Jumaat, 14 November 2008

tabika kucing.. sweetnye~~

pagi yg indah..

hm.. masa baca Berita Harian, hati tetiba terasa nk g view2 arkib BH.. and tjumpa sumthing sweet.. mengingatkn kpd Abu Hurairah, sahabat Nabi saw & juga seorg periwayat hadis..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
rencanabh@bharian.com.my




Jamilah Lee membela 17 ekor haiwan kesayangan di sebuah rumah teres setingkat di Rawang, Selangor

RAMAI tidak mengetahui dan sukar mempercayai insan berjiwa murni membuka Pusat Penjagaan Kucing yang mesra juga dikenali 'Tabika Kucing'. Apa juga pandangan masyarakat setempat, Jamilah Lee Abd Rahman, 52, tidak kekok dengan aktivitinya yang ikhlas membela haiwan kesayangan itu.

Mesra dikenali sebagai 'Kak Lah Kucing', wanita ini sanggup menghambakan dirinya memelihara 17 kucing tersayang yang ditempatkan bersama di sebuah rumah teres setingkat di Bandar Bukit Sentosa di Rawang, Selangor.

Tambahan pula, hidup sebatang kara pada usia emas menuntut kesabaran tinggi menghadapi pelbagai dugaan melanda.

Katanya, sejak kematian suami tercinta, Abd Samad Ahmad, 65, pada 2006 yang menghidap sakit jantung, hidupnya begitu sunyi bagaikan hilang arah tuju.

"Saya tetap bersyukur kerana kucing yang dianggap 'anak' sendiri bijak mengambil hati setiap masa. Perkahwinan saya pada lewat usia itu lebih malang kerana saya tidak mempunyai zuriat sendiri.

WAJAH manja Betty yang disayanginya.

"Sebenarnya minat memelihara kucing ini subur dalam diri sejak zaman remaja. Ini mendorong saya meneruskan hobi membelai kucing sehingga kini," katanya. Selain memelihara kucing sendiri, rumahnya juga menjadi tumpuan jiran dan penduduk setempat untuk menempatkan sementara kucing ketika mereka ingin pulang bercuti ke kampung.

Katanya, setiap kucing peliharaannya itu mempunyai nama manja tersendiri, sentiasa aktif dan bijak melayaninya ketika nama mereka disapa. Beliau memiliki kucing jenis Parsi, kucing biasa dan campuran beberapa baka tempatan dan luar negara yang dibeli serta ditemui sendiri.

Sebelas kucing betina dan lima jantan yang dibela itu dikenali dengan pelbagai nama, antaranya, Mimi, Jaja, Girl, Darling dan Didi. Setiap haiwan itu mempunyai tabiat dan kelakuan berbeza yang cukup menghiburkan hati pemiliknya itu seperti telatah kanak-kanak yang pandai merajuk, bergurau dan kelakar.

"Kuching diberi makanan khas berharga RM130 sebungkus (10 kilogram) yang dianggarkan mencecah RM500 setiap bulan. Selain ubat cacing, demam dan cirit-birit turut disediakan kepada yang mengalami sakit seperti itu," katanya.

JAMILAH mendodoikan 17 kucing apabila sampai waktu tidur.

Setiap hari kucing kesayangannya itu tidur bersama atas katil dalam bilik. Sebelum itu, mereka juga bijak menonton televisyen bersamanya.

Katanya, oleh kerana tinggal bersama kucing itu setiap hari, beliau tidak memasak makanan untuk dimakan sebaliknya dihantar bapanya, Lee Abd Rahman, 80, yang tinggal di taman berdekatan rumahnya.

"Ramai jiran dan rakan tahu saya begitu sayangkan kucing ini. Mereka begitu yakin menempatkan kucing peliharaan sementara waktu di sini ketika mempunyai pelbagai urusan lain.

"Kucing saya kebiasaannya pandai membawa diri dan menjaga kelakuan masing-masing. Mereka sentiasa diajar bijak melayani tetamu. Saya sering berpesan bahawa seperti mana mereka disayangi, begitu juga kucing lain (tetamu) perlu disayangi juga tanpa memilih kasih," katanya yang juga bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kantin sekolah rendah swasta di Bukit Sentosa.

Yang istimewanya, kucing peliharaan Jamilah tidak membuat kotor dan mengganggu barangan hiasan yang disusun dalam rumah.

Aktiviti kucing itu juga disusun sempurna seperti kanak-kanak yang berada di tadika termasuk jadual makan, tidur, membuang najis dan bermain di kawasan kolam buatan di luar rumah dengan rakan masing-masing.

Hati kecil wanita ini cukup sensitif akan dunia kucing. Beliau sukar menerima hakikat sekiranya ada kucing mati dilanggar kenderaan depan mata. Peristiwa seekor kucing jalanan mati dilanggar kereta depan rumahnya beberapa tahun lalu cukup menyayat hati dan menusuk kalbu.

Setiap hari sebelum keluar bekerja, jam 7 pagi, Jamilah akan mengejutkan kucingnya untuk mandi, bersarapan dan membersihkan diri di bilik mandi.

Tepat jam 6 petang, semua 'anaknya' itu sedia menanti di pintu penuh pengharapan agar 'mama' tercinta pulang membelai mereka. Setiap ekor kucingnya itu mempunyai perbezaan umur masing-masing. Betty adalah yang tertua mencecah 13 tahun tetapi kenakalannya cukup menghiburkan Jamilah.

Beliau berkata, Betty pandai mengambil hatinya dengan melakukan pelbagai suruhan seperti memicit badannya di kaki yang mengalami sengal-sengal tulang.

Setiap kucing itu ada rezeki masing-masing dan selagi tinggal bersamanya di situ, kucing itu akan selamat.

"Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan umur supaya dapat menjaga mereka sebaik mungkin. Bagaikan sukar menerima hakikat sekiranya saya meninggal terlebih dulu daripada semua kucing yang dibela ini. Saya serahkan kucing kepada ayah saya untuk menjaganya walaupun tidak sempurna seperti di bawah jagaan ini," katanya.

Sekiranya mempunyai modal mencukupi, Jamilah bercadang membela lebih banyak kucing di rumahnya dan memiliki kawasan rumah selesa untuk menempatkan mereka.

Pelbagai keperluan lain seperti alat permainan untuk kucing akan ditambah untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Lillah's notes: nak buka umah perlindungan meow ke, nak buka umah perlindungan kanak2?? .. buka dua2 je la.. ^_^

Khamis, 13 November 2008

Cat yg Berdakwah?

subhanallah.. terpesona.. terkesima..
terharunya melihat keyakinan Yusuf Islam dalam mempraktikkan Islam yang sebenar..
Dia bersungguh-sungguh dalam keyakinannya.
Dia tak ragu-ragu. Dia gigih mempertahankan kebenaran. slps memeluk Islam, dia tekad memencilkan diri dari dunia nyanyian krn masa tu dia sangka menyanyi tu haram..
sbb ada org2 Islam sendiri bgtau dia centu.. suatu pengorbanan yg cukup besar bagi seorang artis yg sedang menjulang namanya di dunia hiburan.

Dia korbankan
dunianya demi mendapatkan Allah.. disebabkan masa tu dia betul2 yakin yg nyanyian tu haram, so dia jauhi tanpa ragu2.. betapa kita dapat lihat hanya Dia yang Esa menjadi asbab hidup bagi lelaki tersebut.. Dia memulakan hidup baru yg totally berbeza dari sebelumnya. .At one point he wrote to the record companies asking that his music no longer be distributed, but his request was denied. Dia bertemu jodoh dgn Fauziah Ali dan gambar perkahwinannya tersiar di newspaper. Isterinya pakai full hijab masa majlis tu..

Sabda Nabi SAW, "Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu : hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dunia seolah tak bererti dibandingkan dengan nikmatnya agama Islam yang dianutinya.. mungkin krn.. Lama sungguh dia tercari-cari penawar keresahan jiwanya.. kemudian terjumpa akhirnya.. ni kita dpt lihat dari lirik2 lagu sblm dia transition kepada Islam.. lagu moonshadow paling jelas..

Did it take long to find me? I asked the faithful light.
Did it take long to find me? and are you gonna stay the night?


dan dalam lagu 'on the road to find out' dia meminta diberi 'good book' tanpa dia tahu tentang Al-Quran.

Then I found my head one day when I wasnt even trying
And here I have to say, cause there is no use in lying, lying
Yes the answer lies within, so why not take a look now?
Kick out the devils sin, pick up, pick up a good book now


Cat stevens mula mendapat hidayah setelah diberi Al-Quran oleh abangnya. Hatinya terbuka masa baca surah Yusof.. tu la antara faktor namanya Yusuf Islam..

seolah2 setiap kali dia menyanyi, dia sedang merayu meminta diberi hidayah.. dan bila Allah dah beri dia hidayah, dia sangat2 appreciate dan bersungguh2 untuk memberi sepenuh ketaatan..

Pencarian kebenaran bermula pd thn 1976 apabila Stevens hampir meninggal krn lemas di Malibu,California. Masa tu dia menjerit :

“Oh God! If you save me I will work for you.”

Slps berkata centu, 1 ombak telah membawa dia ke pantai.. pengalaman tragis ni telah menguatkan lagi Stevens utk menjejaki kebenaran sebenar persoalan hidupnya.. Dia mengkaji dlm agama Buddha,Zen,I Ching, Numerology, tarot cards & Astrology..tp still dia x jumpa2 juga sesuatu yg boleh menghilangkan kedahagaan jiwanya…

kedahagaan tu berakhir bila abangnya memberinya Al-Quran.. dan dia mula mengkaji Al-Quran tu.. dan bertemu dgn jawapan demi jawapan yg sgt2 menusuk ke kalbu dia.. Fitrahnya sbg seorang hamba mengakui inilah kalam Tuhan yg sebenar.. yg dia akan kotakan janjinya..

“Oh God! If you save me I will work for you.”

Subhanallah..
lillah sgt2 terpegun. Susah tau nak cari org macm ni zaman skrg ni.. hari ni ramai sgt org yg jual agama demi dunia.. sedihkan.. :'-(


pd 1985,then bila dia discover yg Islam sebenarnya tak menghalang nyanyian, dia mula menyanyi semula..masa tu dia bukan lagi sekadar menyanyi sebagai penghibur. dia menyanyi untuk membawa mesej islam sebagai cara hidup.

Lagu2nya hanya dgn kehadiran alat muzik tanpa tali & yg tak mlibatkan tiup (apa perkataan yg sesuai..ish3, x tau la). lagu2 lebih kpd bercorak pendidikan.. masa tu dia dah jadi ayah.. maka terhasillah lagu 'A is for Allah' ..
dan mengeluarkan album Mountain of Light yg mengisahkan hidup Rasulullah saw. Mountain yg dimaksudkannya ialah Jabal Nur, tempat Jibril telah turun membawa wahyu kpd Rasulullah saw..

Dlm masa yg sama dia pun terlibat dgn charity pembangunan pendidikan skolah Islam di UK. Dia terlibat dlm merangka silibus baru dan sekolah tersebut turut bekerjasama dengan pihak kerajaan.


Yusuf berkata "Islam sepatutnya menjadi suatu model yg kita boleh gerakkan & develop lebih jauh tetapi ini harus dengan usaha ramai org.. skrg ni dah lebih 150 buah skolah ada di UK."

