Jumaat, 6 Ogos 2010

perkahwinan suatu perkongsian....


Berkahwin itu suatu perintah daripada Allah Ya Rahim.
Allah tidak pernah menjanjikan perkahwinan seseorang itu akan 'happily ever after' seperti dalam buku dongeng.
Allah tidak pernah menjanjikan perkahwinan seseorang itu akan menjadi puncak kemenangan dalam hidup seperti dalam filem hindustan.
Allah tidak pernah menjanjikan pasangan kamu itu adalah sempurna sifatnya seperti bidadari dan wildan di syurgaNya.

Maka berkahwinlah kamu hanya kerana mentaati perintahNya.
Laksanakanlah tanggungjawabmu dengan sebaik-baiknya kerana mentaati perintahNya.
Hargailah pasanganmu kerana si dialah yang telah Allah pilihkan untuk kamu.
Kekalkanlah cintamu hanya padaNya.


*******


hadis Rasullullah mendengar Aisyah bercerita tentang kisah 11 orang quraiys bersama suami mereka..

Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.

Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya.

Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.

Wanita keempat berkata: Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.

Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.

Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.

Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.

Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.

Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.

Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.

Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.

Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in. Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.

Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak lelaki Abu Zar’in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.

Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.

Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.

Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar’in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.

Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.

Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.

Aisyah radhiyallahu ‘anha membalas: Bahkan engkau lebih baik dari Abu Zar’in.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau”

[Riwayat al-Tirmidhi]

betapalah dalam kesibukan baginda berdakwah dan memikirkan masalah umat, masih lagi mampu bersabar menadah telinga mendengar aisyah berceloteh tentang 11 wanita quraisy yg tak ada kene mengene langsung dengan hidup baginda… bahkan baginda sempat pula memberi komen yg cukup romantis ke atas bebelan aisyah sehingga menggembirakan hati isterinya…

maka kaum lelaki, belajar lah bersabar mendengar... ;)

di bawah ni ada something yang menerangkan tentang konsep bahagia..click to play.. it is one of my favourite !




p/s : Subhanallah...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Rabu, 4 Ogos 2010

Sungguh apabila kamu bersungguh!


Beramallah selamanya kerana dunia adalah kampung amal sedangkan akhirat perkampungan pahala, perkampungan pemberian. Inilah yang umum pada hak orang-orang saleh.
[Syeikh Abdul Qadir Jailani]


Jumaat :
Saya ke masjid untuk mendengar kuliah. Kebetulan ada program sekolah, guru-guru buat solat hajat bersama students. Suasana masjid macam nurseri sebab kanak-kanak berlari bermain berpusing dan bergolek.Cute!

Seorang guru pujuk saya jadi guru ganti untuk kawannya yang cuti bersalin selama 2 bulan. Erm, saya terpesona. Saya mahu bekerja untuk berdakwah. Saya mahu menerima duit supaya boleh menampung gerak kerja dakwah. Noktah.

Isnin :
Saya ke sekolah hantar resume.

Selasa :
Saya dipanggil melapor diri. Semasa sampai di pejabat, staf yang sepatutnya saya jumpa tu tiada. Saya disambut oleh seorang guru berbaju hijau. Lama kami bersembang tetapi saya tidak tahu apa jawatan beliau.

"Result SPM kamu sangat bagus. Betul ke kamu dari sekolah %$&??"soal beliau.
Tentu dia tak percaya sekolah %$& ada student yang dapat 10 A.

"Cuma sayang pngk final sem kamu ni.. sikit lagi je.."kata beliau lagi.

"Tak ada rezeki puan,"jawab saya.

"Kenapa tak sambung belajar?"soal beliau lagi.

"Saya dah sambung master sebelum saya convo lagi. Tetapi disebabkan final sem tu pngk saya jatuh, saya tak dapat biasiswa. Jadi saya terpaksa berhenti dulu. Inshaallah saya memang berniat nak sambung semula cuma saya perlu cari biasiswa.."terang saya.

