Sabtu, 2 Ogos 2008

untuk awak.. dari saya, seorang teman seperjuangan..

Salam ukhwah sahabat-sahabatku yang dikasihi.. Semoga ukhwah yang terjalin akan mekar di bawah rahmat dan kasih sayang Allah selamanya.. Insya’Allah..

Sahabatku yang dikasihi..
Apakah yang membezakan hubungan sesama kita dan hubungan kita dengan mereka yang belum islam? Perbezaannya ialah hubungan sesama kita dibawah satu simpulan akidah manakala hubungan kita dengan mereka yang belum islam adalah perbezaan akidah.. maka, sama ada sahabat-sahabat sedar atau tidak, hubungan diantara sesama kita yang mempunyai akidah yang sama adalah terlalu rapat..Sangat-sangat rapat.. hinggakan setiap yang mengenggam akidah yang sama dengan kita mempunyai hak yang sama dengan kita.. hak kita untuk membina insan lain yang seakidah.. membina jiwa, membina fahaman, membina sahsiah..

Sahabatku yang disayangi..
Darah, harta, komitmen dan masa adalah sesuatu yang kita perlu saling berkongsi.. berkongsi dengan siapa? Berkongsi dengan mereka yang seakidah dengan kita.. Bagaimana? Sahabatku.. pada saat ini, tatkala kalian sedang menatap warkah ini, pastinya ada saudara seakidah kita sedang berjuang di luar sana mempertahankan darah, harta, komitmen dan masa mereka..
Mereka berhempas pulas dalam usaha memberi, mendidik dan membela masyarakat.. Mereka melupakan tentang kenikmatan hidup mereka demi memberi ‘makna’ dalam hidup insan-insan lain.. Kehadiran mereka dalam masyarakat tidak selalunya diterima dengan tangan yang terbuka oleh masyarakat itu sendiri.. Namun mereka tetap tidak berputus asa walaupun sesekali air mata merembes ke pipi.. Dalam serba kekurangan mereka tetap teguh di atas jalan yang dipilih iaitu jalan mendidik insan..

Sahabatku yang dikasihi..
Sedarkah kalian, tatkala kita sedang asyik dan berbahagia dalam zon selesa, adik-adik seakidah kita, kakak-kakak seakidah kita, abang-abang seakidah kita, mak abah seakidah kita.. mereka-mereka yang seakidah dengan kita.. sedang diancam dengan barah sosial yang kritikal? Masyarakat kita sedang tenat dan nazak dalam pelbagai isu masyarakat yang membunuh sifat-sifat kemanusiaan.. kalau dulu kita biasa dengar sumbang mahram antara ayah dengan anak perempuan.. sekarang seorang ibu dengan anak lelaki.. kalau dulu adik-adik sekolah rendah main pondok-pondok.. sekarang main seks-seks.. kalau dulu mak ayah akan marahkan anak-anak bila bawa balik ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’.. sekarang mak ayah pun bawa juga balik sorang satu.. dan siap tolong lagi anak-anak ketika nak diserbu.. kalau kita bahagia memeluk bayi yang sesekali menangis dan senyum, apakah perasaan kalian sewaktu menatap bayi yang tidak lagi bernyawa dan menjadi mangsa rogol?

Sahabatku yang disayangi.. kita melafazkan ‘kasihan..’ ‘ish tak patut betul..’ ‘apa nak jadi zaman sekarang ni..’.. Alhamdulillah.. jauh di lubuk hati kita masih terdapat sifat belas kasihan itu..
Namun sejauh mana sifat belas kasihan kita ini mampu memberi kesan dalam dunia gelap saudara-saudara kita? Adakah dengan ucapan-ucapan keinsafan sambil duduk di atas tilam empuk, makan di restoren mewah dan bergembira di hujung minggu mampu mengubah nasib masyarakat yang semakin lama semakin kritikal?

Mungkin kerana kita sekadar hanya membaca dan melihat di media tentang isu-isu permasalahan masyarakat.. Adakah kita menanti hingga perkara yang sama terjadi pada adik beradik kandung kita sendiri baru kita hendak melatah? Atau saudara mara terhampir kita? Maafkan saya.. jika itu yang kalian tunggu.. Kalian akan mendapatkannya.. dan kalian akan menyesal yang teramat sangat.. menangis air mata darah sekalipun, calitan hitam itu tetap akan kekal sebagai coretan hidup.

