apa yang menyebabkan org2 soleh terdahulu hebat2.. mantap2.. terbilang?
hurm.. ikatan hati dgn Raja segala Raja.. Allah Yang Esa.. bila Allah dah sayang pada org tu, semua makhluk di bumi dan di langit akan disuruh sayangkan juga hamba Allah tu.. Dia menjadi superSTAR di langit dan bumi.. Popular di kalangan malaikat.. Abah kata semua orang ada naluri nak menjadi terkenal.. nak jadi yg terbaik.. nak dapat perhatian.. tu sbb si X jadi model, usahawan jadi angkasawan, jadi dll.. mcm2 manusia buat utk terkenal. ada yg jadi nakal.. jadi perompak.. pembunuh.. sbb nak perhatian.. nak orang alert dgn diri mereka.. dan org2 soleh.. mereka nak juga terkenal.. tp bukan di mata manusia.. tapi di pandangan Allah dan malaikat2.. satu kerajaan yang Maha hebat..
Waaaaa..... abah! kakak nak yang tu..! nak yang tu!! nak nak juga...
hm, lama deh tak jumpa abah. takpe, raya dah dekat. nanti balik JOhor, rumah atuk Kassim. boleh jumpa abah. insya'Allah.
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
demi nak mengejar yg atas tu.. redha Allah dlm ketaatan.. so paksa diri buat dakwah+study. :-D
Sibuknyer rasa.. tak menang tangan nak uruskan study dan PPM.. takde sape paksa.. sendiri cari keje. dari dulu memang sibuk macam ni. Idea/ilham mencurah..ada je bende nak buat.Tidur 3 jam sehari.. alhamdulillah dah mula biasakan diri.. good girl.. jangan membazir masa.. yes, boleh tambah masa utk buat kerja lain..
skrg kene training adik2 yang baru jadi pelapis.. so org yang nak train tu kene la di training juga..
nak training apa & buat apa?
train adik2 supaya bila kita dah tak ada.. fikrah fikir ummat ni akan terus tersebar di bumi Allah.. supaya lebih banyak kasih sayang Allah subur di muka bumi ni.. supaya Allah redha.. sebab Allah suka hambaNya berkasih sayang dalam ketaatan.. so buat je la.. asal Dia suka, habis cerita..
:-)
dan walaupun buat dengan rela.. tu tak bermakna boleh maian2 masa membimbing adik2 tu.. sebab mereka amanah.. amanah Allah pd lillah
IMAM GHAZALI=Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ' Baja
Murid 2 = ' Besi
Murid 3 = ' Gajah
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
sambil berjalan dengan pantas di bulan Ramadhan ni(asyik hujan lebat yg pnuh rahmat).. smbil menjeling ke jam tangan (hadiah roomet bagi), fikiran mmg sentiasa berfikir je, what next.. lepas satu, satu lagi.. masa tu rasa Stress kot? entah..tapi suhu badan dah panas. so macam2 doa.. dan Allah kabulkan macam2 juga.. alhamdulillah.. ada satu lagi yang Allah belum kabulkan..
Ya Allah.. Izinkan diriku, familyku & sahabt2ku nak menatap wajah Allah di syurga tertinggi forever and ever.. yang ni nak Allah simpan sampai di syurga nanti.. Gembiranya, berbunga-bunga rasa..
Abu Hurairah meriwayatkan : 3 org yang tidak ditolak doa2 mereka. seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, seorang imam pemerintah yang adil,dan seorang yang dizalimi. Allah swt akan mengangkatnya ke atas awan dan dibukanya pintu2 langit dan berfirman "Demi kemuliaanKu, pasti aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika."
(Ahmad)
Dinyatakan dalam 1 hads lain bahawa dalam bulan Ramadhan, Allah swt memerintahkan para malaikat penanggung arasy utk meninggalkan ibadah mereka masing2 dan mengaminkan doa2 org2 yang berpuasa.
YA ALLAH.. berilaj hidayah padaku.. pada mak abahku.. pada ibu ayah angkatku.. pada adik2 ku.. pada sahabt2 ku.. pada keturunanku.. jadikanlah kami sesoleh dan sesolehah yang Kau cintai..
Ya Allah.. jadikanlah hatiku ini hanya untukMu.. dan jadikanlah sepanjang hayatku.. dunia akhirat Kau menjadi pujaan jiwa ku.. cinta tertinggi ku..
Sabda Rasulullah saw : apabila seorang islam berdoa, dgn syarat dia tak berdoa utk memutuskan silaturrahim dan tidak juga berdoa utk sebarang dosa, maka Allah swt akan memberinya salah satu dari 3 perkara :
1.mendapat apa yang didoa
2.dijauhkan dari musibah (permintaan dia x baik utk diri dia, so Allah tak bagi)
3.mendapat pahala di Akhirat (ganjaran berlipat ganda..)
masa di akhirat nanti.. kita terasa yg bestnyer ganjaran Allah hingga kita teringin kalau kat dunia sebelum ni doa2 kita disimpan je ke akhirat :-)
Hidup ni banyak nyer cabaran.. but as long Allah by your side.. inside your heart.. dont care yang lain2.. penat? kejap je.. nanti dalam kubur boleh rehat puas2.. YA Allah.. permudahkan ketika roh kami dicabut.. matikan kami sbg syuhada' di dunia akhirat, matikan kami dalam kemanisan iman dan takwa..lapangkan kubur kami sejauh mata memandang.. terangkan kubur kami dengan sinar nur mu.. hiasilah kubur kami seindah syurgaMu.. terangilah kubur kami dgn nurMu..jadikanlah Al Quran sbg teman sejati kami di dalam kubur.. Jauhkan kami dari azab kubur..
Amin Ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)