Rabu, 5 Januari 2011

Smart Amal - buat sikit, dapat banyak...

Dengan istiqamah, kita mendapat banyak ganjaran melalui amalan yang sedikit. Lebih-lebih lagi kalau amalan itu banyak!

1. Amalan tiada makna tanpa istiqamah.
Tanpa istiqamah, lambat laun kita akan balik asal.

2. Amalan yang banyak, tiada nilai tanpa istiqamah.
Sabda Rasulullah saw : "sebaik-baik amalan adalah yang kekal(istiqamah) walaupun sedikit."

3. Istiqamah bukti kesungguhan bermujahadah
Tidak istiqamah menuju Allah bermakna tidak bersungguh-sungguh demi Allah. Jika kita tidak bersungguh-sungguh kepada Allah, maka Allah juga tidak akan bersungguh-sungguh kepada kita. Maka terjadilah orang yang mendakwa takutkan neraka tetapi masih terus melakukan dosa.

4. Kebaikan mendarah daging
Orang yang istiqamah akan sebati dan mendarah daging dalam amalannya. Apabila tertinggal amalan tersebut akan terasa serba tidak kena dengan dirinya.

5. Lambang jiwa yang tenang
Ibadah yang dilakukan tidak terasa berat dan membebankan sebaliknya terasa damai dan indah. Firman Allah : Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.(Al-Fajr : 27)

6. Lambang keimanan
Seorang sahabat bernama Sufian bin Abdullah r.a. berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan di dalam Islam yang aku tidak akan tanya mengenainya kepada orang lain selain engkau." Bersabda Rasulullah saw :"Aku beriman kepada Allah dan tetaplah (istiqamah) dia atas ucapan itu." (Riwayat Muslim).

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....