Mereka berkata penyakit saya ini sukar untuk sembuh dan selalunya kalau sembuh pun lambat.
Lalu saya bertanya "Adakah orang yang sudah sembuh walaupun lambat itu?"
Mereka diam.
Saya kembali diam. Sepatutnya saya menangis tetapi tidak pula kali ini. Jiwa ini begitu damai.
Terubat hati sebaik terpandang kalimah Lailahaillallah di dinding. Baca dan baca. Baca banyak kali. :) Rasa lebih kuat! |
Ya Allah, andai ini kehendak-Mu, aku tidak apa-apa... Aku yakin kebahagiaanku adalah dengan bersama-Mu. Andai jasad ini terkulai layu sekalipun, itu tidak akan mampu merampas kebahagiaanku.
Sepanjang hari saya bersendirian di bilik. Ketika pukul 12 tengah hari saya mula rasakan tegangan yang amat kuat. Sekali lagi serangan itu datang. Saya bergelut sendirian di bilik. Betapa sakit sehingga rasanya hendak terkencing. Saya cuba untuk bangun tetapi gagal. Lalu saya menekan butang kecemasan memanggil jururawat. Seorang jururawat pun muncul memapah saya ke tandas. Sepanjang perjalanan empat langkah itu saya menangis semahu-mahunya. Terfikir apakah saya akan mati? Selepas keluar dari tandas, saya berbaring mengerekot menahan kesakitan. Kaki tidak dapat diluruskan kerana tegangan di bahagian pinggang begitu kuat. Saya terdengar jururawat berkata yang beliau akan pergi mendapatkan bantuan. Kemudian saya tidak ingat apa-apa.
Pukul 2.30 petang saya terjaga. Tiada kesakitan. Saya berjalan perlahan ke tandas untuk mengambil wudhuk dan bersolat zohor. Alhamdulillah. Meskipun cuma solat baring, namun hati ini sangat bersyukur! Saya cuba untuk membaca Quran tetapi kepala ini terlalu mamai untuk meneruskan bacaan. Tangan juga tidak berdaya memangku Quran. Lalu saya baringkan kepala selaras dengan Quran di atas tilam supaya saya dapat membacanya. Akhirnya saya terlena....
Baru sahaja 15 minit rawatan fisioterapi bermula, saya sudah menggigil. Tangan dan kaki saya kesejukan. Saya sudah tidak dapat bergerak. Saya tidak mampu bersuara. Hanya linangan air mata yang memberi isyarat kepada staf-staf bahawa saya dalam azab yang dahsyat. Saya masih ingat bunyi telefon bimbit saya yang jatuh ke lantai kerana saya tidak mampu menggenggamnya. Ketika itu ada bunyi mesej baru masuk. Segera mereka menyelimutkan saya. Saya dibawa menaiki stretcher untuk ke bilik saya dan dicucuk penahan sakit. Sekali lagi saya tidak sedarkan diri.
Selepas saya bangkit, saya segera ke tandas untuk berwudhuk. Mahu solat zohor. Tiba-tiba kedengaran suara doktor dari luar tandas. Doktor meminta emak menandatangani satu borang. Saya diam di dalam tandas, sengaja berlama-lama. Takut.
Selepas solat, saya makan tengah hari. Rasa sangat lapar. Selepas habis makan, emak suruh saya segera ambil wudhuk dan bersedia untuk solat asar.
Selepas bersolat asar, muncul seorang jururawat memberi saya pakaian khas untuk disalin. Saya terkejut. Emak dan abah buat lawak. Selepas saya bersalin pakaian, abah mengambil gambar saya. Semuanya begitu pantas, saya tidak sempat Google apakah yang bakal saya hadapi. Saya dibawa ke dewan pembedahan. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya. Geram sebab handphone tidak dapat dibawa bersama, jika tidak dapatlah saya Google maklumat dahulu.... Sekarang saya betul-betul takut.
Istigfar.
Istigfar.
Istigfar.
