Izinkan aku menzahirkan isi hati ini ya Allah.. :’-(
Ya Allah.. aku berjuang mencari iman dan takwa..
8 bulan berlalu dengan cepat. Janji tetap janji. PPM sebelum ni pernah membuat program KASEH di Sekolah Tunas Bakti.. 8 bulan yang lalu.. dan sebelum balik, kami berjanji untuk menjemput adik-adik kesayangan kami ke USM pada Hari KONVO.. Em..Ya Allah, betapa rindu dgn adik2 ni hanya Allah je yang tau.. sebab hanya saudara mara je boleh melawat. Kami ex fasi2 pun tak boleh.. kalau nak jumpa adik2 tu kene buat program, ada kertas kerja.. Sekolah ni bukan calang-calang punya sekolah, POWER punya sekolah.. :-D Ala-ala Henry Gurney.. Bukan semua orang boleh masuk suka-suka hati ke sekolah ni.. Hanya insan-insan terpilih je boleh.. Istimewa lah katakan.. (Pergi ke STB dan bertemu dengan adik2 ni merupakan antara perkara yang paling manis dalam hidup saya. Peduli apa orang kata, saya suka dan saya sayang adik-adik ni.. )
Selepas berhempas pulas menyiapkan segala yang patut, akhirnya tibalah hari yang adik-adik kesayangan kami menjejakkan kaki ke USM.. Pada asalnya pihak sekolah bersetuju membawa 60 orang adik. Tapi akhirnya 35 orang sahaja.. pada mulanya tentatif 4ptg hingga 9.30malam.. akhirnya masa dipendekkan.. 4ptg hingga 6.45petang.. Sayu rasa hati.. Bersyukur3x lillah! Allah dah beri peluang jumpa adik-adik tu jauh lebih baik dari tak dapat jumpa lansung..
Pada hari tersebut.. Pagi tu saya mendapat tahu yang saya perlu kembali ke makmal untuk menyelamatkan lab group saya.. dan saya tak ada pilihan, terpaksa berada di makmal dari pagi sampai ke petang.. Adik-adik PPM tidak henti-henti sms saya tanya tentang nak tunggu di mana?, nak jumpa siapa?, kenapa tak nampak akak?, mana kak kimi?, jadi tak program?, dan… maaf tak dapat join…
Saya ni tak sempat nak jawab sms dengan baik, sebab tengah run machine.. bimbang adik-adik PPM kecil hati.. Ya Allah… hati ku tertinggal di gerai PPM dengan sahabat-sahabatku Ya Allah… Saya rasa lemah sangat masa tu.. Saya merancang nak bimbing adik-adik junior saya ni dari awal program hingga ke akhir..dan setelah berusaha gigih untuk program ni, tentulah saya nak sangat bertemu dengan adik-adik STB saya yang dah lama tak jumpa.. Dan Allah yang lebih Mengetahui yang terbaik untuk saya telah meletakkan saya di makmal buat eksperimen seorang diri.. Dan ketika adik2 STB sampai di USM, saya masih di makmal..
Masa tu teringat sesuatu.. “Ya Allah.. Barangkali hatiku telah tersasar dari landasan keikhlasan.. Ampunilah daku, sesungguhnya Kau yang menciptakan daku dan hatiku dalam genggamanmu.. Aku membawa adik-adik itu kemari keranaMu.. Andai Kau rasa aku di makmal ni lebih baik dari bersama mereka, aku redha Ya Allah..”
At last siap juga kerjanya… Alhamdulillah.. Thank you Allah.. I love U Allah… ;-D
Dan pada pukul 5.45 petang, saya berlari ke tapak ekspo.. Sakit dada.. Sebaik ternampak mereka dari jauh, saya tiba-tiba rasa segan.. Lillah.. control.. Sayang-sayang juga, tapi adik-adik tu tetap lelaki.. dan lelaki akan tetap nampak lillah sebagai perempuan..Mereka sedang makan cendol di gerai kami.. (Terima kasih untuk cendol tu..) Dan bila bertemu dengan adik-adik bekas kumpulan saya.. Saya kelu.. Senyum je yang bolehi.. kami berbual formal..
“Kenapa tak mai tengok kami?” soal si adik.. Saya sebak.
“Bukan tak nak mai.. tak boleh nak mai.. banyak kali kami cuba untuk ke sana, tapi tak dapat.. hanya keluarga terdekat je boleh jumpa..” terang saya. Wajah adik-adik tu tak puas hati.
