorang daripada kamu selagi ia tidak mengasihi saudara muslimnya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.

untuk membantu, sila lawati amanpattani.blogspot.com

Ya Allah yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur ImanMu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali padaMu Rabbi
MengadapMu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

aku mencintaiMu ya Allah....

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Sabtu, 1 Mei 2010

Bertahan!

keikhlasan itu akan diuji.. supaya yang bengkok menjadi lurus...

hanya kepada Mu tempat aku berlindung.. ya Allah

letakkan kami di tempat yang Kau cintai.. Lindungilah kami seperti yang Kau cintai.. Peliharalah kami seperti yang Kau cintai... bantuhilah kami seperti yang Kau cintai...

aku mencintaiMu ya Allah...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....