Dia mencatat sejarah dgn konsert 'Live Aid' yg diilhamkan dari kesengsaraan Ethiopia..
Pd thn 2003, dia membuat kompilasi CD 'Peace Train' yg melibatkn David Bowie & paul McCartney.. Dia melakukan persembahan di konsert Nelson Mandela's 46664 bersama Peter Gabriel. Bintang Yusuf kembali menyerlah setelah sekian lama sikit2 malap.. dia membuat penjelasan ttg salah fahamnya terhadap Islam hingga mybbkn dia menyepi dari dunia hiburan.
kata dia "This issue of music in Islam is not as cut and dried as I was led to believe,"


dan dia akui
"I relied on hearsay, that was perhaps my mistake."


so dengan ini.. dia telahpun mengisytiharkan dia akan kembali menyanyi semula.. dgn smangat baru..dan mmbwa mesej yg baru.. yg jelas. mesej dakwah Islam.

pd thn 2004, dia dan Ronan Keating telah membuat lagu versi baru 'Father & Son2'..
kesannya?
Lagu ni meletup..!!
namanya kembali top.. nama kumpulan Boyzone pun sama ikut meletup. thn berikutnya, Yusuf telah menyumbangkan lagu dlm album Dolly Parton..

Pd thn yg sama, dia dpt award 'Man of Peace' drpd Mikhail Gorbachev, bekas presiden USSR keranaa usaha gigihnya menyampaikan mesej keamanan.. promote reconciliation of people and to condemn terrorism..


Apa yg kita dpt lihat disini ialah.. dlm orang barat tengah anti Islam, Yusuf pula yg sdg
berdakwah dgn lagu2nya diterima oleh org2 barat ni.. suatu strategi dakwah yg berjaya.. sbb ianya suatu usaha yg menampakkan kesan.

koleksi albumnya..

As Cat Stevens:

As Yusuf Islam : pd thn 2005, he released the first single, and the first song he has recorded with music, in over twenty years. The single was called 'Indian Ocean' ttg Tsunami yg melanda Indian Oceanpd 26Dis 04 dlu..
kmdn dia telah ke Banda Acheh utk membantu mangsa 2 tsunami especially anak2 yatim..


Yusuf Islam insan terbilang.. memang boleh dibilang dgn jari je pendakwah2 yang konsisiten sepanjang masa berdakwah. Yusuf istiqamah di atas jalan dakwah hinggakan dia menjadi public figure. dia lebih dikenali berbanding imam2 & scholars yg kebanyakkannya bermusim dakwahnya..


Yusuf kata dalam satu talk "We need inspired leadership to guide us back to elevated path of wisdom ...". pendekatan Yusuf ialah dgn tak mau campur tangan politik..dia juga tak mau beri kuliah2.. yang dia nak singing. sebab katanya orang lain boleh mempertikaikan kata2 seseorng dlm politik & kuliah tp x de plak org akn mempertikaikan wordings in a song..
Bagi dia, suka hati la dia nak nyanyi apa. dia puas dapat sampaikan apa je yg dia suka.. Yusuf menganggap dia telah diberi peluang utk membuat million pound & become famous person on earth.. memang pun.. Tapi dia faham akhirnya bahawa yg paling bermakna ialah apabila dia fully taat pada agama dan sampaikan sesuatu melalui kacamata Islam. Dia nak sampaikan keindahan Islam.. keindahan yg ramai org misunderstood..

kini, dia telah kembali bersama gitarnya.. katanya anak dia yg bawa balik rumah gitar tu. dan dia pun try & terkejut yg dia still ingat chorus walaupun dah lama sgt2 x main gitar.
kembali beraksi dgn gitarnya, percussion, a keyboard player, and two vocalists, Yusuf
played several songs from his new album, including the single 'Heaven/Where True Love Goes,' the catchy 'Midday,' and his version of 'Don't Let Me Be Misunderstood'. yg terkini.. pd bulan Oct 2008,Yusuf is guest of honour at the Global peace & Unityevent’s Education Awards, held at ExCel London. He sings a short, impromptu a cappella rendition of Peace Train at the request of the host.. dan pd 4 Nov lepas, the classic Cat Stevens albums Tea for the Tillerman and Teaser and the Firecat are reissued as newly re-mastered deluxe editions.ini termasuklah previously unreleased demos and historical live performances chosen by Yusuf himself.. Each package also features a booklet of original artwork, and new liner notes by producer Paul Samwell-Smith, long time guitarist Alun Davies, and Yusuf. tak kenal maka tak cinta.. hm.. sebelum tau ttg kisah hidup dia ni, tak de la hayati sgt lagu dia.. sekarang rasa mcm setiap lagu tu bermakna.. ada maksud tersirat.. sebuah lagu yg melambangkan sebuah kehidupan, yg mencari erti sebenar hidup (soklan demi soklan dlm lagu2 sblm dia masuk Islam) cthnya 'moonshadows' & 'on the road to find out' ..dan paling best.. ada pulak sambungan kepada persoalan2 tu (lps dia masuk Islam).. cthnya 'God is the light' & 'i look i see'.. secara peribadi, yusuf islam membuka mata lillah bahawa utk sampaikn dakwah ni kita kene ada strategi yg praktikal.. yg kita boleh apply & yg golongan sasaran kita boleh terima. Apa guna berdakwah kalau org yg nak didakwahkan tu x faham.. ish3.. 1 lg, semua kerja mesti dedicate for Allah.. only for him.. :'-)

Artist: Cat Stevens
Album: An Other Cup
Title: In The End

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're gonna know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you are black or you're white
We're going to know who's right
We're going to see you in the light - in the end

O and every little thing you do
You'd better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you're old or young
We're going to see what you've done
There'll be nowhere else to run - in the end

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're rich or you're poor
You're going to meet at the same door;
You're going to know the real score - in the end

And if you want to help your fellow man
You better start with what is in your hand

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're going to know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth;
'Cause if the world you chose
No further than your nose
Will be where the doors will close- in the end
You can't bargain with the truth
'Cause for those who were deceived
There'll be no reprieve
There'll be no time to believe - in the end

O and every little thing you do
You better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

Rabu, 12 November 2008

Bengkel Dakwah Yusuf Estes

Di sini ada sedikit pengumuman....