“Ala akak, akak datang je.. Hari Ahad boleh melawat.. cakap je sedara mara.. adik beradik. Kena pandai ….” Dia berkata sambil memusingkan dua jari telunjuk.. (Bahasa Isyarat untuk ‘putar belit’)
“Yang tu la yang akak tak pandai,” jawab saya sambil membuat isyarat yang sama. Seorang adik saya merajuk. Ketika berjalan di tapak ekspo dia lansung tak mahu bercakap dengan saya. Pandang pun tak mahu. Bila saya bersembang, dia selamba je pergi.. geramnya!!!! Saya paling tension bila saya ‘care ’ orang tu, dan dia pula sangka saya tak peduli kan dia. Saya tahu dia marah sebab saya seolah tak berusaha menziarahi dia di sekolah.. Adikk… janganlah buat akak macam ni, terseksa hati ni.. Saya cuba beberapa kali berjalan seiring dengan dia, tetapi dia tinggalkan saya. Sudahlah, orang tak sudi buat apa nak paksa-paksa.. :’-( Si adik yang merajuk ni jenis pendiam dengan orang yang dia tak rapat dan sangat banyak cakap dengan orang yang dia rapat... sangat berahsia.. Masa buat program di sekolah dulu, hari last baru dia nak bercakap. Dia ni kategori keras hati dan sangat sensitive. Lepas saya menangis, baru lah dia mula bercakap dengan saya. Dan tak berhenti pula bercakap. Rasa macam perangai adik sepupu saya yang belum sekolah, mulut potpet! :-) Tak kisahlah, saya dengar je.. Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka dan apa impian dia..
Sekolah memberi RM10 kepada setiap adik. Tapi semua duit tu dipegang oleh pegawai. Kalau nak beli kene minta pada pegawai.. Rata-rata semua beli makanan.. ada yang belanja kakak-kakak fasi, junior saya. Saya gembira melihat adik2 PPM saya gembira melayan kerenah adik2 kesayangan saya..
“Macam mana dik?” soalan saya berikan kepada semua adik-adik PPM saya.. mereka tersenyum
“Akak… saya terharu, mereka baik sangat.. mereka tak mau jalan jauh-jauh sebab tak nak saya penat,”ucap seorang fasilitator. Saya senyum.. hm, adik-adik lelaki ni memang bermulut manis..
“Ingat pesan akak semalam ye,” saya memegang lengan adik PPM saya. Dia mengangguk sambil memegang tangan saya.. Pesan saya supaya mereka berhati-hati dan berkelakuan seperti seorang kakak.. agar kasih yang dicurah tidak disalah tafsir oleh jiwa-jiwa yang sedang kesepian.
Saya tergelak melihat seorang fasilitator kalut menyuruh adik-adiknya membeli belah.
“Dah habis dik Rm 10?”tegur saya pada adik STB dalam kumpulan fasi itu.
“Belum lagi,”balas si kakak.
“jom kita pusing sana pula!” sambung si kakak. Kumpulan yang sangat bersemangat
Wajah adik-adik STB ceria.. Saya kejap ke depan dan sekejap ke belakang. Saya memantau bilangan adik2 STB ~ senang hati bila melihat wajah-wajah yang ceria.. dan yang nampak muram, saya akan tegur supaya kembali ceria.. Cuma ada beberapa orang yang saya tak berani tegur.. Dan my priority memantau adik2 ppm saya yang menjadi fasilitator.. keselamatan mereka ialah keutamaan saya.. sambil tu melihat Adik saya yang merajuk dari jauh.. Saya mahu memujuk, tapi pujuk budak lelaki ni kalau tak kene gaya boleh disalah faham..
Sebelum balik, mereka bersolat di Masjid. Adik saya yang tak merajuk sibuk pesan supaya saya kirim salam pada kakak fasi yang tak datang. Si adik yang merajuk pula,membelakangkan saya. Saya mengeluarkan tiga ekor labah-labah (keychain) dan memberi kepada adik yang tak merajuk..
“Bagi yang ni pada yang tak datang,jaga elok-elok ye..”
Si adik yang tak merajuk gembira.. Saya berdiri agak lama di belakang adik yang merajuk. Dia sedang memakai stokin , baru lepas solat asar. Dia buat tak tau je, pakai stoking lambat-lambat. Sudahlah.. malas nak layan orang merajuk ni.. :-( Dan saya malas nak tunggu, pakai stokin pun berjam-jam.. so saya keluarkan keychain labah-labah di depan muka dia. Dia terkejut.
“Jaga baik-baik..”ucap saya ketika dia mengambil labah-labah tu.