"Ya Allah.. jika memerlukan saya untuk tanda tangan surat sokongan, bagi tahulah. saya akan bantu ya.." beliau memegang bahu saya.

Finally, beliau masuk ke bilik pengetua. Oh! Pengetua rupanya... =.=

Saya terserempak dengan dua orang pelajar bermasalah yang ditangkap akibat ponteng. Sempat bersembang sekejap. (rupa-rupanya ini bakal anak murid saya..hehe)


Rabu :
Saya sepatutnya punch card 7.20am (paling lewat)... err, sedangkan keluar rumah 7.10am, apalagi pecut la.. Sampai pejabat, guru besar juga yang entertain siap ambilkan card baru untuk saya dan letakkan card saya di tempat guru yang saya gantikan.
"Yang.. no 59 ye yang.. di sini ye.."katanya.

7.30am Kelas pertama saya...

.
.
(Saya mengajar kelas-kelas paling cemerlang untuk form 1 dan kelas-kelas hujung untuk form 3. dan sungguh seronok.. Alhamdulillah)

(Bayangkan ada anak murid saya yang masuk kelas dalam keadaan merangkak.. ni kelas last. dan saya adalah guru kelas mereka)

(Untuk setiap kelas yang berbeza, saya ada perancangan yang berbeza. Meskipun saya di sini cuma sementara, saya berazam untuk meninggalkan satu kesan yang akan kekal selamanya dalam hidup mereka)

(mengajar di kelas paling last sangat menyeronokkan.. dan yang second last pun seronok. best!)

(mengajar di kelas pandai-pandai pula sangat rasa berat.. sebab saya mahu mereka excellent jadi perlu berikan lebih kerja. er...maka saya kena kerja lebih la kan..)
.
.
1.05 petang. Kelas terakhir berakhir...

Saya mendapat panggilan daripada seorang adik (pembaca blog) yang menangis sambil mengadu masalah dirinya.

Pesanan saya :
1. Ucapkan Alhamdulillah sebab Allah pilih kita untuk diuji sebagai tanda Allah sayang pada kita. Alhamdulillah Allah sedang memerhatikan kita! Alhamdulillah Allah sedang beri peluang kepada kita untuk membuktikan keimanan kita. Alhamdulillah Allah sedang memberi peluang kepada kita untuk mengamalkan Sunnah Rasulullah saw iaitu menjadi penyabar...

2. Maafkan kesalahan orang-orang lain sekalipun perbuatannya sangat menyakiti kita. Sebab hakikatnya orang-orang lain itu cuma sarana atau asbab kepada kehendak Allah. Allah yang berkehendak supaya kita mengalami takdir sedemikian, dan orang-orang lain cumalah alat yang digunakan supaya kehendak Allah itu berlaku. Jika kita marah atau tidak suka dengan apa yang menimpa itu samalah seolah kita marah dan tidak suka dengan ketentuan Allah.

3. Rebutlah peluang berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya. Buatlah yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam kesemua urusan sebab Allah akan menghitung itu semua. Biarkan manusia tidak tahu asalkan Allah tahu. Biarkan manusia tidak pandang asalkan dipandang Allah. Biarkan manusia tidak peduli asalkan Allah peduli. Biarkan manusia tidak suka asalkan disukai Allah.

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Balik rumah, singgah kedai beli makanan kucing dan pergi ATM machine.
Buat persediaan mengajar dan belajart.

***********

Erm, ngantuk dan penat.

Amani- erm, paperwork anak yatim.. Yang ni nak sentuh, semoga masih ada tenaga untuk melakukannya hari ini...

Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya.
Dan bekerjalahuntuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat lbnu Asakir)

catatan lain :

1) semasa saya bekerja dengan sebuah syarikat motivasi, saya diminta memakai jubah seluar sebab mereka nak saya aktif, mudah bergerak dan nampak smart. Sedangkan masa tu saya sudah lama meninggalkan imej berseluar sebab dah berazam nak berjubah & paling-paling pun pakai longskirt (biasala berbaju kurung)

agak teruji diri ini ketika itu. bersusah payah saya mencari jubah seluar yang menepati syariat. Alhamdulillah dapatlah beberapa helai...

then ketika di sekolah ni, guru-guru kata tak boleh pakai jubah seluar. Kena pakai kain sahaja.

Alhamdulillah...

Sungguh apabila kita bersungguh- sungguh, Allah akan membantu kita.

2) Bulan lepas, seorang sahabat memaklumkan saya bahawa dia akan ke Gaza dan dia memerlukan saya untuk mempermudahkan urusannya ke sana. Saya cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu dia sehingga terpaksa melepaskan pekerjaan yang amat saya sayang. Namun akhirnya saya tetap tidak diizinkan membantu beliau.

saya agak teruji ketika itu. bersusah payah saya mengorbankan segala apa yang saya ada namun saya tetap tidak dapat membantu dia. Dalam erti kata lain, saya masih tidak dapat mengambil saham dalam perjuangan dia.

then seorang lagi kenalan baik saya yang sudah banyak kali bersusah senang bersama-sama hendak ke Gaza. Dia meminta sedikit sumbangan kewangan untuk mempermudahkan urusan mereka ke sana. Saya memberikan segala yang termampu untuk membantu.

Alhamdulillah....

Sungguh apabila kita bersungguh-sungguh, Allah akan membantu kita.

p/s : teringat kata-kata ustaz zahazan ketika saya bertemu dengan beliau, "doakan penulis ya.."
maka saya juga ingin berpesan kepada kalian "doakan penulis ya.."


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Selasa, 3 Ogos 2010

arju an la tansaani ...



Seorang buta yang bersendirian di dalam hutan tebal tentulah akan berasa cemas dan ketakutan. Normal lah tu kan? Sebab dia tak nampak jalan ke mana harus dituju. Dia tak tahu sama ada semakin dia berjalan, adakah dia semakin hampir atau semakin menjauhi jalan sebenar. Dia tidak tahu apakah ada lurah di hadapannya atau akar pokok yang melingkar.

Dan saya terasa seolah saya si buta itu. T.T

Astagfirullah.......
Andai boleh saya cari hati yang baru, saya ingin benar membuang hati yang lama ini!
Tiada sehari yang berlalu tanpa saya mengingatinya sedangkan segalanya telah berlalu.


Ya Allah........
Aku merayu padaMu. Damaikanlah hati ini ya Allah...

Sejenak bermuhasabah, pada saat telekung dah basah dengan air mata..

TIDAK! Tidak! Tidak, saya bukan si buta itu. Saya sebenarnya sedang berjalan di atas satu jalan yang sudah pasti destinasinya. Cuma saya perlu terus cekalkan hati dan terus bersabar supaya dapat sampai ke destinasi.

Pasti, akan tiba saat di mana saya sampai juga akhirnya ke sana!

Tiada kata yang dapat kugambarkan perasaan yang ku alami...

Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini..
Cintaku ini tiada berbelah bagi..
Cinta yang suci dan abadi..


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Famous Failures

special dedicate untuk intan ismaya.... (sebab usm blok youtube, so akk upload sini ya dik...) dan sahabatku Yew Lei Ching yang jauh di perantauan...


Famous Failures :

.

Selamat berkonvo Rabu ni dik... Semoga berjaya di dunia dan akhirat... inshaalah!

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku.

Isnin, 2 Ogos 2010

pelangi hidupku...


"oh sayang... ikhlaskanlah hatimu.."

si dia yang mengenali diri saya yang sebenar..

Saya selalu bangun awal untuk bertahajud dan selalu tanpa sengaja terbuat bising mengganggu tidurnya (keluar masuk pintu, kadang tersepak kaki katil atau tolak tarik kerusi) tetapi dia yang sedadg tidur tu tetap lena (atau buat-buat tidur).. dan tak pernah marah saya dan tak pernah ambil hati.. paling penting, dia tidak menghalang saya melakukan rutin saya.

