Khamis, 30 Jun 2011

Lama tidak meluah isi hati... =)


Saya rindu hendak menaip di sini tetapi apakah daya kurang lapang...

Alhamdulillah urusan hidup semakin baik dan lancar. Semakin hari saya semakin bertambah yakin bahawa saya berada di tempat yang betul. 

Adakah anda berada di tempat yang betul?

Maksud saya anda melakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan... dan melakukannya dengan sehabis baik... dan anda gembira kerana melakukan perkara tersebut. Menikmati setiap saat yang terus dan terus berlalu.

Saya mengambil masa setahun lebih untuk meyakinkan diri saya bahawa berada di tempat ini adalah satu keputusan yang tepat. Banyak godaan dan hasutan supaya iman saya goyah supaya saya keluar dari tempat ini. Apabila ujian sedemikian datang, saya akan berfikir bagaimana harus saya keluar dari sini.Saya merancang dan merancang . Entah berapa ratus perancangan sudah saya buat dalam tempoh beberapa bulan. Namun pada setiap kali selepas solat, doa saya sentiasa meminta sesuatu yang terbaik buat saya. Sehinggalah ke hari ini kesemua perancangan saya itu menjadi gagal dan saya masih gagal keluar dari sarang saya maka saya berfikir bahawa berada di sarang saya sekarang inilah yang terbaik buat saya.

Jika ditimbang dari sudut dunia semata-mata, hati pasti menjadi sangat sakit. Badan juga pasti menjadi sangat letih. Perasaan juga pasti menjadi sangat takut. 

Mengapa?

Kerana saya menjadi seorang guru tuisyen yang berniaga sendirian tanpa berdaftar, tanpa KWSP dan tanpa insuran. Kelas saya setiap petang dan malam kecuali hujung minggu dari pagi hingga ke malam. Pelbagai kerenah anak murid yang pahit terpaksa ditelan.

Itu sudut negatif la... Tentulah semua perkara ada negatifnya...

Di sudut positif pula, saya rasa gembira kerana jika saya mati, saya tidak berhutang dengan sesiapa. Hutang PTPN ada sedikit lagi dan rasanya kalau digadaikan barang emas saya pasti cukup membayar hutang itu. :) Alhamdulillah... 
Saya juga rasa gembira kerana saya dapat membantu emak memandangkan saya tinggal dengan emak. Apabila emak sakit, saya boleh jaga emak dan belikan emak ubat. Saya boleh bantu emak ambil dan hantar adik ke asrama.Saya sangat gembira sebab dapat bagi emak elaun bulanan!!! 
Alhamdulillah.. Sebenarnya semua itu adalah nikmat Allah, terima kasih ya Allah... I love You...
Saya gembira dapat bertemu anak murid saya yang pelbagai dan saya boleh berkongsi macam-macam dengan mereka. Saya rasa sangat hilang stress apabila bergelak ketawa dengan mereka. Kelas tuisyen saya bising, terutama dengan kelas Group 1 Form 2... Bising macam parti, namun hati saya sangat gembira.
Saya gembira apabila anak-anak murid saya yang sedikit mula meningkat prestasinya. Walaupun cuma 1 markah, ianya adalah peningkatan!
Saya gembira saya tak ada boss yang akan memaksa saya kerja lebih masa dan pulang lewat. Maka saya sentiasa keja ikut masa yang saya suka dan masa adalah fleksibel. Saya juga tak pernah pulang lewat kerana saya mengajar di rumah sendiri. =p
Sekali seminggu saya mengajar di Kundang, jadi saya pulang lewat. Saya sangat enjoy sepanjang perjalanan ke rumah. Sepanjang perjalanan dengar IKIM.fm. Best... 

Paling-paling penting bagi saya ialah terpelihara dari fitnah. Sebolehnya saya mahu mengelakkan bekerja di luar rumah. Rumah adalah sarang saya, tempat terbaik untuk saya... Rumah yang abah dan emak sediakan ini sangat damai, syurga saya.... Saya bahagia di sini... Alhamdulillah....

Isnin  lepas saya bermimpi sesuatu ...selepas bersolat sunat, saya pun tidur.. Saya bermimpi saya berada di dalam sebuah istana besar yang berbumbung tinggi dan berkubah indah  tanpa lampu tetapi tidak gelap kerana saya masih boleh mendongak dan melihat kubah serta sekeliling saya..Di dalamnya ada air sejuk yang mengalir di sekeliling saya. Ketika saya memasukkan tangan ke dalam air, muncul seekor tapak sulaiman yang sangat besar di tangan saya. Kemudian muncul seekor sotong kurita kecil di dalam sebuah mangkuk datang kepada saya. Di hadapan saya seorang manusia sedang meredah arus air dan memberitahu saya tempat mana harus saya pijak supaya tidak hanyut. Sebaik terjaga menggigil kesejukan seolah sepanjang malam berendam dalam air sejuk....


Apakah agaknya maksud mimpi ini? Ha... indah bukan. Adik saya kata maksud mimpi saya ialah saya akan berkahwin dengan Patrick kawan Sponge Bob!
Haha... Saya suka Patrick, dia cute! Tiba-tiba saya teringin membela starfish! 

Semoga Allah memberkati hidup kita di dunia akhirat. Semoga umur tersisa ini tidak sia-sia dan akan dimanfaatkan untuk memartabatkan agama. Semoga kita berpeluang meninggalkan sesuatu yang baik di dunia ini supaya pahalanya terus mengalir walaupun setelah kita mati. Semoga mati menjadi kemanisan buat kita dalam perjalanan untuk bertemu Ya Latiff..... =)

2 ulasan:

  1. Jalani hidup dengan penuh kerehaan kpd Allah swt. Itu yg . Syukurlah apa yang ada.. hidup ini adalah anugerah..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....