Semasa budak-budak dahulu, selalu terdengar tentang jika korek hidung dan telinga semasa berpuasa, maka puasa akan batal. Hinggakan seorang kawan saya pernah berkata ketika di dalam kenderaan yang tersekat dalam traffic jam, dia telah mengorek hidung kerana mahu berbuka puasa memandangkan tiada air ataupun makanan. Saya terkejut mendengarnya. Perbuatan mengorek hidung atau mengorek telinga itu TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
Ada tiga perkara yang membatalkan puasa iaitu bersetubuh, makan dan minum.
Firman Allah:
Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan
oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
[al-Baqarah 2:187]
Apabila kita makan atau minum sesuatu yang boleh mengenyangkan, barulah puasa kita akan terbatal. Bagaimana pula dengan merokok? Merokok itu menyedut asap yang secara psikologinya mengenyangkan maka ianya MEMBATALKAN PUASA.
Jika kita terhidu asap kereta, itu tidak membatalkan puasa kerana menyedut asap tersebut secara psikologi tidak mengenyangkan...
Semasa budak-budak dahulu selalu juga mendengar orang kata makruh mandi semasa berpuasa. Sebenarnya mandi semasa berpuasa adalah Sunnah. Rasulullah saw pernah mandi ketika berpuasa untuk menyejukkan badan.
Abu Bakar r.a berkata :
Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan."
Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).
Seorang murid perempuan saya bertanya "Cikgu, tahun lepas saya tak ganti puasa. Tahun ni saya kena ganti dua kali ganda sebab yang tahun lepas? Dan kena bayar fidyah? Berapa banyak fidyah?"
Syaikh al-Qaradhawi :
Adapun jika penundaan puasa qadha terjadi tanpa keuzuran, maka ada keterangan daripada sejumlah sahabat yang mengatakan bahawa dia wajib memberi makan orang miskin (fidyah) setiap hari sebagai denda bagi penundaannya. Pendapat ini dipegang oleh Malik, al-Tsauri, al-Syafi‘e, Ahmad dan lain-lain.
Ada pendapat lain yang menyebut bahawa hal itu (penundaan puasa qadha) tidak menuntut apa pun selain qadha. Ini adalah pendapat al-Nakha‘e, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya serta dikuatkan oleh pengarang kitab al-Raudhah al-Nadiyah. Ini kerana tidak ada dalil apa jua tentang hal itu (penundaan puasa qadha) yang dapat disandarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika ada sekali pun, paling kuat ia adalah kata-kata sekelompok sahabat. Tentu ini bukan hujah bagi seseorang kerana kita tidak boleh beribadah kepada Allah dengan hujah seseorang. Oleh itu kerana itu, hukum bagi hal ini (penundaan puasa qadha) adalah neutral dan dikembalikan kepada dasarnya (iaitu qadha sahaja tanpa fidyah). Tidak boleh menggunakan nukilan daripada kata-kata sahabat (dalam bab hukum-hakam) melainkan hadis (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) yang sahih.
Saya (Syaikh al-Qaradhawi) melihat bahawa mengambil dalil daripada kalangan sahabat hanyalah sekadar hal-hal yang sunat, bukan wajib. Adapun yang wajib, kita memerlukan nas dalil daripada yang maksum (yakni Rasulullah) dan ini tidak kita perolehi.Maka jawapan saya "Kamu TIDAK PERLU menggantikan puasa dua kali ataupun membayar fidyah. Cukuplah menggantikan sahaja mengikut jumlah yang ditinggalkan."
Selamat berpuasa... Moga Ramadhan ini lebih baik dari tahun -tahun sebelum ini.. :)
Assalamualaikum...
BalasPadamTerima Kasih atas perkongsian
Waalaikumussalam...
BalasPadamMoga bermanfaat...
terima kasih
BalasPadamkasih diterima
BalasPadam