Selalunya dia akan bersarapan sebelum ke kelas dan dia akan buatkan air teh untuk saya dan sediakan 1 ketul roti.. saya tak pernah minta pun.. dan saya tak pernah menolak.. jauh di sudut hati sangat-sangat terharu. Kadang-kadang saya bangun lewat dan sebaik terjaga dia sudah pergi kelas. Pasti ada secawan teh dan seketul roti di atas meja saya. :)


Apabila waktu exam menjelang, saya akan bertungkus lumus belajar. Hari-hari biasa saya sibuk dengan persatuan dan selalunya dalam tempoh study week barulah separuh mati belajar. Maka saya akan berhijrah duduk di surau supaya jauh daripada godaan tilam empuk dan laptop yang penuh dengan lagha..hehe. Apabila tiba waktu makan, saya masih tekun menghadap nota pelajaran.. Dan dia pasti datang dengan bersusah payah membawa bekas makanan dan air untuk saya... Senyum lebar saya.

Hampir setiap malam saya akan balik ke bilik dekat pukul 1pagi. kadang-kadang tak balik lansung sebab ada program luar. Hujung minggu memang sangat jarang ada di bilik. Selalunya dia akan ditinggalkan bersendirian di bilik saya. Dia menjaga barang-barang saya dengan sangat baik. Dulu di bilik saya itulah saya simpan duit selalunya hampir RM1K..

Saya sentiasa dicari kawan-kawan terutamanya mereka yang sedang bermasalah, sama ada masalah yang memerlukan bantuan nasihat kaunseling atau bantuan duit atau pengurusan organisasi. Bilik saya seolah rumah terbuka yang boleh dikunjungi 24 jam. Terlalu besar pengorbanan sahabat saya ini kerana sudi membenarkan mereka berkunjung ke bilik kami.


Hidup saya penuh dengan air mata yang saya rahsiakan di sebalik senyuman dan gelak ketawa. Tentu sekali saya tidak boleh menunjukkan kekecewaan atau kemurungan di hadapan anak buah (junior) dan sahabat seperjuangan saya memandangkan saya orang kedua tertinggi dalam persatuan. Saya tidak boleh lemah semangat kerana mereka memerlukan saya untuk membakar semangat mereka. Apapun saya seorang manusia biasa. Lebih tepat lagi, saya seorang perempuan yang fitrahnya beremosi.. Dan sahabat saya inilah yang menjadi tempat air mata saya tumpah. Di hadapannya saya luah segala-galanya. Di hadapannya saya bebas bercakap dan melepaskan segala yang terbuku di dada. Mungkin di luar saya adalah seorang motivater kepada orang lain. Tetapi di dalam bilik, dialah motivater saya...


Saya selalu sakit dan demam tu sudah menjadi kebiasaan. Dia lah yang akan menjaga saya. Adakalanya terasa seolah-olah saya ini pantang sihat akan meninggalkan dia. Apabila sakit barulah pergi bermanja-manja dengan dia. Sedangkan apabila dia sakit, selalunya saya tak ada pun di sisi dia...

Sejujurnya persahabatan kami tanpa introduction yang panjang. Dulu saya pernah menjadi seorang penggerak sebuah program sekolah. Dia merupakan salah seorang fasilitator program tersebut. Saya menguruskan ramai fasilitator termasuklah dia. Rupa-rupanya dia memerhatikan saya ketika itu. Selepas habis program, dia telah ziarah ke bilik hostel saya dan melekatkan sebuah lagu di dinding bilik saya ketika saya tiada di bilik. Beberapa hari kemudian ketika saya keluar ke pasar malam bersama sahabat yang lain, dia telah ikut bersama. Ketika itulah dia menjemput saya untuk menjadi roomet dia.. :) :) :)

actually ada 3 orang lagi yang ajak saya jadi roomet pada masa tu.. saya tak tahu nak pilih yang mana.Serbasalah. jadi saya mendaftar di pejabat tanpa menulis nama roomet.
Dan saya berdoa dengan penuh yakin supaya Allah memilih seorang teman yang dapat menguatkan saya..
Dan dialah yang Allah telah pilihkan untuk saya...