Satu Bengkel Dakwah oleh Sheikh Yusuf Estes, bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, Amerika Syarikat akan diadakan. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.
Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)


Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang ‘apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA.
Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….
Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...

Selasa, 11 November 2008

membela kebenaran adalah tanggungjawab perjuangan


artikel ni bagus untuk semua pejuang kebenaran yg sejati..

diambil dari artikel Dr. Mohd Asri..

diingatkan lagi.. blog ni non partisan..

moga perkongsian ni dpt memuhasabahkan kita (pelapis kepimpinan pd masa akn dtg, insya'Allah)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~~~

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan yang meminta saya menggunakan nama dan pengaruh saya dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mereka mendapat faedah kewangan yang banyak.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi saya belum bersedia untung melelong agama. Nas-nas Allah dan rasulNya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia yang sementara. Keadaan yang seperti ini juga menjadikan ramai mereka yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya. Kesemuanya akan dijawab; “ini keputusan parti”.

Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran.

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya.

Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan yang patut sehingga Islam mereka dimandulkan. Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang menyamakan amalan yang kecil dengan pahala para nabi, atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku-buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis.

Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”. ( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu:

“ (sebab yang ke enam) bertujuan untuk menggalak orang ramai membuat kebaikan. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah). Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini, lantas membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap muslim untuk membela agama Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

FirmanNya juga:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku. Tiada pembelaan untuk Islam, tiada pembelaan untuk kebenaran.

Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian pula menjadi menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kata al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad , atau wahdah al-wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pemikiran yang seperti ini telah menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran yang hakiki.

Isnin, 10 November 2008

pejuang perUBAHan akan dikenang..

diambil dari Minda Mufti oleh Dr Mohd Asri

lillah ambil artikel ni sebab:
1. lillah suka buku kisah benar yg real ~ real story, real person
2. sebab nak belajar.. sesiapa yg tak mengambil iktibar dari sejarah, dia akan repeat the same mistake..

lets read ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Dua bulan yang lepas, Prof Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservertif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Di kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak…” Dengan melihat kepada tajuk dan dan pertikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Ia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca saya dapati buku tersebut sangat hebat. Za’ba bukan sekadar seorang ilmuan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservertif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama. Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadang-kala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah. Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya”. (m.s 24).

Sikap bertaklid buta dalam berbagai perkara terutama hal agama melambatkan proses pembangunan minda. Maka tidak hairan jika minda agama kita tidak mampu bersaing dengan pembangunan fizikal yang dibuat. Walaupun Za’ba menulis pada tahun tiga puluhan, namun realiti hari ini masih terasa kesegaran tulisan tersebut. Kata Za’ba: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta. Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan. Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang-orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain. Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”.(m.s. 25-26)

Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid ( tokoh pembaruan). Di tanahair kita, para pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat melayu dari berbagai khurafat dan tahyul yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang bersih. Mereka jugalah yang mengeluarkan wanita dari kuasa paksaan bapa dalam perkahwinan, larangan wanita ke pusat pengajian dan seumpamanya. Mereka juga yang mengajak diubah amalan-amalan agama yang tidak berasaskan dalil bahkan lebih bersifat ‘bisnes cari untung’ seperti upah-mengupah ketika kematian. Tol-tol kematian tersebut telah mengorbankan harta benda anak yatim dan orang miskin. Apabila berlaku kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan dan kebajikan kaum keluarganya. Ia sangat berbeza dengan ajaran Islam yang menyebut: “Apabila datang berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w bersabda: “Buatlah untuk keluarga Ja’far makanan kerana telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka” (Hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain).

Tujuan para pejuang perubahan tidak lain, selain dari ingin melihat kebajikan, kegemilangan umat dan kemampuan mereka menghadapi cabaran zaman. Juga memelihara pegangan umat sehingga jangan seakan menganggap pandangan orang bergelar agama kesemuanya mesti ditelan bulat-bulat tanpa dinilai dengan neraka al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum di kalangan umat melainkan Muhammad bin Abdillah s.a.w. insan yang ditabalkan menjadi rasul. Kata al-Imam Malik bin Anas r.a.: “Tiada seorang pun selepas Nabi s.a.w melainkan boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi s.a.w” (Al-‘Ajluni, Kasyf al-Khafa, 2/119, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Kata Za’ba yang menyelusuri pegangan ini: “Sekalian imam besar Islam zaman dahulu itu walau “Imam-imam Mujtahidun” pun dan walau bagaimanapun alimnya, tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat maksum itu. Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak dikira maksum pada apa-apa yang mereka katakan dari Allah dalam hal agama.

