Usrah tutor.. Sebelum bermula training, dimulakan dengan bacaan Quran dan sedikit pengisian... Semoga jiwa-jiwa kami lebih kuat dan tenang menghadapi ombak hidup.. |
Hari ini memulakan hari pada pukul 8.30 pagi dengan usrah dan seterusnya training staff mengajar. Sahabat-sahabat inshaallah boleh download rakaman usrah di sini : http://www.4shared.com/music/Ma7PcQyk/Usrah_tutor_2.html?
Selepas tamat training, pergi menemani emak membeli tiles di Ijok.
Kemudian balik mengajar. Malam mengajar.
Kebelakangan ini, saya cuba menjadi kuat. Saya tahu saya tidak akan mampu kuat tanpa keizinanan-Nya dan tanpa bantuan-Nya.
Jadi saya perlu meraih kekuatan itu di celah-celah keheningan sepertiga malam, bermunajat kepada-Nya.
Saya lemah, jadi saya sangat memerlukan Allah.
Saya perlu meraih kekuatan itu di setiap lembaran kalamNya. Saya mahu setiap butir kalimah itu meresap ke dalam jiwa saya.
Inshaallah... Berada dalam keadaan teruji begini adalah jauh lebih baik daripada berada dalam keadaan senang lenang kelalaian....
Inshaallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)