Terlalu banyak yang telah dia berikan kepada saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya tidak tahu kenapa dia memilih saya. Saya juga tidak tahu kenapa dia kekal lama menjadi roomet saya. Terima kasih kerana menerima saya sebagai seorang manusia dan bukannya seorang robot. Terima kasih kerana melengkapkan kekurangan saya. Terima kasih kerana bersama-sama dengan saya ketika seluruh dunia meninggalkan saya. Terima kasih kerana memahami saya pada saat semua orang tidak memahami saya. Terima kasih kerana menyayangi saya sebelum saya menyayangi anda. Terima kasih kerana mempercayai saya tanpa perlu menyelidiki diri saya.

Terima kasih ya Allah kerana menciptakan saya sahabat ini...
Sungguh indah ciptaan Mu..
Peliharalah dia daripada azab kubur dan neraka.. Bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat...
Izinkanlah kami berkasih sayang di Firdausi...

p/s: Selamat berkonvo... maaf tak dapat ada di sisi pada hari yang bersejarah....


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Ahad, 1 Ogos 2010

Rindu.....

Saya rindukan anak-anak murid saya.. rindukan kelas tuisyen saya... :)

ini kek untuk mereka... mak belanja during last lesson... :) :)

ini 2 orang students saya yang berdedikasi.... :) :) :)


yang lain dah balik.. tak sempat nak makan kek sebab parents dah datang jemput balik.. nasib baik ada chocolate yang dah siap di pek comel2 dalam bentuk gifts untuk setiap orang ..


Selamat berjaya dalam hidup!! Do your very best!!! Jadilah orang yang berguna kepada agama, bangsa & negara!!!

:)


Erm, sepanjang seminggu ni saya menjadi chemist yang melakukan pelbagai eksperimen di dapur.... chef tak bertauliah sebenarnya... apapun yang penting adik-adik saya happy:)

dan part time kaunselor kepada mereka... mereka pun jadi kaunselor kepada saya juga.. sebab kakak dia ni pun kadang-kadang need someone to share something ..


dan part time jadi driver... pergi hantar ke KTM, ambil balik sekolah, pergi kedai, pergi masjid..
serius, letih!!

tapi letih tu hilang bila teringatkan yang Allah tak akan sia-siakan semua ni...


Erm... ni gambar2 yang menjadi. Ada menu yang tak menjadi juga...hehe. Masa nak masak nasi ayam, sepatutnya air rebusan ayam tu digunakan untuk masak nasi ayam. Saya pula terlebih rajin dah siap masak sup ayam, pergi ambil sup ayam gunakan untuk masak nasi. Dan nasi tu jadi warna kelabu! but it taste not bad! :) Tapi malam tu masak semula mengikut cara yang betul...


Hari ni hari last adik-adik saya di rumah.. Rasa macam sayu nak berpisah. Selama hari ni saya yang selalu meninggalkan mereka sebab ada program luar atau outstation. Sepanjang zaman kampus, time cuti saya jarang ada di rumah.. Hinggakan adik saya cemburu apabila adik-adik sekolah lain yang saya temui semasa program selalu contact saya..

Kini saya punya turn ditinggalkan.. Weih, patutlah emak-emak dan nenek-nenek selalu menangis apabila anak-anak nak tinggalkan rumah....

Hari ni emak masak sangat banyak sebab nak bekalkan adik-adik saya. Teringat zaman saya belajar dulu, saya pun selalu dapat tapau juga..

Ni yang buat rasa macam nak belajar semula ni!!