Sungguhlah sebagai ulama mereka sekalian jadi waris kepada nabi-nabi; tetapi itu tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan pada segala-gala pendapat fahaman mereka. Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa sekalian pendapat dan fahaman yang telah mereka keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui oleh orang sekalian, atau semuanya tetap layak dan sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga bila-bila pun. Bahkan jangankan mereka mendakwa demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu berkata: “Kalau ada apa-apa perkataan atau pendapatku yang didapati oleh orang-orang kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadis sahih Nabi s.a.w., maka lemparkanlah ke tembok!” Apa lagilah jika sekiranya ada didapati bersalahan dengan al-Quran! Mereka tiada suka orang mengikut dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang sendiri barang apa-apa jua yang mereka katakan dalam kitab-kitab karangan mereka: Jika didapati betul bolehlah ikut; jika tidak betul atau tidak sesuai lagi, buanglah atau baiki akan dia. (m.s 26)

Malangnya golongan yang berkepentingan atas nama agama pada setiap zaman mencemburui proses perubahan dan pembaharuan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Sedangkan umat memerlukannya. Lalu yang berkepentingan menghasut sesetengah pihak agar menganggap proses pembaharuan adalah sesuatu buruk dan patut ditentang. Za’ba menjawab hal ini dengan tegas, katanya: “Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik. Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan! (m.s 38)

Sunggguh pelik , seorang sarjana besar bangsa seperti Za’ba diharamkan pemikiran dan tulisan nya oleh golongan agama yang sempit pada zamannya. Namun, apa yang hendak dihairankan, tokoh agung Nusantara iaitu Buya Hamka telah diharamkan berceramah di negeri tertentu di Tanah Melayu ketika hayatnya. Hanya kerana pandangan Hamka tidak dapat diterima oleh sesetengah mufti Tanah Melayu. Sehingga Hamka menulis beberapa sindiran yang amat tajam terhadap mufti-mufti di Tanah Melayu. Hal seperti inilah yang Za’ba sebutkan: “Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat.”.(m.s 33).

Demikian nasib yang diterima oleh para pejuang perubahan pada setiap zaman. Bacalah sejarah perjuang Syed Syeikh al-Hadi, Mustafa Abdurrahman dan lain-lain di Tanah Melayu. Namun mereka telah nekad yang akhirnya melimpahkan kebaikan kepada generasi kemudian. Dalam konteks yang lebih global, lihatlah sumbangan perjuangan tajdid seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Rasyid Redha dan lain-lain. Walaupun sebahagian besar mereka di’gam’kan pada zaman mereka, namun nama mereka terus dikenang oleh generasi kemudian. Bak kata pepatah “Al-Baqa li al-Aslah” iaitu “Berkekalan itu bagi yang terbaik”. Pihak yang men’gam’kan mereka telah pun dilupai namanya, namun nama para pejuang terus dikenang. Lihat al-Imam Ahmad yang dihukum dengan begitu rupa oleh kuasa agama pada zamannya. Hakim yang menghukum al-Imam Ahmad sekali pun megah bersandarkan kedudukan pada masa itu telah dilupai namanya oleh generasi kemudian, namun nama al-Imam Ahmad dan pendiriannya terus dikenang dengan tinta emas oleh sejarah.

Untuk itu saya selalu katakan sesuatu pemikiran apabila dilontarkan ke dalam masyarakat, ia tidak dapat dihapuskan lagi melainkan dengan pemikiran yang lebih kukuh dan teguh. Paksaan tidak mungkin dapat menghancurkan sesuatu pemikiran, kerana tempat pemikiran adalah fikiran atau minda. Hanya yang boleh mencabutnya keluar adalah hujah yang memaksa minda akur dan menerimanya. Fahami hakikat ini. Sesungguhnya jeritan dan bantahan atas emosi dan sentimen tidak akan membuahkan hasil. Jawablah sesuatu hujah itu dengan hujah, bukan dengan sentimen dan emosi. Di samping wajib kita ingat hikayat melayu “Hang Nadim” yang dibunuh kerana kepintaran ideanya dek bimbangkan kepentingan diri janganlah di watak di pentas realiti kita.

Buku Za’ba ini baik untuk dibaca terutama bagi yang kuat bercakap soal Islam di Malaysia mesti ikut ‘orang tua-tua melayu’. Za’ba adalah tokoh sarjana melayu. Seperti Pak Ungku mensarankan kepada saya. MB Perlis juga cuba mengambil langkah memasyhorkan buku ini. Saya sarankan anda membaca buku tersebut. Saya juga berterima kasih kerana setiap tulisan saya dibaca oleh ramai negarawan, menteri, tokoh-tokoh masyarakat dan rakyat biasa yang memberikan semangat yang sangat positif kepada saya. Walaupun segelintir yang kurang senang, namun saya harap ia tetap akan dikenang.

Jumaat, 7 November 2008

teman..andai kau tahu isi hatiku.. :'-(

Cetusan ni bagi menjawab persoalan beberapa orang sahabat berkaitan masalah dengan teman rapat/ teman bilik/teman sekerja.. sahabat2 ku sayang, lillah pilih untuk jawab soalan ni secara general.. sebab lillah pun tak tau secara details masalah kalian..

Point permasalahannya ialah, awak tertekan kerana terpaksa berdepan dengan kerenah kawan awak yang moody dan asyik merajuk. Walaupun awak cuba sedaya upaya untuk berbaik, namun semuanya sia-sia kerana kawan awak masih terus dengan sikap degilnya.. kawan awak lansung tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan ini sedangkan awak terpaksa berhadapan dengan dia setiap hari.

Respons lillah:

Sayang-sayang sangat pada semua yang bertanya soalan ni.. :-)

semua pun insan2 yang lillah pernah run program bersama-sama. Dan lillah agak kenal dengan peribadi satiap yang menanyakan soalan. Mereka ni manusia yang jenis sangat memikirkan perasaan orang lain, sangat bimbang mengguris perasaan orang lain dan sangat gigih nak jaga hati orang lain…

Dan tak hairanlah mereka rasa tertekan bila berdepan dengan kawan yang moody ni..

Disebabkan terlalu menjaga hati orang lain, akhirnya memakan hati sendiri..