“Belajar rajin-rajin. Buat yang terbaik dalam apa sahaja yang kita lakukan,”ucap saya tegas. Dan saya terus pergi jauh dari situ.. Saya tak nak saya kecewa jika dia masih lagi nak marahkan saya lepas ni. Saya bersembang dengan adik-adik STB lain, mengorek maklumat berkenaan apa yang telah berlaku dalam tempoh 8 bulan lepas.
Dan akhirnya kami berjalan menuju ke bas.. dan si adik yang merajuk mengejar saya... biarkan dia! Tadi jual mahal sangat. Dia memberi saya kertas kecil.
“Kak, nombor telefon.” Dia seperti berbisik. Kami sedang melintas jalan besar waktu tu. Saya pula sedang menahan kereta supaya adik-adik dapat melintas. Nak ambil ke tak kertas tu? Dan saya pun ambil sebab mahu semua adik-adik melintas cepat.
“Jalan dulu,”arah saya. Dia patuh.
. Saya tak ada pen sebenarnya, boleh dijadikan alas an.. tiba-tiba terasa ada pen dalam poket, Ya Allah, tadi ada pegawai STB beri saya pen, katanya tu kakak fasilitator tercicir.
Saya menulis dengan tulisan yang buruk(sebab tulis di dinding yang menggerutu).
Sebelum ni masa pergi sekolah mereka saya bertegas tak mahu bagi nombor telefon. Saya bagi address rumah je. Sebab saya bimbang saya memberi mereka harapan yang saya akan ada masa untuk mendengar panggilan mereka sedangkan saya sangat-sangat sibuk.. dan mereka ni lelaki, saya mahu ada barrier antara kami.
Dan saya berjalan sangat perlahan.. tetapi si adik rupanya berjalan perlahan hingga dia jadi yang last. Ustaz mereka menyoal si adik.
“kenapa tak jalan?”
“Nak jalan la ni,” si adik memberi alas an. Dia tersenyum memandang saya. Ustaz menoleh kea rah saya. Sebaik si adik menghulur tangan, saya terpaksa serahkan kertas kecil tu. Ustaz melihat tanpa Tanya apa-apa. Kami berjalan di depan ustaz.
“Akak,macam mana nak masuk university?”
“Banyak cara.. melalui diploma, STPM dan matrik.. akak dari matrik.. kalau adik masuk STPM, adik still boleh tinggal di STB?”soal saya.
Dia mengangguk.
“Lepas form5 ni nak ke mana?”soal saya.
“Nak minta MARA..” dia menjawab.
“Buatlah yang terbaik..”balas saya
“Akak nak kerja apa lepas ni?” soal dia..
“Akak harap akak dapat terus berbakti..macam sekarang.. ”jawab saya. Dia tunduk. Wei, jangan buat muka sedih! Dah puas akak tengok muka merajuk tadi.. nak tengok muka ceria semula! Adik yang tak merajuk datang mendekati saya. Bagus, boleh saya bagi nasihat terakhir sebelum mereka naik bas.
“Dik.. adik belajarlah sementara ada peluang ni.. tentang kerja, bukan terletak sepenuhnya pada apa jurusan kita.. dik, akak harap adik-adik nanti bila dah keluar, berkhidmatlah pada masyarakat.. tolong balik mereka yang senasib dengan kita, seperti mana orang lain dah tolong kita.. Tak kisahlah adik nak kerja apa, tapi jangan lupa tanggungjawab kita..”
Selepas adik-adik balik, kami membuat postmortem .. rata-rata fasilitator tak puas hati sebab masa terlampau pendek..2jam setengah je.. Tak sempat berkenalan.. Ramai yang terharu dengan adik-adik tu yang baik-baik..(Nak tengok yang nakal-nakal kene tunggu sehari semalam barulah nampak :-p)
Apa sekalipun, Alhamdulillah sebab segalanya berjalan lancar.. Terima kasih kimi dan kak sal yang membawa adik-adik tu kemari.. terima kasih pada azlan dan saiful,rahimie & azlan yang menjadi fasi.. (the only brothers yang jadi fasi).. terimakasih pada adik-adik kak lillah yang ramai-ramai (fasi perempuan)..
Pada Mu Allah, kupanjatkan doa agar berkekalan kasih sayang ini.. Ya Allah.. Kami mencari hidayah daripadaMu dalam mendidik hambaMu.. Kurniakanlah kami hidayahMu.. Kurniakanlah adik-adik kami hidayahMu.. Kurniakanlah insan-insan di sekeliling kami hidayahMu..Berkatilah ukhwah ini ya Allah..
Salam`alayk dear~
BalasPadamKuatkan hati untuk setiap perkara. Tiada yang mudah melainkan dimudahkan oleh DIA. Sabar ya sayang...