Wahai sahabatku harapanku..
yakinlah, andai pada saat ini, dalam usia semuda ini, dalam keadaan sihat, kuat dengan darah muda yang masih panas, kalian menyatakan ‘nantilah dulu..’ atau ‘tunggu dah stabil..’ atau ‘tak ada masa la, busy..’ atau ‘tak ada duitlah, pokai..’ atau.. atau.. alasan itu boleh dicipta.. duit itu boleh dicari.. masa itu perlu diberi.. dan kesedaran itu akan datang sendiri apabila kita belajar untuk memberi lebih dari menerima.. hanya mereka yang pernah bekorban mengerti betapa mahalnya nilai pengorbanan itu..

Bangkitlah kalian dengan apa yang ada.. tidak perlu menunggu sehingga segala-galanya sempurna.. kerana Allah sudah membongkar sifat-sifat manusia yang tidak akan pernah merasa cukup, puas dan sempurna.. jadi mengapa harus kita menunggu untuk menjadi sempurna baru hendak bertindak?

Wahai sahabatku, andai kalian mengerti..
Bukan simpati yang kupinta..
Bukan belas kasihan yang kuharap..
Bukan sanjungan yang kuidam..
Tetapi kuharap kalian mengerti betapa masyarakat kita ketandusan mereka yang mempunyai kesedaran untuk bertindak membela nasib masyarakat..

Wahai sahabatku.. yang kukasihi kerana Allah..
Adilkah kita, sewaktu kita sedang tidur cukup 6jam, ada sahabat kita yang sedang berjuang tak tidur sepanjang malam?
Adilkah kita, membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian mahal sedangkan ada sahabat kita yang mengikat perut demi membelanjakan wangnya untuk mendidik insan lain?
Adilkah kita, sewaktu kita belajar dengan ada ruang rehat menenangkan fikiran, sedangkan ada sahabat kita malam dan siang penuh jadualnya dengan masa belajar dan usaha membela masyarakat tanpa ada ruang rehat?
Adilkah kita?
Di manakah kita?

Untukmu sahabatku..
Di tanganmu pintu segala kebaikan..

Matlamat PPMUSM ialah mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti masyarakat dan menjadi pelapis dalam membela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

PPMUSM adalah sebuah wadah, platform, alat dan tempat untuk kalian menyumbang pada masyarakat.. Pergunakanlah PPMUSM ini kerana tempoh pengajian kita di USM ini sangat singkat. Pergunakanlah biro-biro kalian untuk memberi ‘makna hidup’ kepada masyarakat.. Terkuburnya biro-biro akan menguburkan perjuangan PPMUSM itu sendiri.. Setiap ahli memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju biro-biro itu. Di sini, kakak abang senior-senior sentiasa bersedia untuk membimbing ahli-ahli baru untuk bergerak kerja dalam lapangan masyarakat sebenar.. Besar harapan kami pada kalian agar kita dapat bersama-sama bergerak seiring dan sejalan dalam usaha mendidik insan.. kita datang dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat..

Ya Allah.. Sampaikanlah sentuhan jiwa ini kepada sahabat-sahabatku yang lain.. Agar mereka bisa mengerti betapa hamba kerdil ini amat mengharapkan agar mereka terus teguh di jalan Mu.. :’-)

1 ulasan:

  1. salaam...lillah ;)

    semoga PPMUSM sentiasa teguh membela syariat Islam dan berusaha membawa masyarakat merasai nikmatnya perasaan bertuhankan Allah yang satu ;)

    salaam...
    brother kamarudin selalu ingatkan... orang yg beriman hatinya tingkahlakunya tindakannya sentiasa menampakkan ketenangan...
    marilah sentiasa bertenang dalam segala hal... dan mengingati Allaah sebanyak-banyaknya selalu...

    hadis: "seorang sahabat masuk bersama Rasullah saw dan nampak seorang wanita beserta tasbih (yg dibuat sebagai pengira tasbihnya) daripada batu2 kecil berada di tangannya. maka berkatalah nabi saw: "tidakkah kamu mahu aku beritahumu apa yg lebih mudah bagimu daripada cara ini? iaitu sebutlah Maha Suci Allaah sebanyak apa yg dicipta di bumi, dan Maha Suci Allah sebanyak apa yg terdapat di antara kedua-duanya, Maha Suci Allah sebanyak apa yg diciptaNya dan sebutlah 'Allahuakbar' seperti tadi, dan alhamdulillaah seperti juga dan la hawla wala quwwata illa billah' sepertinya juga." (riwayat al-Tirmizi, hasan menurut al-Nawawi)

    salaam...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....