Akhirnya saya dibawa ke dalam bilik sejuk itu, dewan bedah. Belakang tapak tangan kanan saya dicucuk. Doktor kata urat saya tidak kembang. Lalu dicucuk kali kedua di bahagian pergelangan tangan kanan. Saluran darah pecah! Lalu dicucuk kali ketiga di belakang tangan kiri! Kemudian gagal juga. Selepas itu dicucuk di pergelangan tangan kiri. Akhirnya kali kelima barulah berjaya. Darah menitik di hadapan mata saya, kerana saya berada dalam posisi meniarap. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terseksanya ketika itu. Saya sepatutnya tertidur apabila ubat tidur disuntik tetapi setelah puas doktor menunggu saya masih lagi berjaga. Akhirnya dalam keadaan sedar tulang belakang saya disuntik dan disuntik dan disuntik entah berapa kali. Saya dapat rasakan tangan yang begitu kuat memegang pergelangan kaki saya di kiri dan kanan. Tangan-tangan saya juga dipegang begitu kuat bagi mengelakkan saya menggelupur.
Semua staf di dalam dewan bedah berzikir. Suara mereka begitu kuat membuatkan tagisan saya tenggelam.
Tidak banyak yang saya ingat. Apabila saya terjaga tengah malam, emak sedang duduk di sebelah saya dalam gelap sambil menghadap laptop saya. Dia bercakap-cakap dengan saya. Entah apa yang dibualkan, rasa-rasanya dia sedang membaca komen-komen facebook kawan-kawan saya. Saya meminta air.Dahaga. Saya tidak mampu mengankat kepala lalu emak menggunakan straw dan cawan pendek yang direndahkan ke paras bantal. Tiba-tiba kedengaran suara adik lelaki saya. Semenjak saya masuk hospital, itulah kali pertama saya bertemu Amin. Amin menggosok kepala saya. Serta merta saya menangis.
Emak membuka bekas plastik, emak hendak makan. Saya menarik lengan mak memberi isyarat mahukan makanan itu. Emak menyuapkan saya sambil dia juga makan bersama. Bukankah tadi saya sudah makan? Entah kenapa begitu kebuluran.
Selepas makan, saya sudah mendapat sedikit tenaga untuk bersolat. Sebenarnya tenaga itu digunakan untuk mengambil wudhuk.:)
Selepas bersolat saya pun sambunglah tidur.
Setakat ini dulu, inshaallah ada rezeki sambung lagi.... ;)
Hadiah daripada ibu tiri saya, kek coklat nyummy nyummy... |
Lillah...kuatnya dugaan yg lillah hadapi. Sambil baca penulisan lilah ni, sy pula yg terasa ngilu..Kuat sungguh semangat lilah. =)
BalasPadamUkhti Khalilah, semoga terus kuat dan tabah yea. saya doakan ukhti cepat sembuh. Allah menguji hambaNya untuk meninggikan darjat mereka. uhibbuki fillah.
BalasPadamsetiap ujian, ad hikmat. semoga Allah merahmati akak. amin.
BalasPadamtidak diuji keimanan seseorang itu melainkan sesuai dengan diri mereka....insya'allah....DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Ya Rabb, janganlah Engkau bebankan sesuatu yang tidak dapat ditanggungnya.....amin ya rabbal alamin...
BalasPadamlillah......
BalasPadamYa ALLAH... permudahkan segala urusan sahabatku ini.. Aaminnn....
Lillah... jalan ke syurga pnuh onak dan duri.. dan sakit itu penawar dosa. Ya ALLAH, beruntung lillah kerana di dunia ALLAH membasuh dosa2 lillah... Bagi orang ni.. wallhualam..bagaimana pengakhirannya...
moga sabar dan tabah.. lillah antara hamba ALLAH yg terpilih. Harus jaga diri... jgn paksa diri. Jaga dan berusaha untuk jaga diri na. InsyaALLAH, ALLAH beri sakit, dan ALLAH juga memberi kesembuhan.. yakin itu!
Amminnn22