Wahai sahabatku sayang,

Lillah tahu yang awak dah cuba sedaya upaya untuk cuba menambat hati ‘dia’ semula.. Awak bawa balik makanan untuk dia, awak beri dia kad, awak forward sms cute , dan awak tolong dia dalam banyak perkara.. tapi dia still seolah macam tak nampak apa yang awak buat sebagai usaha untuk menambat hati dia.. hingga akhirnya awak hilang punca apakah cara lain untuk memujuk?? Mula2 awak bersabar, tetapi bila dia mula tak nak bercakap.. dan dia mula tak nak bercakap sampai lebih tiga hari, awak mula resah gelisah..

Wahai sahabatku sayang,

Mungkin memang benar-benar dia tak nampak usaha awak untuk menambat hati dia..

Mungkin memang benar-benar dia tak faham maksud perbuatan awak untuk menjernihkan suasana..

Mungkin dia memang tak nampak.. sebab dia tak faham lansung.

Kenapa?

Firstly,

Sebab BUKAN semua orang mampu untuk membaca isi hati orang lain..

Tak semua orang mampu menilai tindakan seorang temannya.. sekalipun dah tinggal sebilik bersama dah nak setahun lebih, belum ada jaminan seorang teman tu mampu membaca riak wajah teman biliknya.. Ada sesetengah orang dididik dalam family yang tidak dibiasakan mengucapkan terima kasih dan meminta maaf. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan bergurau dan melakukan sesuatu bersama2, contohnya makan bersama.. jadi, bila diajak makan bersama, mereka akan cuba mengelak. Ada yang menjadi sangat sensitive dengan gurauan, mudah sangat berkecil hati. Conclusionnya, manusia yang berbeza mempunyai cara pemikiran dan tindakan yang berbeza..

Jadi, first thing yang awak kene clear ialah, awak jangan kecewa bila dia tak memberi respons yang awak harapkan setelah awak berusaha lakukan macam2 untuk grab hati dia.. yang penting awak telah pun berusaha. ;-)

Secondly,

Setiap manusia ada cara yang berbeza untuk melepaskan stress mereka. Tentu sekali setiap manusia akan ada masalah masing2.. termasuklah kawan awak tu.. mungkin dia memilih untuk keep quiet sebagai cara dia selesaikan masalah dia. Mungkin dia rasa kalau dia share masalah pun tak berguna.. mungkin dia rasa kalau dia buka mulut, hanya akan membuatkan awak terkena tempias stress dia(tak sengaja termarah awak).. mungkin dia perlukan masa untuk simpan dulu rahsia dia..

Mungkin bukan dia tak percaya pada awak sebagai temannya, cuma dia mungkin belum bersedia untuk berkongsi.. apatah lagi dia tahu awak seorang yang berprinsip dan menanggung tanggungjawab yang lebih berat.. mungkin juga kerana dia malu pada awak.. malu kerana dia tidak setabah dan sekuat awak.. atau kerana dia dia malu kerana sebelum ni dia sudah pun minta nasihat awak, tapi dia berdegil dan tak ikut nasihat awak.. jadi bila sesuatu terjadi, dia malu pada awak..

Jadi, second things yang awak kene clear ialah bukan semestinya salah awak hingga dia menarik muka.. apa yang penting ialah setelah awak dah fikir habis-habis dan masih tak Nampak apa2 salah yang awak dah buat, bagi tau pada diri sendiri yang awak tak bersalah.. so stop blaming yourself. Awak akan tertekan kalau terus berada dalam keadaan serba salah begini.. sedangkan yang bermasalah bukannya awak, tapi kawan awak.. kita kene kasihankan diri sendiri sebelum kasihankan orang lain.. kita kene pujuk diri sendiri sebelum memujuk orang lain.. sebab kalau bukan kita sendiri, siapa lagi??

Thirdly,

Jangan memaksa dia.. Awak boleh menasihati dia untuk berubah.. Awak boleh pujuk.. tetapi jangan sesekali memaksa.. dan jangan sesekali memberi harapan yang tinggi yang dia akan berubah. Tiap2 manusia ada perkara yang dia mudah terima dan ada yang sukar untuk diterima.. Alangkan mak ayah kita yang dah bertahun-tahun menasihati kita supaya jangan nakal pun, kita still nakal dan still tersinggung, inikan pulak kita yang baru kenal dia dua tahun.. manusia memang mengakui sesuatu kebaikan tu, tapi sangat sukar untuk mengamalkannya.. kelemahan manusia.

Lillah faham yang awak cuba untuk menasihatinya demi kebaikan dirinya.. Apatah lagi perbuatan kawan awak tu boleh merosakkan imannya.. Alhamdulillah, dia bertuah dapat kawan seperti awak.. awak jangan give up, dia bukan anak kucing. Anak kucing kalau dia sedar kesilapan dia, dia tak akan ulangi kesilapan dia. Tapi tak pulak anak kucing tu akan melarang kawan-kawan kucing tu dari buat kesilapan yang sama.. Kerana dia seorang manusia yang telah Allah ciptakan dengan hati dan perasaan, walau sekeras batu pun hati itu , akan ada harapan yang suatu hari nanti hati itu akan mencair.. mungkin bukan sekarang, atau sem ni, atau sem depan.. mungkin dia hanya akan benar-benar mengerti apa yang awak cuba sampaikan setelah awak dan dia terpisah.. Allah lebih mengetahui saat terbaiknya.. Hidayah itu milik Allah.. walau segigih mana kita berusaha menunjukkan kebenaran, andai hidayah itu belum sampai, dia tak akan nampak.. jangan putus berdoa untuk dia, semoga bila sedar nanti, dia bukan sahaja akan insaf malah prihatin dengan kawan2 nya pula.. (memanjangkan pahala awak ;-) )

Yang penting, luruskan niat awak.. dalam kita menyebarkan kasih sayang Allah ni, ada dua perkara kita perlu lihat.. pertama,barangkali belum sampai masa dia terbuka hati.. kedua, barangkali dosa-dosa kita menjadi penghalang untuk dia menerima nasihat kita.. hati yang bersih akan memantulkan nur dari Allah yang dapat meresap ke hati-hati yang memandangnya.. sama2 kita muhasabah diri semula..