Hm... apapun syukur Alhamdulillah sebab diberi peluang berbakti kepada family.. tanpa keizinan Allah pasti saya tak mampu nak pikul amanah ini...

Saya mahu menghargai mereka yang saya ada sebelum saya kehilangan mereka. CONFIRM, suatu hari nanti Allah akan memisahkan kita jua.. Mati Itu BENAR...


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Jumaat, 30 Julai 2010

Program Anak Angkat AMANI



sukarelawan AMANI bersama NGO Patani semasa ziarah Janda & Anak Yatim



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah...



Pihak AMANI sedang dalam proses mengumpulkan profil-profil anak yatim dan menjadikan anak-anak yatim ini sebagai anak-anak angkat AMANI.



Sehubungan itu, AMANI membuka ruang kepada masyarakat umum untuk menjadi keluarga angkat jarak jauh dengan menyalurkan sumbangan kewangan secara konsisten setiap bulan.



Sumbangan ini diperlukan untuk membantu anak-anak ini untuk meneruskan pelajaran mereka. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi urusetia anak yatim di 019-4737645 atau email : amanpattani@yahoo.com



1) Keluarga Puan Khadijah Bt Yunus



Puan Khadijah (bertudung oren) bersama anak-anaknya bersama sumbangan daging korban Muslim Aid



Anak-anak Puan Khadijah



Single mother : Khadijah bt Yunus

Age : 34

Status : widow

Occupation : Rubber tapper

Adress : 22/8, M.I T.Purong A. Krungpinang W. Yala 95000

Orphans :

Bil

Name

Age

Sex

Education background

Notes

1

Abdullah

15

Male

-

* working as rubber tapper

2

Suhaini

12

Female

Sekolah Akademik Ban Chelong



3

Suhaila

10

Female

Sekolah Akademik Ban Chelong



4

Suhaimi

8

Male

Sekolah Akademik Ban Chelong



5

Zurina

4

Female

Sekolah Raudhah



6

Muhamad

16 months

Male

Anuban





2) Keluarga Puan Sufiyah bt Yusof

Puan Sufiyah bersama anak bongsunya disertai para sukarelawan AMANI dan NGO Patani

Puan Sufiyah bersama anak bongsunya yang pernah mengalami sakit jantung



Single mother : Sufiyah bt Yusof

Age : 39

Status : widow

Occupation : baker

Adress : 167/1, Tambun Taluban, Daerah Saibur, Patani

Orphans :

Bil

Name

Age

Sex

Education background

Notes

1

Zulkairnan

14

Male

Darul Sat, Pondok Comel

Academic: Form 3

Religious:

Form 6

2

Adni

13

Female

Darul Sat, Pondok Comel

Academic: Form 1

Religious: Form 5

3

Furqan

10

Male

Sekolah Keranji

Academic:

Class 4

4

Khaulah

8



Male

Sekolah Keranji

Academic:

Class 2





3) Keluarga Puan Nuraini b. Abd Hamid



Puan Nuraini bersama sebahagian anak-anaknya



Single mother : Nuraini b. Abd Hamid

Age : 42

Status : widow

Occupation : full time house wife

Adress : Sekolah Pondok Kepala Batas Maahad Al-Falah Al-Islami

Orphans :

Bil

Name

Age

Sex

Education background

Notes

1

Kurtubee Dakeh

20

Male

Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung

First year in university

*URGENT : NEED SPONSOR

2

Nur Tasnim

15

Female

Tarbiyatul Watan

High school

3

Tajri

12

Male

Sekolah Akademik Kg Kepala Batas

Kelas 6

4

Husna

10

Female

Sekolah Akademik Kg Kepala Batas

Kelas 4

5

Nasaruddin

8

Male

Sekolah Akademik Kg Kepala Batas

Kelas 2

6

Marjan

5

Female

Anuban



7

Nurhalizan

11 months

Female





Terdapat ramai lagi anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Sebarang persoalan dan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia AMANI.





rujukan : http://amanpattani.blogspot.com



Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....