Jumaat, 8 Ogos 2008

Nikmat dalam Mendamba KeredhaanNYA



Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. saya temui banyak kelebihan yang Allah tunjukkan.. yang saya percaya saya tak akan temuinya ketika saya dalam keadaan senang.. :’-D
Alhamdulillah..
Em..nak share dengan sahabat-sahabat semua.. agar kalau-kalau ada yang tersepit dalam salah satu situasi yang saya alami, dapatlah kalian ambil hikmahnya.. paling penting dapatlah memberi secebis harapan dan segenggam ketabahan untuk kita sama-sama menuju Mardhotillah!! (keredhaan Allah)
Lets begin.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan tak de duitnya..dengan kesihatan yang tak berapa baik.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. hm.. masa tu rasa tak ada sebab kenapa saya tak boleh lari dari sini(USM), gate open je.. bas Rapid pun lalu lalang je depan Sungai Dua tu..(Sure bukan lari ke rumah, di rumah pun mantap tarbiahnya..where should I go?)~~~
Mahu ke mana ye?
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Kaya.. walaupun tengok digit duit tu macam sikit dan digunakan laju macam air mengalir, but still boleh mencukupi hingga ke hari ini ..dapat pula infak untuk jariah.. dan still boleh beri hutang pada orang lain yang kesusahan.. berkat sungguh.. macam tak logic, tapi di situlah keberkatanNya.. pernah sekali terdetik di hati ni “Ya Allah.. saya ni bukanlah orang miskin, tapi bila nak berbelanja, macam orang miskin.. saya mampu untuk bermewah lebih lagi dari ramai kawan-kawan.. tapi duit saya saya belanjakan untuk agamaMu ya Allah..” Hati masa tu macam sayu je.. Allah Maha mendengar, masa tu Dia beri ilham.. teringat pesanan Imam Syafie tentang Luqmanul hakim.. Allah memuliakan Luqman setelah diuji dengan kemelaratan di tengah keluarganya yang kaya.. teringat pula doa baginda Rasulullah saw yang berbunyi “Hidupkan kami dalam kalangan orang miskin, matikan kami dalam kalangan orang miskin, dan bangkitkan kami dalam kalangan orang miskin.”.. teringat pula kata-kata yang “mereka yang memilih jalan Rasulullah saw, akan lebih cepat merasai kefakiran..”(pernah dengar tapi tak ingat sumbernya..) Para Sahabat Rasulullah saw hidup dalam kemiskinan tetapi mereka tetap cemerlang dalam hidup.Ramai sangat orang-orang soleh yang hidup miskin tetapi hebat dalam agamanya.. So.. nak jadi srikandi agama, tak boleh takut miskin.. tak boleh takut susah.. Sebab ukuran sebenar kekayaan ialah hati yang merasa cukup dan bebas dari mengharapkan dunia adalah hati yang kaya~ itulah kekayaan hakiki… ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Penyayang.. masa tu kesihatan tak berapa baik.. tidur tak cukup, biasa lah untuk seorang da’ie.. extra kerja tak menentu, dan extra waktu over time pun perkara biasa bagi seorang da’ie.. 24 hours on call.. pintu bilik sentiasa open untuk kunjungan kaunseling@tazkirah..hahaha.. hanphone pun sentiasa bersedia dengan sesi tazkirah..kesan yang dapat dilihat segera.. walaupun saya still kata I’m okay! But badan saya menunjukkan signal saya stress.. Masa tu memang rasa tak larat.. bila dapat baring, terus je tidur.. nak sembang kosong pun tak sempat.. nak main-main yang tak berfaedah pun tak larat.. sebelum tidur, baca buku ‘Persediaan menghadapi mati’.. Ececeh.. sakit sikit je, tapi berangan kalaulah dapat mati dalam keadaan sedang buat usaha dakwah ni, bestnyeeeeeeeer..!! nakkkkkk….! mati itu terlalu manis bagi syuhada’ di medan jihad.. Masa tempoh weak ni, Allah selamatkan saya dari banyak perkara-perkara lagha.. nak fikir yang tak berfaedah pun jarang sebab kepala blank, tak boleh fikir.. boleh zikir je.. ingat Allah je.. Nikmatnye rasa.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Bijaksana.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. terasa benar jahilnya hamba ni.. sebab dalam eksperimen ni, banyak benda yang berlaku tak boleh lillah nak explain.. asal balik je dari lab, terus buka buku tebal cari penyebab-penyebab kejadian tersebut.. Masa tu kagum sungguh dengan keluasan ilmu Allah.. Bila berdepan dengan masalah mesin yang meragam.. terasa macam mesin tu beruntung.. sebab setiap yang ada di alam ni, pasti akan hancur suatu hari nanti, kecuali Allah.. termasuklah saya akan mati juga.. perbezaannya, mesin tu tak kene HISAB.. tak kena seksa kubur.. tak kena beratur di Mahsyar.. tak kena melintas SIRAT.. tak kena buka buku amalan.. tak kena azab neraka.. sedangkan saya? :’-(

Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. banyak kali air mata ni mengalir.. kadang-kadang hairan, adakah mereka terlupa yang saya pun manusia juga, ada had limit kesabarannya? Hm.. thank you sangat pada semua yang telah membuat saya kecewa dan patah hati.. kerana kalian telah menyebabkan hati ini semakin dekat dengan pemilik sebenar hati ni, Pencipta hati ini.. dan membuatkan saya menjadi bertambah-tambah sayang kepada mereka yang dari awal menyayangi saya..Selalunya air mata ni lebih mudah turun bukan kerana saya disakiti tetapi kerana melihat orang lain sakit.. bila orang lain sakit, Allah memberi peluang kepada saya untuk menjadi penawar luka.. Masa tu walaupun saya seolah sedang menyelesaikan masalah orang lain, sebenarnya sangat banyak hidayah dan ilham yang Allah berikan untuk saya melalui insan itu.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. masa tu memang selalu rasa mudah sangat air mata ni nak turun..so kena tengok kiri kanan, tak mahu biar anak buah nampak saat-saat tengah lemah..tak mahu mereka turut rasa lemah.. masa tu kuatkan kata hati, “Ya Allah, aku buat ni hanya kerana Kau ya Allah, kuatkanlah aku!!”.. kadang-kadang nak sangat ada seseorang yang pernah alami apa yang saya rasa yang saya boleh jadikan contoh, yang saya boleh tanya cara bahagikan masa, cara membuat keputusan dan cara menyelesaikan masalah.. akhirnya saya sedar, itu semua mustahil sebab tiap-tiap manusia ada masalah yang berbeza.. so.. kerana itulah saya perlu bergantung sepenuhnya pada Allah.. dan saya berdoa “Ya Allah, bimbinglah daku menjadi NYDP2 yang cemerlang di dunia akhirat, yang dapat menjadi contoh kepada orang di sekeliling dan adik-adik akan datang, yang dapat menjadi punca hidayah kepada orang di sekeliling… hiasilah diriku dengan hilmi,iman, ilmu, takwa dan akhlak yang mulia..Amin ya Allah..”
Untukmu sahabat.. saya sedang belajar menjadi seorang sahabat.. menjadi seorang sahabat bukan sekadar menjadi seorang pendengar setia.. atau sekadar peneman di sisi.. tetapi seorang yang bersedia untuk bekorban supaya sahabatnya tidak terkorban.. sahabat yang ikhlas, menerima sahabatnya seadanya tanpa syarat. Dia menyayangi sahabatnya dan mahu yang terbaik untuk sahabatnya. Dia akan tetap mengembirakan, memberi nasihat, bekorban walaupun sahabatnya tidak menyedari dan tidak tahu.. dia tidak jemu meskipun masa terus berlalu.. kerana dia tahu Allah yang memegang hati sahabatnya. Dan dia berdoa supaya sahabatnya akan sedar akhirnya walaupun pada masa tu dia dah tak ada lagi.. hanya sebab dia sayangkan sahabatnya ikhlas kerana Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....