Fourthly,

Andai rasa benci mula bersarang di hati, cepat2 istigfar.. beri tahu pada diri sendiri.. “Tak ada jaminan kalau aku berpisah dengan dia, aku akan dapat yang lebih baik. Apa yang Allah bagi padaku, itulah yang terbaik buatku. Tentu dia ada kelebihan untukku yang mungkin aku belum nampak. Allah, aku memegang janjimu yang Kau tak akan sia-siakan kesabaranku ini. Tunjukkanlah aku hikmahnya.. ”

Dan kunci kebahagiaan hati ialah redha.. selalulah pujuk hati dengan ucapan “Aku redha andai ini kehendakMU..” :’-)

Last but not least,

Mintalah pada Allah.. Setiap jatuh bangun yang kita lalui dalam hidup ni telah pun tercatat dalam Luh Mahfuz.. Allah tahu hati kita menangis.. Allah mendengar hati kita merintih.. Allah ada ketika kita sendirian.. Dekatkanlah diri pada dia. Pada saat kita merasakan tak ada sesiapa pun mampu menolong kita keluar, usah bersedih.. usah takut.. Allah adalah jalan keluarnya.. seperti mana mudahnya kita tiba-tiba diuji, seperti itulah juga tiba-tiba masalah tu boleh selesai. Dia berkuasa.. Bangkitlah bersolat hajat, minta sungguh2 pada dia. Yakinlah sepenuh hati Dia mendengar..

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat2 yang lillah sayang ni.. lekaslah pujuk hati semula.. lekaslah bina semangat yang baru.. senyumlah sepenuh hati.. nak exam ni..caiyook3 hehe.. :-D

Sibuk nya aku ni.. !! sibuk la kononnya..


Apabila dikatakan: “Berusahalah sekadar mampu demi kebaikan Islam dan umatnya!”, ramai yang akan menjawab: “Ya! Saya ingin berusaha….tetapi sibuklah!”

Demikianlah agaknya realiti umat Islam, mereka adalah umat yang paling sibuk di dunia.


Akan tetapi sibuk dengan apa? Jika hendak dikatakan sibuk belajar, maka orang-orang yang mengglobalisasikan kebudayaan “subang dan pusat” juga sibuk belajar. Bahkan mereka adalah pelajar yang mencapai tahap kecemerlangan yang jauh lebih tinggi berbanding umum pelajar Islam.


Jika hendak dikatakan sibuk bekerja, maka orang-orang yang menulis buku dan artikel bagi mengglobalisasikan isme-isme mereka juga sibuk bekerja. Mereka bukanlah penganggur. Bahkan mereka menduduki jawatan yang amat tinggi dalam pekerjaan dan mampu menyumbang kepada keuntungan tahunan yang amat besar kepada syarikat mereka berbanding syarikat Muslim.


Jika hendak dikatakan sibuk melabur demi mengukuhkan kedudukan kewangan, maka orang-orang yang mengglobalisasikan ekonomi kapitalis sehingga menenggelamkan ekonomi Islam juga merupakan para pelabur. Bahkan pelaburan mereka berjaya mendudukkan kewangan mereka ke tahap yang amat mewah berbanding pelabur Muslim sehingga mereka dapat menyumbang dana kepada pelbagai usaha kebajikan secara umum dan dakwah kristian secara khusus.


Jika hendak dikatakan sibuk dengan keluarga, maka orang-orang yang mengglobalisasikan agama Kristian juga sibuk dengan keluarga. Bahkan mereka memiliki keluarga yang amat besar di bawah pemeliharaan mereka, iaitu anak-anak yatim, orang-orang Islam dan mangsa-mangsa tragedi alam yang mereka kristiankan.

Maka sebenarnya umat Islam sibuk dengan apa? Saya serahkan soalan ini kepada para pembaca untuk mencari jawapannya. Jangan mencari jawapan: “Orang lain sibuk dengan apa?” tetapi carilah jawapan: “Saya sebenarnya sibuk dengan apa?”


Globalisasi ialah arus yang tidak menunggu masa. Jika kita, umat Islam, asyik menuduh bahawa masa tidak menunggu kita, maka kita tidak sekali-kali akan dapat mengendali cabaran arus globalisasi. Maka kita hendaklah belajar mengurusi dan mengimbangi masa. Ingat! Jangan biarkan masa yang mengawal kita, sebaliknya kitalah yang mengawal masa.


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(al-‘Ashr 103:1-3)

Ya Allah.. Kau lah sebaik2 pengatur hidupku.. aturkanlah hidupku, keluargaku dan sahabat2ku sebaik2nya.. jadikanlah hidup mati kami seperti yang Kau cintai dan redhai.. Kau lah matlamat dan punca kebahagiaan kami.. amin..

buatmu perempuan.. waspada..


2-3 hari ni beberapa kes berlaku yang memerlukan lillah jadi pakar psikologi tak bertauliah.. kes ke? hm.. ntah la.. ujian kot.. ujian tanda sayang Allah pada hambaNya yang terpilih.. sabar ye kawan2ku.. sometimes demam tu perlu untuk meningkat kan antibodi kita, supaya kita lebih kuat menghadapi hari mendatang! ;-)

Kes-kes ni berkisar kaum perempuan yang dipermainkan oleh kaum lelaki.. em, kaum lelaki janganlah marah, ni just nasihat peribadi untuk kaum perempuan.. kalau tak nak baca, jangan baca.. kalau nak baca, bacalah.. sebab ofcourse you all ada relatives perempuan kan.. jagalah mereka baik2 ye.. :-)

Hairan dengan sikap lelaki yang kelihatan mudah dan bahagia bermain perasaan dengan 3,4,5 +++ orang perempuan serentak.. dan tak rasa bersalah.. rilex je.. ish3.. disebabkan lillah pun tak faham, better tanya pada lelaki sendiri.

