Ya Allah Ya Rabbi....

JalanMu yang lurus
Jalan yang Engkau anugerahi

Dan memohon pertolonganMu

Ya Allah Ya Rahim...

Hanya kepadaMu tempat kami berlindung

Bantulah kami dalam membela kalimahMu....

matikanlah kami sebagai syuhada yang membela panji agama Mu...
Ikhlaskanlah perjuangan ini.. Redhailah perjuangan ini....
Hanya kepadaMu kami berserah diri...
bilangan yang menjadi janda bertambah.. bilangan yang menjadi yatim bertambah.. mereka tidak kerugian apa-apa kerana balasan syurga yang indah dijanjikan kepada para syuhada..
namun bagaimana pula dengan kita?
adakah kita bisa mencium bau syurga sedangkan belum ada apa-apa sumbangan yang kita hulurkan?
"Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara,". Di akhirat nanti, kita bakal ditanya apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara kita di Pattani? Ambillah teladan daripada burung kecil yang mahu membantu memadamkan api tatkala Nabi Ibrahim dibakar Namrud. Ingatlah, tidak berbuat apa-apa itu satu dosa apatah lagi mereka di Pattani adalah saudara kita.
Wahai saudaraku...
marilah kita mengirim doa yang tidak putus kepada saudara-saudara kita yang sedang berjuang...

click gambar untuk membesarkan imej.
info tentang Qunut Nazilah
sila lawati AMANI
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)