Adik lelaki saya memberi pendapat:
"Alah kakak ni kan.. biasa la tu. Lelaki tetap lelaki. Sebab tu la salah satu sebab kami boleh berpoligami. Lain la perempuan, jenis setia pada yang satu. dah jumpa satu yang melekat di hati, terus tutup mata dari yang lain. Kami lelaki ni, lagi ramai orang perempuan suka kami, lagi kami suka.. macho.. bukannya mesti kahwin pun. cuma suka diri menjadi pemimpin. fitrah la kakak.. kami ada ego, nak kelihatan lebih hebat dan lebih pandai. sesetengah lelaki dia akan declare 'sayang' atau 'love' pada makwe baru dia.. tapi sesetengah lagi akan just jadi kawan rapat je. so, selalunya yang salah faham, yang perempuan la.. "

**Kejam nyer jawapan dia! Geram betul dengar.. Tapi dia jujur, timakasih dik..

next question (tanya pada budak lelaki lagi): Hm, so kan.. kalau kita berkawan dengan ramai lelaki atas sebab kerja dan belajar..dan tiba2, I realised someone simpan hati pada I.. kejam lah kalau biar dia terus berharap sedangkan I lansung tak de hati pada dia.. What should I do? Should I terus terang bagitau hati I takde pada dia? Tapi kalau dia merajuk taknak kawan camana? sedangkan kami perlu bekerjasama utk banyak hal.. (Soalan ni hanya terfikir bagi perempuan yang baik je, yang playgirl tak terfikir pun..ish3)

jawapan adikku yang jujur : Hm, kakak kene ingat 1 perkara. Lelaki dia pantang dimalukan. Dia memang boleh sangat sayang pada seseorang. Tapi dia juga boleh jadi sangat2 benci pada orang yang sama. Kenapa kakak nak biar diri jadi dibenci? Dalam hal ni, my pandangan, you keep it yourself. Biar lah dia nak luahkan apa2 je.. yang penting kakak jangan la balas cinta tu. diam sudah.. buat macam biasa je. buat macam tak faham je.. jangan lah tetiba nak jauhkan diri nak mengelak-ngelak. sebab bukan kakak je yang terseksa, dia pun malu nanti. Mana la tau sekarang kakak tak suka dia, tetiba suatu hari nanti kakak suka kat dia ke.. manala tau.. Dan dia pulak, manala tau kalau tak jadi buah hati, tapi jadi besfren.. ha, okey la tu. buat apa la nak letakkan diri sebagai orang yang dibenci? Biarlah semua orang suka kat kita.. hidup je la macam biasa.

p/s : ish3.. lain bebenor pandangan lelaki dan perempuan.. mereka sangat tak berperasaan.ish3.. bukanlah.. mereka ni rasional.. mereka tak mencampur adukkan soal perasaan dalam kerja. bagus3..

hm..

sebagai pendengar yang nak kene menasihati kawan2 yang sedang bersedih ni, lillah ada tanya pada kawan2 yang berpengalaman cara2 mereka mengubat hat i(tak semestinya cara ni cara yang baik):

1.BUANG SEMUA YANG ADA KAITAN DENGAN DIA!!!
gambar, hadiah, sms, no telefon, email, ym, frenster, tagged, etc..

2.TANAM DALAM FIKIRAN YG DIA TU TAK LAYAK UNTUK AKU!!
sebab dia yang tak jujur sedangkan kita jujur.. yakinkan diri kita akan dapat lebih baik, yang sekufu.. true Mr Right

3.BERDEPAN DGN DIA
lawan perasaan takut, fobia & marah.. sampai bila nak lari? Face it.. lama2 akan biasa balik.

4.BUAT DIA MERAYU BALIK
buat sampai dia menyesal sebab mensias-siakan kita

### Hm.. semua pandangan orang lain..

now my turn bagi pandangan:

Wahai saudari, kalian perempuan, lillah juga perempuan..
mereka berkata kita tak rasional, kita beremosi..
hm betul lah tu..

Saudari2ku sayang..
Life is not only about 'cinta manusia' semata-mata..
sekarang mungkin kalian sedih menangis-nangis, tak lalu makan, tak boleh tidur..
take your time.. masa akan mengubat..
jangan jadi pendendam,
sebab kita pun ada adik2,abang2 lelaki..
jadilah perempuan yang berwaspada..
jaga diri sendiri..
jadi wanita solehah.. kalau kita ikut rule syariat, tak buat yang bukan2 contohnya dating berdua, kesan ditinggalkan tu tak ketara sangat..
selalunya yang akan menderita sengsara ialah mereka yang dah bekorban, memberi jiwa raga pada si boyfren tu..

jadilah wanita solehah.. tak ada mahkota yang lebih beharga pada diri kita selain maruah kita. terpulang pada kita lah kalau nak biar maruah kita mudah dicalarkan atau tidak..

awas!
apa sahaja decision yang kita buat hari ini, anak2 kita akan mengulanginya.

ingat,
mak ayah kita menyayangi kita semenjak kita belum lahir lagi. tak terbalas jasa mereka. apa sangat pahala dan doa yang kita dah buat untuk mereka. mengapa kita nak tambah kerisauan dan kebimbangan mereka? jadilah penyejuk hati dan mata mereka..
merekalah syurga kita, destinasi cinta kita..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....